Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. . Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain.
Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar).
Since trip kitorang nie dikategorikan sebagai technical visit so kitorang perlu ikut policy government sana dimana dalam tentatif kitorang perlu diselitkan dengan lawatan ke beberapa goverment store. Tapi itulah penerangan dari dua orang guide yang sangat berwibawa habaq ang. For our group, kitorang dibawa ke 7 tempat iaitu Tempat Urut Kaki, Jade, Kristal, Bamboo Charcoal, Kedai Ubat, Kedai Sutera dan Pearl. Sape yang pernah lawat Beijing mesti pernah pergi beberapa tempat yang aku listkan nie. Aku rasa kitorang lagi banyak spent masa kat tempat macam nie berbanding tempat-tempat menarik ex tembok besar, Forbidden City, Summer Palace, Olympic Village. Masa diberikan untuk melawat tempat menarik nie pon lagi singkat berbanding government store tu.
Dua orang agen nie suka bawak kitorang pergi govenment store nie sebab dari situ dorang boleh kaut untung melalui komisyen barangan yang kitorang beli. Mana taknya, harga barang yang jual kat kedai2x nie mahal nak mampus. Tak cukup dengan harga pakej kitorang bayar. Dia nak kaut lagi keuntungan dengan cara camni. Memang dasyat drama dorang nie. AKu boleh rate kan 5/5. Semua kedai nie, dorang xkan bagi korang amik gambar. Strictly prohibited sbb dari awal memang dorang tahu dorang nak menipu.
Hampir kesemua kedai memanipulasikan harga untuk kaut keuntungan lebih. Tapi paling tragis, paling bengang, paling tension, paling kuang ajaq, paling aku ingat sampai ke ari ini ialah kedai PEARL. Korang kena ingat, kedai PEARL yang terletak di dalam Beijing National Stadium berdekatan Olympic's Village. Kitorang pergi situ masa hari last. Time tu hampir kesemua peserta rombongan dah keabesan duit sebab ade yang ditipu di kedai-kedai hari sebelumnya. So masa pergi kedai Pearl nie. Semua macam dah xde mood. Seperti biasa, macam kedai2 lain jugak, bila korang sampai je, akan ada sorang staff yang akan bawak korang masuk satu bilik dan bagi penerangan pasal produk dorang. Sama macam kedai PEARL nie. Tapi staff kat sini sangat kurang ajar. Sebelum bagi penerangan tu, beriya dia tanya ada tak diantara kitoang nie yang tahu cakap Cina. Unfortunately, xde sorang pon antara kitoang yg tahu. Yg tahu sikit-sikit tu ada la.
Lepas beberapa minit dia bagi penerangan. Then dia cakap tunggu kejap sebab nak panggil die punya Teacher to give further explanation. Dia buat macam kalut-kalut lepas tu dia datang balik cakap teacher dia busy. Tetiba ada sorang budak lelaki masuk. Lebih kurang baya kitorang masuk dan mengaku yang dia nie anak bos dan bakal inherit syarikat pearl tu tak lama lagi disebabkan ayah die tengah sakit. So dia cerita la sikit pasal Pearl tu, how to distinguish the original pearl and fake pearl. Kitorang nie pon semangat dengar. Anak bos kot yang bagi penerangan mana taknye.
Then drama bermula bila dia tetiba baik hati bagi hadiah kat kitorang cincin pearl sorang satu sebagai hadiah coz we are his first customer and keep asking us to pray for him and his father. More gives more blessing katanya. Dia kata, lepas nie kalau datang Beijing lagi, tunjuk je cincin tu kat die so that he will recognize us. Orang bagi hadiah free, mana tak sukanya. So semua macam happy giler time tu. Tak abes2x berdoa untuk si apek kat depan tu. Lepas tu, yang lagi meyakinkan, dia bawak kitorang masuk satu bilik rahsia yang dipenuhi dengan barang kemas yang sangat berharga antaranya jade dan Gold Pearl yang dia simpan dalam cermin. Dia siap kuarkan pearl tu dan bagi kitorang pegang. Katanya harga sampai berbillion yuan. Tak dapat beli sentuh pon jadi la.
Lepas tu dia bawak kitorang kat bahagian luar dimana ada beberapa cermin kaca yang penuh dengan barang kemas yang dibuat dari Pearl. Harga memang mahal la. Kalau convert ke duit Malaysia hampir beribu-ribu ringgit. Ada satu bracelet tu harga die 2280yuan = RM1140. Tetiba si apek nie dengan baik hatinya sbb kitorang nie first customer die pon bagi diskaun kat kitorang dari 2280yuan jadi 400yuan = RM200. Semua staff die yang ade kat depan tu buat muka terkejut sbb terlampau murah. Si apek tu siap cakap lagi kat staff die, "no commission for you". Lepas pada tu je, semua macam kena rasuk ngan hantu. So semua berebut pilih design mana yang dorang suka. Yang takde duit pon sanggup berhutang ngan member, ada yang bayar guna kredit kad, debit kad dan duit Malaysia. Sampai sekarang aku masih dapat gambarkan muka sorang-sorang yang excited giler bila die bagi tahu harga macam tu. Baik tak aku? Excitednya kitorang siap amik gambar lagi ngan si apek tu kononnya nak show off la balik Malaysia nanti.
Sebelum pergi airport untuk balik Malaysia, kitorang sempat singgah satu lagi tempat untuk shopping iaitu Silk Market. Sampai satu level tu, kitorang pon nampak ade a few kedai yang jual pearl. Kitorang pon sajalah nak try pergi compare harga kat kedai tu. Tetiba kitorang tengok, kedai kat situ jauh lebih murah. JAUH LEBIH MURAH. Bayangan cicin yang die bagi free, kononya harganya 480yuan iaitu RM240. Tapi kat kedai tu jual 20yuan je ia1tu RM10. Untuk sedapkan hati, kitorang anggapla yang tu adalah fake pearl. Tapi tak sedap hati jugak sebab terasa macam kena tipu je. So aku pon tanya la "these are real or fake?". Penjual tu pon cakap yang tu adalah real, dia siap buktikan lagi yang pearl tu adalah real sama macam apek tadi tu terangkan. Aku rasa macam nak bunuh diri je kat situ.
Ingatkan kitorang je yang terkena. Rupanya ada lagi yang terkena. Satu lagi rombongan iaitu orang Melayu/Malaysia jugak. Dorang kena tipu dengan taktik yang sama iaitu ada sorang staff ngaku anak bos then sogok dorg dengan bagi Anting-anting pearl. Kitorang tunjuk la gambar apek tadi, adakah anak bos dorang ceritakan tu sama macam si apek yg tipu kitorang tu, tapi dorang gtaw x sama.
Perniaga tu cakap memang dah ramai orang Malaysia kena tipu sebab dorang tahu orang Malaysia memang mudah percaya kat orang. Patut la dia target crowd dari Malaysia je. padahal time kitorang datang tu, ada lagi ramai tourist yang dari Europe. Padahal dorang lagi banyak duit. Kawan aku siap terduduk bila dapat tahu yang kitorang kena tipu . Kalau benda nie jadi kat Malaysia, sumpah aku pergi serang balik kedai tu.
So aku berharap sangat. Sesape yang nak pergi Beijing, tolong jangan terpedaya lagi dengan cina kat sana. If korang nak membeli barang pape, sila beli di Yanshow Shopping Centre, dan Silk Market. Kat situ semua benda ada. Selalunya agen nie akan bawak korang pergi tempat shopping spt Yanshow dan Silk Market nie last skali sebab dorang tahu nanti korang akan habiskan duit kat situ. Kalau korang nak beli souvenir spt fridge magnet, keychain, baju I Love Beijing, boleh beli kat Yanshow. Buktikan pada Cina yang Melayu bukan kaum yang senang kena tipu.
Dan dari sini aku dapat tahu bertapa ramai yang dah kena tipu dek Cina nie. Namun ade berapa benda aku nak tekankan:-
1:- Cina yang aku maksudkan dalam entry ini ialah Cina di Tanah Besar sana (Negara Cina). Bukan Cina Malaysia walaupun ade yang berpengalaman ditipu Cina Malaysia. Sila baca dengan betul-betul sebelum timbulkan isu perkauman.
2:-If korang yang dah kena tipu beribu-ribu tu atau yang baru pergi sana dan tetiba alami benda yang sama seperti ini, sila call Embassy Malaysia di sana untuk buat aduan. Seperti seorang akak yang komen di bawah nie. Alhamdulillah, dia dapat refund balik.
3:- Ade certain agent atau saudara mara terdekat agent tersebut yang komen berkaitan polisi negara dorang macam tu. So aku nak pesan, kalau dah tahu then buat diam tak guna jugak. Buat ape nak bersubahat dengan penipu? At least inform la sebelum pergi sana. Baru la customer yakin dan berpuas hati memilih syarikat anda. Tak kisah la bayar murah ke, bayar mahal ke. Selagi ianya berbaloi, tentu orang x akan complaint. Makan duit dengan cara macam tu, faham-faham je la.
4:- Ini adalah entry berkaitan ditipu. Ditipu. Ingat semua orang nak kena tipu ke? So xyah la duk blame kami yang kena tipu nie sbb tak pandai fikir. Tak buat research, tak buat nie, tak buat tu. Kalau korang yang tahu pon xde alternatif nak bagi tahu pada yang lain. Nie bukan emo, cume nak ubah mentality orang kita yang jenis pertama mudah percaya orang (Termasuk aku), kedua duk menyalahkan orang. Haishhh..... Peace yo (^_~)V
Dan dari sini aku dapat tahu bertapa ramai yang dah kena tipu dek Cina nie. Namun ade berapa benda aku nak tekankan:-
1:- Cina yang aku maksudkan dalam entry ini ialah Cina di Tanah Besar sana (Negara Cina). Bukan Cina Malaysia walaupun ade yang berpengalaman ditipu Cina Malaysia. Sila baca dengan betul-betul sebelum timbulkan isu perkauman.
2:-If korang yang dah kena tipu beribu-ribu tu atau yang baru pergi sana dan tetiba alami benda yang sama seperti ini, sila call Embassy Malaysia di sana untuk buat aduan. Seperti seorang akak yang komen di bawah nie. Alhamdulillah, dia dapat refund balik.
3:- Ade certain agent atau saudara mara terdekat agent tersebut yang komen berkaitan polisi negara dorang macam tu. So aku nak pesan, kalau dah tahu then buat diam tak guna jugak. Buat ape nak bersubahat dengan penipu? At least inform la sebelum pergi sana. Baru la customer yakin dan berpuas hati memilih syarikat anda. Tak kisah la bayar murah ke, bayar mahal ke. Selagi ianya berbaloi, tentu orang x akan complaint. Makan duit dengan cara macam tu, faham-faham je la.
4:- Ini adalah entry berkaitan ditipu. Ditipu. Ingat semua orang nak kena tipu ke? So xyah la duk blame kami yang kena tipu nie sbb tak pandai fikir. Tak buat research, tak buat nie, tak buat tu. Kalau korang yang tahu pon xde alternatif nak bagi tahu pada yang lain. Nie bukan emo, cume nak ubah mentality orang kita yang jenis pertama mudah percaya orang (Termasuk aku), kedua duk menyalahkan orang. Haishhh..... Peace yo (^_~)V
On Tuesday, 3 December 2013, 8:41, -:eSpAcE9808:- <rienacom@yahoo.com.sg> wrote:
Amnesty International: "Bebaskan Semua Demonstran Perempuan Mesir"
greenboc.blogspot.
Amnesty International dalam satu kenyataannya menegaskan bahawa Mesir perlu dengan segera dan tanpa syarat membebaskan 21 demonstran wanita yang telah dijatuhi hukuman penjara masing-masing 11 tahun oleh mahkamah Iskandariah minggu ini.
21 orang perempuan yang ditangkap dalam sebuah aksi protes di Iskandariah untuk mendukung presiden yang digulingkan Muhammad Mursi pada bulan Oktober lalu, dihukum atas tuduhan merusak harta orang lain, menyerang pasukan keselamatan dan menghasut aksi kekerasan.
Tujuh demonstran yang secara undang-undang masih di bawah umur – mulai usia 15-17 – akan melaksanakan hukuman mereka di sebuah pusat penahanan remaja sampai mereka mencapai usia 18 tahun, kemudian dipindahkan ke fasiliti untuk orang dewasa.
"Hukuman penjara ini sangat keras terhadap perempuan muda dan anak perempuan setelah wujudnya undang-undang baru mengenai demonstrasi serta di tengah penyebaran kekerasan dalam menghadapi aksi protes mahasiswa di Kaherah," kata Hassiba Hadj Sahraoui, wakil pengarah kelompok HAM itu untuk Timur Tengah dan Afrika Utara dalam satu kenyataan Khamis lalu.
"Ini adalah petunjuk kuat bahawa tidak akan ada batas bagi pemerintah bagi menghancurkan pembangkang dan tidak ada yang kebal terhadap tangan besi mereka."
Undang-undang demonstrasi terbaru, yang diterbitkan pada hari Ahad lalu, mewajibkan penganjur demonstrasi untuk memberitahu pihak berkuasa tiga hari sebelum melakukan aksi demonstrasi, dan mengenakan hukuman penjara dan denda kepada individu yang melanggar undang-undang tersebut.
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
Sent: Saturday, November 30, 2013 12:09 AM
Subject: Fw: Penjara 11 Tahun Ke Atas 21 Muslimah
Kezaliman Kudeta Mesir: Hukum Penjara 11 Tahun Ke Atas 21 Muslimah
greenboc.blogspot.
Seramai 21 wanita termasuk tujuh remaja perempuan berumur di bawah 18 tahun, kelmarin dijatuhi hukuman penjara 11 tahun oleh mahkamah atas kesalahan menyertai protes secara aman di Iskandariah, awal bulan lalu.
Bagaimanapun, kesemua tertuduh bawah umur itu akan ditempatkan di pusat tahanan juvana sehingga mencapai umur sah dari segi undang-undang untuk menjalani hukuman tersebut.
Selain itu, mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun ke atas enam pemimpin Ikhwanul Muslimin yang didapati bersalah menghasut bantahan di negara tersebut.
Difahamkan, keputusan itu dibuat beberapa hari selepas undang-undang baru menyekat demonstrasi awam diluluskan oleh Presiden sementara Adly Mansour.
Sementara teriakan kencang pun diutarakan kelompok para pegiat hak asasi antarabangsa di Kaherah membantah hukuman berkenaan. Bahkan di Washington, Amerika Syarikat (AS), Rumah Putih mengaku kecewa dengan keluarnya aturan yang menyekat demokrasi itu
Namun Perdana Menteri sementara Hazem el-Beblawi tetapmtidak peduli. Beliau turut mempertahankan undang-undang tersebut yang memerlukan penduduk memohon kebenaran untuk mengadakan sebarang demonstrasi, dipetik dari laporan AFP.
No comments:
Post a Comment