Aku bersimpati dgn saudara Rosli Awang. Nasihat aku, lain kali minta kerja bawa lori selain dari lori konkrit. Lori konkrit tak boleh lama sgt kalau tak nanti konkrit tu keras dan takut kena reject bila dah sampai ke tapak pembinaan. Mungkin perjalanan itu jauh dan itu boleh menambahkan kesan pada kualiti konkrit tu. bila kena reject tauke plant tu rugi satu lori. sebab tu dia marah sgt. apapun sepatutnya sebelum dia masuk kerja, kompeni tu kena bg taklimat la mengenai hal ni.
2012/3/29 -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
----- Original Message -----From: -::eSpAcE9808::-paapaada.blogspotPosted by a U t A m a NALOR GAJAH - Hanya kerana mahu menunaikan solat, seorang pemandu lori sebuah syarikat simen konkrit di Rumbia, dekat sini mendakwa diberhentikan kerja oleh majikannya, kelmarin.
Semuanya kerana dia tiba lewat ke tempat ditujui selepas mengambil sedikit masa singgah di sebuah masjid untuk menunaikan solat Zohor.
Rosli Awang, 49, yang tinggal di Kampung Cerana Putih, Taboh Naning, di sini berkata, kejadian itu ternyata mengecewakannya.
Dia yang juga merupakan seorang pesara tentera tidak menyangka menerima hukuman sedemikian selepas mula berkerja di syarikat terbabit kira-kira tiga minggu lalu.
Menurutnya, dalam kejadian kira-kira 1.40 petang itu, dia memandu lori keluar dari tempat kerjanya di Jalan Lendu, Rumbia untuk menghantar simen konkrit ke Taman Paya Rumput Permai.
"Kerana sudah masuk waktu solat, saya singgah di Masjid Jamek Kampung Paya Rumput sekejap untuk solat Zohor. Ketika itu saya nampak seorang rakan saya memandu lori di belakang sudah memintas lori saya dan menuju ke tempat diarahkan.
"Selesai solat, saya terus sambung kerja menghantar simen konkrit ke tempat diarahkan. Semasa saya menurunkan simen konkrit dari lori, rakan saya itu sudah bersiap sedia hendak bergerak menuju ke tempat kerja semula," katanya.
Menurutnya, majikannya kemudian menghubunginya bertanya mengapa lewat, sedangkan sudah bergerak awal dari rakannya itu.
"Semasa saya beri penjelasan, dengan marah dia terus putuskan talian telefon. Sampai semula di tempat kerja, majikan memanggil saya ke dalam bilik pejabat," katanya.
Rosli berkata, dia terkejut apabila majikannya mengarahkan dia membasuh lori berkenaan dan meletakkan ke parkir, sedangkan tugasan masih belum selesai.
"Majikan saya kata, dia tidak suka pekerja ingkar dan menganggap pergi solat sebagai membuang masa. Kemudian dia mengarahkan saya balik rumah dan tidak perlu datang kerja lagi," katanya.
Berikutan tindakan itu, Rosli membuat laporan di Balai Polis Simpang Ampat, di sini.
Dia turut bercadang membawa perkara itu kepada Persatuan Pelindung Pengguna Negeri Melaka sebelum dirujuk ke Jabatan Buruh Negeri.
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment