Tuesday, August 14, 2012

Re: RG2011... Ahli PAS Solat di Kaki Lima Precint 15, Penduduk Luahkan Kekesalan

 

Yg solat, diprtikai....yg x solat n wat maksiat, dipuja....dunia..,dunia

Sent from my iPhone

On 14 Aug 2012, at 15:17, noraziziah abdullah <noraziziah@yahoo.com.my> wrote:

 

ape la email mcm ni..org solat pun kata menunjuk2..kalau org pas x solat pun kena kutuk..solat pun kena jugak.mesti org ni lakukan atas sebab2 tertentu..ni la org2 'itu' suke memfitnah, fikiran pun singkat jugak sbb asal tgk gamba je judge ikut suke hati..sbb tu la 'mereka' tu suke 'gamba' , suke 'video'...ape la..perkara solat pun nak mainkan sentimen politik..


 

Sunday, August 12, 2012

Ahli PAS Solat di Kaki Lima Precint 15, Penduduk Luahkan Kekesalan


PUTRAJAYA, 12 OGOS - Tindakan ahli parti PAS yang mengadakan solat di kaki lima Precint 15, menyebabkan beberapa penduduk tampil meluahkan rasa kekesalan mereka akibat tindakan PAS yang dilihat mahu menunjuk-nunjuk kepada masyarakat sekitar Putrajaya.

Seorang penduduk yang ditemui kruPutrajaya-Online Rashid Manaf 36, mempersoalkan tindakan ahli PAS yang bersolat di kali lima sedangkan terdapat banyak surau serta masjid-masjid di sekitar Putrajaya.

"Solat secara berjemaah memang sesuatu yang dituntut oleh agama, namun tindakan PAS bersolat di hadapan premis perniagaan di Precint 15 ini sebenarnya telah menganggu urusan penduduk, kerana khemah yang dibina telah menghalang laluan pejalan-pejalan kaki"

"Adakah Majlis Perbadanan Putrajaya membenarkan mereka membina khemah di laluan tersebut, kerana tindakan itu sebenarnya menghalang laluan pejalan kaki, malah setahu saya markas mereka (PAS) di tingkat dua terdapat ruang yang luas untuk mengerjakan solat" katanya.

Suria 22 tahun, pekerja kedai serbaneka dalam reaksinya berkata "kenapa mereka solat di kaki lima, setahu saya banyak surau dan masjid yang ada di Putrajaya. Malah jarak dari sini tidak sampai 5 minit perjalananan, perbuatan mereka ini seolah-olah mahu menunjuk-nunjuk, sedangkan dalam Islam kita tidak digalakkan riak dengan setiap ibadah yang kita lakukan".

Precint 15, Putrajaya yang menempatkan beberapa premis perniagaan serta pejabat-pejabat syarikat swasta itu merupakan lokasi tumpuan warga sekitar Putrajaya setiap kali cuti hujung minggu kerana di kawasan tersebut terdapat premis seperti Mydin, Domino's Pizza serta beberapa restoran lain.

Pemerhatian kru Putrajaya-Onlinemendapati markas PAS di tingkat 2 terdapat ruang yang cukup luas mengadakan solat secara berjemaah manakala terdapat sebuah surau lain berdekatan markas mereka, iaitu Surau Ar-Rahman yang terletak di Precint 16 yang mana hanya memakan masa 5 minit perjalanan. - editor/PjO



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment