Wednesday, January 30, 2013

RG2011... TERKENANG SEMASA DULU 27 - ORANG KECIL JUMPA ORANG BESAR.

 

Terlebih dahulu saya minta maaf jika ada yang menganggap saya nak menunjuk-nunjuk melalui entri ini. Tidak sama sekali. Cuma blog ini sudah saya anggap macam tempat merakam segala peristiwa sebelum terlupa atau termusnah bahan buktinya. Lihatlah dua keping gambar dibawah yang sudah rosak dalam simpanan. Bukan gambar ini sahaja, tetapi banyak lagi yang sudah rosak terutamanya gambar berwarna.

Kali ini saya nak siarkan gambar-gambar yang saya berkesempatan bergambar dengan beberapa orang besar dalam politik. Ada juga yang pernah disiarkan sebelum ini. Saya siarkan sekali lagi sebagai  usaha untuk meletakkan gambar-gambar itu di satu tempat. Tahun gambar itu di ambil, saya pun sudah tidak ingat lagi. Walaubagaimanapun  saya letak juga tahunnya secara agak-agak sahaja sebagai panduan.


Gambar-gambar berikut belum pernah tersiar.


Gambar 1. Dengan Tan Sri Sanusi Junid di Washington D.C. Saya sudah lupa dia jadi Timbalan Menteri apa masa itu. Sudah agak teruk rosaknya gambar ini.
Nasib baik watak utamanya masih boleh di kenali. (awal 80an)


Gambar 2: Tengah asyik mencuri dengar apa yang di perbualkan oleh Tun M dengan Pak Duta di Washington D.C. Gambar ini juga sudah mula rosak di bahagian bawahnya. (1982/83)



Gambar 3: Dengan Tan Sri Sanusi Junid lagi di Bloomington, Indiana pada waktu yang berlainan. Yang duduk betul-betul depan Tan Sri, adalah pegawai Kedutaan yang datang bersama saya. Beliau pernah menjadi Duta Malayia di Perancis. Saya pernah makan malam di kediamannya di Paris. InsyaAllah akan saya ceritakan peristiwa itu dengan lebih detail dalam entri akan datang. (1982)


Gambar 4: Ini gambar sesama geng lelaki je pulak. Pelajar di sebelah kanan saya tu (yang berjanggut) pernah menjadi Menteri Kerja Raya sebelum ini.
 Dato' Mohd Zin Mohamed namanya. (1982)


Gambar 5: Dengan Dato' Abd Rahim Bakar lagi, bekas Menteri Besar Pahang yang datang untuk "cuti belajar" di USA. Lokasi sudah lupa. (1982/83)


Gambar 6: Lepas letih duduk, kita berdiri pula atau sebaliknya. Lokasi juga sudah lupa. (1982/83)


Gambar 7: Dengan Tun Musa Hitam di Washington D.C. Yang No. 2 dari kanan tu pernah jadi pembaca berita di RTM tak lama dulu. Perasan tak ? (1982/84)


Gambar 8: Menyambut ketibaan Pak Lah di Carbondale, Southern Illinois, USA.  Wanita yang di sebelah kiri saya itu, adalah orang yang saya maksudkan pernah menjadi Duta di Perancis dalam Gambar 3 sebelum ini. (1981/82)


Gambar 9: Dengan Dr M di Washington D.C dan sebahagian pelajar-pelajar Malaysia di USA. Saya sedang pegang gelas teh 'o' tu ! (1982/83)




Gambar 10: Dengan Dato' Dr. Mahadzir Mohd Khir - Mantan Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran. Masa tu dia sedang buat PhD kat USA.
Lokasi sudah lupa. (awal 80an)



Gambar 11: Dengan  Datuk' Zainal Dahalan,  Timban Menteri Sain, Teknologi dan Alam Sekitar semasa melawat zoo Pretoria di Afrika Selatan. (awal tahun 2000)



Gambar 12: Dengan YB Dato' Johari Baharum yang kini menjadi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, semasa lawatan rasmi ke Singapura. Dia pun pakai t-shirt kuning.  Sebelah kanan dia adalah Tan Sri Abdul Aziz, Pengerusi SPR sekarang. 
Jadi bukanlah BERSIH yang memulakan pakaian berwarna kuning. (awal tahun 2000)




Gambar 13: Mengiringi Dato' Jamaludin Jarjis (kini Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat)
menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan memancing di kolam persendirian Kundang, Selangor. (2004/05)

***************************************************


Gambar-gambar  kitar semula.


Gambar 14: Dengan Brother Anwar di Harvard University, USA. (1982/83)


Gambar 15: Dengan Tun M di Philadephia, USA. (1982/83)


Gambar 16. Dengan YB Dato' Mustapha Mohamad (To' Pa) Menteri MITI di London. (2005)



Gambar 17: Dengan YB Dato' Hasan Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah, di Seremban. (2010)



Gambar 18: Dengan YAB Dato' Mohamad Hj Hasan, MB Negeri Sembilan di Rembau. 
(2011)

.

43 comments:

  1. Seronok juga kakak menatap gambar-gambar lama. Sebab itulah dari awal kakak mengenali blog ini kakak dah nampak ketokohan tuan dlm politik walau mungkin tidak terlibat secara langsung...

    Langkah baik masukkan gamabr dlm blog jadi kalau yg dlm album dah rosak tapi dlm blog masih cantik lagi...

    Reply
  2. gambar dengan pengerusi SPR sangat menarik perhatian saya.. kenapa tuan tak siarkan sebelum 9 julai lalu? he, heee.

    Reply
  3. Tn Haji,

    gambar no 7: nama dia Hashim Embi kan??

    Reply
  4. Salam Pak Ngah...
    Bila saja saya tengok blog Pak Ngah mula2 dulu...saya terfikir...macam pernah tengok aje orangnya...tapiiii..saya tak tahu dimana....tapi saya tahu Pak Ngah jugak orang2 'penting' ...sekarang dah clear....:)

    Suka tengok gambar Pak Ngah terutamanya dengan DR M...Pak Ngah nampak kacakkkk....he..he..

    Reply
  5. IM terasa lagi kecik. Cuma dapat tengok depan tv jer..

    Reply
  6. KAKZAKIE

    SAYA BUKAN ORANG POLITIK KAKZAKIE. CUMA BANTU MEMUDAHKAN MEREKA BUAT KERJA.

    MINTA2 BLOGSPOT TAK TUTUP KILANG.

    Reply
  7. ABU MUAZ

    KALAU SIARKAN HARI TU, JADI KONTROVERSI PULAK.

    Reply
  8. EJAESCOBART

    YA BETUL .. TERIMA KASIH KERANA MENGINGATKAN. AGAKNYA DIA DAH PENCEN SEKARANG NI !

    Reply
  9. AZI

    SALAM KEMBALI

    MASA TU TENGAH MUDA LAGI, RASANYA BELUM PUN MENCAPAI 30 UMUR SAYA.

    Reply
  10. INSAN MARHAEN

    TUMPANG SEMANGKUK ATAU SUKA2 ENTER FRAME KATA ORANG SEKARANG NI.

    Reply
  11. Memori yg amat berharga ni. Sayangnya ada gambar yg dah rosak kan. Kalau dari dulu2 ada digital camera, idakla jadi gini.

    Reply
  12. Gambar terakhir tu memang dah pernah siar kan? Saya masih ingat tu.

    Pegang Teh O? Hmmm takut disangka air lain pulak ya, maklum warna jernih tu seakan dah. hehehe

    Pembaca berita tu ialah Hashim Embi, kan?

    Hebat la Bang Hamzah, duk makan semeja dgn Tun M, tengah antara Tun Dr Asmah lak tu.

    Saya terfikir gak, Bang Hamzah ni PA menteri mana?

    Reply
  13. Pakcik sgt biasa dgn org berpangkat besar!

    Reply
  14. uncle terus terang dengan sy sekarang..uncle ni menteri apa? :p

    Reply
  15. Bila dah bersara, gambar2lah yg dpt mengimbas kenangan..

    Reply
  16. suka tengok gambar2 lama ni... terima kasih berkongsi

    Reply
  17. saya tumpang seronok tengok pakcik 'glamour'

    Reply
  18. bila nak bergambar dgn saya pulak ni?

    Reply
  19. Banyak kenangan Tn Hj dengan orang2 besar....

    Reply
  20. pak ngah
    sya lagi suka dapat tengok gambar gambar koleksi pak ngah
    tak ada rasa *jahat* pun dlm hati

    elok juga pakngah siarkan dlm blog, sekurang kurang gambar tu tak akan rosak seperti yg asal kan?

    ada cerita lagi silalah kongsi.

    Reply
  21. DINAS ALDI

    BENAR SEKALI .. MEMORI YANG TAK DAPAT DIJUAL BELI.

    Reply
  22. AZIEAZAH

    PA TU TINGGI SANGAT .. CAYA CUMA TUKANG ANGKAT BEG JE !

    Reply
  23. MOMMY FARA

    DULULAH .. KERANA TUNTUTAN TUGAS. BUKA SAJA-SAJA ATAU SUKA-SUKA.

    Reply
  24. MIMIE

    SEKARANG NI MENJADI TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI. HEHE

    Reply
  25. MARINA MONROE

    OLEH ITU AWAK AMBILLAH GAMBAR BANYAK2 SEKARANG UTK DIBUAT KENANGAN SELEPAS BERSARA NANTI.

    Reply
  26. A KL CITIZEN.

    BANYAK LAGI GAMBAR .. TAK TAHU SEMPAT KE TIDAK NI !

    Reply
  27. MENTIBANG LAUT

    DATANGLAH RUMAH RAYA NI .. JANGAN LUPA BAWAK KAMERA.

    Reply
  28. KUASAI MINDA

    KENANGAN ITU SUDAH MULA BERANSUR2 HILANG.

    Reply
  29. SAYANGSAYANGIBU

    KALAU BEGITU BAGAI DI KATA .. NANTI PAKNGAH CERITA LAGI. BANYAK LAGI GAMBAR NI.

    Reply
  30. SUFIA

    MEMANG UNCLE PERNAH DI MOSTI TAPI RASANYA LEBIH AWAL DARI ITU.

    Reply
  31. uncle dulu sampai sekarang, misai masih maintain!

    Reply
  32. orang kecik ke orang besar ke tetapi tuan haji antara yg beruntung coz dapat merasai dan melalui semua itu...orang lain ada? tak de...tak de...hehehee...

    apapun aina juga rasa bertuah kerana dapat melihat koleksi gambar2 ini...:)

    Reply
  33. Agak2 cermin mata siapa ye yang lebih besar kat gambar no. 2 tu...hehehe

    Memang beruntung Pak Ngah ditugaskan di US, ramai pembesar kita ke sana. Kalau tercampak kat Timor Leste macam mana pulak ye :)

    Reply
  34. Hensem Tun M tu ...ehehehe..

    So far uncle ada bergambar dgn 2 bekas PM, dua bekas TPM.

    Ada tak gambar uncle dgn Najib?

    Reply
  35. gambar akhir.sebelah MB tu pemalu kah? kabur rupa.he~~

    Reply
  36. MASZUBER

    ADA SEKALI SAYA CUKUR HABIS SEMASA MEMNUNAIKAN HAJI DULU.

    Reply
  37. JUNAINA

    ORANG LAIN LAGI HEBAT .. SAYA CUMA SEKADAR 'MENGANGKAT BEG' MEREKA SAHAJA.

    SEKARANG SEMUANYA TINGGAL KENANGAN BELAKA.

    Reply
  38. HANAFIAH

    YANG PASTI CERMIN MATA SAYA YANG PALING MURAH. KALAU TERCAMPAK KE TIMUR LESTE, MUNGKIN HARI2 SAYA MEMANCING IKAN.

    Reply
  39. DADDY ZIYYAD

    BERGAMBAR TIDAK BERKESEMPATAN. CUMA PERNAH MENGHADIRI MESYUARAT YANG DIPENGERUSIKANNYA. DIA CUKUP CEKAP DAN TAK BANYAK CAKAP.

    Reply
  40. BUJAL X

    HARI TU SAYA TAK BERSEDIA BERGAMBAR. TERJUMPA SECARA TAK SENGAJA .. JADI TAK SEMPAT NAK MAKE UP ! HEHE

    Reply
  41. Antara org besar yg yun tingin nak jumpa Dr M..Pernah tgk dr jauh jer 2-3 kali...

    Reply

New comments are not allowed.

Links to this post

Create a Link

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment