HHarian Metro
Berita Utama
Sang bedal masuk perangkap
Oleh Alias Abd Rani
SARATOK: Seekor buaya yang dipercayai membaham Andrian Thomas, 32, penduduk Rumah Panjang Mawan Empayak, di Roban, pada 22 November lalu, akhirnya berjaya ditangkap, pagi tadi.
Buaya sepanjang kira-kira lima meter serta lebar satu meter tumpas di tangan pawang terkenal Indet Sanabong, 46, di Sungai Tingam, berdekatan lokasi kejadian di Lubuk Emplaie, jam 9 pagi tadi.
Buaya terbabit ditangkap ketika cuba memakan umpan anjing yang disangkut pada kail.
Bagaimanapun, kira-kira tujuh jam kemudian, seekor lagi buaya ditangkap Indet tidak jauh dari lokasi buaya pertama ditangkap.
PENDUDUK Rumah Panjang Mawan Empayak, di Roban, Saratok, Thomas Mang, 56, memeriksa mulut buaya yang dipercayai membaham anaknya, Andrian Thomas, 32, selepas reptilia itu ditangkap pawang terkenal, Indet Sanabong, 49, kira-kira 9 pagi tadi.
Buaya tujuh meter panjang serta lebar lebih dua meter itu dipercayai 'ketua' reptilia itu ditangkap ketika cuba memakan umpan.
"Pada jam 4 petang tadi, kami sekali lagi ke tempat di mana kail dipasang dan terkejut apabila mendapati, seekor buaya cukup besar tersangkut. Kami terpaksa memanggil beberapa penduduk untuk menarik buaya ini," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01
Kakak dibunuh, dua adiknya ditemui mati
9882 134 Google +2 9 0
ALOR SETAR: Mayat seorang remaja perempuan ditemui dalam keadaan tertiarap di sebuah kawasan bendang berhampiran Alor Senibung, dekat sini, petang semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya, berkata mayat remaja itu ditemui orang awam kira-kira jam 3.45 petang, sebelum anggotanya bergegas ke tempat kejadian.
"Sementara itu, dua beradik yang hilang itu disahkan turut meinggal dunia dan mayat mereka ditemui di Langgar," katanya pada sidang media.
Menurutnya, siasatan awal pihaknya mengklasifikasikan kejadian itu kes ke atas remaja permpuan itu sebagai bunuh dan siasatan dijalankan di setiap sudut.
Katanya, ini berikutan mangsa bersama dua adik perempuannya, masing-masing barusia 12 dan tiga tahun keluar dari rumah mereka di Kampung Gelap pada 29 November lalu.
Beliau berkata, kedua-dua adik mangsa masih hilang dan usaha mencari masih dijalankan.
Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mendapatkan bantuan anjing pengesan K-9 dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01
Buaya tunggu mayat bayi
3458 12 Google +0 2 0
Oleh MOHD SAH MUDA
Mersing: "Saya mencari lokasi sesuai untuk memancing sebelum terlihat objek umpama anak patung di permukaan sungai manakala di depannya dua buaya kecil menghampirinya.
"Saya mengesyaki ada yang tidak kena. Saya dan rakan terus bergegas memeriksanya, dan kami terkejut mendapati ia mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat," kata Abd Kadir Hanapiah, 45, semalam.
Dalam kejadian jam 10.45 pagi kelmarin, Abd Kadir dan rakannya Ali Afandi Sa'at, 54, datang ke Sungai Tenglu Besar di Kampung Air Papan Tengah, di sini, untuk memancing sebelum menemui bayi berkenaan.
Pada masa sama, Abd Kadir berkata, dia turut yakin bayi berkenaan akan dibaham buaya jika dibiarkan begitu saja.
MAYAT bayi yang ditemui oleh dua pemancing.
"Kami dapati dua buaya itu berada hampir mayat bayi dan apabila kami menghampiri, reptilia terbabit terus berpusing dan berlalu pergi," katanya.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01
Terpaksa berlakon
37 0 Google +9 3 0
Oleh NORIAH IDRIS dan MOHD HAFIZEE AROP
Kuala Lumpur: Anaknya diajar memanggilnya abang, manakala dia membahasakan si kecil itu adik. 'Skrip' itu direka seorang lelaki bagi menutup aib keluarganya yang berketurunan Syed selepas dia terlanjur dengan kekasihnya hingga gadis itu melahirkan anak tak sah taraf, dua tahun lalu.
Ibu bapanya pula memberitahu jiran terdekat, kanak-kanak yang dijaga keluarga itu di rumah mereka di Melaka adalah anak angkat yang diambil daripada keluarga daif.
Lakonan itu terpaksa dicipta Syed Haiqal, 22, selepas dia mengambil tanggungjawab membesarkan zuriatnya dengan bantuan keluarganya selepas kekasihnya enggan menerima kelahiran Haziq, 2.
Menurut Haiqal, segala-galanya bermula apabila dia menjalin hubungan dengan Ziera, 22, ketika sama-sama menuntut di sebuah kolej di ibu negara.
HAIQAL menyesali dosa silamnya.
Kemesraan mereka berdua bukan setakat di kolej sebaliknya berakhir di ranjang, malah pada tahun kedua pengajian, mereka sanggup menyewa bilik dan tinggal bersama.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01
Enggan daftar kematian
0 1 Google +0 0 0
Oleh SALMAN HAMAT dan ZULIKHWAN MUHAMMAD
Endau: "Sehingga kini saya dan anak masih mengharap suami pulang. Ia tidak mustahil kerana semuanya kuasa Allah walaupun ramai mengatakan harapan menemuinya bersama tiga lagi yang hilang bersamanya tipis."
Demikian rintihan Zainak Amran, 60, menceritakan kisah kehilangan suami Mohamad Buang yang berusia 45 tahun ketika kejadian pada 17 Jun 1995.
Turut hilang abang suaminya, Saleh, 48; anak Saleh, Mohd Najib, 20, dan sepupu Abdul Wahid Othman, 45, selepas mereka keluar memancing di perairan Pulau Layak, dekat sini.
Zainak berkata, kerana percaya suaminya masih hidup, dia enggan mendaftar kematian suaminya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) walaupun pihak berkuasa mengisytiharkan keempat-empat mereka meninggal dunia.
ZAINAK (kanan) dan Mohd Suffian melihat bot digunakan Mohamad ketika kejadian.
Ia berikutan usaha mencari dijalankan pihak berkuasa di kawasan mereka dilaporkan hilang, gagal menemui mayat empat lelaki itu.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01
Stor barang rampasan IPD Brickfields terbakar
0 0 Google +0 0 0
Oleh Norul awatif Romli
KUALA LUMPUR: Sebuah stor simpanan barang rampasan Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Brickfields di kawasan lapang berhampiran tokong Cina di Laman Rimbunan, Kepong, terbakar, kira-kira 6.20 petang.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya mengarahkan empat jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang, Sri Hartamas, Sentul dan Jalan Han Tuah bagi memadam kebakaran.
"Jentera pertama dari BBP Jinjang tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian dan mendapati api sedang marak.
"Anggota kita juga mengalami kesukaran untuk kerja memadan kerana tekanan air dari pili bomba yang terdapat di lokasi rendah.
"Pasukan bertugas terpaksa menghubungi pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) bagi mendapatkan bantuan bekalan untuk mempercepatkan proses memadam," katanya.
Azizan berkata, proses memadam kebakaran disertai 27 anggota pelbagai pangkat dan pegawai kadet.
Beliau berkata, dalam operasi itu, pihaknya turut menerima bantuan daripada lapan anggota Pasukan Bomba Sukarelawan Kepong dan Bukit Bintang.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01
19 pusat pengajian tinggi awam dan swasta serta 'Langkawi International Extreme Challange'
0 0 Google +0 0 0
LANGKAWI: Lebih seratus peserta mewakili 19 institusi pengajian tinggi awam dan swasta termasuk kolej komuniti dan politeknik seluruh negara menyertai 'Langkawi International Extreme Challenge' (LIEC) 2013, di sini, selama dua hari bermula hari ini.
Setiausaha Bahagian Sukan (Sektor Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan,
Hazally Jali, berkata peserta LIEC itu termasuk pelajar luar negara yang belajar
di Malaysia antaranya dari Nigeria, Indonesia, Tanzania, Arab Saudi, Yemen,
Pakistan, China, Kenya dan Uganda.
Katanya, peserta itu menghadapi cabaran dua disiplin iaitu berbasikal
sejauh 69 kilometer dan larian merentas desa sejauh 16 kilometer.
"Pada hari kedua mereka diuji dengan disiplin sama namun jarak berbasikal lebih jauh iatu 26 kilometer manakala larian mendaki gunung sejauh tiga kilometer," katanya berucap merasmikan LIEC 2013, di sini.
Hazally berkata penganjuran kali ini adalah yang pertama membabitkan peserta
antarabangsa yang sebelum ini hanya membabitkan peserta tempatan.
Menurutnya, acara sukan lasak itu yang memasuki edisi kelima dengan
penjenamaan baru anjuran Langkawi Tourism Academy.
"Acara ini lebih kepada menguji ketahanan fizikal peserta mengharungi
cabaran sukan lasak di samping memperkenalkan Langkawi sebagai destinasi
ekopelancongan," katanya. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01
`Tong kow' perlu ada RM300,000 setiap malam
0 0 Google +0 0 0
MELAKA: Polis menahan 49 individu termasuk seorang pengendali dan lima wanita warga asing yang terbabit dalam perjudian 'tong kow', sejenis permainan mahjong yang diubah suai, di sebuah pusat hiburan di Banda Hilir, di sini.
Kesemua mereka yang ditahan dalam Ops Dadu itu terdiri daripada 39 lelaki
dan lima wanita tempatan serta dua wanita warga China dan masing-masing satu
wanita Thailand, Vietnam dan Indonesia berusia 30 hingga 60 tahun.
Ketua operasi Pencegahan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman
Supt Amir Rasid Derani berkata polis turut merampas wang tunai berjumlah
RM68,800 dipercayai wang pertaruhan dalam operasi dua jam berakhir 4 pagi.
Beliau berkata kegiatan judi tersebut dijalankan di sebuah bilik tetamu
kenamaan pusat hiburan tersebut bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
"Siasatan awal mendapati seorang lelaki berusia 40 tahun yang juga pengendali perjudian itu bekerjasama dengan sekumpulan sindiket perjudian dari luar Melaka untuk menjalankan aktiviti itu sejak dua minggu lalu," katanya.
Beliau berkata maklumat awal mendapati penganjur aktiviti pertaruhan itu
dipercayai perlu membuat pusingan modal sekurang-kurangnya RM300,000 setiap
malam.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01
Didakwa kerana memiliki dua pistol dan sebelas peluru
0 0 Google +0 0 0
PASIR MAS: Seorang lelaki, hari ini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, atas pertuduhan memiliki dua pucuk pistol dan 11 peluru hidup, bulan lalu.
Nik Irwan Jamsus, 28, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suainbon.
Bagi pertuduhan pertama tertuduh didakwa memiliki sepucuk pistol jenis
'Kuba', dan sepucuk lagi tanpa model tanpa kebenaran yang sah di sebuah rumah di
Kampung Kebun, Pengkalan Kubor, Tumpat pada 1.45 pagi, 21 Nov lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 8, Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971
yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun dan enam
sebatan minimum.
Pertuduhan kedua pula pada tarikh, waktu dan lokasi yang sama, tertuduh
didakwa memiliki 10 butir peluru hidup jenis S&B 7.65 dan sebutir peluru
tertulis 70mm Super Target yang didakwa mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api
1960.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01
Pangkalan data khas buat saudara baru Islam
0 0 Google +0 0 0
KOTA BHARU: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan melancarkan e-mualaf tahun depan iaitu pangkalan data mengenai saudara baru.
Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan JAKIM, Datuk Razali Shahabudin
berkata antara tujuan pangkalan data itu adalah untuk mengesan tindakan saudara
baru yang didakwa memeluk Islam beberapa kali, selain mengemaskinikan maklumat
mengenai mereka.
"Selepas ini, tidak ada lagi individu yang boleh memperdaya Jabatan Agama,
dan pangkalan data ini dirancang dengan begitu teliti bagi memastikan saudara
baru tidak terlepas pandang dalam tujuan pendakwahan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Saudara Muslim Peringkat Kebangsaan, di sini.
Razali berkata, jabatan kini di peringkat akhir kajian sebelum melancarkan
pangkalan data e-mualaf itu.
"Semua majlis agama di setiap negeri sudah mengemaskini semua data mengenai saudara baaru di negeri masing-masing dan akan dikumpulkan di peringkat jabatan untuk dimasukkan dalam e-mualaf ini," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01
Syarikat Indonesia guna kapakaran UniMAP hasilkan bata ringan
0 0 Google +0 0 0
KANGAR: Sebuah syarikat Indonesia akan menggunakan kepakaran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi penyelidikan menghasilkan bata ringan menggunakan teknologi geopolimer sebagai bahan binaan.
Pengeluar bahan binaan, Aneka Teknik dan UniMAP sudahpun menandatangani memorandum persetujuan (MoA) di Bandung, Indonesia, malam tadi.
UniMAP diwakili Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin manakala
Aneka Teknik diwakili Pengurus dan Ketua Projeknya, Mr Sony Natali pada majlis
sempena berlangsungnya persidangan The International Conference on Advanced
Material Engineering & Technology (ICAMET) 2013 di Bandung bermula 28 November.
Persidangan tiga hari anjuran bersama UniMAP dan Petra Christian University
(PCU), Indonesia itu diikuti lebih 250 peserta berakhir malam tadi.
Kamarudin dalam kenyataannya, berkata, program kerjasama Aneka Teknik-UniMAP diketuai Pensyarah Kanan Pusat Kecemerlangan GeoPolimer dan Teknologi Hijau (CeGeoGTech) UniMAP Mohd Mustafa Al-Bakri Abdullah.
"Program itu membabitkan geran berjumlah RM80,000," katanya. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/0
Warga Bangladesh jumpa mayat dalam longkang
0 0 Google +0 0 0
KUALA LUMPUR: Mayat lelaki India berusia 30-an ditemui dalam keadaan terbaring di dalam longkang bawah Bulatan Caves, di sini, dengan kesan kecederaan di belakang kepala dipercayai terjatuh dari tempat tinggi.
Kejadian disedari kira-kira 1 petang, apabila seorang pekerja warga Bangladesh yang melalui kawasan itu terkejut apabila menemui mangsa terbaring di dalam longkang lengkap berpakaian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki warga Bangladesh itu kemudian memaklumkan penemuan mayat itu kepada anggota polis trafik yang sedang bertugas berhampiran kawasan kejadian.
Menurutnya, anggota terbabit kemudian terus menghubungi bilik gerakan polis memaklumkan kejadian itu sebelum forensik tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian.
"Hasil pemeriksaan dipercayai mangsa sudah meninggal dunia sejak tiga hari lalu dan mengalami cedera di belakang kepala berkemungkinan terjatuh dari tempat tinggi.
"Kita turut menemui gunting di dalam longkang itu dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat," katanya.
Beliau berkata, setakat ini kes disiasat sebagai kematian mengejut (SDR).
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01
Tiga nelayan dikhuatiri hilang
0 0 Google +0 0 0
PEKAN: Tiga nelayan dikhuatiri hilang selepas keluar dari Jeti Sungai Merchong, di sini, awal pagi semalam.
Mangsa, Mohamad Sharil Zulkifli, 28, Mohamad Isa Awang Ngah, 48, dan Mohamad Asri Mohamad Isa, 17, dikatakan sepatutnya pulang kira-kira 12 tengah hari semalam namun gagal berbuat demikian.
Bimbang sesuatu buruk berlaku, isteri seorang daripada mangsa membuat laporan di Balai Polis Nenasi, kira-kira jam 8.30 malam semalam.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan usaha mencari dan mennyelamat sedang dijalankan.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01
Peniaga makanan mohon bicara kes bunuh remaja
0 0 Google +0 0 0
ALOR SETAR: Seorang peniaga makanan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas dakwaan membunuh seorang remaja perempuan yang juga mualaf di Kampung Belanga Pecah, Langkawi, awal Oktober hingga awal November lalu.
Tertuduh, Sharom Bee Ismail, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan di hadapan Hakim Ooi Sheow Yean.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01
Kanak-kanak pendatang asing tanpa izin ditemui menyorok
0 0 Google +0 0 0
KANGAR: Unit Pencegah Penyeludupan UPP Kuala Perlis menahan 89 Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) dari Myanmar di kawasan bukit berdekatan Kawasan Rekreasi Sungai Batu Pahat, di sini, kira-kira 1.30 pagi tadi.
Kesemua mereka terdiri daripada 34 wanita, 32 kanak kanak perempuan, seorang lelaki.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01
Aishah mahu selesai kerja di London sebelum pulang ke Malaysia
0 0 Google +0 0 0
SEPANG: "Dia janji akan pulang ke Malaysia selepas siasatan mengenainya selesai dalam tempoh sembilan bulan lagi," kata Kamar Mahtum Abdul Wahab, 73,.
Kamar Mahtum adalah kakak kepada Siti Aishah Abdul Wahab, 69, wanita warga Malaysia yang dikaitkan dengan mangsa perhambaan di London, United Kingdom (UK) lebih 30 tahun lalu.
Kamar Mahtum yang ditemui berkata, adiknya turut memaklumkan keinginan untuk pulang ke Malaysia, namun perlu menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu termasuk aktiviti berkaitan badan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa kerja kemasyarakatan yang disertainya di negara berkenaan.
Kamar Mahtum yang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, kira-kira 7.40 pagi tadi.
Katanya, dia lega apabila melihat adiknya sihat dan gembira berada di negara itu kerana menurut laporan akhbar seolah-olah Siti Aishah tidak sihat.
"Dia sihat fizikal dan lebih gemuk berbanding saya. Dia juga merindui keluarga di Malaysia namun katanya keringatnya untuk membantu orang susah masih diperlukan," katanya.
Sabtu lalu, media melaporkan Siti Aishah antara tiga wanita yang dibebaskan daripada perhambaan pada 25 Okt lepas di selatan London, selepas seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua wanita lain ialah warga Ireland dan Britain.
Siti Aishah berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan dan meninggalkan negara
pada 1968 untuk melanjutkan pelajaran di London School Economics di United
Kingdom.
Namun, ketika berada di negara itu, dia dikatakan terpengaruh dengan pergerakan
Maoist iaitu politik melampau sehingga mengabaikan pelajarannya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01
Seorang perompak terbunuh manakala rakannya parah
0 0 Google +0 0 0
KUALA LUMPUR: Seorang maut manakala rakannya pula parah dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di sebuah kediaman di Jalan Syed Putra, di sini, kira-kira 4.30 pagi tadi.
Dalam kejadian itu, tiga perompak yang menaiki BMW memecah masuk rumah mangsa sebelum mengikat pasangan suami isteri dan anak perempuan mereka.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, seorang lagi anak lelaki mangsa yang turut berada di dalam kediaman itu bertindak menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.
Menurutnya, polis tiba di kediaman terbabit lima minit kemudian dan ketika itu suspek baru ingin beredar dari kediaman terbabit bersama barangan kemas dan wang tunai.
"Bagaimanapun, suspek terkejut apabila melihat kehadiran polis menyebabkan mereka terus melepaskan tembakan.
"Dalam kejadian berbalas tembakan itu, seorang ditembak mati manakala seorang lagi parah. Seorang lagi suspek melarikan diri," katanya.
Beliau berkata, polis kini sedang memburu suspek yang melarikan diri bersama wang tunai milik mangsa.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/0
Jaga terlepas tembakan ketika sedang berkawal
0 0 Google +0 0 0
GEORGETOWN: Seorang pengawal keselamatan terlepas tembakan ketika sedang bertugas di sebuah kedai emas di Jalan Magazine, di sini, kira-kira 1 petang tadi.
Dalam kejadian itu, pengawal keselamatan berusia 45 tahun terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.
Difahamkan, sejumlah 32 percikan daripada senjata pump gun yang digunakan pengawal keselamatan terbabit terkena bahagian bawah meja yang mempamerkan barang kemas di kedai itu.
Ketika itu, ada beberapa pelanggan dan pekerja dalam premis namun mereka bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01
Kumpulan dakwa Anti-Thaksin serang kenderaan awam
0 0 Google +0 0 0
BANGKOK: Sekumpulan ratusan orang terdiri daripada kebanyakannya pemuda mendakwa sebagai pelajar Universiti Ramkhaeng yang menentang kumpulan Thaksin, didapati menyerang kenderaan awam sejak, petang semalam.
Setakat ini, sekurang-kurangnya dua buah bas rosak dalam serangan ganas menggunakan kayu, batu bata dan botol, berhampiran universiti berkenaan.
Serangan pertama di dalam bas berlaku pada kira-kira 6.30 waktu tempatan di sini dan menurut saksi, seorang pemandu bas mengalami kecederaan selepas terkena batu bata.
Serangan terbaharu sekitar 8.40 malam ke atas sebuah bas yang membawa sekurang-kurangnya 10 penumpang.
Wanita di dalam bas berkenaan menjerit kerana terkejut dan ketakutan berikutan serangan itu.- BERNAMA
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01
Selangor ikat 'Messi Indonesia'
0 0 Google +0 0 0
KUALA LUMPUR: Pasukan Selangor berjaya mendapatkan khidmat pemain tengah kebangsaan Indonesia, Andik Vermansah untuk memperkuatkan cabaran pasukan Gergasi Merah bagi menghadapi Liga Malaysia 2014.
Andik, 22, yang juga bekas pemain Persebaya 1927 mengikat kontrak selama dua tahun dan dijangka menyertai skuad Merah Kuning selepas membantu negaranya pada Sukan SEA di Myanmar awal bulan depan.
Pemain bertubuh kecil itu mendapat jolokan 'Messi Indonesia' oleh penyokong negaranya kerana memiliki kelicikan menggelecek bola seperti Lionel Messi, pemain antarabangsa Argentina yang mewakili kelab Liga Sepanyol, Barcelona FC.
Upacara ringkas menandatangani pemain berkenaan di Jakarta, Indonesia, semalam disaksikan oleh pengurus peribadinya, Muly Munial dan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Rosman Mohd Ibrahim.- BERNAMA
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01
Junior harap dapat kembali dalam Liga M
0 1 Google +0 0 0
SHAH ALAM: Pemain tengah Sarawak, Junior Eldstal berharap untuk kembali beraski dalam Liga Malaysia (Liga M) menjelang Februari depan selepas berjaya menjalani pembedahan pada kecederaan belakang, di Eropah baru-baru ini.
Pemain Sweden kelahiran Malaysia, berusia 22 tahun itu yang sebelum ini mengalami sakit tulang belakang berkata, beliau begitu teruja untuk kembali beraksi di padang selepas sekian lama tidak berbuat demikian.
"Buat masa ini, saya berharap proses pemulihan saya akan berjalan lancar dan saya berharap untuk kembali di atas padang, secepat mungkin. Sekiranya perancangan berjalan lancar, saya dijangka pulih sepenuhnya menjelang Januari depan," katanya selepas meraih Anugerah Pemain Harapan pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013, di sini semalam.
Menyentuh mengenai pasukan Sarawak musim depan, Junior yakin gandingan pemain muda dan lama bakal memberi peluang lebih baik kepada pasukan Bujang Senang kendalian jurulatih, Robert Alberts untuk menjuarai Liga Super.
"Kami mempunyai penyokong yang kuat dan saya berpendapat, kita boleh menjadi pesaing yang kuat untuk menjuarai beberapa trofi musim depan," kata Junior yang bakal terlepas beraksi dalam kejohanan Sukan SEA di Myanmar bulan depan, akibat kecederaan belakangnya.- BERNAMA
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01
10 dikehendaki
3 0 Google +0 0 0
Oleh RAJA NORAIN HIDAYAH RAJA ABDUL AZIZ
Kuantan: Seramai 10 lagi pengikut ajaran sesat 'Tuhan Harun' diburu polis bagi siasatan kes bunuh Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Raffli Abdul Malek walaupun ia dianggap selesai berikutan penangkapan beberapa individu selain rampasan sepucuk pistol sejak Selasa lalu menerusi Op Cantas.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi akaun Facebook menyatakan 10 pengikut yang semuanya lelaki berusia antara 27 hingga 46 tahun itu dipercayai boleh membantu siasatan kes.
Individu yang diburu ialah Mansur Hussin, 39, dari Pasir Puteh, Kelantan; Shamsinar Abdul Halim, 36, dari Johor Bahru, Johor; Shaizral Eddie Nizam Shaari, 37, dari Bukit Beruang, Melaka; Jefferi Safar, 39, dari Kluang, Johor dan Wan Mohd Shakri Wan Isa@Wan Ismail, 27, dari Kota Bharu, Kelantan.
"Lima individu lain adalah Shamsul Amri Abu Hassan, 44, dari Kuantan, Pahang; Mohd Shahril Mohd Jaafar, 28, dari Sungai Petani, Kedah; Mohamed Faizal Abdullah, 46, dari Batu Pahat, Johor; Mohd Rozi Akasah, 38, dari Bukit Katil, Melaka dan Khairul Amir Akasah, 34, dari Port Dickson, Negeri Sembilan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi pegawai polis Deputi Superintendan Zakaria di talian 019-3822020, Asisten Superintendan Zukri (013-9764999) atau Inspektor Mohd Hasni (016-4888025)," katanya dalam kenyataan itu.
Akhbar semalam melaporkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kes berkenaan dianggap selesai selepas penahanan terbaru 10 pengikut ajaran sesat berkenaan serta rampasan sepucuk pistol dalam operasi sejak Selasa hingga kelmarin.
Dalam kejadian 10 November lalu, Allahyarham Ahmad Raffli ditembak dengan tiga das tembakan dari jarak dekat di depan rumahnya di Indera Mahkota 2, di sini.
Pada 20 November lalu, ketua ajaran sesat itu, Harun Mat Saat, 47, ditahan di Tangkak, Johor, bersama isteri ketiganya, Azida Mohd Zol, 30, dan pemandunya, Nor Hairi Harun, 41.
Tempoh tahanan reman ketiga-tiga individu berkenaan dilanjutkan sehingga 4 Disember ini bagi membolehkan soal siasat dilakukan terhadapnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01
'Dipanggil' memancing
2 0 Google +1 0 1
Klang: "Walaupun baru pulang dari kerja, dia tetap berkeras untuk keluar memancing, seakan-akan ada sesuatu yang 'memanggilnya' untuk keluar memancing."
Itulah luahan kebimbangan Suzana Bunawi, 33, isteri kepada Syed Nizam Efendi Syed Hamid, 32, yang dikhuatiri lemas ketika keluar memancing di Jambatan Sungai Klang berhampiran Pelabuhan Klang Utara, di sini, awal pagi semalam.
Kira-kira 3.30 pagi semalam, mangsa dikatakan keluar memancing sendirian tetapi disedari isterinya selepas dia gagal dihubungi. Dia kemudian memaklumkan kehilangan Syed Nizam kepada keluarga mangsa.
Sebaik menerima berita mengenai kehilangan mangsa, Suzana bersama keluarga suaminya bergegas ke lokasi kejadian dan menemui motosikal dinaiki suaminya di tepi jambatan.
SUZANA(kanan) bersama ahli keluarga menanti di sebuah pangkalan berhampiran dengan lokasi mangsa memancing.
"Sebaik suami balik dari kerja jam 1.30 pagi, dia beritahu nak keluar memancing kerana hari ini (semalam) dia bercuti. Namun saya menghalangnya kerana hari sudah lewat selain tentu dia penat seharian bekerja.
"Bagaimanapun, suami bersungguh-sungguh untuk pergi memancing dan tidak menghiraukan kata-kata saya. Yang pelik, suami memberitahu akan keluar memancing seorang diri sedangkan sebelum ini beliau memancing bersama rakannya," katanya, semalam.
Suzana berkata, selepas suaminya keluar, beliau terus menghubungi ibu mentuanya dan memaklumkan sikap pelik suami.
"Suami sempat singgah di rumah emaknya dan memberitahu hendak keluar memancing di atas jambatan sebelum meminta wang untuk membeli umpan. Walaupun emaknya menghalang, dia tetap berkeras mahu pergi memancing," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01
Inspektor cedera dilibas senjata tajam
1 0 Google +0 0 0
Klang: Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang melakukan rondaan ketika menjalankan Ops Cantas Khas Narkotik di Jalan Telok Gong, Kampung Nelayan, di sini, cedera di lengan kanan akibat dilibas seorang lelaki menggunakan senjata tajam, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 12 tengah malam, mangsa berusia 20-an mengesan lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan dan cuba menahannya bagi menjalankan pemeriksaan lanjut.
Menurut sumber, terkejut dengan kehadiran polis, suspek terus melibas senjata tajam ketika mangsa menahannya sebelum cuba melarikan diri.
Sumber berkata, mangsa yang cedera kerana libasan dilakukan suspek itu tidak dapat mengejarnya dan suspek meloloskan diri dan gagal dikesan.
PEGAWAI polis yang cedera dirawat.— Gambar Ihsan Facebook PDRM
"Selepas kejadian berkenaan, satu serbuan dilakukan di sebuah rumah di kawasan sama dan menahan seorang wanita warga Indonesia berusia lingkungan 30-an dan seorang lelaki warga tempatan berusia 48 tahun," katanya.
Sumber itu berkata, hasil pemeriksaan polis di sebuah rumah dipercayai dihuni suspek kemudian menemui sebungkus plastik lutsinar mengandungi dadah jenis heroin.
"Usaha memburu suspek dilakukan polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 kanun keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/0
5 pasangan 1 hari
0 0 Google +0 1 0
Oleh EKHWAN HAQUE FAZLUL HAQUE
Shah Alam: "Bukan sedikit perasaan gementar yang perlu saya hadapi apabila dinikahkan di depan ribuan hadirin termasuk keluarga dan saudara mara, tapi ini adalah pengalaman berharga yang tidak akan saya lupa sampai bila-bila," kata Muhamad Izwan Saharin, 25.
Muhamad Izwan selamat diijab kabul dengan pasangannya Nur Bariah Zakariah, 20, sempena Majlis Perkahwinan Perdana Belia Selangor 2013, di sini, semalam, bersama empat lagi pasangan pengantin.
Beliau berkata, pengalaman meraikan hari bahagia yang diperoleh ini bukan saja begitu bermakna untuknya dan isteri, malah lebih menggembirakan ia diraikan bersama empat lagi pasangan yang turut dinikahkan semalam.
Katanya, pada mulanya beliau dan isteri merancang bernikah awal tahun depan, namun dibatalkan kerana kerajaan negeri mempelawa mereka menyertai majlis perkahwinan perdana.
"Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, saya dan isteri teruja bila ditawarkan menjadi antara lima pasangan yang akan dinikahkan secara beramai-ramai hari ini (semalam) selain beberapa kelengkapan perkahwinan turut ditaja.
"Walaupun gembira, tanggungjawab yang akan dipikul kelak selepas berkeluarga jauh lebih berat dan saya dan isteri berharap kami dapat menempuhnya dengan tenang," katanya yang juga pekerja di hospital swasta.
Turut diraikan dalam majlis itu ialah 40 pasangan lain termasuk satu pasangan Cina dan India yang dihadiri Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Sementara itu, Abdul Khalid dalam ucapannya turut mengumumkan penambahan pemberian insentif RM500 mulai tahun depan berbanding RM400 sebelum ini kepada pasangan belia negeri ini yang mahu mendirikan rumah tangga.
"Program Perkahwinan Belia memberi peluang kepada pasangan muda mengurangkan kos perbelanjaan kerana sebahagian kos perbelanjaan perkahwinan ditanggung kerajaan negeri dan syarikat swasta," katanya.
PENGANTIN berlainan bangsa (dari kiri) Kanesan Sinnan, Tuvashini Pandian, Hakeemullah Ismail, Nurul Izzati Anuar, Raymond Hui dan Jess Heng.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01
Bina tembok bagi kekang jenayah
0 0 Google +0 0 0
Kota Bharu: Usaha membina tembok di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bagi mengekang aktiviti jenayah seperti penyeludupan, termasuk dadah dan senjata api, bakal menjadi kenyataan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada dasarnya bersetuju dengan cadangan itu.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perincian mengenai cadangan itu akan dimaklumkan selepas keputusan muktamad dibuat Kementerian Kewangan dari segi kaedah perolehan dan kaedah pembayaran untuk projek berkenaan kerana ia membabitkan kos tinggi.
Katanya, pada masa sama cadangan itu akan dipersembahkan kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V bagi mendapatkan perkenan baginda, selain mengadakan perbincangan dan taklimat kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.
"Pada dasarnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersetuju dengan cadangan membina tembok sempadan berelektronik membabitkan 121 kilometer di sempadan sungai dan 20 kilometer sempadan bahagian darat.
"Kita harap akan persembahkan kepada Sultan Kelantan sebelum pelaksanaannya dan akan memberi taklimat kepada Menteri Besar Kelantan kerana ia akan membabitkan tanah kerajaan negeri, pengambilalihan tanah milik orang kampung dan penduduk," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Karnival Bersatu Menentang Jenayah di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Bandar Baru Tunjung, di sini, semalam.
Turut hadir Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia dan NGO Kelantan Dr Ramli Mamat.
Karnival dua hari bermula semalam itu julung kali diadakan dan mendapat sambutan hangat penduduk negeri ini.
Pelbagai acara diadakan, antaranya forum, ceramah jenayah siber dan pertunjukan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Baru-baru ini, Ahmad Zahid berkata, KDN bersetuju dengan cadangan polis Kelantan supaya tembok dan pagar dibina di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bagi mengekang kegiatan jenayah, terutama membabitkan penyeludupan dadah dan senjata api.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01
Khalid perlu peka
0 0 Google +0 0 0
Oleh MOHD FAUZI ABDULLAH
Raub: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim perlu lebih peka terhadap isu kenaikan gaji dan elaun bulanan Menteri Besar serta anggota exco negeri itu yang dipersoalkan rakyat.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, isu kenaikan gaji dan elaun yang terlalu tinggi itu harus ditangani segera dan Khalid perlu mengambil tindakan dirasakan bersesuaian.
"Jika Khalid pemimpin yang prihatin, dia perlu bertindak segera dan mengambil langkah dirasakan bersesuaian.
"Pemimpin mereka perlu lebih responsif kepada rakyat yang turut mempersoalkan mengapa kenaikan gaji dan elaun pemimpin mereka begitu tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyampaian Anugerah Ilham Desa (AID) Peringkat Kebangsaan 2013 di Padang Awam Kampung Gali Tengah, di sini, semalam.
Muhyiddin berkata, dalam soal kenaikan gaji berkenaan, sepatutnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) sama ada pemimpin atau penasihat umum mesti responsif kepada pandangan rakyat di negeri itu.
"Umum mengatakan kenaikan itu luar biasa dan berlebihan serta tidak sesuai, sepatutnya Menteri Besar selaku ketua kerajaan negeri (kita tengok) bukan bergaduh sesama sendiri, tetapi mesti respons dan mengambil kira perkara ini sebab kuasa ada di tangannya.
"Takkan dia tidak boleh buat keputusan dan nak bertelagah dengan perkara itu kerana wang yang gaji itu adalah duit rakyat," katanya.
Sementara itu, mengulas pemilihan beberapa nama dalam ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO termasuk tokoh agama, Muhyiddin berkata, seseorang yang dipilih adalah individu yang terbukti kecemerlangannya dalam bidang diceburi.
"Tidak kira sama ada individu itu tokoh agama, ulama atau golongan profesional, pucuk pimpinan tertinggi UMNO mengetahui mereka memiliki latar belakang baik serta boleh menyumbang idea dan transformasi untuk kebaikan parti," katanya.
Beliau berkata, sumbangan dan idea tokoh berkenaan mampu memperkukuhkan perjuangan UMNO, terutama untuk kepentingan masa depan, khususnya umat Islam.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01
Demi agama!UKE
1 0 Google +0 1 0
Oleh MOHD HANAFIS ABDUL HARIS
Kampar: "Sekarang ini heboh orang cakap saya ahli politik, saya bukan ahli politik. Semua wartawan cari saya... malam ini (kelmarin) pun ada yang datang cari saya.
"Namun saya akan cakap 'no comment', saya akan bagi sidang media esok (hari ini) di Kuala Lumpur," kata penceramah bebas Mohd Kazim Elias al-Hafiz, 41, atau Ustaz Kazim berhubung pemilihannya sebagai antara sembilan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dilantik, kelmarin.
Menurutnya, beliau bersedia memberi bantuan dalam politik jika diperlukan demi kepentingan umat Islam.
"Jika ada orang politik meminta bantuan saya, saya sanggup demi kepentingan agama dan umat Islam," katanya ketika menyampaikan ceramah pada Majlis Ilmu dan Santai Bersama Ustaz Mohamad Kazim Elias di Dataran Warung Capati Klasik Dzulira, Malim Nawar, di sini, malam kelmarin.
Beliau juga menolak mempunyai kepentingan peribadi, sebaliknya berazam memperhebatkan masyarakat Islam di negara ini.
"Mengapa saya harus menolak, sedangkan saya ingin menolong agama. Saya bukan kaki bodek, saya bukan ahli korporat dan saya bukan ada kepentingan apa-apa.
"Apabila orang memberi kepercayaan, saya akan gunakan sebaik mungkin untuk kebaikan," katanya.
Beliau antara sembilan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dilantik Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak sebagai melengkapkan jumlah barisan MT sesi 2013-2016.
Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, semalam.
Sementara itu, melalui laman media sosial Facebook miliknya semalam, Ustaz Kazim meluahkan rasa kecewa apabila dimaki individu tertentu berhubung keputusannya menerima jawatan MT UMNO itu.
Melalui mesej itu, beliau meminta orang ramai mendengar penjelasannya yang akan diadakan di PPR Setapak, Kuala Lumpur hari ini (semalam).
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01
Persiapan perhimpunan agung
0 0 Google +0 0 0
Oleh MOHD AZAM SHAH YAACOB
Kuala Lumpur: Persiapan akhir menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2013 dijadual berlangsung selama lima hari bermula esok hingga 7 Disember ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, berjalan lancar selepas raptai penuh acara itu dilaksanakan di pekarangan Menara Dato Onn, semalam.
Bermula seawal jam 8 pagi, raptai yang dipantau Setiausaha Kerja UMNO Datuk Abd Rauf Yusoh dimulai dengan perbarisan 150 anggota daripada sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sebelum upacara menaikkan bendera Sang Saka Bangsa dan nyanyian lagu parti, Bersatu, Bersetia, Berkhidmat.
Abd Rauf berkata, semangat ditunjukkan peserta raptai juga tinggi, di mana mereka mula berkumpul sejak 6.30 pagi bagi memulakan raptai.
"Kita menghargai komitmen ditunjukkan peserta kerana ia membuktikan komitmen mereka bagi melancarkan majlis Perhimpunan Agung UMNO bermula Isnin ini (esok).
"Saya percaya dengan pengalaman tenaga kerja yang menjayakan Perhimpunan Agung UMNO di tahun sebelum ini, kita tidak menghadapi masalah melaksanakannya tahun ini," katanya.
Menurutnya, persiapan bagi acara luar dewan siap hampir 90 peratus manakala bagi acara dalam dewan siap 60 peratus.
"Kita percaya esok (hari ini) segala persiapan bagi majlis paling penting dalam UMNO dapat diselesaikan, seterusnya hanya menunggu hari berlangsungnya majlis ini nanti.
"Malah, kita percaya dengan beberapa pengubahsuaian atur cara majlis juga, perhimpunan kali ini akan berjalan lancar dan selesai mengikut masa ditetapkan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01
Aishah janji pulang
1 1 Google +0 0 0
London: Kakak Siti Aishah Abdul Wahab menganggap pertemuan pertamanya dengan 'hamba' pemimpin Maoist ekstrem sejak lebih 40 tahun semalam sebagai detik campuran gembira dan sedih.
Menurut Kamar Mahtum Abdul Wahab, 73, Siti Aishah dalam keadaan baik tetapi menganggap adiknya seperti orang lain berbanding insan yang pernah dikenalinya.
Kata Kamar Mahtum, pada permulaannya dia tidak mengenali Siti Aishah.
"Dia nampak sangat berbeza - 40 tahun lebih tua dan wajah gadis yang jelita dulu sudah tiada. Namun, saya juga semakin tua sekarang," katanya.
Dalam pertemuan itu, kata Kamar Mahtum, perkara pertama dilakukannya dengan Siti Aishah adalah berdakapan selepas mereka terputus hubungan sekian lama.
"Saya menangis - pertama kerana lega, kemudian kerana marah dan kecewa.
"Siti Aishah bertanya saya mengenai ibu dan saya memberitahunya ibu kami sudah tiada 19 tahun lalu," katanya.
Siti Aishah adalah seorang daripada tiga wanita diselamatkan polis Britain selepas dijadikan 'hamba' selama 30 tahun.
Mereka dikatakan terpengaruh dengan ajaran komunisme dan Maoist tegar yang diketuai seorang lelaki dikenali sebagai Aravindan Balakrishnan dan isterinya Chanda Pattni.
Di sebalik laporan media mengenai 'perhambaan' itu, Siti Aishah sebaliknya menafikan dia didera secara mental dan fizikal.
Dalam pertemuan selama 40 minit di lokasi rahsia dan dikawal ketat polis semalam, Siti Aishah berkata, dia gembira hidup di tempatnya kini dan mempunyai ramai kawan.
Kamar Mahtum berkata, dia diberitahu, Siti Aishah bekerja dan melakukan "tugas penting" di tempatnya, namun tidak dinyatakan maksud kenyataan itu lebih lanjut.
Siti Aishah juga bertegas mendakwa, dia tidak pernah bersendirian di London dan ada orang yang menjaganya.
Memetik pengakuan Siti Aishah, Kamar Mahtum berkata, adiknya itu berasa dirinya dihargai dan disayangi di tempat tinggalnya.
Malah, kata Kamar Mahtum, Siti Aishah berkata, tanpa saudara-mara dia juga boleh hidup dengan selamat seperti dibuktikan selama 40 tahun lalu.
"Saya sangat kecewa," katanya.
Namun Kamar Mahtum mendakwa, Siti Aishah berjanji untuk pulang bertemu warisnya di Malaysia selepas siasatan mengenai kes itu selesai.
Media tempatan menganggarkan kes itu mungkin berlanjutan sehingga setahun untuk disiasat.
Kamar Mahtum berkata, dia mahu anaknya mengenali Siti Aishah secara langsung, terutama apabila melihat Siti Aishah "lebih British berbanding Malaysia" kerana tinggal di Britain terlalu lama.
"Dia menegur dengan lembut cara saya berpakaian kerana menganggap ia tidak sesuai dipakai dalam suhu sejuk.
"Apabila saya cuba bercakap Melayu dengannya, dia bertanya mengapa saya begitu ketika dia tidak mendengar bahasa itu selama 40 tahun," katanya.
Kamar Mahtum menunjukkan surat yang ditulisnya untuk Siti Aishah, wanita terbabit tak dapat memahaminya.
Kata Kamar Mahtum, kali terakhir dia bertemu Siti Aishah ialah pada 1967 ketika adiknya berpindah ke London bersama tunangnya.
Pertemuan semalam diawasi kira-kira 10 anggota polis dan wakil wakil dari Kedutaan Malaysia. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01
Bukan isu perkauman
0 0 Google +1 0 0
Kota Kinabalu: Polis memberi amaran keras kepada blogger yang lantang menyuarakan pandangan mereka di laman sesawang berkaitan isu kerajaan membenarkan warga Malaysia, Siti Aishah Abdul Wahab pulang ke tanah air dengan unsur perkauman tanpa memikirkan akibat daripada perbuatan mereka itu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ada individu dilihat cuba menaikkan sentimen perkauman dan memberi amaran supaya tidak mencabar kesabaran pihak berkuasa termasuk menahan mereka di bawah Akta Hasutan 1948 atau Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas (SOSMA) 2012.
"Saya kesal ada individu yang berpelajaran tinggi ini meluahkan pendapat mereka tanpa bukti yang kukuh dan di luar bidang kewarasan mereka.
"Mereka dilihat cuba mencetuskan isu perkauman dan perlu menghentikannya," katanya ketika sidang media selepas menghadiri Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam 2013 di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, semalam.
Hadir sama Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Menurut Khalid, isu kepulangan Siti Aishah yang pernah menganggotai kumpulan berhaluan kiri di Malaysia pada 1970-an adalah berbeza dengan larangan membawa pulang abu mayat bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng ke negara ini.
"Chin menjalankan aktiviti 'armed struggle' atau perjuangan dengan bersenjata manakala Siti Aishah cuma berdasarkan idealogi sahaja.
Berapa ribu nyawa manusia yang melayang di tangan Chin Peng berbanding Siti Aishah? "Malah, wanita itu (Siti Aishah) kini berusia 69 tahun dan tiada apa (kekejaman) yang dia lakukan," katanya.
Khalid berkata, keadaan itu menyebabkan ada blogger yang cuba membandingkan isu itu dengan perkauman kerana Chin Peng berbangsa Cina manakala Siti Aishah adalah wanita Melayu.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01
Bukti cinta Johan
0 0 Google +0 0 0
Oleh RUDY IMRAN SHAMSUDIN
Shah Alam: Ketulusan kekasihnya membuktikan tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa dengan penyanyi popular Shila Amzah membuatkan aktres Mazlina Hasan Nordin atau Lana Nordin, 34, yakin dan menerima untuk bercinta dengan Johan Ashaari atau Johan, 27.
Pasangan ini bagaimanapun menafikan pertunangan dirancang dalam waktu terdekat, namun mengakui bertemu ibu bapa kedua-dua pihak bagi mendapat restu membabitkan hubungan cinta mereka.
Lana yang ditemui bersama Johan di majlis Anugerah Skrin di sini, malam kelmarin, menjelaskan, dia tahu mengenai hubungan Johan dan Shila seperti digembar-gemburkan sebelum ini.
Malah, di saat aktor itu menyatakan mahu bercinta, dia meminta penjelasan mengenai perkara itu.
"Johan menghubungi ibu Shila di depan saya.
Waktu itu pembesar suara telefon bimbit dibuka dan saya dapat mendengar setiap butir perbualan.
"Waktu itu saya tahu selama ini antara Johan dan Shila hanya rakan rapat.
Selepas memastikan dia tidak mempunyai sesiapa istimewa dalam hidupnya, baru saya bersetuju," katanya.
Mengenai dakwaan hubungan mereka menyebabkan ibu pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama bersiri Juvana itu bersedih seperti dilihat di laman sosial Instagram, kata Lana, dia turut mendapatkan kepastian daripada Johan adakah ia benar, tetapi sebenarnya gambar terbabit dirakam sewaktu ibunya melawat seorang saudara rapatnya yang meninggal dunia di kampung.
Tidak cukup dengan itu, ada juga yang mencemuh tanda tidak setuju Johan memilih Lana dan mendakwa aktres terbabit menggunakan ilmu hitam.
"Rasanya dakwaan itu bodoh.
Kami kenal pun dalam masa tiga hari.
Johan yang datang kepada saya dan kata sukakan saya.
Saya terkejut dan seperti tidak percaya.
Berkali-kali saya tanya kepadanya bagi mendapatkan kepastian.
"Jelas Johan, dia tidak boleh menolak rasa hatinya.
Ibaratnya cinta pandang pertama.
Dan katanya, dia serius dan mahu menikahi saya.
Kesungguhannya itu membuatkan saya membuka hati kepadanya," katanya.
Menjelaskan kenyataannya yang mahu bertudung kerana Johan, kata Lana, setahunya dia tidak pernah berkata demikian, namun tidak menafikan mahu berubah atas kehendak diri sendiri.
"Tudung bukan satu isu.
Ahli keluarga saya sendiri ada yang bertudung.
Masa zaman sekolah dulu saya juga bertudung.
Saya sedar usia saya mencecah 34 tahun dan saya juga mahu berubah.
Tetapi, perubahan itu biarlah berlaku perlahan-lahan atas kehendak sendiri dan bukan kerana Johan.
"Lainlah kalau sudah berkahwin nanti, saya diminta bertudung oleh suami.
Itu sudah menjadi tanggungjawabnya dan saya pula harus menurut.
"Begitupun, memang Johan ada cakap bermulanya kami bercinta dia tidak mahu saya memakai skirt pendek.
Saya cuba ikut.
Perkara seperti itu bukan masalah besar untuk dituruti.
Apa salahnya kalau saya ikut kalau ia baik untuk diri saya," katanya.
Johan pula menegaskan, dia sudah bertemu ahli keluarga Lana, tetapi perancangan untuk bertunang itu belum ada.
Dia mahu diberi tempoh dan ruang untuk mereka mengenali hati budi.
"Mengenai ibu saya pula, sebenarnya sebagai ibu sudah tentu dia tidak mahu melihat anaknya gagal.
Perkahwinan adalah benda besar dalam hidup dan ia tidak boleh dibuat main-main.
Dia berpendirian begitu kerana ada hikmah.
"Bukan ibu bapa saya tidak menerima Lana, tetapi sekarang ini Lana harus mengambil tindakan untuk membuktikan kepada dirinya sendiri untuk berubah.
"Usaha itu juga saya sudah nampak seperti malam ini (kelmarin) apabila dia memakai gaun menutup tubuh dan jarinya tidak dihiasi pewarna.
"Ini antara usaha besar yang dilakukan Lana.
Perubahan dilakukan ini juga bakal memberikan kebaikan bukan saja kepada diri sendiri, tetapi ahli keluarga.
"Lana mempunyai keazaman tinggi untuk berubah dan sebagai lelaki, rugi jika saya melepaskan seorang wanita seperti ini untuk melakukan sesuatu bagi mendapatkan keredaan Allah.
Ibu mana tidak sayangkan anak, dia mahukan saya memperoleh yang terbaik dalam hidup," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01
Elak timbul cerita negatif
0 0 Google +0 0 0
Kuala Lumpur: "Tindakan Shila Amzah memadamkan koleksi gambarnya bersama Johan Asa'ri di laman sosial Instagram disalah anggap apabila ada pihak melihat ia sebagai tanda protes, walhal bagi saya ia wajar dilakukan demi mengelakkan timbul cerita kurang enak di kemudian hari," kata bapa Shila Amir Hamzah atau lebih dikenali sebagai ND Lala.
Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Diari YB, dia tampil memberi penjelasan buat kali pertama secara ekslusif kepada Metro Ahad bagi mengelak perkara itu terus diperbesar-besarkan kerana ia memberi kesan buruk kepada kerjaya Shila di China.
Katanya, hakikatnya, apa dilakukan anaknya betul, apatah lagi Johan mengeluarkan kenyataan mahu melamar pelakon Lana Nordin sebagai isteri, baru-baru ini.
"Kepada sesiapa yang tidak tahu apa sebenarnya berlaku pada Shila dan keluarga, usah buat andaian atau tuduhan di Twitter, Facebook, Instagram atau blog.
"Tindakan itu tidak membantu mana-mana pihak, sebaliknya mendatangkan mudarat kepada kerjaya Shila, Shila Amzah Entertainment Berhad (SAEB) serta pengurusan anak saya di China.
"Sehubungan itu, pihak SAEB akan mengeluarkan kenyataan rasmi apa sebenarnya berlaku dan berharap selepas itu tiada lagi spekulasi yang boleh menjejaskan reputasi dan persiapan Shila menghadapi cabaran lebih besar dalam usaha mengangkat industri muzik Malaysia ke persada antarabangsa.
"Shila berterima kasih kepada semua peminat, media dan pihak yang terus menyokong, memberi semangat serta nasihat kepadanya.
Hanya Allah dapat membalas budi dan jasa baik kalian," katanya.
Kata ND Lala, tindakan Shila (memadam gambar) dibuat sendiri dan bukan atas desakannya atau orang lain, malangnya andaian negatif segelintir pihak memburukkan keadaan sehingga perkara itu mendapat perhatian pengurusan Shila di China.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01
Malang pekerja rajin
8 0 Google +0 0 0
London: Seorang tukang kebun kurang upaya yang tidak pernah ponteng bakal kehilangan pekerjaan yang digemarinya itu selepas 27 tahun berkhidmat.
Media semalam melaporkan, Daniel White (gambar), 44, mula bertugas di bandar kelahirannya, Collett Park di Shepton Mallet, Somerset, sejak berusia 17 tahun.
Namun, dia bakal kehilangan pekerjaan itu dalam tempoh 11 minggu lagi akibat masalah lambakan pekerja selepas firma baru mengambil alih kontrak di taman tempat dia bekerja.
Saudara-mara White kemudian melancarkan petisyen di Internet untuk menyelamatkan pekerjaan lelaki terbabit dan mendapat sambutan menggalakkan.
Setakat ini lebih 6,000 penduduk di Britain, Amerika Syarikat, Australia dan Itali menandatangani petisyen berkenaan.
Ibu White, Rachel Williams semalam tindakan majikan anaknya sungguh kejam.
Kata Rachel, hanya pekerjaan itu yang mampu dilakukan dan digemari White.
"Dia melakukan semua kerja memotong rumput, merapikan kawasan taman permainan dan mengutip sampah.
"Kelmarin, dia berkata kepada saya: Ibu, saya tidak fikir saya mampu menghadapi situasi ini.
"Kata-katanya melukakan hati saya," katanya.
White asalnya diambil bekerja oleh Majlis Perbandaran Shepton Mallet untuk merapikan Collett Park.
Dia masih dibenarkan terus bekerja apabila sebuah firma swasta mengambil alih kontak berkenaan pada 2002.
Bagaimanapun, November tahun lalu, Landscape Group memenangi kontrak pembersihan di situ.
Kini kakitangan taman akan menjadi sebahagian pasukan yang bertugas di kawasan lebih luas.
White yang tidak boleh memandu berkata, tidak selamat untuknya diambil bekerja di tempat lain.
Dia dipercayai satu-satunya pekerja yang akan dipecat.
Marylou Gillingham dari Australia yang menandatangani petisyen itu berkata, tindakan memecat White yang tidak pernah lewat datang bekerja selama 27 tahun sangat menjengkelkan.
Sementara itu, Landscape Group berkata, pihaknya sudah cuba mencari tempat yang selamat selama setahun untuk White bekerja tetapi tidak menemuinya.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01
Misteri 50 pokok Krismas dicuri
0 0 Google +0 0 0
Florida: Polis menyiasat dakwaan kecurian lebih 50 pokok krismas jenis Fraser di sebuah premis jualan di Pensacola semalam.
Agensi berita melaporkan, Suzanne Eaton menerima 300 pokok baru pada Isnin lalu di premisnya untuk dijual dengan harga sehingga AS$120 (RM387) menjelang sambutan Krismas bulan depan.
Bagaimanapun, dua hari kemudian dia menyedari jumlah pokoknya semakin berkurangan.
Eaton berkata, ia kejadian pertama sepanjang pengalaman 27 tahun menjual pokok krismas dan menganggarkan jumlah kerugian sehingga AS$5,000 (RM16,100).
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01
Helikopter polis terhempas: 3 maut
0 0 Google +0 1 0
Glasgow: Pasukan keselamatan Scotland semalam bergegas menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam runtuhan sebuah pub di sini selepas sebuah helikopter polis terhempas mengakibatkan sekurang-kurangnya tiga maut dan puluhan yang lain parah.
Helikopter itu memusnahkan bumbung Clutha Pub yang dipenuhi kira-kira 100 pengunjung ketika mereka asyik mendengar persembahan muzik pada malam sebelum hari memperingati pemimpin Kristian Scotland, St Andrew.
Menurut saksi, helikopter membawa dua pegawai polis serta juruterbang awam itu menghempas bangunan berkenaan seperti batu besar dari langit.
Pengunjung bar pula berkata mereka terdengar bunyi deruan angin sejurus sebelum siling bangunan itu runtuh.
KIPAS helikopter dapat dilihat terkeluar dari bumbung pub berkenaan.
Pihak bomba melaporkan berjaya bercakap dengan beberapa orang yang masih terperangkap dalam bangunan satu tingkat itu yang dilaporkan berada dalam keadaan tidak stabil.
Pegawai bomba Lewis Ramsay berkata penyelamat perlu berhati-hati ketika cuba memastikan berapa orang yang sebenarnya masih terperangkap.
"Kami berusaha memastikan bangunan itu stabil terlebih dulu sebelum membawa keluar mangsa," katanya.
Menurut Ramsay, 125 anggota bomba menyelamatkan beberapa mangsa yang mengalami pelbagai kecederaan.
Pegawai polis Rose Fitzgerald berkata punca kejadian masih belum dapat dikenal pasti.
Mangsa Grace MacLean berkata pengunjung ketika itu mendengar persembahan muzik.
"Tiada bunyi rempuhan atau letupan, cuma deruan angin yang kuat diikuti asap tebal.
Malah semua orang, termasuk pemuzik ketawa dan bergurau mengatakan asap itu hasil persembahan mereka yang 'meletup.'
"Mereka terus bermain muzik namun asap semakin tebal.
Tiba-tiba terdengar bunyi jeritan sebelum pub terus dipenuhi debu. Kami tidak dapat melihat apa-apa dan sukar bernafas," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen dari Parti Buruh, Jim Murphy berkata, beliau kebetulan memandu di kawasan itu tidak lama selepas kejadian.
"Saya terus keluar membantu mangsa. Ramai yang cedera termasuk di kepala dan ada yang dalam keadaan tidak sedar," katanya.
Masjid Pusat Glasgow yang terletak berhampiran juga menawarkan bantuan ruang untuk menempatkan mangsa selain tenaga sukarelawan.
Pengarang akhbar Sun edisi Scotland, Gordon Smart berkata, beliau melihat helikopter itu jatuh.
"Seperti dalam mimpi saya melihat helikopter itu jatuh laju dari jarak tinggi. Saya yakin ia pesawat polis," katanya. -AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01
Remaja maut diserang jerung
2 1 Google +0 0 0
Sydney: Seorang remaja maut dibaham jerung, semalam, seminggu selepas kejadian sama mengakibatkan kematian peluncur air.
Polis New South Wales berkata mereka menerima panggilan kecemasan mengenai serangan jerung di Coffs Harbour, kira-kira 450 kilometer (km) di utara Sydney.
Kenyataan polis menyebut, seorang remaja lelaki dipercayai berusia 18 tahun sedang meluncur bersama rakannya kira-kira 100 meter dari pantai apabila kakinya dibaham jerung.
"Rakannya terus membawanya ke pantai dan dia diberi rawatan pasukan paramedik, namun disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu," katanya.
Jurucakap paramedik pula berkata mangsa mengalami kecederaan teruk pada kakinya, namun punca kematian dipercayai serangan jantung akibat trauma.
Minggu lalu seorang peluncur air berusia 35 tahun mati dibunuh jerung di Gracetown, kira-kira 270km di selatan Perth.
Jerung sering memasuki perairan Australia, namun jarang menyerang manusia dengan hanya 15 kejadian dilaporkan dalam setahun.
Kejadian terakhir sebelum serangan minggu lalu direkodkan pada Julai 2012 membabitkan seorang peluncur air di barat Australia.
- AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01
Botol mineral 'bunuh' bayi
4 1 Google +0 0 0
London: Seorang wanita menerima pampasan lumayan selepas mahkamah menganugerahi pampasan kerana kecuaian pakar perbidanan menyebabkan kandungannya gugur akibat ditimpa botol air mineral.
Joanna Budzikowska, 28, mendapatkan rawatan pakar selepas mendapati bayinya tidak bergerak-gerak apabila dia secara tidak sengaja menjatuhkan sebotol air mineral di perutnya pada 31 Ogos 2011.
Bidan pelatih yang memeriksa Joanna di Hospital St Michael's, Bristol, merekodkan kandungannya selamat dan aktif.
Bagaimanapun dua minggu kemudian Joanna mengalami sakit perut sebelum dimaklumkan bayi itu sudah meninggal dunia.
Mahkamah Tinggi London dimaklumkan bayi itu mungkin dapat diselamatkan jika tindakan awal diambil untuk merawatnya.
Sehubungan itu, Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan yang menyediakan khidmat perbidanan di hospital berkenaan mengakui bertanggungjawab atas kejadian itu bersetuju membayar sejumlah pampasan yang tidak didedahkan namun dianggar berjumlah £100,000 (RM528,000).
Peguam Joanna, Andrew Bowman berkata anak guamnya mengalami trauma akibat kejadian itu malah terpaksa melalui kesakitan selama 20 jam untuk melahirkan anaknya yang sudah mati.
Malah, katanya, wanita itu masih menerima rawatan psikologi disebabkan kejadian itu.
"Pampasan dipersetujui di Mahkamah Tinggi menggambarkan keperitan dilalui mangsa akibat kejadian itu, selain dapat digunakan untuk rawatan psikologi yang masih diberi kepadanya," katanya.
- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/0
Gajah mati sembelit
0 0 Google +0 0 0
Miami: Seekor gajah Asia berusia 41 tahun mati akibat sembelit di Zoo Miami, lapor media semalam.
Gajah dikenali sebagai Maude itu dilaporkan rebah sebelum mati dalam tempoh kurang seminit ketika menjalani pemeriksaan pada pagi Rabu lalu.
Jurucakap zoo berkenaan berkata, hasil bedah siasat menunjukkan saluran penghadaman haiwan itu dipenuhi tanah liat dan pasir.
Mineral asli seperti itu memang lazim dimakan gajah liar, namun dalam keadaan Maude ia mengakibatkan keadaannya lebih teruk ditambah pula dengan penyakit artritis yang menyukarkan pergerakan haiwan itu.
- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01
Suthep yakin Yingluck tumbang
0 0 Google +0 0 0
Bangkok: Polis semalam meningkatkan tahap keselamatan di ibu negara Thailand ketika ribuan penunjuk perasaan berhimpun di luar bangunan kumpulan telekomunikasi kerajaan dan berikrar untuk menawan pejabat Perdana Menteri Yingluck Shinawatra bagi melumpuhkan pentadbirannya.
Ketua demonstrasi, Suthep Thaugsuban memberitahu beribu-ribu penunjuk perasaan bahawa mereka akan mengumumkan kejayaan dan kekalahan rejim Thaksin hari ini.
Penunjuk perasaan juga bercadang mengepung Ibu Pejabat Polis Thailand, polis bandar raya Bangkok, bangunan kerajaan serta zoo.
"Kita perlu melanggar undang-undang untuk mencapai matlamat," katanya.
Beratus-ratus anggota polis mengosongkan bas dan van berhampiran pejabat perdana menteri di bangunan kerajaan di bahagian lama Bangkok.
Seorang pegawai polis memberitahu media kira-kira 5,000 anggotanya akan mengawal kawasan itu sepanjang hari.
Ancaman Suthep itu meningkatkan konflik antara kelas pertengahan dengan penyokong Yingluck dan abangnya Thaksin Shinawatra yang kebanyakannya terdiri daripada penduduk luar bandar.
Menjelang tengah hari semalam, beribu-ribu penunjuk perasaan mula mengepung pejabat Organisasi Telefon Thailand (TOT) dan Pihak Berkuasa Komunikasi Thailand (CAT), dua syarikat telekom utama milik kerajaan.
Jurucakap perhimpunan, Akanat Promphan berkata, mereka akan menguasai kawasan itu sebagaimana dilakukan terhadap Kementerian Kewangan dan meminta kakitangan agar tidak bertugas.
Bagaimanapun, Kementerian Teknologi Maklumat menegaskan bahawa sistem sokongan sudah diaktifkan dan komunikasi di negara itu tidak akan terjejas.
Sementara itu, Suthep menggesa "rejim Thaksin" digantikan dengan "majlis rakyat" yang akan memilih individu terbaik untuk memimpin negara itu.
Namun, tuntutan itu ditolak Yingluck dengan alasan ia tidak menepati perlembagaan dan membantah sebarang pilihan raya baru diadakan dalam tempoh terdekat.- Reuters/AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01
Pengarah filem disyaki langgar polisi anak tunggal
0 0 Google +0 0 0
Shanghai: Pihak berkuasa akan menyoal siasat ejen pengarah filem Zhang Yimou selepas dia menghilangkan diri ekoran dakwaan menjadi bapa kepada tujuh anak walaupun China menguatkuasakan polisi anak tunggal.
Ejen pengarah filem epik "Hero" dan "House of Flying Daggers" itu dipanggil ke Wuxi, di timur China bagi menjawab dakwaan terhadap pengarah terbabit.
Pada Mei lalu, laporan dalam talian menyatakan Zhang yang mempesona dunia melalui garapannya dalam majlis pembukaan Sukan Olimpik Beijing 2008 mempunyai sekurang-kurangnya tujuh anak dan boleh didenda 160 juta yuan (RM84.6 juta).
Pihak berkuasa berkata, bulan ini mereka tidak dapat menjejaki Zhang dan sudah menghantar petugas mereka untuk mengesan pengarah itu dan isterinya, Chen Ting.
- Reuters
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/01
----------------------------
Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.
This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment