Friday, March 30, 2012

Re: RG2011... Fw: Lagi Tembelang Hasan Ali Didedah

mana anda tahu PR akan lebih teruk???  
bg PR peluang perintah...kita tgk hasilnya...belum bg cuba dah kata teruk...
kalau dah terbukti teruk..undilah BN balik..tak susah pun...kalau negeri2 pakatan..cthnya..p.pinang,selangor..teruk di bawah PR..kita pakat ramai2..undi balik BN...
ni masalahnya sebelah pihak diserang tanpa bg peluang utk pertahankan diri...seolah2 BN tu sempurna dari semua sudut...semua yg PR buat salah..semua yg BN buat betul..mana boleh camni..


--- On Wed, 28/3/12, Nik Faizal <mnikfaizal@yahoo.com> wrote:

From: Nik Faizal <mnikfaizal@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... Fw: Lagi Tembelang Hasan Ali Didedah
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Wednesday, 28 March, 2012, 9:12 AM

Akhirnya, mereka terpaksa akur juga kepada kehebatan Hassan Ali. Sehingga mereka terpaksa bertindak membuka pekung mereka sendiri. Road Tour Dr. Hassan benar-benar memberi kesan yang dasyat kepada Pakatan Rakyat.

Walau apapun pendedahan yang bakal dibuat oleh Azmin Ali, pasti ianya akan terpalit kepada kerajaan Pakatan Rakyat kerana tindakan Hasan Ali dilakukan semasa beliau berada didalam kerajaan Pakatan Rakyat.

Bayangkan itu baru seorang Exco, dan itu Exco dari PAS pulak tu. Wakil dari PASlah  yang kita harapkan dapat membendung sebarang penyelewengan dari dilakukan atas dasar akhlak dan pengertian agama mereka yang lebih tinggi. Takkan nak harap wakil dari DAP dan PKR, mana ada istilah halal haram pada mereka. Kita boleh bayangkan penyelewengan yang telah dilakukan oleh exco-exco didalam kerajaan Pakatan Rakyat sekarang ini, yang disembunyikan oleh Pakatan Rakyat sebagaimana yang berlaku keatas Hassan Ali. Tunggu masa exco-exco ni bertindak menentang aje Pakatan Rakyat, maka keluarlah penyelewengan2 itu.

Pakatan Rakyat kena berhenti menabik dada kononnya memperjuangkan kerajaan yang bersih, benteras rasuah dsbnya... Mereka sebenarnya lebih teruk dari apa yang ada.. Tunggu masa sahaja, mereka sendiri akan mendedahkannya.



From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Sunday, 25 March 2012, 12:54
Subject: RG2011... Fw: Lagi Tembelang Hasan Ali Didedah

 
----- Original Message -----

Lagi Tembelang Hasan Ali Didedah Di Sidang Dun Selangor

 

Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor semalam digegarkan dengan satu pendedahan mengejutkan dimana bekas Exco Agama, Infratruktur Dan Kemudahan Awam, Datuk Hassan Ali telah didapati menyalahgunakan kuasa dan membelakangkan arahan kerajaan negeri dengan mengeluarkan senarai persendiriannya sebanyak 83 buah syarikat dan diberikan secara terus kepada pihak JKR.

Pendedahan tersebut telah dilakukan oleh ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Mohd Ali semasa perbahasan titah diraja.

Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, juga membidas Hasan kerana didakwa membelakangkan dasar tender terbuka negeri ketika menganugerahkan sub-kontrak penyelenggaraan jalan.

"Kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan agar semua kontraktor berdaftar dengan UPEN mulai tahun 2009 dengan kementerian kewangan dan PKK dan tender terbuka,"

"Walaupun sudah ada arahan dari kerajaan negeri secara bertulis kepada semua pihak, exco infrastruktur dan kemudahan awam (Hassan Ali) menggunakan kuasa dan membelakangkan arahan kerajaan negeri dan mengeluarkan senarai persendirian sebanyak 83 buah syarikat dan diberikan secara terus kepada pihak JKR.

Tindakan ini membelakangkan prosidur, membelakangkan perundangan, membelakangkan arahan sedangkan ada arahan perbendaharaan yang hanya memberikan kuasa kepada Pegawai Kewangan Negeri yang disebut sebagai kelulusan khas dari segi perolehan dimana hanya Pegawai kewangan Negeri yang berkuasa untuk memberikan kelulusan termasuk rundingan terus. Itu memang ada dalam arahan Perbendaharaan

"Tetapi apa yang berlaku yang memberi arahan ini bukan pegawai kewangan negeri tetapi exco infrastuktur dan kemudahan awam dengan mendapat kerjasama beberapa individu tertentu di dalam pejabat perbendaharan negeri memberikan kelulusan dan memberikan senarai kepada JKR negeri sebanyak 83 syarikat," dedah Azmin.

Beliau menyatakan nilai kontrak ini setiap tahun berjumlah RM35juta. "Maka persoalan saya dimana Islam, dimana Melayu dimana prinsip raja-raja Melayu yang diangkat hari ini sedangkan ketika kamu berkuasa ini yang kamu lakukan?" tanya Azmin

"Saya bukan nak bawak fitnah, saya bawa dokumen untuk membuktikan dimana bila audit jalankan siasatan dalaman, apa dapatan audit negeri?"Pihak audit telah membuat semakan berkaitan carta aliran kerja JKR, didapati senarai kontraktor telah diterima dari exco berkenaan melalui satu surat bertarikh 6 Jan 2010," tambahnya lagi.

Menjawab soalan ADUN BN Permatang, Tuan Sulaiman bin Abdul Razak yang ingin tahu mengapa tidak dilakukan pendedahan lebih awal dan apakah ia boleh dianggap bersubahat, Azmin menjawab pendedahannya itu sepatutnya dilakukan lebih awal jika beliau sudah mempunyai bukti lengkap sebelum exco berkenaan, Dato Hassan Ali tidak lagi menjadi exco.

Azmin dengan sinis menyatakan beliau gembira kerana UMNO mempunyai sahabat baru dan kerana itu sahabat barunya itu perlu dipertahankan UMNO sebagai membuktikan semangat kesetiakawanan."Tetapi kalau nak pertahankan biarlah yang benar dan hak," katanya.

"Saya bersetuju kalau saya ada maklumat ini lebih awal, saya boleh dedahkan, tak ada masalah, tetapi proses (mengumpul bukti) mengambil masa," jelas Azmin.
buluhPON berkata...
Azmi! siarkan nama-nama Syarikat dan pemilik manfaatnya, kalau kau betul-betul serius nak bongkar kerja baik Ah San Lee merembat harta rakyat atas nama aqidah.
aku nak tengok ada ataupun tidak geng aku dalam PAS yang menjadi lanun merompak harta rakyat. Bukan apa, Ah San Lee ini telah dilonjak sebagai juara dan hero oleh sebahagian pimpinan PAS pusat. Takut-takut geng lonjak Ah San Lee ini juga kaki rembat.
 

Hasan Ali Guna Sidang Dun Selangor Untuk Bercakap Soal Peribadi

SHAH ALAM 21 MAC : Terkesan dengan perlucutan jawatannya sebagai Exco Agama, ADUN Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang kini hadir ke Sidang Dewan Undangan Negeri sebagai Ahli Bebas, menggunakan ruang perbahasan hari ini sebagai medan melepas perasaan dan lunak membincangan soal peribadi.
Walaupun ditegur beberapa kali oleh ahli dewan bahawa ucapannya bercanggah dengan Perkara 361 Undang-undang Dewan, Hasan tegar meneruskan ucapanya yang bersifat peribadi itu selain melakukan serangan peribadi terhadap beberapa ahli dewan.
Sikap Hasan yang sering menjadikan isu murtad dan peranan pemimpin kerajaan negeri dari kalangan Islam khususnya PAS menegakkan martabat Islam, dipersoalkan oleh ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim.
Suee Lim mengesa Hasan menjelaskan peranan dan usahanya dalam memberi kefahaman penuh kepada masyarakat bukan Islam semasa mengalas Exco Agama.
"Sudah setengah jam, Gombak Setia membincangkan soal peribadi dan menyerang peribadi Ahli Dewan yang lain berhubung agama Islam dan peranan memartabatkannya.
"Saya ingin tahu apakah yang Gombak Setia lakukan sepanjang tiga tahun sebagai Exco Agama dalam memberi penerangan dan kefahaman terhadap orang bukan Islam seperti soal perlaksanaan hukum hudud,"soalnya.
Sementara itu ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan turut membidas sikap Hasan itu yang lantang membahaskan soal peribadinya, sedangkan sepanjang mengalas jawatan exco beliau sering gagal menjawab soalan didalam dewan dan menjalankan tugasnya dengan baik.
"Saya berasa kesian dengan Gombak Setia, semasa menjadi Exco sepanjang tiga tahun, beliau gagal menlaksanakan tugasnya, sebaliknya hari ini beliau menggunakan ruang ucapan dengan menjadi duri dalam daging,"jelas Manoharan.
Hasan digugurkan daripada jawatannya dalam kerajaan negeri Sebagai Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Januari lalu.
Hassan juga telah di lucutkan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor setelah tidak membuat rayuan kepada jawatankuasa disiplin PAS Pusat berhubung tindakan pemecatan beliau.TVS
 


No comments:

Post a Comment