Thursday, January 31, 2013

RG2011... Si ayah menyalah gunakan kuasa untuk si anak

 


 
Pemimpin PAS Salah gunakan Permit Import Kereta


Heboh diperkatakan dalam dunia maya tentang ADUN PAS bagi kawasan Sanglang merangkap Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin yang didakwa memiliki sebuah kenderaan mewah iaitu Porsche Cayman dengan nombor pendaftaran WWF 3000.

Isu ini mula hangat dipetik dalam dunia blog apabila ada pihak yang mengesahkan wujudnya dua saman perangkap had laju dalam sistem penguatkuasaan automatik (AES) terhadap kenderaan yang didakwa didaftarkan atas nama pemimpin PAS tersebut.




Setelah tertekan dengan kecaman yang datang dari kiri dan kanan, Ustaz Hashim Jasin akhirnya mengakui bahawa kereta tersebut memang didaftarkan atas nama beliau, namun ianya adalah milik anak beliau, dan dibeli dengan harga sekitar RM100,000 sahaja menggunakan permit import (AP) yang diperuntukkan kepada beliau sebagai seorang wakil rakyat.

Ramai orang mempersoalkan kenapa permit import yang diperuntukkan kepada beliau digunakan untuk membeli sebuah kereta yang bukan milik beliau? Wajarkah anak beliau, sebagai seorang ahli perniagaan, menyalahgunakan hak bapanya untuk bergaya dengan sebuah kereta mewah sedangkan ahli perniagaan itu bukan ADUN yang telah dipilih oleh pengundi-pengundi DUN Sanglang?

Tidak keterlaluan jika kita katakan bahawa pemimpin PAS tersebut telah menyalahgunakan hak dan keistimewaan yang diberikan kepadanya demi kepentingan kroni dan keluarga. Adakah hanya kerana Ustaz Hashim Jasin seorang pemimpin PAS, penyokong-penyokong Pakatan akan mendiamkan diri?




Persoalan kedua yang dipertikaikan ramai pemerhati adalah berkenaan pengakuan Ustaz Hashim Jasin yang berkata kereta tersebut hanya dibeli pada harga RM100,000 menggunakan Permit Import sedangkan kita maklum bahawa potongan cukai untuk AP hanyalah RM60,000 sahaja.

Hasil penyelidikan harga kereta mendapati bahawa model Porsche Cayman keluaran 2007 berharga antara RM218,000-RM230,000 seunit sementara untuk model keluaran 2009 pula berharga antara RM280,000-RM320,000. Setelah ditolak potongan cukai RM60,000 tersebut, tidak mungkin dakwaan Hashim Jasin bahawa kereta tersebut dibeli dengan harga sekitar RM100,000 adalah benar.

Apa yang lebih menggelikan hati lagi, kita semua sedar betapa pihak pembangkang sering mencemuh kerajaan kerana isu AP sejak dahulu lagi. Namun, apa yang berlaku sekarang jelas menunjukkan bahawa mereka juga mengambil kesempatan ke atas keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan sebagai balasan ke atas perkhidmatan yang mereka berikan kepada rakyat jelata.

Sampai bilakah PAS, atau mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat akan mula cakap serupa bikin? Tuhan saja yang tahu.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment