Wednesday, August 15, 2012

RG2011... Fw: BACA, berguna betoi maklumat neh...

 



BACA, berguna betoi maklumat neh...

paklongonline.blogspot
Salam semua...

Apa benda yang kita guna akan ada tarikh luputnya tersendiri. Umum dah tau, penggunaan sesatu produk selepaih tarikh luput memang tak digalakkan melainkan la kalau dah kita dalam kategori SEGAN NAK BERNYAWA... haha...

Memang bahaya... Pak Long pun baru tau rupanya tong ges yang kita pakai tu pun ada jugak tarikh luputnya. Jadi dah kita sebagai pengguna neh kena pakat-pakat beringat la, periksa tarikh luput tong tu sebagai satu daripada langkah kita menjamin keselamatan diri dan keluarga...

Mak Long hang pun nak beraya dengan sempurna macam ngan orang lain jugak...

Ca perati kat salah satu sisi tong ges tuh, ada tarikh luput yang depa kodkan secara berhuruf A, B, C atau D diikuti dengan dua digit... contohnya D06

Huruf tuh bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun;

A untuk Mac (Suku pertama)
B untuk Jun (Suku kedua)
C untuk Sep (Suku ketiga) dan
D untuk Dis (Suku keempat)

Dua digit tu pulak menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat digunakan... kalau D06 bermaksud tong tuh hanya selamat digunakan sehingga Disember 2006 ja...

Jadi, periksalah tong ges kita tiap kali kita order tong baru kerumah kita...

Baguih kan maklumat neh. Lepaih ni boleh la kita gunakan hak kita sebagai pengguna untuk menolak tong ges yang tamat tempoh penggunaannya dari dibekalkan oleh pembekal...

Okey lah, Pak Long pun nak check jugak bila pulak tarikh luput Mak Long hang... hehe...

Wassalam...
 

comments:

  1. Salam Pak Long! Hg jgn gatai2 dok check tarikh luput Mak Long...silap aribulan, tidoq bawah tangga!

    p/s: Tapi, kdg2 kena check jugak kot...kuah kuah kuah!

  2. Tokwan Pencen

    Tokwan tak kisah kod-kod tuuuu, yang penting Tok hang cucuh dapoq, api nyala bulih menanak nasik kira ok laaaa.
    Roti pun macam tuuuu jugak, Tok tengok tak dak kulat kira ok laaa, Tok amal niii dah lamu sejak Tok kecik kecik lagi, zaman Tok dulu tak dak pon "tarikh mampuih", semua pakat belasah ajaaa.
    Satu lagii, dizama Tok ayang ada tarikh mampuih ialah "lesen bawak motu", "rok tek motu" dan "lesen radio & tali besen"
    Sori la Pak Plong panjang sikit... Tok teringat kisah lama2.

 

----- Original Message -----
 
Subject: kenapa tong gas meletop?



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment