Sunday, April 7, 2013

RG2011... Fw: Lagi Sertai Pakatan Rakyat

 



Pelakon Terkenal Abu Bakar Omar Sertai PAS


Abu Bakar dipakaikan baju T oleh Mohamad Nor dengan diperhatikan oleh Zamri, calon PAS Tititwangsa

Seorang lagi pelakun terkenal, Abu Bakar Omar menyatakan sikapnya untuk menyokong Pakatan Rakyat khasnya PAS dalam pilihan raya umum akan datang ini.

Pelakun lelaki yang terkenal semasa era filem Opah di dalam Tv1 dan Tv3 dahulu telah berikrar untuk menolong calon Pakatan Rakyat pada pru 13 ini.

Abu Bakar telah dipakaikan baju T Zamri Asa'ad, calon PAS Titiwangsa oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Haji Mohamad Nor dalam satu majlis ceramah malam tadi.

Turut serta di majlis itu adalah Zamri sendiri yang diumumkan sebagai calon PAS di Titiwangsa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum ini.

Abu Bakar yang berasal dari Titi Gajah, Alor Setar, Kedah terkenal sebagai pelakun yang hebat dan pernah menang beberapa anugerah dalam bidang lakunan. -HD

comments:

Amuraria said...

abih la nanti di boikot tv3suku dan yang sekandang dengan nya ! ABU ini kali lah !

Anonymous said...

Alhamdulillah, Bn makin tinggal kesepian tanpa sokongan rakyat

Anonymous said...

Zed Zaidi Kampari Tanjong Kerayong Presiden Seniman, tak gam Abu Bakar Omar ke nanti.

Zed tu penyokong kuat UMNO.

Rezeki tu dari Allah. Moga Abu Bakar dilebihkan rezeki dia berlakon nanti.

Anonymous said...

salam semua, saya penyokong pakatan rakyat daripada dahulu. namun untuk situasi sekarang, barisan nasional mendahului sekarang sebenarnya..dengan pengumuman manefesto secara langsung malam tadi, telah menyebabkan segelintir rakyat percaya dengan cubaan najib untuk mengekalkan kuasanya..Selain terdapat kerjasama daripada media-media prima yang mampu dan mudah dimiliki oleh rakyat tidak kira mana ceruk yang mereka tinggal. Oleh itu ayuh semua..mari kita berkempen secara sehat bagi membuka mata rakyat yang sedang asyik di taburkan dengan wang...jangan hina mereka,,sedarkan mereka...sesungguhnya orang yang digelapkan dengan wang..di hasut dengan syaitan..Terima kasih

Anonymous said...

kesedaran datang dari Allah, mana2 insan yg berubah dan hendak berubah sebenarnya satu kejayaan diri, lebih2 lagi bilamana dlm memperjuangkan agama, keadilan dan kesaksamaan, mereka perlu diucapkan tahniah dan terimakasih kerana memilih wadah yg jika dilihat akan berisiko tinggi, Rezki Allah yag kurniakan, usaha tawakkal ada pd kita. dakyah UMNO KPD ORG MELAYU JIKA MEMILIH PR, MAKA NEGARA AKAN TERJUAL DAN PR ADALAH DI SOKONG yAHUDI, DAN JIKA MEMILIH DAP AKHIR NYA MELAYU AKAN AKAN HILANG KUASA MEMERENTAH BEGINI LAH DANGKAL NYA PEMIKIRAN MELAYU UMNO YG MEREKA SEDANG MENYUCUK OTAK ORG MELAYU, BETAPA BANGANG NYA UMNO DAN BN.

Anonymous said...

from : D'Jango@TheRedBURET tm

LAGU KU TUJU KHAS PADA SEMUA AHLI BN@Be End and UMNONOK untuk PRU 13 nanti....fahami maksud lirik lagu ini....


Lirik Lagu Terbang Helang - Dato Sharifah Aini

Di angkasa nan luas
Terbang sang helang bebas
Menebarkan sayapnya
Sungguh megah lagaknya
Helang mendabik dada
Membelahi angkasa
Dengan gaya perwira

Bila saja engkau menghampiri
Burung lain terbang lari
Kau merasakan dirimu gagah
Hak yang lain tak kau endah
Mengganas kau di angkasa
Dengan gaya perwira

Terbanglah engkau tinggi
Sampai ke mana lagi
Ingin engkau jelajahi
Sehingga kau terlupa
Yang tinggi jatuh jua
Bila tiba ketika
Kau ke tanah akhirnya

Usah kau lupa diri
Bahawa langit itu tinggi
Nanti lemas sendiri

MEME KENE LAGU INI UNTUK BN...

 

Lagi Pelakon Popular Sertai Pakatan Rakyat

 

Pelakon lelaki yang terkenal semasa era pasca filem OPAH di dalam tv1 tv3 dahulu telah berikrar untuk menolong calon Pakatan Rakyat pada pru 13 yang di jangka 27 may ini.

Banyak artis yang telah berhijrah dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat dewasa ini, fenomena ini adalah fenomena luar biasa setelah pendedahan demi pendedahan yang di lakukan oleh bloger, facebooker dan pakatan rakyat, dalam membongkar salah laku serta betapa LANUNnya Barisan Nasional merompak wang rakyat selama ini.

Telah membuka mata dan minta pelbagai artis dari pelbagai latar belakang untuk turut bersama anak muda meNUMBANGkan BN, ABU BAKAR OMAR adalah salah seorang daripadanya

Dalam BN tinggal Artis Awie tokey kelab malam sajalah! kah3..
  ~erapasca
 
 

ARTIS NI TAK KEBULOQ DENGAN UMNO 

 

 
 
 

2 Tokoh, Bekas Duta & Pengarah KAGAT Sertai PAS


PAS mengumumkan penyertaan dua tokoh baru bagi menguatkan jentera parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Brigedier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad dan bekas Duta Besar Malaysia di Arab Saudi dan Iran, Datuk Adnan Othman menyertai PAS dan pengumuman dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Najmi merupakan adik kepada bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Nakhaie Ahmad turut diumumkan bertanding di Parlimen Baling.

Berkhidmat selama 28 tahun di dalam ATM dan kerajaan, Najmi merupakan lepasan Universiti Al Azhar dalam jurusan Syariah.

Beliau menyertai Bahagian Agama ATM pada tahun 1979 dan menjadi Pengarah Kor Agama ATM pada tahun 1986 sebelum bersara pada tahun 2006.

Datuk Adnan Othman berasal dari Marang, Terengganu merupakan lepasan University of Exeter, England dalam bidang Sains Politik pernah berkhidmat di China ketika Malaysia baru menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan China pada tahun 1974.

Selain itu, beliau pernah berkhidmat di Kanada dan Singapura serta berkhidmat secara kontrak sebagai Pesuruhjaya Tinggi Canberra Australia pada tahun 2001 sebelum bersara.

Sebelum itu, Abdul Hadi turut merasmikan Pusat Media PAS sempena PRU-13 di Pejabat Agung PAS.

Turut hadir sama, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.


Adik Nakhaie Ahmad calon PAS di Baling


Adik bekas naib presiden PAS Datuk Nakhaie Ahmad diumumkan menyertai PAS dan dinamakan sebagai calon PAS bertanding di parlimen Baling.

Brig-Jen (B) Datuk Najmi Ahmad menggantikan penyandang kerusi tersebut Datuk Taib Azamuddin Taib yang tidak dicalonkan semula ekoran masalah kesihatannya.

Perkara tersebut diumumkan oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pusat media PAS di ibu pejabat parti itu pagi ini.

"Beliau merupakan tokoh Baling, anak Baling, Kedah. Dan kita pula baling beliau ke sana," katanya berseloroh, diiringi gelak ketawa hadirin.

Selain itu, Abdul Hadi turut mengumumkan dua lagi calon Pemuda PAS untuk bertanding kerusi parlimen.

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan diumumkan bertanding di kerusi parlimen Temerloh manakala Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS (Juham) Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi bertanding kerusi parlimen Titiwangsa.

Penyandang kerusi parlimen Titiwangsa, Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali meninggal dunia pada Julai 2011.
-mk

comments:

Anonymous said...

Alhamdullillah !

Kenapa tunggu lama sangat nak berubah dan berdiri kerana benar ?

Masih was was akan kebesaran Allah SWT.....?

Apa pun , Tahniah.

 

Bekas duta mahu beri khidmat terakhir dengan sertai PAS

 
KUALA LUMPUR: Bekas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Datuk Adnan Othman secara rasmi diisytiharkan menyertai PAS hari ini.

Pengisytiharan tersebut dibuat oleh Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, pagi tadi.

Adnan bersama-sama pada sidang media itu dengan berkerusi roda kerana masalah kesihatan.

Lulusan University of Exeter, England  dalam bidang Sains Politik itu pernah berkhidmat di China ketika Malaysia baru menjalin hubungan dengan kerajaan China pada tahun 1974.

Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di Kanada dan Singapura.

Beliau dilantik sebagai Duta Besar Arab Saudi dan juga Iran sebelum bersara dan berkhidmat secara kontrak sebagai Pesuruhjaya Tinggi Cranberra Australia pada tahun 2001.

Bapa kepada empat cahaya mata dan datuk kepada tujuh cucu itu membuat keputusan menyertai PAS kerana yakin terhadap nalurinya yang merasakan PAS ialah parti yang paling sesuai dengan jiwa dan fikiran beliau.



Sementara itu, Ustaz Hadi berkata, kemasukan tokoh-tokoh berwibawa ke dalam PAS dapat membantu agenda perjuangan parti.

"PAS akan menggunakan khidmat segala pengalaman tokoh-tokoh ini untuk membantu PAS dalam melaksanakan agenda perjuangan kita lebih-l

comment:

 
MOHD KAMAL MUSTAFFA said...

Alhamdulillah...

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment