Monday, January 14, 2013

RG2011... Fw: Ketua misi bantuan ke Gaza ditahan

 



PANAS!!! Ketua misi bantuan ke Gaza ditahan bersama wang RM500,000 di airport? - MSO Mohd Sayuti Omar

atsixty-zakriali.blogspot.
 
Berita ini belum disahkan secara rasmi oleh pihak berkuasa negara. Seorang ketua NGO yang rapat dengan sebuah parti politik Malaysia telah ditahan di lapangan terbang Cairo dua tiga hari lepas kerana membawa keluar wang sejumlah kira-kira RM500,000 dari negara itu.

Tidak dapat dipastikan wang itu dalam not negara mana, tetapi jumlahnya dikata kira-kira RM500,000.

Wang itu katanya adalah lebihan daripada wang yang dibawa hasil derma orang ramai untuk misi bantuan rakyat Palestin di Gaza.

Menurut sumber yang dapat dengan pejabat kedutaan Malaysia di Cairo, penahanan ketua NGO itu diketuai oleh pejabat kedutaan Malaysia di Mesir dan dipercayai membantu menyelesaikan panahanan berkenaan.

Ketua NGO berkenaan kerap membawa misi bantuan kemanusiaan di beberapa buah negara dan terbaru di Filipina.

Penahanan ketua NGO bersama wang RM500,000 itu menimbulkan persoalan kenapa wang itu harus dibawa balik kenapa tidak dihabiskan saja untuk membantu rakyat Palestin yang sekarang ini dizalimi oleh Israel.

Maklumat penahanan ketua NGO ini katanya telah pun ada tersebar di beberapa Facebook rakyat Malaysia yang berada di Timur Tengah termasuk di Dubai. Berita penahanan ini bagaimana pun masih belum tersebar di kalangan pelajar Malaysia di Mesir, Jordan khasnya.

Mungkin sumber lain dan pelajar di Mesir boleh merisik pihak kedutaan bagi mengesahkan kejadian ini. Berita lanjut sedang ditunggu. [wm.kl.1:15 pm 14/01/13]
 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment