Wednesday, March 28, 2012

Re: RG2011... Fw: WUDHUK YANG SEMPURNA SERTA DOA-DOANYA.

doa-doa ketika berwudhu' bersandar hadith Rasulullah s.a.w dan kitab Al-Azkar (Adzkar) Imam Nawawi:
Semasa berkumur-kumur, sunat membaca;
"Ya Allah, berikanlah segelas minuman daripada telaga nabiMu agar aku tak haus selama-lamanya." [Dipetik dari Kitab Al-Azkar oleh Imam Nawawi]
Tatkala memasukkan air ke dalam hidung, berdoalah;
"Ya Allah, janganlah Engkau halangi aku daripada haruman nikmatMu & syurgaMu." [Dipetik dari Kitab Al-Azkar oleh Imam Nawawi]
Sewaktu membasuh kedua-dua belah telinga, sunat membaca;
"Ya Tuhan kami, jadikanlah aku daripada golongan yang mendengar perkataan seterusnya mengikut yang mana lebih baik." [Dipetik dari Kitab Al-Azkar oleh Imam Nawawi]
Semasa membasuh muka disunatkan untuk membaca doa ini; Ertinya;
"Ya Allah, putihkanlah wajahku dengan cahayaMu pada hari hitamnya wajah-wajah, & janganlah Engkau hitamkan wajahku dengan kegelapan pada hari putihnya wajah-wajah." [Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban drpd Anas bin Malik]
Disunatkan membaca doa ini semasa membasuh tangan kanan ketika berwudhu', ertinya;
"Ya Allah berikanlah kepadaku kitab amalanku dengan tangan kananku & janganlah Engkau berikan kitabku ini dengan tangan kiriku." [Dipetik dari Kitab Al-Azkar oleh Imam Nawawi]
Semasa membasuh tangan kiri disunatkan pula membaca doa ini; ertinya;
"Ya Allah, aku berlindung kepada Engkau daripada memberikanku kitab amalanku dengan tangan kiri ataupun dari belakangku." [Dipetik dari Kitab Al-Azkar oleh Imam Nawawi]
Selepas menyapu air di atas kepala sunat pula membaca; ertinya;
"Ya Allah, peliharalah rambut & kulitku daripada api neraka. & lindungilah aku di bawah naungan Arasy-Mu pada hari tidak ada naungan melainkan Engkau." [Dipetik daripada kitab al-Azkar karangan Imam Nawawi]
 
Disunatkan membaca doa ini tatkala selesai membasuh kedua-dua belah kaki. Ertinya;
"Ya Allah tetapkanlah kedua-dua kakiku di atas titian (Siratul Mustaqim) pada hari ramai orang tergelincir." [Dipetik daripada kitab al-Azkar karangan Imam Nawawi]
Biografi ringkas Imam Nawawi:
Namanya ialah Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syirfu al Nawawi. Dilahirkan di Nawa sebuah wilayah di Damsyik Syam pada bulan Muharram tahun 631 Hijrah. Kebolehan menghafaz Al-Quran sejak kecil lagi. Pada tahun 649 Hijrah, ketika berusia lingkungan sembilan belas tahun telah pergi ke kota Damsyik untuk belajar. Mendalami ilmu di madrasah al-Ruwahiyyah atas tanggungan madrasah itu sendiri.
Karangannya adalah banyak, di antara kitabnya yang begitu popular dalam pengajian ilmu ialah Matan al-Arbain (hadis 40), Riyadhus Salihin, Syarah Sahih Muslim dan al-Adhkar.
Kehidupannya dihabiskan kepada bakti dan khidmat suci terhadap penyebaran dam perkembangan ilmu pengetahuan Islam.
Sepanjang hayatnya banyak menulis, mengarang, mengajar dan menasihat. Inilah yang telah mengangkat ketinggian peribadinya dan dikagumi. Imam Nawawi wafat pada 24 Rejab 676 Hijrah, dan dimakamkan di Nawa
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)

From: baharudin baha <baharudinbh@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, March 29, 2012 11:16 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: WUDHUK YANG SEMPURNA SERTA DOA-DOANYA.

السلام عليكم
Saya ingin bertaya satu persoalan, setahu saya setiap amalam yang nak kita amalkan mestilah berdasarkan hujjah samaada dari Al-Quran atau as-Sunnah, untuk itu saya ingin tahu tentang doa2 pada setiap basuhan anggota uduk itu adakah ianya terdapat dalil sama ada dari Al-Quran atau Sunnah, kalau terdapat dalil sila kemukakan dari sumber mana dalil tersebut, ada kah ia terdapat dalam kitab2 hadis yang enam, kemukan juga mukaka surat kitab yang mempunyai dalil berkaitan supaya seang bagi saya membuat rujukan. المخلص أخوكم في الاسلام

From: Noor Asiah Yusop <nora_yusop@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, December 15, 2011 9:49 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: WUDHUK YANG SEMPURNA SERTA DOA-DOANYA.

Kalau kita rasa ragu2........belilah buku AMALAN & IBADAH seharian. Solat kita bermula dari niat dan berwuhuk yang sempurna bukan cuma membasuh anggota badan sahaja,cuma kalau kita ingin mendalamkan lagi ilmu cubalah dengan membaca dan mendengar orang yang berilmu mengulas sesuatu dalam ugama lebih mendalam seperti program TANYALAH USTAZ di TV 9........bermacam2 masaalah telah dikupas dengan baik berserta alquran dan alhadis dan banyak lagi diluar sana.Wallahualam.......... 





From: A. Bakar Attan <a.bakar@smebank.com.my>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, December 13, 2011 7:01 PM
Subject: RE: RG2011... Fw: WUDHUK YANG SEMPURNA SERTA DOA-DOANYA.

 
Tidak persoalan tidak menghargai....
 
Adalah lebih baik...sebab doa2 yang dicadangkan tiada dalam mana2 hadis...yang mengatakan secara khusus untuk membaca doa2 tersebut disetiap bahagian wuduk...
 
Takut nanti disalah tafsiran dan anaggapan...
 
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of Noor Asiah Yusop
Sent: Tuesday, 13 December, 2011 9:03 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Fw: WUDHUK YANG SEMPURNA SERTA DOA-DOANYA.
 
Tkasih kepada anda yang telah menberikan pendoman berwudhuksempurna dibawah ini.semuga tuhan mencucuri rahmat yg berpanjangan...
bagi mereka yang tidak mengetahui secara mendalam saya rasa cuba cari dikedai buku ugama yang berdekatan......jangan mengharapkan lebih ...berusahalah dalam mencari ilmu 
From: A. Bakar Attan <a.bakar@smebank.com.my>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>; zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Monday, December 12, 2011 7:59 PM
Subject: RE: RG2011... Fw: WUDHUK YANG SEMPURNA SERTA DOA-DOANYA.
 
Sebaiknya kalau disertakan sekali hadis2 dan ayat quran yang mendokong perbuatan dan doa dalam berwuduk ini...
 
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of ::-eSpAcE 9808-::
Sent: Friday, 9 December, 2011 12:11 AM
To: zzxmelayucyber
Subject: RG2011... Fw: WUDHUK YANG SEMPURNA SERTA DOA-DOANYA.
 
 
----- Original Message -----
 

WUDHUK YANG SEMPURNA SERTA DOA-DOANYA.

resepirahsiaku
 
Setiap wudhuk yang disertakan dengan doa-doa adalah wudhuk yang paling sempurna seperti kehendak beberapa hadith Rasulullah SAW yang menjanjikan darjat serta kelebihan disisi Allah SWT.
 
Diantaranya ialah riwayat yang shahih yang bermaksud:
"Sesiapa yang berwudhuk serta memperelokkan wudhuknya maka gugurlah semua dosanya dari anggota wudhuk itu"
Memperelokkan wudhuknya bererti menyempurnakan rukun-rukunnya dan memeliharakan sunnah-sunnah yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Oleh itu haruslah kita jangan memperkecilkan perkara-perkara sunnah itu dengan berkata iannya hanyalah sunat sahaja, kita rasakan!. Alangkah ruginya kita jika kita beranggapan sedemikian.
 
Jika kita rasa terlalu sukar untuk beramal sedemikian, elok lakukan secara sedikit demi sedikit untuk melatihkan membaca doa-doa tersebut. Pada minggu pertama, latihkan membaca doa membasuh muka, Pada minggu kedua, latihkan membaca doa membasuh tangan dan sehingga minggu seterusnya habiskan doa-doa yang akan diterangkan nanti. InsyaAllah setiap minggu satu doa dibaca dan akhirnya lengkaplah bacaan doa-doa ketika mengambil wudhuk. Perpatah melayu berkata "Hendak seribu daya, tak hendak seribu alasan".
 
Sunat-Sunat Wuduk
 
Perkara-perkara yang disunatkan ketika berwuduk:-
1.     Membaca "Bismillah".
2.     Membasuh kedua tangan hingga kepergelangannya.
3.     Bersugi atau mengosok gigi.
4.     Berkumur serta menghisap air ke dalam hidung, kemudian mengeluarkannya.
5.     Menyelati anak-anak jari kaki dan tangan serta janggut yang tebal sehingga rata.
6.     Menyapu air pada bahagian kepala.
7.     Mendahulukan anggota kanan dari yang kiri.
8.     Mengulang tiga kali setiap basuhan pada tiap-tiap anggota wudhuk..
9.     Mengadap kiblat dan membaca doa selepas wuduk. 
DOA SELEPAS WUDUK
 
 
   10. Doa-doa Ketika Mengangkat Wudhuk.
     
        a. Bacala "Bismillah".

        b. Doa lindung dari Syatan.
DOA LINDUNGI DARI SYAITAN
 
 
DOA-DOA KETIKA MENGANGKAT WUDHUK
 
a.Ketika Hendak Basuh Tangan:
 
 
b.Ketika Hendak Berkumur:
 
 
c.Ketika Menghisap Air Ke Dalam Lubang Hidung.
 
Ertinya: "Ya Allah ya TuhanKu! Adakanlah untukku bau syurga dan Engkau redha padaku.
 
d. Ketika Mengeluarkan Air Dari Lubang Hidung.
 
 
e. Ketika Basuh Muka.
 
 
f. Ketika Basuh Tangan Kanan.
 
 
g. Ketiga Basuh Tangan Kiri.
 
 
h. Ketika Basuh Kepala.
 
 
i. Ketika Basuh Telinga.
 
 
j. Ketika Basuh Kaki Kanan.
 
 
k. Ketika Basuh Kaki Kiri.
 
 
Mengenai Membasuh Leher
 
Sesudah menyapu kedua-dua telinga, ada orang yang suka pula menyapu lehernya dengan air yang baru memandangkan Hadiths Nabi Muhammad SAW yang sabdanya:
"Menyapu leher adalah mennyelamatkan daripada rantai neraka pada hari kiamat".
Hal ini diriwayatkan oleh Abu Mansur Ad-Dailami dari Umar (Hadith Dhaif). Demikian seperti diterangkan dalam Kitab Ihya' Ulumiddin Imam Al-Ghazali r.a
 
Sesiapa yang ingin melakukan, eloklah semasa menyapu leher itu membaca sedikit doa yang biasa diamalkan:
 
 
Moga-moga para pembaca dapat memulakan wudhuk yang sempurna ini. Dipermudahkan menghafal dan mengingatkan terjemahan doa-doanya sekali.
 
Sekian, Wasallam.
 






No comments:

Post a Comment