Dalam seminggu, saya kendalikan 3 kelas Bahasa Jepun. Satu di tempat saya bekerja sekarang, dan satu di Kelang, dan satu lagi di Kajang. Alhamdulillah, kerja mengajar ini, selain menjadi sumber pendapatan sampingan saya, ia juga memberikan satu kepuasan sebenarnya.
Seorang rakan saya pernah bertanya kepada saya, "Eh, tak penat ke ko buat tuisyen mengajar nihonggo (bahasa jepun) ni ek?".
Mari belajar Bahasa Jepun...
Saya jawab ringkas, "Dah minat beb. Jangan kata penat, malah aku rasa best plak. Kalau boleh, hari-hari aku nak mengajar."
"OK, aku nak tanya ko la kan, ko minat tak main game? Apa perasaan ko bile ko main game hari-hari? Rasa penat ker best? Haa macam tu lah aku, bile dapat mengajar ni. Best ooo . Naik ketagih kita dibuatnya." , terang saya pada member saya tu.
"Haah kan. Betul gak ko cakap." Dia mengangguk tanda setuju dengan kata-kata saya.
"Ko tau tak, aku dah buat kerja mengajar ni sejak tahun 2003 lagi tau. Aku buat semua ni semuanya kerana minat. Mula-mula aku bukak kelas Bahasa Jepun ni, free of charge. Tiada sebarang bayaran dikenakan. Malah buku nota pun aku sediakan percuma kepada student aku. Tapi tu lah, benda percuma ni, tak ramai yang hargainya. Ramai student2 aku masa tu yang 'hangat-hangat taik ayam' jer. Minggu pertama dan minggu kedua, ramai la yang datang. Pastu sikit demi sikit, makin kurang, makin kurang dan makin kurang.
Last2, aku pun jadi tak semangat nak mengajar. So akhirnya, aku tutup jer la kelas tu. Dah student kejap datang, kejap tak datang. Yang datang pun kadang2 hanya sorang jer. Sedangkan aku masa tu ada banyak lagi komitmen lain masa tu. "
"Haa itu pengalaman kelas pertama aku la. Aku hairan, kenapa orang-orang kita ni tak hargai langsung peluang yang ada depan mata. Bayangkanlah, aku bukak kelas tu secara sukarela tanpa sebarang bayaran pun. Buku nota pun aku sediakan. Diorang hanya perlu korbankan 2 jam jer seminggu untuk masuk kelas. Tapi…? Kelas itu tetap gagal.
Aku memang agak kecewa masa tu. Puas aku fikir, apa yang tak kenanya dengan kelas yang aku handle tu."
3 tahun lepas, saya ada berborak dengan seorang kawan lama. Saya kongsikan pengalaman saya tu dan luahkan semua persoalan yang bermain difikiran ini.
"Memang dah jadi fe'el kita dah. Barang percuma dianggap tidak berharga. Dapat benda free, kita tidak mensyukuri. Itulah yang terjadi. Kalau ko tak percaya, cuba ko kenakan bayaran untuk kelas ko tu. Pasti ko akan dapat rasakan perbezaannya." Begitulah antara kata-kata kawan saya tu yang saya ingat.
Pada mulanya saya ragu-ragu juga untuk kenakan bayaran. Sebab niat asal saya ialah untuk berbakti pada masyarakat. Saya nak jalankan tanggungjawab sosial saya. Jadi, kalau kenakan bayaran, tu dah kira macam bisnes dan nak ambil untung tu. Ia dah lari dari niat asal saya. Jadi, saya memang rasa serba salah pada mulanya. Tapi apabila mendengar hujah dari kawan-kawan saya, saya rasa mungkin ada benarnya apa yang diorang katakan.
"Kita ni memang tak pandai nak hargai benda yang percuma. Benda percuma di anggap biasa dan tidak berharga. Sebab tu la ramai yang ponteng dan selalu tak datang kelas, walaupun kelas tu hanya seminggu sekali. Buktinya, ko sendiri yang rasa kan?" Sambungnya lagi.
Hmmm, apabila dikata begitu. Saya akui. Memang itulah pengalaman saya. Jadi, dipendekkan cerita, saya pun mulai kenakan bayaran pada setiap kelas yang kendalikan.
Korang tahu tak apa yang berlaku lepas tu?? Saya ingatkan tiada orang yang akan join kelas saya, tapi rupa2nya, sambutan sangat menggalakkan. Malah mereka yang join kelas berbayar saya tu, menunjukkan komitmen yang sangat baik. Jauh lebih baik dari mereka yang join kelas percuma saya. Sedangkan apa yang saya ajar, dan buku nota yang saya sediakan, cara saya mengajar, semuanya sama saja. Tiada perbezaan pun macam kelas percuma saya dulu.
Tapi kenapa bila kena bayar baru diorang nak tunjukkan kesungguhan nak belajar? Kenapa kalau kelas free, diorang macam hangat-hangat taik ayam saja? Bukan ker bangang tu…Orang nak ajar secara percuma, buat main-main. Tak pernah nak hargai. Bila orang kenakan bayaran, tau pula nak bersungguh!!
Hmmm…Pelik betul la perangai manusia ni kan?
Apa2pun, saya kini sangat bersyukur pada ALLAH kerana, saya kini menjana duit sampingan yang agak lumayan juga hasil daripada kelas Bahasa Jepun saya. Alhamdulillah,saya syukur banyak-banyak pada ALLAH.
Sesungguhnya benarlah firman ALLAH dalam Surah Ibrahim ayat 7,
Sekian, sekadar coretan berkongsi pengalaman…
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment