Wednesday, January 2, 2013

Re: RG2011... Fw: Sngor Sambut Ambang 2013 Selama 3 Hari

hmmm encik ada pegi ke ke ambang 13 ni?mmg ada ke campur laki pompuan?bukan ada asing ke masa ceramah?ke encik pegi kat icity tu?tu lg la campur laki pompuan,berkonsert..


From: Hilmi_Budiman <hillmayms@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, 1 January 2013 10:18 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: Sngor Sambut Ambang 2013 Selama 3 Hari

 
ishhhhh campur lelaki pempuan ni....haram (kata mereka bila kerajaan yg buat mcm ni)...

2012/12/28 -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
 

Selangor Sambut Ambang Tahun Baru Selama Tiga Hari

SHAH ALAM 27 DIS : Sambutan ambang Tahun Baru di Selangor akan berlangsung selama tiga hari dengan pelbagai program menarik ekoran sambutan hangat terhadap acara itu tahun lepas.
Ia akan dimulakan dengan Seminar Gen Y pada 29 Disember dan diikuti dengan Karnival Pendidikan Selangor – EduSel Fair daripada 30 hingga 31 Disember bermula tujuh pagi hingga 12 malam di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.
Karnival tersebut akan diwarnai dengan pelbagai aktiviti positif antaranya ceramah santai daripada personaliti TV iaitu Ahmad Shukri Yusof dan Mohd Fauzi Mustaffa.
Terdapat juga Tahnik bersama ilmuan, forum dan sembang santai bersama artis seperti Shamsul Ghau-Ghau, Kamal Adli, Malek Noor, Abby Abadi, Diana Amir dan Uztaz Azhar Idrus.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata karnival pendidikan itu diharapkan akan menarik lebih ramai pengunjung berbanding tahun lepas.
Karnival itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai ilmu dalam kehidupan seharian seiring dengan misi pendidikan negeri Selangor untuk menjadikan Selangor sebuah negeri Hub Ilmuan dan Hub Pendidikan.
Selain itu, Seminar Gen Y yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan akan memberi fokus kepada memahami psikologi dan biologi Generasi Y.
Seminar tersebut bertujuan membina generasi berwibawa, beriman dan bertaqwa kata exco Adat Melayu, Belia dan Sukan Dr Ahmad Yunus Hairi.
Ia akan bermula seawal jam 8 pagi hingga 5 petang di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bagunan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Antara tetamu jemputanya ialah Ahli Majlis Fatwa Terengganu, Dr Zulkifli Mohamad Al- Bakri ; Profesor Universiti Malaya, Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman, jemputan artis antaranya, Yatt Hamzah, Diana Amir dan Mel Wings.
kerabubersuara.blogspot.
 



No comments:

Post a Comment