Sunday, January 13, 2013

Re: RG2011... SYABAS Kantoi....

 

Ermmmmm nak gak apa kena mengena Empangan dengan Putus bekalan Air kerana kerosakan Pump Air syabas dan penutupan paip utama oleh syabas. Masalah sekarang yang saya nampak adalah Kerana KEROSAKAN Pump Air Syabas. Bukan kerana KEKURANGAN air dlam EMPANGAN.



From: Hilmi_Budiman <hillmayms@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Sunday, 13 January 2013, 19:08
Subject: Re: RG2011... SYABAS Kantoi....

 
Kan kerajaan selangor yg pegang saham dlm Syabas, pastu ada 2 ahli lembaga pengarah lg... patutnya sama2 fikirkan mcm mana nak atasi masalah bukan main tunjuk jari salahkan org lain...dulu kerajaan pusat nak buat dam tak bagi..tahapaapa la..politik bergaduh rakyat jadi mangsa...tu pun ada org dok sokong lagi

2013/1/12 white4clean <white4clean@yahoo.com>
 
 
 
 
Berita | Kantoi ! Ini Bukti Syabas Sabotaj
BeritaBlog pkrl.blogspot.com

Pekerja Syabas menutup paip bekalan air
Bukti ini dipetik dari aduan pengguna ke web adauanrakyat.com

Saya ingin membuat aduan bahawa kawasan perumahan kami telah masuk minggu kedua tiada bekalan air. Di kawasan Ampang Avenue ini, hanya apartment Mesra Villa yang telah putus bekalan air hingga masuk minggu kedua dan kami di fahamkan bahawa pekerja Syabas sendiri yang telah menutup paip yang menyalurkan air ke apartment kami.



Ini tidak masuk akal kerana semua kawasan perumahan teres di sekitar ini tidak pernah terputus langsung bekalan air. Bahkan semua apartment berdekatan seperti apartment Seri Maya, Seri Nilam juga langsung tidak mengalami masalah bekalan air.


Apa yang menyedihkan kami, terdapat 2 tangki besar bersebelahan kediaman kami. Ini menunjukkan pekerja Syabas sengaja tidak menyalurkan air dari tangki tersebut ke kediaman kami. Notis pertama kami terima mengatakan bahawa pam di Gombak mengalami masalah. Bagaimana di salurkan dari Gombak pula? Tidak logik sama sekali jika hanya apartment kami yang di salurkan dari Gombak.


Terbaru notis yang kami terima mengatakan rumah pam di wangsa maju mengalami masalah. Tapi kenapa kami tetap turut terjejas. dan terbaru pada hari ini Syabas mengatakan bahawa ia akan berlarutan sehingga ke raya China.

Ini sudah melampau dan kami mohon penjelasan atas kegagalan Syabas ini. Jika di lihat pengagihan air ke apartment kami, setiap hari Syabas mengahantar beberapa lori tangki air untuk kami. Bekalan hanya di hantar ke apartment kami kerana tiada langsung masalah air di kawasan kejiranan kami yang lain. Walau berapa tangki pon yang di hantar, siapa yang sanggup mengangkut air ke tingkat atas setiap hari? Kami mohon kerjasama TV3 membuat liputan di kawasan kami.

By: Mimi Azira ~ sumber




Selangor Berusaha Selesaikan Gangguan Air Dalam Seminggu

SHAH ALAM : Kerajaan Selangor akan bekerja keras bagi memastikan bekalan air yang terjejas di Cheras, Gombak dan Ampang akan disambungkan dalam tempoh seminggu.

Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pemantau Bekalan Air Selangor sudah mengadakan mesyuarat harian bersama Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bagi menyelesaikan masalah gangguan itu.

Walaupun gangguan itu adalah kegagalan Syabas dalam melaksanakan tanggungjawabnya, namun Kerajaan Negeri akan tetap membantunya menyelesaikan masalah yang telah berlangsung selama hampir dua minggu.

"Kita tahu semua pergerakkan Syabas. Kita akan selesaikan masalah pam air Wangsa Maju ini dalam satu minggu," kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas mesyuarat Exco pafa 9 Januari.

"Ini lah komitmen Kerajaan Selangor kepada rakyat," kata Abdul Khalid.
Mengikut perjanjian dengan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, Syabas bertanggungjawab bagi pengedaran air terawat di Kuala Lumpur dan Selangor.

Gangguan bekalan tersebut berlaku setelah lima pam air di rumah pam di Wangsa Maju rosak dan gagal berfungsi hampir dua minggu lalu.
Sebelum ini, Abdul Khalid berkata gangguan itu boleh dielak sekiranya Syabas menyelenggara pam di rumah pam sejak dari awal tahun lepas dan bukan apabila berlaku gangguan bekalan air.

Manakala dalam kenyataan 9 Januari, Abdul Khalid berkata sebab-sebab yang diberikan oleh Syabas mengapa pam air Wangsa Maju gagal berfungsi tidak boleh diterima.

Rumusan tersebut dicapai setelah Kerajaan Negeri memanggil semua pihak yang terlibat dalam pembinaan rumah pam tersebut termasuk jurutera, pereka dan kontraktor.

Siasatan mendapati Syabas gagal menyelenggara dengan baik sistem VSD yang digunakan di dalam operasi pam-pam itu.

"Kerajaan Negeri mendapati dakwaan Syabas bahawa alat gantian yang terlibat perlu diimpot dari Finland tidak benar kerana pembekal mengesahkan bahawa alat itu boleh didapati daripada China dengan perkhidmatan courier".
Abdul Khalid juga menyeru kepada Kerajaan Persekutuan untuk mempercepatkan pengambilaliah industri air oleh Kerajaan Selangor bagi mengelakkan masalah seperti ini berulang.

"Kita menggangap masalah gangguan air ini sebagai masalah yang perlu diberi perhatian segera oleh Kerajaan Persekutuan kerana ia membuktikan kegagalan projek penswastaan air yang diberi kepada syarikat yang tidak berkelayakan dan kompeten.
"
Posted on Friday, January 11 @ 01:00:00 MYT by ahmadi





__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (3)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment