Thursday, April 11, 2013

RG2011... ~~~PUISI~Siapa Mereka~~~

 

Sukarnya untuk aku bagi melelapkan mata malam ini.

Aku merenung kegelapan malam ini, cahaya lampu-
lampu bertaburan, bangunan-bangunan yang mencecah
awan kelihatan kelam, kenderaan masih terdapat di jalan.

Apa yang terdedik di hati ini, aku perlu sentiasa mendoakan
semoga Malaysia akan sentiasa dalam situasi yang aman
dan mendamaikan. Peristiwa di Lahat Datu masih segar
dalam kotak minda ini. Banyak nyawa yang terkorban.

Saat ini dapat kita saksikan pergolakan dunia politik
di tanah air semakin kalut jadinya kerana PRU 13 yang
hampir tiba. Fitnah bagai bahan letupan untuk menjahanamkan
pesaing. Persis menggunakan C4 bagi melumpuhkan pehak
lain.

Dinihari ini ternukillah sebuah nukilan...


Mereka tidur dalam kamar dosa
berlapikkan bantal kemusnahan orang lain
merogol maruah bagai menikmati juadah enak
menghirup dari cangkir bukan milik mereka
meratah dading-daging dari saudara sendiri

Teganya mereka...
tangan mengayam tikar berduri
kaki memijak nanah berlendir
bangga dengan iman yang roboh
mematahkan aqidah yang tumbuh

Siapa mereka...
hanya pandai menelan hukum
bagai muntah yang bernanah
memetik duniawi dengan ketawa
melukis pada kanvas fatamorgana

Tahukah mereka...
pada satu saat akan bertamu
tiada daya dan upaya
menjerut leher sendiri dengan tali noda
jasad mereput membusuk
dihimpit bumi
di situlah bersemadi...

~~~Nulilan Dinihari~~~
   sha@adik~April2013

--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment