Semalam, saya singgah di Masjid UM untuk solat Asar berjemaah. Setelah menanggalkan kasut, saya masuk ke masjid menuju ke tempat mengambil wudhu. Tiba-tiba ada seorang lelaki, berkulit agak gelap, berkumis nipis dan berkupiah datang memberi salam dan mendekati saya.
"Assalamualaikum bang. Nama saya Umar Bin Abdullah. Saya seorang muallaf. Baru masuk Islam. Saya lapar bang. Saya perlukan sedikit duit untuk makan."
Beliau menyapa dan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan saya.
"Waalaikumussalam."
Dalam keadaan yang agak terkejut (sebab tiba-tiba saja disapa begitu), saya menjawab salamnya dan menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengannya.
Saya mendengar luahan hati brother yang menggelarkan dirinya Umar itu beberapa ketika. Dia kata dia betul-betul dalam kesusahan dan kelaparan sekarang. Dia meminta saya memberikannya seringgit dua untuk dia mengalas perut.
Melihat kepada raut wajahnya, dia macam bercakap benar. Tambahan pula, dia kata dia muallaf. Dan dia minta baik-baik dari saya untuk diberikan sedikit wang.
Saya, memang tak boleh tengok orang macam tu. Mudah benar kesian. Kebetulan dalam wallet saya, ada sedikit wang. Jadi, saya hulurkan sedikit wang kepadanya tanpa berfikir panjang.
"Terima kasih bang. Terima kasih."
Saya lihat wajah beliau jadi ceria dan gembira.Saya lantas, menuju ke tempat wudhu, mengambil wudhu dan terus menuju ke saf untuk solat berjemaah.
Selepas selesai solat dan berdoa, saya pun menuju ke tempat simpanan kasut untuk mengambil kasut saya sebelum beredar pergi dari masjid.
Tiba-tiba ;
"Assalamualaikum. Anak nak balik ke mana ni?"
Seorang pakcik berjanggut putih pula menyapa saya.
"Waalaikumussalam. Saya nak ke PJ, ada urusan sikit.", jawab saya ringkas.
"Sebenarnya pakcik dari Terengganu. Dah lama pakcik musafir. Pakcik nak pergi ke satu pondok untuk belajar agama. Tapi pakcik takde duit untuk beli tiket…"
Pakcik berjanggut putih tu memandang saya dengan penuh makna. Saya faham, beliau mengharapkan sedikit bantuan dari saya.
Melihat kepada perwatakan dan mendengar luahannya saja, membuatkan lidah saya jadi kelu. Tak tahu nak bagi cakap apa lagi dah.
Sambil mengeluarkan sedikit wang dari wallet saya dan menghulurkannya kepada pakcik tersebut, saya berkata ;
"Maaflah pakcik, saya pun tak ada banyak duit. Ini sajalah yang mampu saya tolong."
Setelah itu, saya terus beredar dari masjid. Semasa dalam perjalanan menuju ke PJ, fikiran saya terus mengelamun memikirkan 2 peristiwa yang berlaku di masjid tadi. Macam-macam yang saya fikirkan.
Adakah muallaf dan pakcik berjanggut putih tu betul-betul dalam kesusahan? Atau mereka hanya menipu untuk mengambil kesempatan? Tapi, tak kisahlah itu semua.
Bukan itu persoalannya. Kalau diorang nak tipu pun, itu diorang punya pasal. Tanggungjawab saya ialah, kalau orang datang minta bantuan dengan cara yang baik, dan saya pula memang mampu untuk tolong, maka tiada alasan lagi untuk saya tak tolong mereka. Jadi, saya tolong sajalah. Semoga Allah nilaikan ia sebagai amal baik untuk diri saya. Itu saja yang saya harapkan.
Saya berkongsi cerita ini bukannya nak tunjuk saya ni baik. Atau bukan nak riak. Saya cerita ini sekadar mahu berkongsi pengalaman dan apa yang saya rasa saja. Tak lebih dari itu.
Satu perkara yang saya kena beritahu anda ialah, kalau kita tolong orang yang dalam kesusahan, Allah pasti akan tolong kita balik. Jangan ingat kalau kita bersedekah atau menderma, harta kita akan jadi kurang. Tapi sebaliknya, Allah akan gandakan lagi harta kita tanpa kita sedar.
Dalam kes saya, walaupun saya hanya bagi sedikit saja wang pada muallaf dan pakcik tua tu. Tapi alhamdulillah, malam tadi, saya lihat rezeki untuk hari semalam meningkat 2 kali ganda.Alhamdulillah.
Bukan sekadar itu, banyak lagi perkara lain (tak perlulah saya ceritakan semuanya) yang saya rasakan, Allah memang berikan nikmat yang lebih kepada saya berbanding hari-hari lain sebelum ini.
Sekali lagi saya ulang, saya cerita ni bukan nak berlagak atau menunjuk-nunjuk kebaikan. Tapi saya nakshare pengalaman ini supaya anda semua dapat ambil pengajaran daripadanya.
Mesej saya kali ini cuma satu ;
Kalau ada orang datang meminta bantuan, atau ada orang minta sedekah pada anda, dan anda mampu untuk tolong, maka berilah pertolongan anda sebaik mungkin. Jangan banyak soal. Jangan fikir panjang. Jangan ragu-ragu lagi. Bantulah mereka sekadar kemampuan anda dengan seikhlas hati. Niatkan dalam hati bahawa anda buat itu semua hanyalah semata-mata mengharapkan REDHA ALLAH saja. Tak lebih dari itu. Semoga Allah terima kebaikan anda itu sebagai amal jariah.
Lepas tu, lupakan sajalah kebaikan anda itu.
Sesungguhnya terrrrlallu banyak kebaikan dan nikmat yang Allah akan kurniakan kepada anda tanpa diduga nanti. Percayalah…
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment