Tuesday, January 29, 2013

Re: RG2011... Dataran Kemerdekaan Shah Alam

 

Sy amat bersetuju dgn salina

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

From: Salina Rosli <pakisbiru@yahoo.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Tue, 29 Jan 2013 01:47:09 -0800 (PST)
To: respeks_group@yahoogroups.com<respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Dataran Kemerdekaan Shah Alam

 

rio tu dia sgaja buat2 tak fhm...sb dia sndiri malu, yg buat parti lagho sambut tahun baru tu..org BN termasuk umno.
 
dia cuba nk kelirukan org:-
kalau buat cermah di mlm tahun baru itu pada dia kerana meraikan agama kristian..konon boleh rosak aqidah. tetapi kalau buat konsert lagho dan maksiat takpe..kerana tiada kaitan ngn kristian..itu hanya sambutan..

padahal...dh dijelaskan sejelas2nya bahawa tujuan ceramah agama itu diadakan untuk menarik minat dan mengisi masa terluang belia pada mlm itu untuk mendengar ceramah agama, pihak yg menganjur tidak mahu belia2 terikut2 budaya berpeleseran yg sentiasa diraikan setiap kali adanya sambutan tahun baru.

Rio sebenarnya tak tahu bahawa ceramah agama UAI ini selalu diadakan .bukan hanya pada mlm sambutan tahun baru sahaja..

Alternatif yg dibawa oleh UAI pada mlm itu memberi impak yg cukup besar kerana kita dapat  lihat, apabila diberi pilihan antara majlis lagho dan majlis ilmu.masih ramai anak2 muda kita memilih majlis ilmu. Bg yg degil dan tidak pedulikan agama mereka masih terbiasa dgn cara hidup begitu.

oleh kerana ramai anak2 muda mulai mencintai ilmu agama, ada golongan tertentu cuba memesongkan cerita kononnya majlis ilmu itu haram kerana boleh merosakkan aqidah. sebenarnya mereka takut...lagi dekat anak2 muda dgn islam, lagi mudahlah pemikiran mereka dijajah....




From: aj jabz <aj_jabz84@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Friday, January 25, 2013 8:03 PM
Subject: Re: RG2011... Dataran Kemerdekaan Shah Alam

apa ke bengong  tanya kenapa majlis agama kita adakan time sama dgn majlis org bukan islam.dah nama pon majlis org bukan islam, buat hape hang nk ikut pulak?orang dah bg jawapan kenapa majlis tu diadakan,benda lain pulak dia jawab..pastu suruh tanya pasal akidah pulak kat org yg lg berilmu..gila ke apa?kalau ye pon fanatik politik, x payahla benda camni pon ko berdebat. baik ko tanya KENAPA DIADAKAN majlis yg bukan islam punye tu sebab rata2nye org islam yg pergi.ada ke bangang tanya kenapa diadakan majlis agama.majlis agama boleh diadakan bila2 masa.bukan sebab hanya nak MENYAMBUT sesuatu je.mesti ko pikir org minta ampun nak maaf masa raya je kan.padahal anytime pon kene minta maaf. tolongla jangan tanya benda2 bangang mcm ni lg.kat sekolah agama pon ada ajarla bab2 akidah ni,halal haram ni. dah sah2 majlis sambutan cara org bukan islam tu haram sebab bercampur laki perempuan xde batasan dan juga konsert yg melalaikan. even ko fanatik politik pon cuba berfikiran secara logik mane betul mana salah. kang aku tanya kenapa ko ambil duit ko(halal)  buat beli beras kenapa x amek duit jiran ko mcm tu je (haram) boleh pulak ko jawab.


From: khomaron azhar <azhar.a@soem.sharp-world.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, 25 January 2013 3:08 PM
Subject: RG2011... Dataran Kemerdekaan Shah Alam

 
 
Harap-harap die faham tu..
 
Thanks and Regards
 
###########(                    )###########
Khomaron Azhar Abdul Manaf
08000 Sungai Petani
Kedah.
###########(                    )##########
 
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of Mat Rock
Sent: Friday, 25 January, 2013 11:19 AM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Fw: Dataran Kemerdekaan Shah Alam
 
wa ulang siar posting wa sblom ni utk tatapan rio:
apabila wa amati posting Rio.. ternyata Rio sebenarnya x faham kenapa k'jaan neg. selangor buat ceramah agama di Masjid Negeri Shah Alam yg dikendalikan oleh Ustaz Azhar Idrus..
ceramah tu dianjurkan bukannya sbb nk sambut thn baru masehi.. TETAPI.. utk menarik org Islam agar tidak hanyut dengan acara-acara lagho yg dianjurkan oleh pihak satu lagi..
malas cakap banyak.. harap Rio faham dgn penerangan ringkas wa ni..
 
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)
 
From: rio hirowati <riorhs@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, January 23, 2013 5:49 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Dataran Kemerdekaan Shah Alam
 
      Sukalah kamu jika  unsur agama lain diserapkan dalam agama suci kita . Tolong jangan putar belitkan bagi mempertahankan akidah kamu yang tercalar. Sila rujuk kepada ustaz pakar akidah. Kalau ya pun kamu membela dan membelai PR, jangan sampai akidah kamu turut tercalar atau rosak sama sekali
 
rhirowati - rhirowati
 
From: Mohd Shukri <shuk277@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, January 23, 2013 12:12 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Dataran Kemerdekaan Shah Alam
 
sekadar pendapat.. sekurang-kurangnya yang nak pegi sambut tahun baru yg bnyk hiburan melalaikan tu, tergerak hatinya utk ke majlis perkongsian ilmu... usaha ini perlu konsisten.. berhubung kenapa ia dibuat pada masa yg sama dgn sambutan tahun baru masehi, kalau buat hari lain, maknanya pada malam 1 januari tu ramai la anak2 muda yg hanyut ke sambutan tahun baru dgn hiburan melalaikan.. yg penting niat tu utk ke arah kebaikan..
From: rio hirowati <riorhs@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Sunday, January 20, 2013 6:32 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Dataran Kemerdekaan Shah Alam
 
      Ini soal akidah. Kalau perayaan pada tahun baru Cina tidak lah begitu menyalahi kerana ianya reunion, maka umat Islam boleh bersatu pada hari itu setelah lama berjauhan. Masa tahun baru Cina lah masa untuk bersama keluarga, kaum keluarga, kerabat sekampung, bla...bla....Sempena tahun Masehi itu menyalahi akidak dan kita guna Islam sebagai acara untuk kaum Nasrani-amat bertentangan dengan akidah kita
 
rhirowati - rhirowati
 
From: nie feng <badai272@yahoo.co.uk>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, January 15, 2013 3:11 PM
Subject: Re: RG2011... Fw: Dataran Kemerdekaan Shah Alam
 
ni kes cerita kaldai la ni
kalau dgr ckp org tak habis semuanya salah
naik keldai salah, tak naik salah, sorang naik salah, dua2 naik salah
 
yg penting ada alternative utk menyambut tahun baru
kalau kau tanya aku, perayaan dlm islam ada dua aje, Aidilfitri dan Aidiladha
yg lain takyah sambut
 
From: rio hirowati <riorhs@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, 15 January 2013, 8:04
Subject: Re: RG2011... Fw: Dataran Kemerdekaan Shah Alam
 
        Mengapa pada tahun baru Kristian? Mengapa tidak buat pada hari lain. Lain kali buat pada 25hb Dis setiap tahun atau pada hari Deepavali atau hari Thaipusam atau pada hari Hungry Ghost
 
rhirowati - rhirowati
 
From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Friday, January 4, 2013 12:00 AM
Subject: RG2011... Fw: Dataran Kemerdekaan Shah Alam
 


Sambutan Ambang Tahun Baharu 2013 Dataran Kemerdekaan Shah Alam

mohamadazhan.com

Salam untuk semua, moga dirahmati
Alhamdulillah, 2013 pintu tahun baru sudah dibuka...bukan dengan kehendak siapa tetapi tetap yang semakin tua akan merasainya. Sambutan Ambang Tahun Baru 2013, aku, adik aku dan sahabat2 lain sempat sertai Sambutan Ambang 13 anjuran Kerajaan Negeri Selangor. Difahamkan jumlah kehadiran malam tu 120K, pergggh! kalau muatkan Stadium Bukit Jalil ni ngam2 penuh tempat duduk dan padang. Aku balik malam lepas program tu memang jalan sesak, itu cilok dengan motor ja cepat sikit...kalau yang kereta silap-silap 4 pagi baru sampai rumah.
Tahniah! Program yang hebat, warna warni pengisian ilmu dan hiburan yang dekat dengan jiwa anak2 muda terutamanya. Jom pakat usha2 sekejap gambar yang aku sempat snap kat bawah...maaflah kalau ada gambar kualiti rendah, aku guna lens cap ayam saja...tak mampu nak bagi impak sangat. Layan...
Sekitar gerai jualan pada petang 31 Disember 2012. Sempat pekena nasi arab petang tu...
Kak Abby(Insp Haliza) dan Diana Amir sembang santai bersama Ust Tuan Norhisham Tuan Padang.
Moderator, Ust Tuan Norhisham Tuan Padang.
 
 
Lepas sahaja solat maghrib, aku disapa oleh seseorang...
"Azhan....?" Soal seorang anak muda.
 
"Ya..." sambil angguk2 saja hulur tangan bersalaman.
 
"Azhan...? Hang kenai dak aku ni...?"
 
Begitulah lebih kurang, aku memang tak dapat ingat rupa dia...yaloh dah dekat 10 tahun tak pernah jumpa. Akhirnya program ilmu ni jumpa semula sahabat yang pernah duduk satu dorm dan satu sekolah dulu. Dulu2, pernah jugak aku dok teringat2 member sorang ni...Alhamdulillah sekarang dah jadi doktor gigi dah sahabat aku ni, bertugas di Kota Kinabalu.(Ayin) Dr. Ahmad Zhafri Mohamed. Tahniah bro! khabarnya baru melangsungkan perkahwinan 2 bulan lepas. Apa pun selamat diperantauan! InsyaAllah.
 
 Lepas solat Isyak di khemah utama, syukur jugak dapat tempat yang ok...senang nak shoot walau lens cap ayam =)
Exco Pendidikan Negeri Selangor, YB Dr Halimah...orang kuat program Ambang 13. Makna 13 tak cukup sekadar 2013 tetapi PRU13! Kekalkan!
 Wan Zack Haikal Wan Nor, pemain Harimau Malaya. Bergandingan dengan seorang srikandi motor...aku pun tak ingat nama adik tu. Umur 17 Tahun dah naik podium race cub prix! Dasat!
 
 Wan Zack nampak malu2 sikit...adik perempuan tu stedy ja....haha
 
 Abang Aziz M. Osman, usia cecah 50 tahun tapi masih muda. Gandingan bersama Ust Halim sebagai juruacara.
 Ali XPDC, stedy lagi...vokal masih mantop!
 
 Diana Amir deklamasi sajak.
 
 
 Syeikh Ali Soubuni, Ketua Ulama Syria! Allahuakbar. Nasihatnya ringkas tetap padat dengan ilmu. Sudah berumur 83 tahun tetapi mohon dipanjang usia kerana takut masih tak cukup bekalan akhirat....banding dengan aku ni langit dan bumi...
 
Ustaz Nazmi Karim penterjemah.
 Ni motor adik perempuan tu...set2 mat rempit makan asap ja la...
 
 Suka adik ni, dia terpilih oleh UAI untuk dapat hamper besar! hehe
 
 UAI bersama dua artis terkenal. Kamal Adli dan Pierre Andre
 
 Lakonan pendek antara tiga tokoh di atas menghiburkan!
 
 Ustaz Haslin Bahrin, UAI dan Dato' Malek Nor, bual bicara sambil penuh dengan pengisian ilmu.
 
 Penutup majlis dengan Asma' Ul Husna dan Bacaan Doa oleh UAI! Alhamdulillah.
 
 
 Aku dan sahabat2 yang hadir.
 
- TERIMA KASIH MEMBACA - MOHON SHARE ENTRI -

comments:

 
Alhamdulillah..
Selamat tahun baharu,
semoga tahun ini memberikan kita jutaan rahmat buat kita semua :)
 
new hope said...
saya juga di sana! selamat tahun baru
 
Suhami Ahmad said...
alhamdulillah...ini pembaharuan yang kita mahukan..... :)
 
diana said...
wah..selebriti pun ada..tapi yang ni tak masuk berita tv..heheh
 
 
 
 
 




__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (9)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment