Thursday, August 2, 2012

RG2011... Cara untuk wujudkan rasa cinta kepada Allah, Rasulullah, Diri Sendiri dan Sesama Muslim

 



 
Sekarang ini ramai orang berasa dirinya tidak bahagia. Mengapa tidak bahagia? Salah satu sebabnya ialah hilangnya rasa CINTA.
Ramai orang sekarang ini sudah tidak merasai CINTA ILAHI, sudah juga tidak lagi merasai CINTA RASULULLAH, hatta sudah tidak lagi merasai CINTA KEPADA DIRI SENDIRI. Apatah lagi CINTA KEPADA SESAMA MUSLIM.
Apabila rasa-rasa cinta ini hilang, jiwa kita akan merasa kosong dan kering. Maka hilanglah rasa bahagia.
http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQJIUM87GQHsoRbBrNorGi2YZ7gNDYYGg_ZY_guXmwsoCbQ4fHW
Dalam entri kali ini, saya nak berkongsi dengan anda 1 cara mudah untuk mewujudkan @ menyuburkan kembali rasa cinta kepada Allah SWT, Rasulullah SAW, Diri Sendiri dan Sesama Muslim.
Ianya sangat penting untuk kita amalkan agar hidup kita dipenuhi rasa cinta ini dan menikmati hidup yang lebih tenang dan bahagia.
Cubalah amalkan dengan istiqamah.
Zikir-zikir cinta
1.)  Untuk wujudkan rasa cinta Allah dalam diri kita ;
Sila amalkan *zikir tasbihat pada setiap pagi dan petang (pagi 100x, petang 100x)
*Zikir tasbihat = Subhanallah, Alhamdulillah, Laailaha illallah, Allahuakbar.
 
2.)  Untuk wujudkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam diri kita ;
Sila amalkan membaca selawat atas nabi SAW pada setiap pagi dan petang (pagi 100x, petang 100x)
http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRKfLypkmXBR1K68GEs2Tw9BQlvR17zTdKjvTQL5ofuc6_UTNh7
3.)  Untuk wujudkan rasa cinta kepada diri kita sendiri ;
Sila amalkan istighfar (mohon keampunan) pada setiap pagi dan petang (pagi 100x, petang 100x)
http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRr_8MqEfEyCtBWSTD0jQ1FzMO0gFCPZU7TP9vr57qSRvSvguZk
4.)  Untuk wujudkan rasa cinta kepada sesama muslim (saudara seislam) kita ;
Sila sebarkan salam dan eratkan silaturrahim.
http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcShJs1T0Ie34v43h96TGA8diaSBG-dOjp88XLwft1gVWM8ZDN85Untuk mengeratkan silaturrahim…
  • Kalau berjauhan, kita saling mendoakan.
  • Kalau berdekatan, kita saling kunjung mengunjungi.
  • Kalau sudah bertemu, kita saling nasihat menasihati dalam perkara iman.
 
Nampak mudah untul amal, tapi payah sekali untuk istiqamah. Namun begitu, mari kita cuba amalkan sebaik mungkin…
Sekian, selamat beramal dan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat, insyaAllah.
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment