Monday, January 14, 2013

Re: RG2011... Kereta JPJ dibakar selepas kemalangan 10 kenderaan-Video LINK inside

 

Hahaha padam muka, patutnya bakar skali JPJ yg ada dlm tu..
asyik nak makan duit org je, kan dah kena..

2013/1/12 NewsforwarderRT <3@pendekarblogger.com>
 

Kereta JPJ dibakar selepas kemalangan 10 kenderaan

 

Kereta JPJ dibakar selepas kemalangan 10 kenderaan

5:17PM Jan 11 2013

 

Sebuah kenderaan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diterbalikkan dan dibakar oleh orang ramai yang marah selepas kemalangan teruk yang membabitkan 10 kenderaan di Ayer Tawar, Perak petang ini.

Timbalan OCPD Manjung, Ahmad Mat Isa memberitahu Malaysiakini  bahawa 15 orang mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan tersebut, tetapi tidak seorang pun dimasukkan ke hospital.

Beliau juga mengesdahkan tidak ada kematian dilaporkan setakat ini.

Kemalangan itu berlaku petang ini selepas sesi persekolah di Jalan Beruas-Ayer Tawar, yang  melibatkan kenderaan penguatkuasa pacuan empat roda JPJ , dua bas sekolah, dua lori, sebuah motosikal dan empat buah kereta.

Seorang saksi telah memuat-naik ke Facebook video selama lapan minit yang menunjukkan sekumpulan orang ramai marah dan menjerit serta membaling objek ke arah kenderaan pacuan empat roda itu.

Mereka kemudiannya menterbalikkan kenderaan itu sebelum dua anggota polis trafik tiba dan cuba untuk menghalang mereka.

Bagaimanapun, mereka gagal untuk meredakan kemarahan orang ramai dan mereka bertindak memecahkan tingkap kenderaan, itu diiringi oleh teriakan marah "bakar!"

Selepas satu objek dibaling ke arah kenderaan pacuan empat roda yang terbalik itu, ia terbakar, memaksa orang ramai berundur.

Tidak lama kemudian, beberapa anggota bomba datang dan memadamkan api.

Saksi-saksi mendakwa kemalangan itu disebabkan oleh kereta peronda JPJ yang cuba memintas sebuah lori, tetapi ia dinafikan oleh Ahmad, yang berkata kereta peronda itu telah dilanggar oleh lori.

Beberapa jam selepas kejadian itu, sekurang-kurangnya tiga video dimuat naik di Facebook dan puluhan gambar dan komen tersebar di Internet. Orang ramai kelihatan mengambil gambar dan video dengan telefon bimbit mereka.

Malaysiakini telah cuba untuk mendapatkan komen Pengarah JPJ Perak Ramli Awang Seberang, tetapi seorang kakitangannya berkata sebaik mengetahui tentang kejadian itu, beliau telah meninggalkan mesyuarat yang dipengerusikannya untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Berikutan itu, Malaysiakini telah meninggalkan nombor telefon dengan pejabat pengarah JPJ itu untuk dihubunginya dan mengulas kejadian itu.

 

Note: Kah kah kah...katakan...katakan, Lori tanah mana nak berani langgar Pajero JPJ suka2?

kah kah kah...nak kelentong budak tadika boleh la...Dah terang lagi bersuluh kemalangan berlaku disebabkan PINTASAN pajero JPJ secara melulu dan membahayakan Nyawa orang ramai...Apa? JPJ hingat dia Raja dijalan kah?

kah kah kah...kalau ye pon kemalangan disebabkan kesalahan orang ramai, takkan mereka berani nak terbalik Pajero JPJ pulak?

kah kah kah..tak pernah terjadi dalam sejarah..

 Saksikan beberapa Video kemarahan orang ramai..

http://youtu.be/QI4QMsa4N_c

http://youtu.be/LPxz42afsqs

http://youtu.be/gszPr_6uHh4

 

 




--
Walk on, Walk on...
With hope in your heart..
And you"ll never walk alone..

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment