Sedikit soalan mudah dari saya,
sesudah 65 tahun ameno memerintah
dengan penuh kemewahan, telah menjadi negara maju
'pertumbuhan ekonomi salah satu yang terbaik di dunia setiap tahun'
hal sudu garfu gula kopi pinggan mangkuk, masih macam sebelum merdeka
apa telah jadi sebenarnya?
From: Mohd Yusof <modysof@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Monday, March 26, 2012 1:36 PM
Subject: Re: RG2011... BENARKAH AKU RASIS?
..."Entri kali ini kita tidak mahu berbicara soal politik, elok kita tumpu kepada masalah ekonomi."
Persoalan bersifat rasis ala 'memboikot' perniagaan orang Melayu ini sepatutnya dijadikan agenda 'mukadimah' yang terpaksa dijawab
sendiri oleh kepimpinan berbangsa Melayu. Malangnya konsep 1Malaysia secara tidak langsung menjadi elemen batu penghalang sehingga
permasalahan ini sudah tidak relevan untuk dijadikan isu nasional.
Bahawa pada dasarnya Wawasan 2020 hanyalah retorik menonjolkan sikap 'double-edged sword' yang menjurus kepada jurang golongan
berada dengan rakyat marhaen semakin bertambah parah.
Siapakah yang boleh diharapkan untuk memberi keyakinan bahawa pergolakan terkini terhadap isu (bukan rasis) MAS dan Felda pasti tidak
menjejaskan kepentingan ekonomi orang Melayu dalam jangka panjang? Persoalan ini sepatutnya menjadi agenda penting tanpa mengasak
orang Melayu berfikiran jumud bahawa 'UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO' : sebab para pemimpin UMNO juga bukan semuanya orang
kerajaan.
Bottom line hanya penyokong tegar UMNO sahaja yang cakap berputar belit sebab sememangnya budaya Melayu berdiri teguh dalam
pergerakan parti yang 100% rasis sejak dulu, kini dan selamanya.
From: Nas Isma <angahku_01@yahoo.com>
To: Ahmad Busu Datuk Hamid Tuah <abaht@pc.jaring.my>; Datuk Dr Rahman Ismail <datukdrrahman@alriz.com.my>; Datuk Aziz Ishak <azizishak@utusan.com.my>; DATUKAKBAR ALI <senatordatukakbarali@gmail.com>; Datuk Jamil Baharum <jamilbaharum@jakim.gov.my>; Datuk Mohd Aris Zainuddin <aris@unikl.edu.my>; "datukbendahara69@yahoo.com" <datukbendahara69@yahoo.com>; "kgmalaysiaraya@googlegroups.com" <kgmalaysiaraya@googlegroups.com>; Re Spe Ks2008 <respeks_group@yahoogroups.com>; YB Haji Ahmad Maslan <ahmadmaslan@pmo.gov.my>; Dr Hassan Man <ngomelayu@yahoo.com>; Dr Fauziah <fauziahuia@yahoo.com>; Dr Mohd Khan Ayob <mkhan@pkrisc.cc.ukm.my>; Dr Sariyan Awang <awsr@yahoo.com>; drsabrina <drsabrina@bngglobal.com.my>; "dr.aluwi.sari@melaka.gov.my" <dr.aluwi.sari@melaka.gov.my>; Dr Hassan Man <ngomelayu@yahoo.com>; Sahabat Interaktif Malaysia <webmaster@sim.org.my>; ZULKIFLI SAMAH <zas62000@yahoo.com.sg>; Roslan Salleh <roslan.salleh@yahoo.com.my>; SahabatTazkirah <SahabatTazkirah@yahoogroups.com>; Sue Faris <sue_faris70@yahoo.com>; "shafinahalimudin@gmail.com" <shafinahalimudin@gmail.com>
Cc: "news@tv3.com.my" <news@tv3.com.my>; "news@tv3.com.my" <news@tv3.com.my>; newsputaralam <akupunnews@gmail.com>; "news@bernama.com" <news@bernama.com>; "permatangpauh@parlimen.gov.my" <permatangpauh@parlimen.gov.my>; "pekan@parlimen.gov.my" <pekan@parlimen.gov.my>
Sent: Saturday, March 24, 2012 8:32 PM
Subject: RG2011... BENARKAH AKU RASIS?
Kali ini kita ingin membicarakan soal ekonomi Melayu.
Melayu sering di gambarkan sebagai kaum yang rasis apa bila menyebut & memperkata akan hak dan soal dalaman bangsa sendiri.
Sehingga Melayu sendiri berasa rendah diri,berasa keterbelakang malah sanggup menunjukkan keterbukaan(liberal) hanya semata mata tidak mahu di lebel kan sebagai rasis.
Salah kah mengaku kita rasis? tetapi adakah kita benar benar bangsa yang rasis? Entri kali ini kita tidak mahu berbicara soal politik, elok kita tumpu kepada masalah ekonomi.
Fikirlah dan tanya pada diri sendiri apa bila membaca serba sedikit yang ingin Pisau perkatakan.
Melayu rasis?
1.Melayu sering membeli barangan keperluan rumah di kedai kedai berbangsa cina. (kerana apa?) rasiskah Melayu?
2. Barangan di dalam kedai runcit, dari beras hinggalah tepung di keluarkan oleh kilang milik siapa? Gula & Tepung di monopoli oleh syarikat milik berbangsa cina 100%,gula di miliki oleh keluarga Kwok, khabarnya sehingga 12 keturunan pun tak kan habis. Malaysia kini milek mereka?
3. Susu anak,berus gigi,sabun,pinggan mangkuk- apa saja anda namakan didalam isi rumah anda beli dari siapa? berapa peratus anda beli dari bumi dan berapa peratus anda beli dari bukan bumi?
4. Beras selain dari Bernas dan Faezah, semua nya datang dari kilang pemprosesan milik bangsa cina, walau pun harga di kawal, tapi beras yang anda suap itu sebahagian kecil sahaja untung di perolehi oleh petani melayu,selebih nya oleh pekilang berbangsa cina.
4. Perabot rumah,katil,tilam hingga ke kain selimut -adakah produk bumi? berapa banyak? berapa ramai yang beli produk bumi? atau langsung tak ada
5.TV,LCD ,Home Theater anda beli dari siapa? Seng Heng? atau ada beli dari kedai bumi? Ada kedai elektrik melayu ? berapa banyak? berapa banyak yang beli di kedai milik cina?
6.Berapa ramai yang mengunakan komputer?berapa ramai yang membeli dari melayu,dan berapa ramai yang membeli dari kedai cina? Pisau persoal kan kalau anda beli dari kedai milik melayu sekali pun ,adakah pemilik kedai itu dapatkan dari pemborong komputer milik melayu? Percayalah langsung tak ada pemborong melayu .
7. Sayur,ikan & ayam , harga nya siapa yang kawal? KPDN-HEP boleh kawal? Kita tergelak bila fikirkan soal ini, sejauh mana nak di kawal? Harga barang mahal jugak.Salah kan kerajaan?Anda tersilap jika salah kan kerajaan,patut di salah kan pemborong pemborong cina yang sabotaj ekonomi negara agar rakyat marah kepada pemerintah.
Anda tak faham lagi?atau perlu di fahamkan?Agenda siapa? Persatuan Pemborong Cina & macam macam persatuan lagi penyokong DAP tegar. selidik lah kalau mahukan jawapan.
8.Walau pun ada pekebun,petani ,nelayan & penternak Melayu, Tetapi berapa ramai kah Melayu?Berapa ramai pemborong Cina? Pergi ke Chow Kit, Bukit Bintang dan Jalan Petaling, anda akan tau jawapannya.
Siapa yang kawal harga?Walaupun di beri subsidi harga tetap mahal,di mana yang tak kena?
9.Cuba fikirkan, kalau ada sambutan tahun baru cina, kita yang melayu ni punya lah susah nak cari ikan di pasar,semua pasar di tutup.Jawap nya ke hyper market lah.Pasar tutup sebab kan cina bercuti,melayu tergopoh gopoh simpan stok makanan.
10.Tiap hari anda memandu,kereta yang anda pandu tu tukar tayar di mana?mekanik?tukar sport rim?perbaiki aircond?eksesori kereta?cat kereta hinggalah ke tinted cermin gelap.Berapa ramai usahawan melayu dalam bidang ini? tak sampai 1% kan.
11.Kedai elektrik- berapa ramai usahawan melayu yang memiliki jenis perniagaan ini?
12.Komputer & semua jenis peralatan IT, berapa ramai pemborong melayu? Langsung tak ada,kalau ada pun dia mengaku dia pemborong tapi akhirnya ambil dari China jugak..
13.Pakaian yang anda pakai setiap hari,seluar,seluar dalam, baju dalam,kain baju kurung,baju melayu,kilang nya dari mana?siapa miliki kilang pakaian.Teruk bukan,hingga ke seluar dalam pun tak ada melayu buat.Adakah seluar dalam cap Hashim? atau anda terjumpa nama nama melayu?
14. Hingga ke kain tudung kepala perempuan pun orang cina jual cuba lihat di kedai Long Wan.siapa yang tinggal di bandar bandar kecil tahu la kedai Long Wan tu.
Adakah Melayu patut di gelar rasis apatahlagi yahudi?hingga ke soal ekonomi pun kita masih bertolak ansur.
Jadi,siapakah sebenarnya yang rasis dan yahudi?
Kita pernah mendengar rungutan seorang kawan yang mengusahakan kedai tayar, jiran sebelah kedai berbangsa cina, pada ketika itu tayar nya bocor,namun dia sanggup memandu kereta nya untuk pergi ke kedai milik bangsa sendiri untuk menukar tayar yang agak jauh . adakah dia rasis?
Walau pun bersebelahan tetapi dia memilih untuk menukar di kedai milik bangsa sendiri.
So anda nampak tak betapa mereka sendiri mempunyai jati diri yang mendahulukan bangsa sendiri, hal ini kita tidak salah kan mereka,itu hak mereka.Tetapi boleh kah kita membuat perkara yang sama untuk kaum sendiri?
Seorang teman mengadu,dia usahawan yang membekal & membaiki aircond yang agak berjaya, namun dia tertekan kerana tidak dapat menyaingi dari segi harga kos unit aircond,setelah di selidiki,rupanya peruncit berbangsa cina akan dapat harga lebih murah dari bangsa lain.Siapakah yang rasis?Bagaimana usahawan Melayu nak berjaya?
Mungkin kata kata ini pernah terungkap di mulut anda" Macam mana nak beli pada bangsa sendiri,dah lah mahal,lebih baik aku beli dari kedai cina boleh hutang pulak tu"
Sedarkah anda peniaga bumiputra cukup susah untuk mendapat kredit apabila mendapatkan barang dari pemborong cina,paling lama pun cuma 30 hari,kalau nak bandingkan dengan peniaga berbangsa cina dia akan di beri kredit lebih 45 hari atau pun hingga 3 bulan malah di beri dengan harga yang murah. Dan jangan lupa mereka ada sistem along..
Jom kita perhatikan situasi ini pulak. Semua orang suka makan di luar,di gerai gerai tomyam atau pun di kedai makan. Kalau anda pergi ke kedai tomyam, anda memesan 3-4 jenis makanan termasuk minuman.yang terhidang di atas meja makan anda.
1.Pinggan,piring,sudu & garfu,gelas,straw,kertas tisu,teh ais,nasi,tomyam udang,kangkong ikan masin,telur dadar. Nak minum guna penyedut minuman (straw) pun cina buat.
Cuba anda fikirkan berapa peratus yang terhidang di depan anda itu keluaran bumiputra? dan berapa peratus bukan bumi? Saya berani katakan hampir 80% bukan milik bumiputra.
Nah hingga nak kenyangkan perut anda sendiri pun kita telah terjajah. Adakah Anda rasis jika tidak mahu negara dijajah?
1. Kita persoalkan kemana kah perginya produk produk bumiputra seperti Aminah Hassan, Ramly Burger, Mutabak Pak Din?
2.Adakah di sabotaj secara sistematik?Walau pun di beri bimbingan oleh MARA dan agensi agensi kerajaan,namun usahawan bumi longlai di pasaran.
3.Mustahil tidak ada produk bumiputra di pasaran,Sedangkan semasa MIHAS berlangsung,berpuluh ribu produk bumiputra di pamerkan,malah cukup berkualiti setanding yang di import.
4.Tetapi kemanakah pergi nya produk produk ini? pernah kah anda jumpa di kedai kedai runcit?Tidak! kenapa tidak?
Sebab nya pemborong pemborong di kawal oleh mereka yang berbangsa cina. Tidak kira lah kedai runcit tu berbangsa Melayu termasuk Minang dan Acheh namun dia tetap menerima bekalan dari pemborong cina yang memborong produk bukan bumi. Hai malangnya nasib Melayu di bumi Melayu..
Minggu lepas saya pergi ke Tesco Kota Damansara, merayau di dalam Tesco, melihat semua jenis barangan keperluan rumah, Apa yang Pisau kesal kan sebesar besar HyperMarket tidak sampai 1% produk bumiputra, Saya terjumpa tidak sampai sebaris produk bumiputra di letakkan di atas rak ,di pamerkan namun nampak tidak terdedah kepada pelanggan & tersorok.
Di Carefour-produk yang hendak di jual di sana ,anda harus membayar untuk mendapatkan tempat di atas rak,product listing fee's.Nak letak atas rak pun kena bayar,seolah olah kena bayar parking,sudah la bayaran untuk pengeluar lebih 3 bulan nak jual produk sendiri pun masih di kena kan charge.
Pernah anda bertanya atau periksa ,sebulan perbelanjaan isi rumah,berapa peratus wang anda di belanjakan untuk membantu kaum sendiri? Support bangsa sendiri?
Berapa peratus bangsa cina belanja untuk membeli produk bumiputra? 20%? agak tinggi tu.mungkin 10%? oh tidak,masih tinggi apa kata 0.01% mustahil?atau betul?
Jihad Ekonomi barang kali kurang menarik sebab tidak ada unsur unsur kata mengata,caci makian,tetapi jihad menentang sesama bangsa seagama sendiri lebih baik??
Kita di jajah tanpa kita sedar,Ekonomi kita dijajah,Sekarang ini PR di bantu parasit melayu melayu haprak mahukan sama rata.Mereka mahu beri apa saja yang milik kita,makin hampir kita tidak ada apa apa lagi.
Apa lagi yang kita ada? Singapura? Pulau Pinang? Selangor? Putrajaya?
Melayu di tekan luar ,dalam dan didesak. Masihkah anda Melayu rasis?
Ya aku dan kita semua rasis kerana mempertahankan bangsa dan negara sendiri. Ya aku rasis mempertahankan kedaulatan dan ketuanan Melayu dan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.
(Editor, Suara Merdeka)
Nukilan asal: Pisau
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment