salam...
Baru-baru ni saya ke MBSB caw untuk mendapatkan Full Settlement Statement. Dah tu kena isi borang. Ok la kan. Xdak hal. Tapi kerani tu ckp, datang amik 1 minggu lagi. kita ni keja kerajaan, jadi payah sikit nak keluar dan berurusan. So next week tu pun, pegi la MBSB. dah ke sana, sorang lagi kerani ckp, encik baru apply 1 minggu, mana boleh dapat. sekurang-kurangnya kena tunggu 2 minggu baru dapat dari HQ. ayoooo.2 kerani tempat keja yang saya pun x tau prosedur ker?
X per, saya pun pergi seperti yan dijanjikan pada minggu hadapan. dh sampai, alik2 kerani tu ckp, kenapa dtg awal, tunggu la kami call. Alamak, nak call pulak ker? payah dan byk hal pulak pengursan MBSB. kita pun angin la. bukan senang nak pergi ulang alik. walaupun kita ni boss, tapi kalau asyik keluar masuk opis pun, staff pandang x ok la. so saya pun cerita la pada kerani tu atas apa yang telah berlaku. mungkin dia termalu, dia call orang yang urus.tapi pegawai tu keluar.so dia minta password dari pegawai tu.pegawai tu bagi password n alik2 mudah jer, dia print jer. dah dapat. hahahahah...mudahnya. dekat 2,3 minggu turun naik MBSB, alik2 x sampai seminit pun dah boleh print out!!!!!
So dalam perjalanan ke opis, dalam x sampai setengah jam dah dpt statement tu, ada pegawai MBSB call. dia kata "EN BOLEH DATANG KE MBSB COZ PENYATA DAH SAMPAI DARI HQ"?hahahah..lawak antarabangsa kan. saya kata, nanti la sy pergi ambik yer.
3 minggu seterusnya, surat dtg. kena charge untuk statement tu RM100.00.. kalau dari Banyk Rakyat RM50.00 tapi kena tunggu 1 mingu. Tapi yang paling best AGro Bank.. Free jer dan pergi minta, 5 minit jer dah dapat. Bank2 ni memang cerdik. Sebelum apply loan, mcm2 janji manis. x ckp pun prosedur nak dapatkan full settlement mcm na. tapi aku pun ilap jugak. x tanya. ni pun dah jadi kt aku, just nak kongsi2 utk kwn2 semua. k
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment