Thursday, January 10, 2013

Re: RG2011... ISU KALIMAH ALLAH

 

Lagi satu mesti kita betulkan dan jangan keliru bahawa Jesus Christ dalam agama kristian tu tidak
boleh disamakan dengan Nabi Isa. Tidak sama.SALAH!!! kerana Jesus Christ bagi orang
Kristian adalah yang kena palang tu.  Itu bukan Nabi Isa.  Masalah timbul apabila terjemahan
dibuat dari bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Ramai yang keliru khasnya golongan muda.
 Ini perlu dijelaskan.
 

From: amri el wahab <amriwahab@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Cc: Al Falaah Group <al-falaah@yahoogroups.com>; Hidayah Net <hidayahnet@yahoogroups.com>; Ingatan Group <ingatan@yahoogroups.com>; PenawarKu <Penawarku@yahoogroups.com>; Perisik Rakyat <PerisikRakyat@yahoogroups.com>; SahabatTazkirah <SahabatTazkirah@yahoogroups.com>; "MalaysiaNews@yahoogroups.com" <MalaysiaNews@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, January 10, 2013 4:34 PM
Subject: Re: RG2011... ISU KALIMAH ALLAH
 
Sudah ada fatwa dan arahan melarang non muslim guna kalimah Allah.Dan telah di siarkan di media melalui Berita TV dan Radio.Jika tak silap sudah 3 kali sejak 2008.

HASIL KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA KE-82 PADA 5-7 MEI 2008.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 – 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Keterangan/Hujah:
  1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada 'Tuhan Bapa' iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah 'Theos' bukannya Allah.
  2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakal Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh,Elohim dan juga Yhwh.
  3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
  4. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
  5. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaanya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
  6. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
  7. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahwa semua agama adalah sama.
  8. Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God ditejemahkan sebagai Allah.
  9. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar'iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.
  10. Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi factor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam.
  11. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama
 
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/isu-tuntutan-penganut-kristian-terhadap-penggunaan-kalimah-allah

===================================
Salaam & Regards
Amri el Wahab
=====================================

Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.
2013/1/10 Ahmad Radzali Sarman <zaligtc@yahoo.com>
 
siapa pehak tertinggi Islam di Malaysia

From: Salina Rosli <pakisbiru@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>; 'Al Falaah Group' <al-falaah@yahoogroups.com>; 'Hidayah Net' <hidayahnet@yahoogroups.com>; 'Ingatan Group' <ingatan@yahoogroups.com>; 'PenawarKu' <Penawarku@yahoogroups.com>; 'Perisik Rakyat' <PerisikRakyat@yahoogroups.com>; 'SahabatTazkirah' <SahabatTazkirah@yahoogroups.com>; "MalaysiaNews@yahoogroups.com" <MalaysiaNews@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, 9 January 2013 2:56 PM
Subject: Re: RG2011... ISU KALIMAH ALLAH
 
Daripada berbalah2 begitu begini..rasanya alim ulamak perlu duduk sepakat dan membbuat keputusan segera. kemudiannya ketua agama islam umumkan keputusan tersebut. terangkan juga kepada rakyat kenapa dan mengapa keputusan itu diambil. lepastu jgn balah2 lagi...skrg ni byk sgt org berckp tapi keputusan drp pihak tertinggi agama islam di malaysia senyap aje....

From: NewsforwarderRT <3@pendekarblogger.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com; 'Al Falaah Group' <al-falaah@yahoogroups.com>; 'Hidayah Net' <hidayahnet@yahoogroups.com>; 'Ingatan Group' <ingatan@yahoogroups.com>; 'PenawarKu' <Penawarku@yahoogroups.com>; 'Perisik Rakyat' <PerisikRakyat@yahoogroups.com>; 'SahabatTazkirah' <SahabatTazkirah@yahoogroups.com>; MalaysiaNews@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, January 8, 2013 8:31 AM
Subject: RE: RG2011... ISU KALIMAH ALLAH
 
Inilah yang bakal terjadi bila penggunaan nama ALLAH iti dibenarkan kpd Kristian.
 
Sesungguhnya orang2 Kristian harus menjelaskan definisi ALLAH yg mereka mahu guna itu, jika sama dengan Allah spt yg digunakan oleh Islam, maka tiada siapa pun yg boleh membantah, tetapi,ini sperti tidak mungkin,kerna semua majority mazhab Kristian yg ada Di semenanjung percaya pada doctrine trinity.
 
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of amri el wahab
Sent: Tuesday, January 08, 2013 10:09 AM
To: Al Falaah Group; Hidayah Net; Ingatan Group; PenawarKu; Perisik Rakyat; RG09 group; SahabatTazkirah
Subject: RG2011... ISU KALIMAH ALLAH
 
 
Cerita dari seorang Sahabat FB:Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia.. They have my respect, dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini… (orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. that's a fact!)

Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya

Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar2.. "Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah. . bagus!) pastu tak pasal2 dia sambung "Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!" aku langsung tergolek…. astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya..

Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: "Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah" Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik "ash to ash, dust to dust, fade to black"… tergolek lagi aku.. wakakaka…

Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku 'bermusafir' lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner "Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!" aku pun pergilah dekat.. tup2 aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja Kristian rupenye..

Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah 'usha' buku kat kedai buku.. Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: "Memantapkan Iman Anda Kepada Allah" bila bukak2 browsing per helai aku start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia.. Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi… lah, buku dakwah Kristian rupanya..

risau gak klu jadi camni kat mesia

di tengah tengah bandar Bandung juga terdapat sebuah geraja yg dinamakan "Rumah Allah"…mcm mcm lagi isu akan timbul lepas ni selagi Malaysia mengamalkan demokrasi-sekular .
 
===================================
Salaam & Regards
Amri el Wahab
=====================================
Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (15)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment