Friday, January 11, 2013

Re: RG2011... Fw: Islam benarkan tapi jangan salah guna

 

Salam,
Yang jadi isu bukan soal kristian atau manusia sejagat percaya atau tak percaya kepada ALLAH.Kita semua setuju semua umat manusia samada kristian, buddha, hindu dan mana2 agama, (kecuali atheis) berhak percaya bahawa Allah itu Tuhan.

Isu sebenar ialah adakah wajar kristian di Malaysia TUKAR NAMA TUHAN MEREKA kepada nama "ALLAH" di dalam Bible? 

Saya ulangi....TUKAR NAMA TUHAN MEREKA KEPADA "ALLAH".

Kita umat Islam tidak bantah sesiapa sahaja untuk percaya kepada Allah.Bukan percaya sahaja tetapi wajib sembah Allah.Yang kita bantah ialah apabila mereka (pihak gereja kristian di Malaysia) berkeras nak tukar nama tuhan mereka kepada nama ALLAH.Apa agenda mereka? Supaya kerja dakyah mereka menjadi lebih efektif terhadap umat Melayu/Islam di Malaysia.

Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam menerangkan keistimewaan nama Allah menyebut: "Nama yang mulia ini memiliki sepuluh karakteristik lafaz…tentang karateristik maknawinya, makhluk Allah yang paling berilmu, iaitu Rasulullah SAW bersabda: Aku tidak dapat memuji Engkau sepenuh dan sesempurna yang semestinya. Engkau sebagaimana Engkau memuji diri-Mu (selesai sabda).

Ibn Qayyim kemudiannya menjelaskan lagi bahawa penamaan Allah itu menunjukkan bahawa Dia (Allah) adalah sebagai Yang dipertuhankan dan disembah. Dipertuhankan oleh semua makhluk dengan penuh kecintaan, pengagungan, ketundukan dan berlindung kepada-Nya dalam semua hajat dan musibah yang menimpa.

Inilah sebenarnya maksud di sebalik kalimah Allah SWT. Ia bukanlah satu kalimah yang sekadar menjadi sebutan atau seruan atau panggilan bagi tuhan semata-mata.

Sebaliknya ia merupakan nama yang melambangkan aqidah atau agama bagi orang yang menggunakannya. Oleh itu penggunaannya amat wajar dipantau dan dipelihara oleh pihak berkuasa demi memastikan tiada sesiapa yang terkeliru dengan nama Yang Maha Agung itu.

===================================

Salaam & Regards

Amri el Wahab

My Online Shop: http://amri-shoppe.blogspot.com

My Blog: http://fitrahislami.wordpress.com

=====================================

Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.


2013/1/10 mr y <mry5teratak@yahoo.com>
Assalamualaikum w.b.t.,

Pemilik sebenar nama Allah s.w.t., adalah Pencipta Alam ini... (semua makhluk tahu termasuklah hayawan - lembu dsb)... Namun apakah manusia yang bakal dihisab ini beriman?

Segala pemilikan penciptaan adalah hak NYA (Allah s.w.t.) dan memiliki 99 nama yang diketahui manusia dalam Asma al Husna. Sesungguhnya DIA lah (Allah s.w.t.) akan memeliharakan nya..

Dengan menyebut nama Allah s.w.t. dengan banyak nya semoga saudara-saudara kita yang belum Islam, lembut hatinya untuk menerima hidayah kembali kepada fitrah..

Kita sebagai seorang yang bernama Islam, sepatutnya perbanyakkan berzikir kepadanya, sebutlah nama Allah s.w.t. banyak-banyak. Setiap perkara ada hikmahnya...

Perkenalkan Allah s.w.t.  kepada mereka yang sesat. Jangan nanti kita dipersoalkan kerana tidak menyampaikan pengajaran Islam yang sebenarnya. Yang kita takuti adalah, munafiqun yang ada dikalangan kita, kerjanya menyesatkan umat Islam... Allah s.w.t disebutan tetapi tindakan yang dibuat umpama Iblis bertakhta di hati. Sesungguhnya tiada daya bagi kita, berserahlah kepada Allah s.w.t. untuk melindungi kita dari kesesatan dan unsur-unsur yang menyesatkan.

Allah hu Akhbar! Allah hu Akhbar! Allah hu Akhbar!

Wassalam.



From: Nik Faizal <mnikfaizal@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>; zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, January 9, 2013 1:26 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Islam benarkan tapi jangan salah guna


Adakah ini yang kita inginkan?


From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, 8 January 2013, 23:46
Subject: RG2011... Fw: Islam benarkan tapi jangan salah guna

 

Kalimah Allah : Islam benarkan tapi jangan salah guna

alfaqer.blogspot.
Dicatat oleh al-Faqer ilallah.
 
Abdul Hadi Awang,
 
1. Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah mempunyai pendirian yang konsisten dalam isu ini, seperti dalam kenyataan media saya pada 4 januari 2010 dan saya juga telah mengemukakan kertas kajian dalam seminar anjuran Institut Kefahaman Islam (IKIM) pada tahun 2010 yang telah diterbitkan sebagai buku kecil yang bertajuk: "Allah: Kalimah yang Benar, Tujuan yang Salah" pada bulan januari 2010 yang lalu.

2. Kalimah "Allah" adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal bahasa al-Quran (Dia Sahaja Tuhan Yang Maha Esa), adalah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.

3. Kalimah "Allah" tidak wajar disalah gunakan oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan. Oleh itu pengganut Islam berbagai bangsa tetap menyebut perkataan Allah (tanpa terjemahan) apabila menterjemah al-Quran dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat.

4. Walau bagaimanapun Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah Aallah" dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.

5. Al-Quran menyebut penggunaan kalimah Allah oleh kalangan bukan Islam dengan penjelasannya:

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara Kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan sengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain (Par paderi, sami dan pemimpin ) untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". kemudia jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam." (Ali-imran:64)

6. PAS merasa sangat kesal terhadap Umno yang mewakili pihak Melayu Islam dan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara kerana menjadikan kalimah Allah sebagai satu isu yang dipolemikkan sebebasnya oleh pihak media arus perdana dalam kempen politik pilihan raya, tanpa peduli terhadap salah faham dan ketegangan penduduk berbagai-bagai agama dalam masyarakat majmuk.

Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
 

Lirik Lagu Rasmi Negeri Selangor Ada Perkataan Allah. Macam Mana Orang bukan Islam Nyanyi?

kerabubersuara.blogspot
Posted by admin
Lirik Lagu Negeri Selangor
Duli Yang Maha Mulia
Selamat di atas takhta
Allah lanjutkan usia Tuanku
Rakyat mohon restu
Bawah Duli Tuanku
Bahagia selama-lamanya
Aman dan sentosa
Duli Yang Maha Mulia
Lirik Lagu Negeri Selangor @ Lirikami
Harap pencacai umno boleh jawab :-)
 





__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (4)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment