Friday, March 30, 2012

Re: RG2011... UMNO menjadi lemah kerana dedalu-dedalu didalamnya

sebab tu lah khir toyo kena sepak terajang.....dah lah rasuh, degil
pulak tu tak nak undur...last2 kena sepak terajang keluar.....

On 30/03/2012, rio hirowati <riorhs@yahoo.com> wrote:
> Yang bersalah itu patut UNDUR, kalau DEGIL seperti bangsa yang difirmankan
> dalam AlQuran, maka RAKYAT akan SEPAK TERAJANG MEREKA YANG DEGIL itu.
>
>
> rhirowati - rhirowati
>
>
> ________________________________
> From: izwanum abdulwahid <pedu_00@yahoo.com>
> To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
> Sent: Thursday, March 29, 2012 8:16 AM
> Subject: Re: RG2011... UMNO menjadi lemah kerana dedalu-dedalu didalamnya
>
>
>
>
>
> keluar dari ameno
> kerana, nak menyelamatkan melayu islam
> munasabah juga faktanya
>
> masuk dap
> kerana, nak menyelamatkan melayu islam
> syok sendiri-sendiri sudah la
> tak payah la dok kempen seru orang sesat sekali
>
>
>
> ________________________________
> From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
> To:
> Sent: Wednesday, March 7, 2012 11:27 AM
> Subject: RG2011... UMNO menjadi lemah kerana dedalu-dedalu didalamnya
>
>
>
> Oleh Aspan Alias
>
> Ditempat-tempat dimana orang ramai duduk berborak, isu politik memang
> menjadi perkara yang wajib disebut, lebih-lebih lagi waktu kita menunggu
> pilihanraya yang hampir tiba ini. Bila pilihanraya, siapa yang akan
> menang dan kalah dan apakah isu yang mungkin menjadi bahan kempen oleh
> kedua-dua belah pihak yang menawarkan diri dan parti mereka nanti.
>
> Tetapi
> isu orang Melayulah yang menjadi isu terbesar yang orang ramai selalu
> menyebutnya akhir-akhir ini. Isu memohon maaf Najib kepada orang ramai
> itu telah membawa isu baru pula. Ramai yang berpendapat apa yang
> dilakukan oleh Najib itu merupakan perkara yang merugikan UMNO dari
> sudut politiknya. Adalah sukar untuk membuat tafsiran permohonan maaf
> secara terbuka Najib itu.
>
> Walau bagaimanapun yang jelas sudah
> ramai pula yang beranggapan bahawa Najib tidak lagi 'viable' sebagai
> pemimpin nombor satu negara dan sudah ada dikalangan orang-orang UMNO
> sendiri berpendapat yang Najib sudah sampai ke penghujungnya,
> termasuklah dua orang pimpinan bahagian UMNO yang bertemu dengan saya
> itu. "I think Najib should throw his towel now" kata salah seorang dari
> pimpinan UMNO itu.
>
> Tetapi jika Najib hendak berhenti siapa yang
> akan mengambil alih? Adakah Muhyiddin menjadi pilihan untuk mengganti
> Najib? Salah seorang yang berjumpa saya itu bingkas menjawab, "Kalau
> Muhyiddin, tak payahlah. That will a bigger disaster" kata seorang lagi.
>
> Saya
> bertanya samada mereka berdua ini akan berusaha untuk menjadi calon
> seperti yang ramai-ramai itu. Mereka kata mereka tidak lagi berminat
> kerana sudah hilang semangat menghadapi keadaan serius dalam BN sekarang
> ini. Malahan mereka berkata yang niat mereka untuk berjumpa saya itu
> ialah untuk memulakan perbincangan untuk menyertai DAP kerana parti itu
> telah berjaya menunjukkan kemampuan untuk mentadbir secara baik seperti
> yang berlaku di Pulau Pinang.
>
> Pulau Pinang seperti juga kerajaan
> negeri Selangor, telah terbukti ada perbezaan dengan pengalaman dibawah
> pemerintahan BN dahulu. Lagi pula kata mereka, selagi mereka berada
> didalam UMNO selagi itulah mereka mendengar dan melihat isu buruk yang
> keterlaluan buruknya moralnya. "Saya tidak tahan melihat kita semua
> sentiasa dibayar untuk menyokong mereka. Saya yakin UMNO sudah sampai
> garis penamat hayatnya. Buktinya jelas. Apabila pemimpin-pemimpinnya ke
> hulu ke hilir membayar dan membeli undi disana sini itulah petanda parti
> itu akan habis riwayatnya!" kata salah seorang lagi.
>
> Pandangan
> pemimpin UMNO itu benar. Dimana-mana tamaddun besar dalam sejarah dunia
> ini pemerintahnya akan berakhir apabila budaya membeli, mengungut dan
> membohongi orang dibawah perintahnya. Dizaman Roman Empire yang begitu
> kuat dan stabil, Empire itu tersungkur selepas parkara-perkara yang
> disebut tadi berlaku kerana mempertahankan kuasa.
>
> Bagi sesiapa
> yang berfikir dengan teliti dan tekun, ciri-ciri ini sudah berlaku dan
> berlarutan. Ianya bermula sejak pentadbiran post Hussein Onn dan
> sekarang sudah menjadi budaya yang sudah tidak dapat dileraikan lagi.
> Kalau ini berlarutan lagi maka yang kita tunggu hanyalah satu, iaitu
> kehancuran budaya dan akhlak kehidupan generasi kita yang akan datang.
>
> Persoalannya
> sekarang bolehkah ianya dileraikan. Tahu kah pentadbiran sekarang cara
> dan mampu untuk meleraikan budaya ini sedangkan mereka adalah pengamal
> tegar kepada budaya ini. Bolehkah BN membetulkan keadaan dengan memohon
> maaf dan berjanji untuk memberhentikan budaya ini. Tidak ada siapa yang
> mempunyai daya pemikiran boleh mempercayai janji-janji manis ini kerana
> rasuah itu sudah menjadi 'addiction' kepada pemimpin-pemimpin BN
> khususnya UMNO.
>
> Kita tahu cara dan kaedah yang paling betul untuk
> penyelesaian terhadap budaya korup, salah gunakuasa, kemurungan sistem
> kehakiman dan 'judiciary' negara dan berbagai-bagai lagi kemungkaran
> yang tidak dapat dikawal lagi ini. Caranya ialah untuk Najib dan seluruh
> kepimpinan dalam UMNO itu meletakkan jawatan dan menjauhi kuasa yang
> mereka pernah menyalahlakukan itu.
>
> Tetapi mahukah mereka berbuat
> demikian?. Tentu mereka tahu kuasa itu adalah 'ultimate' peribadi mereka
> dan bukannya untuk parti. UMNO yang dikatakan parti yang baik itu telah
> dicemari dengan barisan pimpinan yang rasuah dan tidak berintregriti.
> UMNO
> itu ibarat pohon yang kuat tetapi oleh kerana terlalu banyak dedalu
> yang tumbuh dipohon itu, maka akhirnya pohon yang kuat juga akan
> akhirnya mati jika dedalu yang tumbuh mekar dipohon itu tidak dibuang.
>
> Bagi
> diri saya sendiri, saya telah duduk kekal didalam UMNO sebegitu lama
> kerana mengharapkan dedalu ini dicantas dan dibuang agar pohon itu
> (UMNO) dapat kembali hidup subur. Tetapi hari demi hari, tahun demi
> tahun saya nampak dedalu itu bertambah membesar, maka saya mengambil
> keputusan untuk menyertai parti yag tidak ada dedalu ini tumbuh.
> Kata-kata saya kepada UMNO ditempat dan negeri saya bertahun-tahun
> dahulu, ternyata menjadi kenyataan. UMNO sudah tidak dapat diselamatkan
> lagi.
>
> Dedalu-dedalu ini tumbuh dengan pesatnya sehinggakan pohon
> itu hampir mati dan tidak berbuah lagi. Bagi saya pohon yang disalut
> oleh tumbuhan dedalu tadi akan pasti mati, dan ianya tidak payah
> ditebang untuk membunuh pohon yang suatu ketika dahulu pohon yang kuat
> dan kukuh.
>
> Dedalu-dedalu yang tumbuh dipohon rendang ini masih
> kekal, malahan bertambah membesar lagi. Saya hendak juga melihat bukti
> kalau ada pohon yang dihinggapi tumbuhan dedalu ini boleh hidup sampai
> bila-bila.
>
> Bagi saya mana-mana pokok yang dihinggapi dedalu ini
> akan mati secara 'natural' akhirnya. Kepada penyokong-penyokong UMNO
> sama-samalah kita lihat apa yang akan terjadi kepada pohon (UMNO) yang
> kian hari kian kurus kerana segala baja-baja pokok itu sudah disedut
> oleh dedalu yang hidup dan melekat kepada pokok yang suatu ketika dahulu
> merupakan pohon rendang tempat rakyat semua kaum khususnya orang Melayu
> berteduh.
>
> Orang melayu yang tekun berfikir merasa amat sedih
> kerana tempat mereka berteduh telah di ambilalih oleh dedalu yang hidup
> dipohon (UMNO) sejak dua tiga dekad dahulu. Sekarang kita lihat UMNO
> sedang berhempas pulas untuk mengambilalih kerajaan negeri Selangor
> selepas pilihanraya nanti. Rakyat Selangor mesti berfikir dengan tenang
> dan tekun, yang cuba hendak mengambilalih ini adalah dedalu yang hendak
> hidup dipohon rendang bernama Selangor itu.
>
> Apa yang saya
> perkatakan ini tentunya akan mendapat tentangan dari penyokong pohon
> yang disaluti dedalu ini. Saya tidak kisah itu semua. Katalah apa-apa
> pun terhadap diri saya sekehendak hati. Yang penting bagi saya akhirnya
> nanti saya akan membuktikan kebenaran apa yang saya katakan ini. Semasa
> itu nanti menangis air mata darah pun tidak akan dapat menyelamatkan
> bangsa dan negara lagi.
>
> Jika saya sudah tiada didunia ini dan apa
> yang saya katakan ini akan menjadi kenyataan, hadiahkan saya bacaan
> surah al-alfatihah sekali seorang. Itu pun kalau ikhlas.
>
>
>
>
> N:B: dedalu itu adalah sejenis tumbuhan yang tidak tumbuh ditanah. Dedalu
> ini tumbuh dipangkal dahan pokok-pokok yang rendang dan sentiasa duduk
> diatas sambil menumpang hidup dipohon yang rendang itu. Pohon rendang
> itu selalunya akan mati kerana dedalu yang menumpang hidup itu. Dalam
> bahasa saintifiknya dedalu ini adalah 'parasite'.
> mahaza said...
> dedalu di UMNO, parasit di PAS, firaun kecil di PKR.... nampaknya pilihan
> tuan adalah tepat
> 6 March 2012 14:13:00 GMT+08:00
> annoying anonymous said...
> Pengurus Besar Yayasan Selangor yang baru dilantik Ilham Marzuki
> memberitahu Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan,
> Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat) bahawa aset pendidikan negeri
> yayasan itu bernilai setengah bilion ringgit hilang semasa pentadbiran
> BN.
>
> "Kajian kami menunjukkan bahawa dari 1991 hingga 2008,
> berlaku ketirisan sebanyak RM500 juta daripada Yayasan Selangor," kata
> Ilham kepada jawatankuasa itu yang bersidang pada pendengaran awam hari
> ini.
>
> "Jika tidak, aset kita (sekarang) akan menjadi RM800 juta."
>
> Buat masa ini, katanya, yayasan itu memiliki aset tetap bernilai RM300 juta
> manakala RM50 juta lagi dalam deposit tunai.
>
> Ilham
> diarahkan hadir oleh kerajaan negeri dan Selcat untuk membantu Yayasan
> Selangor mengaudit akaunnya bagi tempoh antara 1991 dan 2008. Tindakan
> itu untuk mengesan punca wang yayasan itu terus berkurangan .., ini
> satu lagi bukti keberkesanan dan kecekepan BN memerintah, kami nak tahu
> adala lagi tak 'bukti-bukti' kecekapan dan keberkesanan pentadbiran
> UMNOBN ni negeri-negeri lain ., kengkadang saya rasa pelik, dalam dok
> gila babinya si Noh Omar nak mendedahkan kepincangan kerajaan Selangor
> sekarang tetiba timbul pula isu kehilangan 1/2 billion wang yayasan
> selangor dizaman BN dulu..., Noh Omar salah buka fail ke ? jangan-jangan
> Noh omar tak reti baca tajuk kulit fail tak ? handal betul UMNO rembat
> duit kan ? dalam begitu pun "kalau lambak satu kontena duit pun tak
> kan UMNO dapat rampas Selangor balik" fuuuh memang handal la umno ni kan
> Noh ?
> 6 March 2012 14:45:00 GMT+08:00
> Anonymous said...
> Saudara AA,
>
> Didn't we once hear from a lawyer saying, 'Corrupt, corrupt, corrupt!'
> 6 March 2012 15:40:00 GMT+08:00
> pokok labu said...
> Dedalu itu bermacam-macam jenis yang tumbuh dipokok pokok.
> Dedalu dalam Umno pun bermacam macam jenis.
> Di
> antara nama-nama jenis dedalu itu ialah Mahathir, Daim, Najib,
> Shahrizat, Hishamudin, dulu Rafidah, Khir Toyo, Rais Yatim, Noh Omar,
> Muhyiddin Yassin, Mohamad Hasan, Adnan Yaakop, Musa Aman, Zahid Hamidi,
> Isa Samad, dan banyak lagi dedalu yang telah mati.
> Mampos kita dibuatnya.\Yang tak dapat menumpang dengan Umno ramai yang
> menumpang kat dedaludedalu ini.
> Umeno Umeno!
> 6 March 2012 18:07:00 GMT+08:00
> Anonymous said...
> saudara AA, satu penulisan yang amat mudah difahami. Tetapi
> sayang melayu2 malaysia banyak yang layu dan bebal dek gula2 gula2 umno.
> Tapi kita harus berusaha agar yang bebal dan layu akan pulih. Pastikan
> semangat....ABU....terus berkembang.HIDUP TUAN ASPAN....
> 6 March 2012 18:17:00 GMT+08:00
> Pok Li said...
> Yang tak setuju atau menentang pendapat Sdr AA sebenarnya bukanlan penyokong
> pokok, tetapi dedalu2.
> 6 March 2012 22:31:00 GMT+08:00
> Quiet Despair said...
> Hahaha. Syoklah baca posting Tuan Aspan kali ini. Tuan adalah penglipur lara
> terbaik.
> Tulisan tuan macam hikayat, macam Malay folk lore. Macam siaran bangsawan ke
> udara and fairy tale all roll into one.
> Ada lucunya campur sedih.
> But
> first I must thank you for explaining what is dedalu. When I saw the
> headline, I was thinking what on earth is dedalu. So it means parasite.
> Parasite is everywhere. In the office, in our midst and even in some
> households.
> Dah
> tentu dedalu ada dalam semua parti termasuk UMNO dan Keadilan. Chief
> among them is Ketua Umum. Dia tu chief ulat bulu which is worse than
> dedalu.
> Lucunya ialah bila saudara cakap Najib must throw in the
> towel. Untuk apa, Tuan Aspan, when he is riding high. Like Daim said he
> is the favored brand now.
> Janganlah mati dulu Tuan Aspan. Abab, (Pahang word for wow) macam cerita P.
> Ramlee pulak. 50 is too young to die.
> Tuan perlu hidup 50 tahun lagi untuk melihat apa yang Tuan cakap menjadi
> kenyataan. Barulah rapat mata jika meninggal nanti.
> Sekurang-kurangnya
> macam umur Tun M. Kalau mati pejam mata dengan rapat sekali kerana
> programnya memajukan negara telah berhasil.
> Saya menunggu dua teman
> saudara masuk DAP. Baguslah meramaikan Melayu dan Islam untuk
> menyakinkan DAP itu parti multi-racial dan multi-religious.
> Kehadiran you, Bro Sak dan Hatta Utusan tak cukup. Zairil Johari tak masuk
> bukulah kerana dia anak Christine.
> BTW
> apa khabar my fave bow-tie man Uncle Kadir Sheikh Fadzil. Beliau yang
> bawa cerita terpaksa bayar hingga RM2,000 untuk mengundinya.
> He took a swipe and now he's quiet. Orang UMNO tengah cari dia kerana dia
> masih ahli UMNO.
> Tuan Aspan ada menerima khabar apa-apa ke tentang dia nak masuk parti
> pembangkang?
> Maybe he's the one throwing money around since the whole world knows he's
> uber wealthy.
> 6 March 2012 22:32:00 GMT+08:00
> CikguHeng said...
> alhamdulillah..saya telahpun menghadiahkan alfatihah untuk tuan
> diatas tulisan yang saya dapat rasakan keikhlasannya dan insyaAllah akan
> terbukti kebenarannya
> 6 March 2012 23:11:00 GMT+08:00
> loveMyKris said...
> saudara aspan, saya rasa amat sedih membaca article ini. siapa
> yang jadi kepala umno post-hussien onn? siapa yang tanam dan baja dedalu
> yang sedang melekap kat pohon umno? bukan melayu siam, bukan melayu
> bugis, bukan melayu turkish but melayu mamak..the most poisonous of the
> lot.
> 7 March 2012 00:14:00 GMT+08:00
> MAHApenipu said...
> Bukan hanya dedalu2 shj yg mengerumuni pohon UMNO,malahan
> dibawahnya,berkeliaran pula lintah2 darat yg menyedut hasil pohon2
> RAKYAT.Tetapi pohon UMNO akan tersembam juga akhirnya,lalu
> menghempap lintah2 darat utk mati bersama.
> 7 March 2012 01:36:00 GMT+08:00
> Ministers:99%cow brain,1%human brain for stealing said...
> BN EXPIRY DATE : GE13.
> 7 March 2012 01:38:00 GMT+08:00
>
>
>
>
>


------------------------------------

" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/

<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
respeks_group-digest@yahoogroups.com
respeks_group-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
respeks_group-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

No comments:

Post a Comment