Friday, January 4, 2013

Re: RG2011... Malaysia Banyak Kereta Buruk

 

Siapa kata Tun Det tidak berkuasa? dia tetap berkuasa hingga pelantikan Najib jadi PM pun kerana mulut dia, segala yang berlaku dalam UMNO masih berada dalam kekuasaannya walaupun kononnya dia dah lepaskan jawatan PM..Najib hanya boneka yang akan dicantas oleh Tun Det sendiri kerana bahaya yang di bawa oleh Najib..kini Tun Det beralih sokongan kepada Muhyiddin dan tidak mustahil Najib akan rebah walaupun BN menang PRU13 kerana Tun Det nampak terlalu banyak isu yang Najib tidak mampu sembunyikan dan ini amat berbahaya bagi Tun Det terus mendapatkan perlindungan di bawah BN atas segala skandalnya anak beranak...

--- On Wed, 2/1/13, sar <saaban60036@gmail.com> wrote:

From: sar <saaban60036@gmail.com>
Subject: Re: RG2011... Malaysia Banyak Kereta Buruk
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Wednesday, 2 January, 2013, 10:58 PM

 
itu lah manusia bila dah gila kuasa.

kepada  NAANM  berhentilah dgn kegilaan anda itu.  Orangyang kamu cabar dah pon berhenti, tak maluke?

2013/1/2 Mas Joko Mas Joko <abang_jo63@yahoo.com>
 
Malaysia banyak Kereta Buruk

Di akhir dekad 1990-an dulu, gerombolan pembangkang yang terdiri daripada penyokong PAS dan pemuja Anwar Ibrahim cukup seronok memanggil Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan gelaran mahafiraun.
Gelaran tersebut dipopularkan oleh mereka bagi merujuk pada Mahathir yang dikatakan begitu gilakan kuasa seakan mahu menongkat langit dan enggan melepaskan jawatan duniawi selama-lamanya.

Menyedari sentimen ketika itu dilihat kuat menyebelahi pakatan pembangkang, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan bongkaknya pernah terlanjur membuat cabaran bahawa sekiranya Mahathir meletakkan jawatan PM, Nik Aziz berjanji keesokan harinya beliau pula yang akan melepaskan jawatan MB Kelantan.
Masa bersilih ganti membawa ke zaman millenium, kini di penghujung tahun 2012 sudah berlalu lebih 9 tahun Mahathir melepaskan jawatan sebagai PM dan Presiden parti dengan senang hati sekalipun diawal pengumumannya untuk berundur masih agak ramai yang mendambakan khidmatnya.

Namun demikian, sehingga detik-detik akhir tahun 2012 ini mahu melabuhkan tirainya, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Anwar, Karpal dan Lim Kit Siang masih bergelemak dalam dunia politik mengejar kuasa dan jawatan.

Tidak nampak sedikit pun riak-riak keinginan mereka untuk melepaskan jawatan sebaliknya yang makin kelihatan nafsu masih membuak-buak mahu berpaut pada kuasa duniawi.
Bermati-matian mereka berusaha mencipta seribu satu alasan untuk mempengaruhi penyokong penyokong supaya terus meyakini kepimpinan mereka untuk bertanding lagi dalam PRU 13 kelak semata-mata ingin terus mengejar dunia kekuasaan disamping mahu kekal disanjung. Kata Nik Aziz, untuk menjadi pemimpin dan terus bertanding dalam pilihanraya tidak memerlukan tubuh badan yang sihat sebaliknya cukup dengan akal yang cerdas sahaja.

Entah di mana fahaman tersebut dipelajarinya, walhal dalam Islam untuk seseorang itu menjadi pemimpin yang baik selain mesti berakal dan berilmu, pemimpin itu juga wajib memiliki tubuh badan yang sihat bagi melaksanakan tanggungjawab berkhidmat kepada rakyat.

Tapi dengan tubuh badan Nik Aziz yang ibarat kereta buruk asyik semput memanjang dan kerap keluar masuk hospital agaknya macam manalah beliau mahu memberi khidmat terbaik kepada rakyat Kelantan? Begitu juga dengan Karpal yang tidak mampu untuk bebas berjalan dan berkhidmat sejak bergelar OKU.

Sebetulnya Nik Aziz agak bimbang akan nasib yang menimpa bekas Presiden PAS, Allayarham Asri Muda yang pernah dihina dan dikhianatinya dulu bakal berulang pula pada dirinya bila segala jawatan eksekutif peringkat negeri dan kedudukan dalam parti tidak lagi dalam cengkamannya.

Jadinya, mahu tidak mahu Nik Aziz gagahkan juga diri untuk terus bertanding dalam pilihanraya kelak disamping berharap akan kekal menjadi MB Kelantan dan Mursyidul Am PAS. Dengan demikian akan ada lagilah para penyokong parti yang terus memuja-muji 'ketokohannya' itu.
Maka jadilah Nik Aziz dan sekutunya serupa macam 'firaun' terus menongkat langit mengharapkan kuasa duniawi akan terus utuh ditangannya sebagaimana tuduhannya kepada Mahathir suatu ketika dulu.
Satu persatu apa yang mulut celupar Nik Aziz dan sekutunya lafazkan dulu kini dilakukan sendiri oleh mereka sendiri.


kredit:blogbudakbenteng



__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (6)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment