Tuesday, January 29, 2013

RG2011... Manusia Yang Dibesarkan Binatang

 


Anda pasti pernah mendengar kisah tentang Tarzan ataupun Mowgli (The Jungle Book) ? Yang menjadi pertanyaan kita adalah, apakah mungkin manusia dijaga oleh binatang?

Menurut logik akal perkara tersebut tidak mungkin terjadi...
Tetapi di dunia ini ada banyak kejadian yang terjadi dimana anak manusia dipeliharan oleh binatang.

Malah mereka berkelakuan dan berkomunikasi seperti binatang yang memeliharanya.

1. UKRAINIAN DOG GIRL

Seorang gadis ditinggalkan di sebuah kandang anjing oleh orang tuanyayang tidak bertanggung jawab dari usia 3 sampai 8 tahun, OxanaMalaya membesar tanpa orang tua selain daripada anjing yang

ada di kandang tersebut.

Ketika ia ditemui pada tahun 1991, ia tidak boleh bercakap,hanya boleh menggonggong,
dan berlari sambil merangkak.

Sekarang umurnya sudah mencapai 20-an, Malaya telah diajarkan untuk bercakap tetapi masih mengalami gangguan kognitif. Pada masa ini Malaya bekerja menjaga lembu di sebuah ladang ternak berhampiran hospital mental tempat beliau tinggal.

2. MADINA

Kisah tragis Madina adalah seperti Oxana Malaya. Ditinggalkan ibu bapa sehingga ditemui semasa berumur 3 tahun. Dia hidup dan dipelihara olehanjing.

Semasa ditemui, beliau hanya dapat mengucapkan dua kata, ya dan tidak,dan lebih
suka berkelakuan seperti anjing.

Madina sihat secara mental dan fizikal dirawat pasukan perubatan tidak lama setelah ditemui. Walaupun perkembangannya terhalang akibat ditinggal, dia beruntung kerana masih kecil, seorang pengasuh percayabahawa Madina akan kembali normal ketika usianya meningkat dewasa.

3. PETER THE WILD BOY


Seorang anak lekaki, tanpa pakaian dan berbulu merangkak berjalan keluar dari hutan berhampiran Hameln, Jerman pada tahun 1724.

Akhirnya dia berjaya dipujuk dan ditangkap. Beliau berperilaku seperti binatang liardan memilih untuk makan burung dan sayuran mentah bahkan ia tidak boleh bercakap.

Setelah dipindahkan ke England, beliau diberi nama Petru si Anak Liar.Walaupun beliau tidak pernah belajar bercakap, beliau sangat meminati muzik, rajin bekerja dan hidup sehingga tua.

sumber:
Misteri & kejaiban alam


4. Lobo Wolf Girl of Devil's River

Pada tahun 1845, seorang perempuan muda misteri kelihatan berjalan merangkak di sarang serigala yang menyerang kawanan kambingberhampiran San Felipe,Mexico.

Cerita ini dikukuhkan setahun kemudian ketika perempuan muda itukelihatan lagi,kali ini dia sedang melahap seekor kambing yang barudibunuh.

Menurut cerita yang beredar, penduduk setempat khuatir dan mencariperempuan itu keesokan harinya dan akhirnya berjaya menangkapnya.

Dia melolong tak henti-henti sepanjang malam, menyebabkan sekumpulanserigala datang ke kampung untuk menyelamatkan perempuan muda itu.Pada akhirnya beliau dapat menyelinap keluar dari kandang dan melarikan diri.
Perempuan muda itu kelihatan lagi sehingga tahun 1852, terakhir kelihatan sedang menyusui dua anak serigala di tepi sungai. Merasa terganggu, dia mengambil dua anak serigala dan lari kembali ke hutan dantidak pernah dilihat lagi.


 ... Jasmin ...

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment