Saturday, January 5, 2013

RG2011... Fw: Di Tangkap Khalwat, Ramai Musykil

 



 

Pengetua Sekolah Agama Di Tangkap Khalwat, Ramai Musykil Kenapakah Kes Ini Cuba Di Rahsiakan !

pahangdaily.blogspot
 
KUANTAN, 4 Dis - Ramai pihak yang menghubungi kami dan terkejut dengan berita seorang pengetua sebuah Sekolah Menengah Agama Pahang ditangkap khalwat dalam sebuah hotel di bandar ini. Paling panas ialah pasangan pengetua berkenaan adalah seorang wanita berbangsa Cina yang dipercayai merupakan seorang GRO.
 
Berdasarkan kepada maklumat dari sumber yang boleh dipercayai, individu terbabit hanya di tukar ke jabatan lain dan tiada tindakan displin mahu pun mahkamah yang dikenakan ke atasnya. Inilah yang mengecewakan ramai pihak sebenarnya.
 
Seorang pegawai kerajaan bergelar "Pengetua Sekolah Agama" ditangkap khalwat dilepaskan daripada hukuman, sedangkan jika ia terkena kepada pegawai bawahan sudah pasti tindakan displin yang tegas termasuk pecat akan dibuat oleh majikannya.
 
Dipercayai, tangkapan berlaku beberapa hari menjelang Hari Raya Aidil Adha yang lalu, namun isu ini sengaja disembunyikan oeh pihak yang berkenaan untuk menutup malu. Seorang pegawai dari  Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mendakwa, kes yang melibatkan lelaki itu bukanah yang pertama kalinya. Sebelum ini beliau juga pernah ditangkap oleh Pegawai Penguatkuasa JAIP ketika sedang asyik bermain "judi siber".  
 
Malah, beliau juga telah banyak terlibat dengan kes "pecah amanah" di sekolah lain sebelum diangkat sebagai Pengetua di sekolah agama berkenaan. Senario yang berlaku ini sungguh memalukan jabatan agama di Pahang. Malah, lebih teruk lagi apabila semua pihak termasuk JAIP sendiri tidak mendedahkan berita ini kepada media untuk dijadikan pengajaran kepada pihak lain.
 
Jika ini keadaannya, sudah pasti selepas ini ramai pegawai tinggi kerajaan berani melakukan kesalahan yang sama kerana imej mereka akan dipeliharan oleh jabatan agama bagi mengelakkan malu besar. Soalnya, kenapa Pengetua terbabit boleh terlepas dan hanya mendapat hukuman ringan?. Ditukar jabatan bukanah satu hukuman yag berat jika dibandingkan dengan tindakan displin seperti turun pangkat, tahan gaji atau pun dipecat.
 
Kenapa pegawai berkenaan dilindungi?. Inilah yang memusykilkan kita semua sekarang ini. Siasatan yang rapi bagi mengenalpasti individu berkenaan sedang dilakukan melalui sumber dari jabatan berkaitan seperti Jabatan pelajaran Negeri Pahang (JPNP), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Nantikan pendedahan panas tentang siapakah individu terbabit. Siasatan lanjut sedang dijalankan. [foto sekadar hiasan]


[Pengajaran terbaik di sebalik apa yang berlaku ini ialah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) wajar melantik pengetua sekolah agama di kalangan ustaz atau guru yang ada latar belakang dan sirah Islam. Tindakan melantik guru biasa (sekular) menjadi pentadbir di sekolah agama seluruh Pahang pada masa ini jelas sekali sesuatu yang tidak wajar. Selama ini, sejak zaman berzaman semamangnya guru-guru agama dan ustaz yang diangkat sebagai Pengetua semua sekolah agama.
 
Namun, peraturan itu bertukar apabila adanya campurtangan politik yang kononnya tidak mahu agama Islam itu dijumudkan dengan pemikiran politik. Malah, mereka tidak mahu golongan ustaz terbabit merosakkan minda para pelajar ke arah mencintai Islam yang akhirnya menyebabkan mereka menolak kerajaan sedia ada dengan menyokong parti yang memperjuangkan Islam. Akhirnya, mungkin atas arahan pihak atasan maka guru-guru biasa dilantik sebagai pengetua sekolah agama.
 
Inilah yang menyebabkan gejala sosial dikalangan pelajar sekolah agama semakin menjadi-jadi sekarang. Apatah lagi bila ada pengetua seperti dalam kes ini yang gemar masuk pusat hiburan (dangdut), berkaraoke, bermain judi dan termasuk jugalah berbuat maksiat. Justeru JAIP digesa kembalikan hak sebagai Pengetua sekolah agama kepada guru-guru agama dan ustaz agar Islam terus gemilang. Malah, hanya itu caranya pelajar sekolah agama dapat dibentuk sahsiah mereka. Kembalikan agama kepada yang hak!].
 
 
 

Bekas KSU Ditahan Bersama 36 GRO

LOMPAT: Pengunjung disko nekad terjun elak dicekup ketika diserbuan.

Seorang bekas ketua setiausaha sebuah kementerian yang sudah bersara dan bergelar Datuk serta seorang rakannya yang juga berstatus sama ditahan bersama 36 pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan dilakukan sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah pusat karaoke di Bukit Bintang, malam kelmarin.

Dalam serbuan jam 7 malam itu, kedua-dua VIP terbabit berhibur dan dipercayai dalam keadaan mabuk.

Menurut sumber, 'Datuk' terbabit yang berusia lewat 50-an berlagak sombong dan mendakwa kebal daripada undang-undang.

"Datuk terbabit tidak gentar dengan kesalahan syariah yang dilakukannya, malah mencabar penguatkuasa Jawi untuk mengambil tindakan.

"Semua GRO disiasat mengikut Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan kerana mengingkari pihak berkuasa agama manakala kedua-dua VIP terbabit disiasat kerana bersubahat.

"Sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya," katanya.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan sempena sambutan tahun baru, puluhan pengunjung remaja Islam yang asyik berpesta arak di sebuah disko terkemuka, di sini, nekad melompat dari tingkat atas disko berkenaan kerana takut diperiksa polis dan pihak berkuasa agama, awal pagi semalam.

Ada antara mereka cedera dan luka di anggota badan akibat terjatuh. Remaja berusia 18 hingga 25 tahun itu meneguk arak dan berpesta ketika serbuan.

Malah, terdapat pengunjung merempuh pintu hadapan dan melepaskan diri. Operasi dijalankan 60 anggota dan pegawai diketuai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dengan kerjasama polis D7 KL dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), jam 2 pagi semalam.
-HM

comments:

 

Anonymous said...

bagi pemimpin umno ini hal biasa.
hapuskan segera umno bn sebelum bala menimpa negara.

Anonymous said...

Mari lihat setan-setan bertempiaran lari.... kah..kah..kah.. inilah dia haramjadah2.

Anonymous said...

Inilah hasil tarbiah UMNO kepada pemuda dan orang tua Melayu.Kekabdang kesian juga kita kepada puak2 ni dah nak mampus pun belum sedar2.

Anonymous said...

kat penguasa bukan main takut,tapi kat tuhan tak takut pulak, selamba je langgar hukum tuhan,besok kat akhirat boleh lari macam ni ke

Anonymous said...

BUAT APA.NAK TANGKAP BUDAK BUDAK TU. TANGKAP LE MENTERI yang buat macam tu.

Anonymous said...

Anon atas sekali kenapa berfikiran terlalu bodoh!

Adakah di Kelantan terdapat masaalah pelacuran dan masaalah dadah di sebabkan ajaran PAS?

Anonymous said...

setiap keadaan ada pengawalnya kalau pengawalnya pun jenis tak ambil pusing keliling kelalang makin banyaklah keruntuhan yang akan berlaku

Anonymous said...

biarlah Latok Latok enjoy sakan, Latok sudah kaya dan masih muda lagi....baru 50 lebih saja bah.

apam apam murah pulak di kuala lumpur ini, lagi tembam lagi murah.

apa nak jadi kepada orang orang melayu kita ini, makin maju negara makin hanyut ke neraka pe'el orang melayu bagai beruk masok bandar.

itulah hakikat orang melayu di bandar, makin lupa diri dan leka di sesatkan syaitan di rejam, yang di sangka kawanan.

Anonymous said...

denda rm 3,000 je? denda rm 100,000 sepatutnya sebab menggangu tugas penjawat awam..baru betul...sama mcm umar...baru la adil...

Carlos Santiago said...

hemmmmm.....memalukan..BANkami

Anonymous said...

inilah juga mengapa pemimpin UMNO dan kaum kerabatnya,enggan melaksanalan hukum hudud.

Anonymous said...

Syaitan yang dikenali....kita tak sokong syaitan

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment