Wednesday, January 9, 2013

RG2011... Fw: Perpindahan Pemain Liga Super 2013

 




 

Perpindahan Pemain Liga Super 2013

 

 

Arena bola sepak negara telahpun melabuhkan tirai saingannya pada 20 Oktober 2012 yang lalu dengan Kelantan atau The Reds Warriors berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2012 sekaligus meraih kejuaraan treble untuk musim 2012 setelah mereka memenangi saingan Liga Super dan Piala FA. Untuk musim Liga Super 2013 akan datang, setiap pasukan yang bertanding sedang sibuk menyiapkan pasukan masing-masing bagi mencabar kejuaraan Liga Super 2013 akan datang. Pasukan Johor yang telah dijenamakan semula misalnya telah membuat pelaburan besar dengan membawa masuk pemain import termahal di Malaysia, Daniel Gonzales Guiza dari kelab Liga Primera Sepanyol, Getafe CF. Pemain ini merupakan penjaring terbanyak Liga Primera pada musim 2007/2008 bersama Real Malorca CF serta membantu pasukan gergasi eropah, Sepanyol menjuarai Piala Negara-Negara Eropah 2008. Kemasukan Guiza dilihat mampu membantu pasukan Harimau Selatan, Johor untuk kembali menggegarkan persada bola sepak tanahair setelah pasukan ini dilanda kemerosotan prestasi.

 

Selain Guiza, pasukan Johor FA juga turut berjaya mendapatkan khidmat beberapa tonggak kebangsaan seperti pasangan adik beradik kembar Zaquan Adha dan Mohd. Aidil Zafuan serta Mohd. Azmi Muslim dari ATM FA, ketua pasukan kebangsaan, Safiq Rahim serta pertahanan kental dari Terengganu FA, Mohd. Muslim Ahmad. Selain itu juga beberapa lagi pemain dijangka menandatangani kontrak bersama pasukan Johor FA antaranya pemain paling bernilai Liga Malaysia 2012, Nor Shahrul Idlan Talaha dari Kelantan dan nama-nama besar lain seperti Nurul Azwan Roya serta Daudsu Jamaluddin juga dari Kelantan FA.

Selain Johor FA, pasukan-pasukan lain dalam Liga Super juga turut menandatangani pemain-pemain dari negeri lain seperti penjaring terbanyak Liga Super 2012, Jean-Emanuel Effa Owana (Negeri Sembilan FA ke Terengganu FA), S.Kunalan (Negeri Sembilan FA ke Selangor FA), Mahali Jasuli (Harimau Muda A ke Selangor FA), Abdul Hadi Yahya (Terengganu FA ke Perak FA), Shukor Adan (Negeri Sembilan FA ke ATM FA), Farizal Marlias (Negeri Sembilan FA ke Perak FA) serta ramai lagi pemain yang dijangka berpindah ke pasukan baru untuk musim 2013 akan datang. Berikut adalah antara perpindahan pasukan untuk musim Liga Super 2013 : 

 

 

Dicatat oleh Bual Sukan

blogbualsukan.blogspot.

 

Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2013 : [Last Update - 3 Disember 2012]

Sah Berpindah

—–> Selangor

  1. V.Kavichelvan (Harimau Muda)
  2. Afiq Azmi (Kuala Lumpur)

 —–> Terengganu

  1. Muhd Azraei Wan Teh (Pahang)
  2. Norhisham Hassan
  3. Nizad Ayub (Felda United)
  4. Faderin Kadir
  5. Shahzlan Alias
  6. Rosdi Talib 

—–> Pahang

  1. Razman Roslan (Selangor) 

—–> Kelantan

  1. Aris Zaidi – Piala Presiden
  2. Tuan Mohd Faim – Piala Presiden
  3. Izuan Salahudin – Harimau Muda
  4. Zairo Annuar Zailani – T-Team
  5. Norhadi Ubaidillah
  6. Dimitrios Pertratos – Sydney FC
  7. Lek Kcira (Croatia) 

—–> Sabah

  1. Joseph Kalang Tie (Terengganu) 

Khabar Angin / Rumours

  1. Faderin Kadir (Felda) —> ATM
  2. Kubala (Perak) —> Kelantan
  3. Le Cong Vinh (Hanoi) —> Selangor
  4. Ismail Faruqi (Terengganu) —> Kelantan
  5. Fadhli Shas (Harimau Muda) —> Selangor
  6. Chayene Santos (Esan United | Liga Thailand) —> Kedah
  7. Frederick Mendy (Home United – Liga S) —> Perak
  8. Khairil Muhaimeen (Kedah) —> Kelantan
  9. Baddrol Bakhtiar (Kedah) —> Kelantan

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment