Monday, August 6, 2012

Re: RG2011... Masihkah Kau Ingat !

 

alalalla......soooo sweeet!!! sy doakan kebahagiaan hingga ke syurga.. 


From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
To:
Sent: Friday, August 3, 2012 7:55 AM
Subject: RG2011... Masihkah Kau Ingat !

 
http://utuhpaloi.com/
31 Julai…35 tahun yang lalu…tarikh yang mengubah hala tuju hidup seorang lelaki yang amat pemalu.
Aiman teringat ungkapan favourite masa bertugas di KD Sri Tawau "To get married…no I won't make that mistake". Mungkin juga pada masa itu hati Aiman belum terbuka untuk mendampingi kaum hawa, dan belum kenal apa erti cinta sehinggalah…
29 Mei 1975…sore itu dia keluar dengan Billy, kawan paling akrab untuk makan di warong tepi laut berhampiran dengan Nurses Hostel Johor Bahru.
25 Oktober 1975…5 bulan selepas bertegur sapa dengan gadis desa (gambar sebelah kanan), Billy, Bala dan Aiman pergi berkelah ke Kota Tinggi. Dalam perjalanan balik, Billy menghantar Aiman ke perkarangan Nurses Hostel JB.
Malu dan gabra bercampur baur…Aiman memberanikan diri meminta Amah bertugas memanggil 'kawan' yang hanya pernah sekali bertegur sapa sebelum itu. MJ, gadis yang ditemuinya 5 bulan yang lalu meminta teman sebilik, Misah (gambar sebelah kiri) turun ke bawah menemui Aiman sementara menunggu dia mandi.
Era itu, pakaian jururawat sama juga seperti pakaian laskarnita…skirt atas lutut
Setelah berkawan dengan jururawat barulah Aiman tahu makna warna 'pip' di atas bahu…hijau untuk tahun pertama, biru tahun kedua dan merah tahun ketiga atau tahun akhir.
Oleh sebah majoriti pelatih kejururawatan berasal dari kampung, maka untuk menyertai kumpulan berzanji tidak jadi masalah
Setelah beberapa bulan mengenali hati budi perawan desa, Aiman terfikir "Kalau lambat mungkin terbang pula burung ni…" lantaran itu dia memutuskan untuk mengikatnya dengan seutas tali.
Apabila perawan desa mengajak Aiman mengabadikan kenangan hari pertunangan dengan bergambar di Studio, Aiman jadi gugup kerana walaupun usia sudah menjangku 3 dekad, dia belum pernah bergambar dengan kaum hawa. Masih ingat bagaimana tukang gambat meminta Aiman meletakkan tangan di atas bahu 'tunang'. Seram sejuk seluruh badan…
7 Januari 1977, setelah tamat latihan, tunang Aiman berpindah ke hospital daerah Muar. Rupanya perpindahan itu adalah suatu rahmat…buat pertama kalinya Aiman mengerti makna 'rindu'. Tapi apa kan daya, zaman itu bukan ada kemudahan telefon untuk mendengar suara orang yang dirindui. Untuk menghilangkan kesepian, Aiman meluahkan kerinduan di atas kertas, dan setiap hari menanti ketibaan surat balasan dari tunangnya.
31 Julai 1977…berakhir zaman bujang (Kenanagan Mengusik Jiwa 'i')
Perawan desa yang sudah bergelar isteri menunggu mak andam untuk berinai
"Alamak, mak andam ni pegang tangan suami aku pula" mungkinkah itu bisik hati pengantin perempuan.
Setelah bergelar suami, Aiman baru terfikir "Kalau taulah begini indahnya dunia rumah-tangga, lama dah aku kahwin, tapi…kalau kahwin lebih awal, apakah mungkin aku dapat beristerikan wanita selembut ini!"
Setelah diajar oleh mak andam bagaimana cara menyuapkan makanan ke mulut isteri, setiap masa terluang Aiman tak ketinggalan mempraktikkan apa yang dipelajari masa di atas pelamin.
Dan diharap anak-anak pula akan mengikut jejak ibu bapa…saling sayang menyayangi.
Aiman dan MJ dikurniakan 5 orang cahaya mata. Yang pertama lahir genap setahun selepas berkahwin – 31 Julai 1978. Yang ketiga lahir genap 37 tahun usia Aiman – 29 Disember 1982.
Alhamdulillah, walaupun anak-anak tidak tergulung dalam kategori murid 'genius', namun kesemuanya berjaya diterima melanjutkan pelajaran ke IPT peringkat ijazah tanpat kelas tuisyen, tanpa menggunakan pintu belakang atau cable.
Insyaallah, bulan Oktober akan datang, Aiman dan isteri akan jadi tetamu - buat kali kelima - di dewan universiti untuk menyaksikan anak bungsu mereka naik ke atas pentas menerima segulung kartu sebagai hadiah sebuah pengorbanan.
Siapa sangka, Aiman yang amat pemalu boleh bertukar kepada seorang suami yang tak malu melahir dan mengabadikan kasih sayang dalam bentuk potret.
Isteri Aiman menerima hadiah 'cemerlang' untuk kali ketiga
23 Julai 2012, sehari sebelum hari kelahiran ke 58, dan setelah berkhidmat dengan hospital kerajaan selama 35 tahun 6 bulan dan 16 hari, MJ punch out untuk kali terakhir.
Belated Happy Birthday (24 Julai), dan Happy 35 th Wedding Anniversary untuk MJ dari Aiman dengan ucapan "You Mean Everything To Me".
http://www.youtube.com/watch?v=KLaiJZdHB-Q


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment