Wednesday, August 15, 2012

RG2011... Johor - Jangan jadi tempat ameno bermula dan berakhir.....

 


http://peguamkamalmenulis.blogspot.com/2012_08_01_archive.html

PELIK TAPI BENAR

Tahukah anda pokok kepala sawit boleh ditanam di dalam laut air masin  di negeri Johor Darul Takzim? Negeri Johor amat kaya dengan hasil bumi dan sangat subur untuk pelbagai tanaman seperti getah, nenas dan kelapa sawit. Kesuburan tanah di Johor menyebabkan ramai berlumba-lumba untuk berkecimpung di dalam bidang pertanian.
Kerajaan Johor telah banyak memproses permohonan-permohonan tanah dan mengurniakan banyak tanah dari keluasan yang kecil hingga yang besar.

Persoalannya, adakah sistem pengurniaan tanah dibuat di Negeri Johor dilakukan secara adil dan transparent (telus)? 

Sebuah Syarikat telah dikurniakan tanah seluas 63.643 hektar denganPegangan Selama-lamanya untuk ditanam dengan tanaman kelapa sawit yang mana lokasi tanah yang telah dikurniakan terletak di dalam air masin di Selat Tebrau di kawasan Stulang Laut, Johor Bahru.

Lokasi tanah yang kurniakan kepada syarikat KOTA SELAT TEBRAU SDN. BHD. pada 25 April 2007 ( PTGJ/172/2006 ; PTG.2/9/1/4/20/2005 ).






Musnahlah keindahan pantai jika ditanam dengan tanaman kelapa sawit.





APAKAH BENAR, tanah ini yang diluluskan untuk tanaman kelapa sawit oleh Kerajaan Negeri Johor sememangnya untuk tujuan pertanian? ATAU ada udang disebalik batu?

Kalau tanah yang diluluskan untuk kegunaan pertanian, nilai premium yang perlu dibayar kepada Kerajaan adalah sangat rendah berbanding dengan tanah yang dikurnia untuk tujuan komersial atau kediaman.

Apakah rakyat Johor diperbodohkan?

Apakah pengurniaan tanah ini melalui prosedur yang betul dan sah mengikut undang-undang?


NATIONAL LAND CODE

Act 56/1965

DIVISION II
DISPOSAL OF LAND
PART FIVE
DISPOSAL BY ALIENATION
CHAPTER 1
INTRODUCTORY


76.  Meaning of alienation.
The alienation of State land under this Act shall consist of its disposal by the State Authority-
(a)for a term not exceeding ninety-nine years;
(aa) in perpetuity-
(i) where the Federal Government requires the State Authority to cause a grant in perpetuity to be made to the Federal Government or to a public authority or where the Federal Government and the Government of the state agree to make a grant in perpetuity to the Federal Government;
(ii) where the State Authority is satisfied that the land is to be used for a public purpose; or
(iii) where the State Authority is satisfied that there are special circumstances which render it appropriate to do so;

Siapakah yang mengaut keuntungan dari perkara ini?

Dari carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia terdapat 9 orang pengarah di dalam syarikat Kota Selat Tebrau Sdn. Bhd. Antaranya ; -


Lim Kang Hoo

Adakah penglibatan Lim Kang Hoo di dalam projek ini bersama "partnernya" seperti yang dinyatakan di dalam blog 

http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2012/02/audience-with-tuanku-expose-more-ghosts.html


MONDAY, FEBRUARY 13, 2012


Audience with Tuanku expose more ghosts
Ini adalah petikan yang di ambil dari blog di atas


Early in the conversation, this blogger managed to sneek the question, "Who is the ghost of Johor?" to Tuanku.

"Lim Kang Hoo lah," he answered with a cheeky smile as if to kid with our coverage of DatoLim Kang Hoo in our blog postings.

Tuanku did explained that Kang Hoo came to Johor from Sabah and was not getting anything. Finally, he came in to helped bailout Gani's RM200 million problem of Kumpulan ParasaranaRakyat Johor.

Like we said, Tuanku was brutally honest.

Tuanku did not hide the fact that Kang Hoo is his business partner. However, Tuanku made known that he had personally opposed and rejected some of Kang Hoo's applications to the local authority, including the height limit to Danga Bay development.

Another displeasure of Tuanku's that he shared with us were of those selling his name to secure business or projects or favours. There had been many including family members and friends.



Berapa nilai premium tanah yang sepatutnya dibayar oleh Kota Selat Tebrau Sdn. Bhd. jika tanah yang terletak di lokasi yang sangat " PRIME " jika tanah itu dikategorikan sebagai " tanah komersial atau kediaman ?" Kenapa tanah ini dikategorikan sebagai " tanah pertanian untuk tanaman kelapa sawit " di dalam lokasi tanah yang merupakan laut air masin.

Berapa banyak kerugian dari segi pendapatan kepada negeri Johor? Rakyat kerugian.......

Adakah Rasuah berlaku di dalam proses ini?

Perdana Menteri dan wakil-wakil rakyat serta pihak-pihak tertentu hendaklah memberi perhatian terhadap perkara seperti ini, ini hanya satu dari beberapa pendedahan isu semasa yang merugikan rakyat dan negara. Jika tidak diberi perhatian serius, MAKA Johor yang terkenal kuat sebagai kubu UMNO akan hancur dan rakyat akan hilang kepercayaan

"JANGANLAH TEMPAT DI MANA UMNO BERMULA BERTUKAR MENJADI TEMPAT UMNO AKAN BERKUBUR"

Kepentingan Rakyat hendaklah diutamakan bukan kepentingan Individu tertentu yang mendapat keutamaan. Pembangunan di Johor sepatutnya memberi munafaat kepada perbagai masyarakat dari Johor.

 Jangan jadi " kera di hutan disusukan dan anak di rumah kelaparan "

Tepuk dada tanya selera. Rakyat berharap satu perubahan.




RAKYAT PERLUKAN PEMBELAAN...siapakah yang harus membela mereka?






__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment