Tuesday, January 29, 2013

RG2011... Kereta Ezany Nizariff Dipecah Masuk Pencuri!

 



Kereta Ezany Nizariff Dipecah Masuk Pencuri!
Kereta Ezany Nizariff Dipecah Masuk Pencuri! - KUALA LUMPUR : Pada pagi Khamis lalu, kereta milik pelakon lelaki dan ahli perniagaan, Ezany Nizariff dipecah masuk pencuri kira-kira jam 2.50 pagi.
Kejadian itu berlaku ketika Ezany sedang berada di sebuah kedai makan di sekitar kawasan The Mines, Sri Kembangan.
Ketika itu, Ezany tidak menyedari kejadian tersebut.
Sebaliknya, dia hanya mengetahui keretanya dipecah masuk selepas diberitahu oleh seseorang.
"Kejadian berlaku kira-kira jam 2.50 pagi tadi (semalam).
"Ketika itu, saya sedang lepak di sebuah kedai makan di kawasan di Mines. Lebih kurang sejam saya di situ, datang seseorang memberitahu yang kereta saya kena pecah," kata Ezany yang dipetik dari laporan Malaysian Digest.
Ezany memberitahu dia kehilangan sebuah beg bimbit yang mengandungi dokumen penting dan geran sahaja.
Pengusaha produk belacan itu memberitahu keretanya dipecah masuk pencuri melalui cermin belakang tempat duduk bahagain kiri.
Selepas kejadian itu, Ezany telah pun membuat laporan polis untuk meneruskan siasatan kes tersebut.
"Bila saya periksa, hanya beg bimbit berisi dokumen dan geran sahaja hilang.
"Penyamun memecahkan cermin belakang sebelah kiri. Selepas itu, saya terus pergi membuat laporan polis," katanya. – MyNewsHub


 ... Jasmin ...

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment