Thursday, January 3, 2013

RG2011... Fw: Gaji Minimum Bermula 1 Januari 2013.

 



Gaji Minimum Bermula 1 Januari 2013. Gaji Naik VS OT & Elaun Dikurangkan? 

penpasksgb.blogspot
Staff Berita Semasa


Gaji minimum 2013 : Akhirnya bermula semalam, 3 juta kakitangan swasta termasuklah pekerja asing dalam pelbagai sektor akan menerima gaji minimum yang bermula semalam iaitu 1 Januari 2013 melibatkan 500,000 majikan di Malaysia untuk melaksanakan dasar gaji minimum. Adakah majikan anda turut terlibat sama?

Ini kerana daripada 4,200 ada cuba untuk menghantar permohonan penangguhan pemberikan gaji minimum 2013 tetapi hanya 632 syarikat diluluskan.
  1. Itu pun hanya sehingga April 2013 sahaja dibenarkan penangguhan atas faktor kewangan.
  2. Majikan yang membayar gaji lima pekerja atau kurang juga diberi penangguhan hingga 1 Julai 2013 ini
 

Kadar gaji minimum yang ditetapkan ialah RM900 sebulan atau RM4.33 sejam di Semenanjung Malaysia, manakala RM800 sebulan atau RM3.85 sejam di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Dengan adanya dasar gaji minimum yang akan dikaji setiap 2 tahun, diharapkan pada masa akan datang kakitangan swasta di Borneo diberikan hak sama rata dengan kakitangan swasta di Semenanjung Malaysia. Ditambah dengan realiti harga barang yang berlaku di Borneo kecuali bahan mentah agak mahal berbanding harga di Semenanjung Malaysia. Taraf hidup tinggi, tetapi pendapatan rakyat Sabah & Sarawak masih lagi rendah.
Contoh paling mudah, lihat harga barang keperluan rata-rata ada tertulis harga yang berbeza antara "east malaysia" dan  "west malaysia", yang mana lebih tinggi? Barang keperluan ini ertinya yang diperlukan oleh orang ramai.
Diharapkan pihak berwajib memandang isu ini dengan serius. Bagi mengelakkan tanggapan diskriminisi terhadap kakitangan swasta yang bekerja di Sabah dan Sarawak..

Satu lagi, untuk apa dasar gaji minimum ini meliputi pekerja asing sekali? Sepatutnya, ok ini hanya cadangan daripada kami :
  1. Naikkan cukai pendapatan pekerja asing kepada 35%
  2. Ketatkan syarat pengambilan pekerja asing
  3. Terhadkan masa kerja pekerja asing dari tempoh 2 tahun kepada 1 tahun 6 bulan sahaja
Apabila kerajaan Malaysia menaikkan gaji minimum untuk warga tempatan, rakyat kita sendiri sekaligus ia sebenarnya memberikan satu galakan  kepada pekerja tempatan untuk menceburi bidang perkilangan contohnya. Dan majikan akan tiada pilihan dan akhinrya membuka kuota jawatan lebih kepada warga tempatan. Kami beranggapan adalah lebih baik kerjaan kaji semula dasar gaji minimum untuk orang asing.
"Di Singapore, kalau tidak silap kami cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan Singapore sangatlah tinggi untuk setiap pekerja asing iaitu sekitar $150 setiap bulan. Sebab itulah hanya orang kaya-kaya sahaja yang menggunapakai pembantu rumah"
Akhir sekali sekali kepada pihak majikan, dengan pelaksanaan gaji minimum ini diharapkan tidak timbul situasi seperti di bawah ini :
  1. Gaji RM900 dan majikan dibenarkan potong @ kurangkan semua elaun & OT sudah tiada lagi atau dikurangkan.
  2. Yang managaji  lebih RM900 paling tinggi majikan akan naik sehingga 10%. Contohnya, seperti kerja kilang yang mana ada 2 syif majikan boleh buat tiga syif. Siapa untung?
 

Dan memang sepatutnya, pelarasan gaji minimum ini kena ikut kewangan syarikat. Jikalau syarikat kecil tidak perlu sebenarnya untuk permulaan ini. Maksud kami, keuntungan syarikat berpuluh juta @ ratus juta ringgit tetapi gaji pekerja mereka sangat kecil. Itu minda kapitalis & ini yang seharusnya perlu diperbetulkan. Syarikat besar yang perlu difokuskan terlebih dahulu.

P/S : Walaubagaimanapun, ia satu permulaan yang baik daripada pihak kerajaan untuk melaksanakan dasar gaji minimum 2013 di Malaysia. Cuma masih ada lagi ruang untuk penambaikan di masa akan datang. Apa kata anda pula?
 
 
 

Gaji Minimum 2013 Pekerja Sektor Swasta di Malaysia (6 Juta). Semenanjung (RM900 Sebulan). Sabah, Sarawak (RM800 Sebulan). Realiti @ Tangguh?

by Staff Berita Semasa

Gaji Minimum 2013 : Berdasarkan laporan  Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia menunjukkan bilangan penduduk di Malaysia adalah berjumlah 28.3juta. Daripada jumlah itu, tenaga kerja di Malaysia ini sudah pun mencecah 13 juta orang atau secara lebih tepat, kalau kita mengikut statistik September 2012 ialah 12.96 juta. Dan…..lebih daripada 50% atau enam juta terdiri daripada pekerja-pekerja dalam sektor swasta.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi) Malaysia bakal meninjak ke tahun baru, Tahun 2013. Dah tak lama sahaja lagi…..

Kalau sebelum ini heboh diperkatakan bahawa gaji minimum akan dilaksanakan pada tahun 2013. Akan tetapi, baru-baru ini keluar laporan berita diberitahu bahawa terdapat lebih daripada 4,500 majikan yang ada memohon supaya pelaksanaan gaji minimum 2013 ini ditangguhkan. Apabila mendengar berita ini, teringat kami dengan satu pepatah ini :

 'rumah siap, pahat berbunyi'.

Kalau diikutkan sebenarnya :

Pada masa itu, Majlis Konsultasi Gaji Negara telah pun membahaskan, membincang dan merumus isu gaji minimum 2013, tetapi persoalannnya sekarang ini apakah tidak diambil kira pandangan- pandangan seluruh termasuk juga majikan-majikan yang "memberontak" supaya dasar gaji minimum dilambatkan daripada tempoh sepatutnya?

"Bagi kami angka 4,500 majikan bukanlah jumlah yang kecil sebenarnya"

Hakikatnya sekarang ini gaji pekerja di Malaysia sudah pun disahkan sebagai rendah. Berita Semasa, jangan pandai-pandai nak berikan kami fakta yang salah!!! Tidak, tidak sama sekali. Kami hanya tolong sampaikan sahaja. Siapa kata? Fakta ini disebut oleh Bank Dunia. Apa kata Bank Dunia lagi?

  • Bank Dunia mengatakan dalam tempoh 10 tahun, kenaikan gaji pekerja di Malaysia hanyalah meningkat pada kadar 2.6% berbanding….
  • Berbanding dengan produktiviti naik pada kadar 6.7%.

Fakta-fakta ini ada disebut dalam ucapan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak pada 30 April 2012 menjelang 1 Mei dan pada malam itulah pengumuman dibuat berhubung dengan pelaksanaan gaji minimum 2013.

Besarlah harapan kami, supaya dasar gaji minimum 2013 ini tidak ditangguhkan lagi. Kalau ditangguhkan juga bermakna nasib kalangan pekerja-pekerja di Malaysia yang berada di bawah paras kemiskinan yang sudah pun ditetapkan atau dinyatakan oleh Kementerian Sumber Manusia bahawa lebih 34% pekerja bergaji RM700 sebulan masih tidak mampu dibela. Bagaimana mereka mahu medapat kos sara hidup masa akan-masa akan datang yang akan teru melambung tinggi? Beza kos sara hisup 20 tahun dahulu dengan sekarang (KLIK SINI)

Petikan laporan asal Berita Semasa : KLIK SINI

Seingat kami, pada zaman Allahyarham Tun Abdul Razak, sewaktu krisis minyak tahun 1974, ada diperkenalkan apa yang dipanggil special relief allowance atau elaun bantuan khas. Walaupun secara relatif jumlahnya kecil, tetapi yang penting adalah ada ikhtiar dan usaha kerajaan pada ketika itu untuk memperkenalkan elaun biaya hidup.

Gaji Minimum 2013 : Cadangan & Harapan Berita Semasa?

  1. Kerajaan memperkenalkan satu elaun untuk membantu golongan pekerja yang berpendapatan rendah, tidak kisahlah apa nama sekalipun mahu diletakkan contohnya ___________ 1 Malaysia apa juga nama sekalipun.
  2. Dasar gaji minimum 2013 diteruskan seperti yang dirancang & dijanjikan oleh Perdana Menteri Malaysia
  3. Setakat ini, lebih daripada 31,000 kes runding damai yang tidak dapat diselesaikan dan 10,000 kes ini tidak dirujuk ke mahkamah. Apa nasib pekerja yang terlibat dalam 10,000 kes ini? Harapan kami, Menteri yang bertanggungjawab mencari kaedah yang lebih baik dalam menangani kes-kes pekerja-pekerja yang dinafikan hak mereka

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment