Friday, April 29, 2011

Re: RG2011... ??: RG09... Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPAC...

 

DAN JUGA PENJAWAT AWAM YANG TIDAK TERDEDAH KEPADA RASUAH KERANA TUGAS MEREKA TIADA KAITAN DENGAN KEWANGAN ATAU APA-APA PERKARA YANG PERLUKAN KELULUSAN DAN PEMBAYARAN.


From: naimar sukri <naimatsukri@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, 29 April 2011 18:12:04
Subject: Re: RG2011... ??: RG09... Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPAC...

 

Bkn semua rasuah, hanya orang yang kurang iman dan sayangkan dunia lebih dari akhirat yang terima rasuah.


From: Noorman Bin Awang - FKT <noormana@my.beyonics.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Fri, April 29, 2011 5:16:47 PM
Subject: RE: RG2011... ??: RG09... Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPAC...

 

Gaji besar ke kecik ke.die org tetap ambil rasuah juge,yg pntg hati mau baik…..rasuah2 ni x maen la?

 


From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto: respeks_group@yahoogroups.com ] On Behalf Of yusri khatib
Sent: Friday, April 29, 2011 3:20 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011...
답장: RG09... Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPAC...

 

 

nak tanya ameyxa. gaji sapa yang kecik dan ambik rasuah??

 

jangan duk buat fitnah.

 


보낸 사람: ameyxa <gurll_love@yahoo.com>
받는 사람: respeks_group@yahoogroups.com
보낸 시간: 2011 4 28 (), 12:09:13 PM
제목: Re: RG09... Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPAC...

 

sbb gaji kecik lah depa tu dok ambik rasuah...kalo gaji dh lebih buat ape nk ambik duit haram...sendiri duduk...sendiri tauu la......

^^aMeyxA^^

--- On Tue, 4/19/11, Farid <d4rkn3555@yahoo.com> wrote:


From: Farid <d4rkn3555@yahoo.com>
Subject: Re: RG09... Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPAC...
To: " respeks_group@yahoogroups.com " < respeks_group@yahoogroups.com >
Date: Tuesday, April 19, 2011, 8:41 PM

 

sokong sgt2.boleh je gaji naik dan mutu perkhidmatan juga patut ditingkatkan.jgn ditakuk yg lama.rasuah skrg ni,mcm dah xde kesedaran.ingatlah sikit,hidup ni bknnye lama.mmg sedap org dok huluq duit.keje biarlah amanah.klu undang2 kata x boleh,jgn hati sendiri kata boleh lps dpt sampul duit tu.jwb sendiri le dan tanggung la dlm kubur nnti.



Sent from my iPhone


On Apr 19, 2011, at 2:53 PM, KAJANG SEL <kipptdoc@yahoo.com> wrote:

 

Jangan gaji sahaja nak tinggi tapi perkhidmatan yang diberikan sangat burok, kakitangan yang tidak berdisiplin dan rasuah hendaklah diambil tindakan segera dengan menamatkan perkhidmatan mereka. Sekarang ni menyeleweng ke, rasuah ke tetap dilindungi sebab itu  kakitangan kerajaan tak ambil kisah dengan kerja mereka.

 


From: SYuN <syamsyun@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, 18 April 2011 17:36:19
Subject: RG09... Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPAC...

 

 

CUEPACS mahu penjawat awam dengan Gred A diberikan gaji lebih tinggi.

 

JOHOR BAHRU: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sudah mengemukakan cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya tidak lagi mengambil penjawat awam berkelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) ke bawah.

 

Cadangan itu selaras dengan tuntutan CUEPACS sebelum ini, yang mahu kerajaan menghapuskan Gred 1 hingga 16 dalam Skim Perkhidmatan Awam bagi membolehkan mereka diberikan gaji lebih tinggi bersesuaian dengan peningkatan kos sara hidup.

 

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, ketika ini 650,000 penjawat awam berada dalam Gred 1 hingga 16 merangkumi pelbagai jawatan membabitkan semua kementerian.

 

"CUEPACS tidak mahu lagi ada kakitangan awam memegang sijil PMR, kita mahu semua Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kita mahu kakitangan dengan Gred A... pemandu sudah ada SPM, banyak jabatan sudah naik taraf gred penjawat awam seperti tukang masak, operator sistem dan operator telefon.

 

"Semua sudah setaraf dan memiliki Gred 17," katanya dalam sidang media selepas mengadakan perjumpaan bagi menerangkan isu semasa CUEPACS bersama penjawat awam Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini, semalam.

 

CUEPACS bulan lalu mengemukakan lima tuntutan baru kepada JPA termasuk penghapusan Gred 1 hingga 16 membolehkan penjawat awam berkenaan terus ditempatkan pada Gred 17 dengan gaji RM820 sebulan ketika ini atau RM920 jika cadangan gaji minimum yang dikemukakan pihaknya kepada JPA pada 1 Julai 2007, dipersetujui kerajaan dalam kajian semula Skim Saraan Malaysia (SSM).

 

Sehubungan itu, katanya, jika cadangan itu diterima JPA, kumpulan pekerja berkenaan akan mendapat suntikan baru apabila meraih pendapatan lebih tinggi berbanding sekarang.

 

Beliau berkata, pada ketika ini penjawat awam Gred 1 hingga 16 mempunyai gaji permulaan kira-kira RM647 dan apabila cadangan berkenaan diluluskan, kumpulan terbabit boleh menerima gaji permulaan dicampur elaun lain kira-kira RM900.

 

"Pendapatan gred pekerja ini di bawah RM3,000 sebulan, ia hanya cukup makan, jika mereka berkhidmat selama 25 tahun baru dapat RM3,000. Jika mereka terus ditempatkan pada Gred 17, gaji permulaan mereka ialah kira-kira RM820 sebulan dan boleh mencapai sehingga RM3,500 sebelum bersara.

 

"Kita tidak mahu terlalu ramai kakitangan kerajaan buat kerja sambilan kerana rakyat dan pelanggan akan mempertikaikannya, kita mahu mereka fokus kepada kerja, kita tidak mahu lihat lagi selepas 'punch card' terus mereka buat kerja sambilan kerana bimbang tidak cukup duit," katanya.

 

Omar berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan tuntutan terbabit dan menjadi hadiah bermakna buat penjawat awam menjelang sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei nanti.

 

Mengenai pekerja kontrak, Omar meminta jabatan kerajaan supaya tidak membuang pekerja terbabit kerana ia sesuatu yang tidak adil kepada mereka yang sebahagian daripada mereka sudah berkhidmat lebih 10 tahun.

 

Katanya, ketika ini terdapat 45,000 kakitangan kontrak yang berkhidmat di semua agensi kerajaan dan ada antara mereka sudah berkhidmat antara 10 hingga 20 tahun.

 

"Saya minta semua agensi kerajaan supaya jangan memberhentikan pekerja kontrak ini, biarlah perkhidmatan mereka terus disambung supaya tidak menjadi beban kepada keluarga, ada suami isteri yang berpisah kerana tidak ada kerja, umur sudah 50 tahun jika berhenti tiada siapa nak ambil bekerja lagi. Pekerja asing pun kita jaga dengan baik, tetapi pekerja tempatan sendiri kita tidak jaga.

 

"Saya juga merayu kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara supaya dapat memberi ruang kepada mereka untuk menyambung kontrak, jika boleh sehingga 58 tahun," katanya.


Sumber : Berita Harian Online

APA PENDAPAT ANDA ?



--
Posted By SYuN to SYAMSYUN84 at 4/19/2011 01:36:00 PM

********************************************************************** CONFIDENTIALITY CAUTION :  This email is intended only for the use of the individual or entity to whom it is addressed and contains information that is confidential and may also be privileged. If you, the reader of this email, are not the intended recipient, you are strictly prohibited from disseminating, distributing, copying, disclosing or in any way use or rely on information contained in this email or any attachment. If you have received this email in error, please notify us immediately by return email and delete the original email including any attachment.  www.beyonics.com **********************************************************************  

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment