Wednesday, January 16, 2013

Re: RG2011... RM498j mula diagih esok

Kit a memang perlu berterima kasih dan bersyukur dengan pemberian ini. Tetapi bila pemberian ini hanya bermula selepas kerajaan persekutuan sekarang dilihat terdesak bagi mengekalkan kuasa adalah dilihat sebagai tidak ikhlas bagi saya dan mungkin juga sebagai umpan atau lebih teruk lagi "rasuah" agar kita mengundi mereka. Jadi fikir2kan lah akan akibatnya jika kita termakan umpan ini kelak bila masa nak disoal jawab dalam kubur nanti.

From: khomaron azhar <azhar.a@soem.sharp-world.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, 15 January 2013, 17:47
Subject: RE: RG2011... RM498j mula diagih esok
 
Terima kasih kerana kerajaan persekutuan sangat perihatin kepada kesusahan rakyat.
Tetapi perlu diINGAT duit yang depa guna tu duit dari kita yang membayar cukai . Jika pak menteri tolong
Dok derma sorang sedikit lagi baguih.
 
 
Thanks and Regards
 
###########(                    )###########
Khomaron Azhar Abdul Manaf
08000 Sungai Petani
Kedah.
###########(                    )##########
 
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of Ahmad Radzali Sarman
Sent: Tuesday, 15 January, 2013 9:49 AM
To: respeks_group@yahoogroups.com; chainz_of_frenz@yahoogroups.com; jarum_emas@yahoogroups.com; MalaysiaNews@yahoogroups.com; pakbelang@yahoogroups.com; SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... RM498j mula diagih esok
 
 
yang diagih duit siapa apakah anak anak Malaysia hanya layak terima seratus setahun seorang belanja untuk masuk sekolah darjah satu pun lebih rm500.00
 
 
From: shredder virtuoso <rattlesnakesssss@gmail.com>
To: "chainz_of_frenz@yahoogroups.com" <chainz_of_frenz@yahoogroups.com>; "jarum_emas@yahoogroups.com" <jarum_emas@yahoogroups.com>; "MalaysiaNews@yahoogroups.com" <MalaysiaNews@yahoogroups.com>; "pakbelang@yahoogroups.com" <pakbelang@yahoogroups.com>; "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>; "SahabatInteraktif@yahoogroups.com" <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
Sent: Monday, 14 January 2013 3:35 PM
Subject: RG2011... RM498j mula diagih esok
 
 

RM498j mula diagih esok

2013/01/14 - 06:03:58 AM Oleh Mohamed Farid Noh Cetak Emel Kawan
 
  9
Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100. - Gambar hiasan
Bantuan khas awal persekolahan RM100: Ibu bapa akan terima secara berperingkat sehingga 15 Februari

Batu Pahat: Sebanyak RM498 juta peruntukan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada setiap 4.98 juta pelajar di seluruh negara akan diagihkan mulai esok.
Ia diberikan terus kepada ibu bapa secara berperingkat sehingga 15 Februari depan.
 
Kita akan pastikan bayaran akan berjalan lancar. Pihak sekolah diingatkan supaya membayar terus RM100 kepada ibu bapa tanpa apa-apa potongan hutang tertunggak atau bayaran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)," Dr Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata peruntukan sebenar yang disediakan bagi 2013 adalah RM540 juta, termasuk untuk pelajar sekolah swasta dan sekolah agama rakyat, tetapi kementerian belum menerima jumlah sebenar pelajar terbabit.

Bayar tanpa potong hutang tertunggak

"Bagaimanapun, kita akan pastikan bayaran akan berjalan lancar. Pihak sekolah diingatkan supaya membayar terus RM100 kepada ibu bapa tanpa apa-apa potongan hutang tertunggak atau bayaran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)," katanya selepas program ramah mesra bersama penduduk Bakau Chondong di Parit Gantung, di sini semalam.

Sementara itu, Mohd Puad yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat, berkata RM3.8 bilion dibelanjakan kerajaan tahun lalu bagi bantuan pendidikan kepada pelajar di seluruh negara.
Rancangan makanan tambahan

Katanya, ia termasuk Rancangan Makanan Tambahan, makanan di asrama harian dan asrama penuh, Biasiswa Kecil Persekutuan sekolah menengah, bantuan tuisyen, bantuan buku teks serta Susu 1Malaysia.

"Contohnya makanan di asrama penuh dan harian, kos makanan pelajar adalah RM15 sehari, tetapi ibu bapa hanya perlu membayar RM1 sahaja, manakala RM14 lagi ditanggung kerajaan membabitkan minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam serta minum lewat malam.

"Semua pelajar di asrama harian atau asrama penuh layak menerima subsidi ini, manakala pelajar asrama desa menerima 100 peratus bantuan tanpa perlu membayar apa-apa.

"Malah, untuk Biasiswa Kecil Persekutuan bagi pelajar sekolah menengah, penerima dibayar RM300 setiap seorang," katanya.                                   
 

No comments:

Post a Comment