Friday, January 4, 2013

Re: RG2011... Malaysia Banyak Kereta Buruk

 

si mahaday tu memang la patut berhenti.... dia dah kaya raya anak2 dia pun kaya raya yang
dah jadi paling terkaya pun ada....
tak kerja pun takpa duit pencan pun dah tak habis makan, berapa pinggan nasi je dia boleh makan dalam sehari untuk isi perut dia.
kalau cerita pasal simpanan atau saham allah sahaja yang tahu.... orang umno pun panas tengok muka dia
si poknik ni apa yang ada rumah buruk je...tu pun bersambung dengan masjid siapa yang nak berdengki dengan dia... kalau ada orang pas
berdengki pun pasal iman.... kuatnya iman  orang tua ni... aku yang muda ni pun tak sanggup... engko sanggup!!!  jadi la calon parti ko
dah menang jadi la menteri besar....cakap banyak tak guna..

--- On Wed, 1/2/13, suhaila saleh <sheceria@yahoo.com> wrote:

From: suhaila saleh <sheceria@yahoo.com>
Subject: Re: RG2011... Malaysia Banyak Kereta Buruk
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Wednesday, January 2, 2013, 7:08 PM

 
Tuan Guru Nik Aziz contohi nabi... x de istilah berhenti meperjuangkan Islam hingga ke hujung Nyawa.. 



From: sar <saaban60036@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, January 2, 2013 10:58 PM
Subject: Re: RG2011... Malaysia Banyak Kereta Buruk

 
itu lah manusia bila dah gila kuasa.

kepada  NAANM  berhentilah dgn kegilaan anda itu.  Orangyang kamu cabar dah pon berhenti, tak maluke?

2013/1/2 Mas Joko Mas Joko <abang_jo63@yahoo.com>
 
Malaysia banyak Kereta Buruk

Di akhir dekad 1990-an dulu, gerombolan pembangkang yang terdiri daripada penyokong PAS dan pemuja Anwar Ibrahim cukup seronok memanggil Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan gelaran mahafiraun.
Gelaran tersebut dipopularkan oleh mereka bagi merujuk pada Mahathir yang dikatakan begitu gilakan kuasa seakan mahu menongkat langit dan enggan melepaskan jawatan duniawi selama-lamanya.

Menyedari sentimen ketika itu dilihat kuat menyebelahi pakatan pembangkang, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan bongkaknya pernah terlanjur membuat cabaran bahawa sekiranya Mahathir meletakkan jawatan PM, Nik Aziz berjanji keesokan harinya beliau pula yang akan melepaskan jawatan MB Kelantan.
Masa bersilih ganti membawa ke zaman millenium, kini di penghujung tahun 2012 sudah berlalu lebih 9 tahun Mahathir melepaskan jawatan sebagai PM dan Presiden parti dengan senang hati sekalipun diawal pengumumannya untuk berundur masih agak ramai yang mendambakan khidmatnya.

Namun demikian, sehingga detik-detik akhir tahun 2012 ini mahu melabuhkan tirainya, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Anwar, Karpal dan Lim Kit Siang masih bergelemak dalam dunia politik mengejar kuasa dan jawatan.

Tidak nampak sedikit pun riak-riak keinginan mereka untuk melepaskan jawatan sebaliknya yang makin kelihatan nafsu masih membuak-buak mahu berpaut pada kuasa duniawi.
Bermati-matian mereka berusaha mencipta seribu satu alasan untuk mempengaruhi penyokong penyokong supaya terus meyakini kepimpinan mereka untuk bertanding lagi dalam PRU 13 kelak semata-mata ingin terus mengejar dunia kekuasaan disamping mahu kekal disanjung. Kata Nik Aziz, untuk menjadi pemimpin dan terus bertanding dalam pilihanraya tidak memerlukan tubuh badan yang sihat sebaliknya cukup dengan akal yang cerdas sahaja.

Entah di mana fahaman tersebut dipelajarinya, walhal dalam Islam untuk seseorang itu menjadi pemimpin yang baik selain mesti berakal dan berilmu, pemimpin itu juga wajib memiliki tubuh badan yang sihat bagi melaksanakan tanggungjawab berkhidmat kepada rakyat.

Tapi dengan tubuh badan Nik Aziz yang ibarat kereta buruk asyik semput memanjang dan kerap keluar masuk hospital agaknya macam manalah beliau mahu memberi khidmat terbaik kepada rakyat Kelantan? Begitu juga dengan Karpal yang tidak mampu untuk bebas berjalan dan berkhidmat sejak bergelar OKU.

Sebetulnya Nik Aziz agak bimbang akan nasib yang menimpa bekas Presiden PAS, Allayarham Asri Muda yang pernah dihina dan dikhianatinya dulu bakal berulang pula pada dirinya bila segala jawatan eksekutif peringkat negeri dan kedudukan dalam parti tidak lagi dalam cengkamannya.

Jadinya, mahu tidak mahu Nik Aziz gagahkan juga diri untuk terus bertanding dalam pilihanraya kelak disamping berharap akan kekal menjadi MB Kelantan dan Mursyidul Am PAS. Dengan demikian akan ada lagilah para penyokong parti yang terus memuja-muji 'ketokohannya' itu.
Maka jadilah Nik Aziz dan sekutunya serupa macam 'firaun' terus menongkat langit mengharapkan kuasa duniawi akan terus utuh ditangannya sebagaimana tuduhannya kepada Mahathir suatu ketika dulu.
Satu persatu apa yang mulut celupar Nik Aziz dan sekutunya lafazkan dulu kini dilakukan sendiri oleh mereka sendiri.


kredit:blogbudakbenteng





__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (5)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment