Sumpah Laknat : BACA DAN FAHAMKAN; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda: رَأَى عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ رَجُلاً يَسْرِقُ فَقَالَ لَهُ: أَسَرَقْتَ! قَالَ: كَلاَّ! وَاللَّهِ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ! فَقَالَ عِيسَى: آمَنْتُ بِاللَّهِ وَكَذَّبْتُ عَيْنِي. (Nabi) 'Isa ibni Maryam ('alaihi al-salam) melihat seorang lelaki mencuri, lalu dia berkata kepadanya: "Apakah kamu mencuri?" Lelaki itu menjawab: "Tidak! Demi Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia!" Maka 'Isa berkata: "Aku beriman kepada Allah dan aku mendustakan mataku." (1) Demikianlah besarnya kedudukan sumpah di dalam Islam sehingga ia diunggulkan atas mata yang melihat. Berdasarkan hadis ini juga, jika bertembung antara sumpah dengan sesuatu yang lain, maka yang diunggulkan ialah sumpah. [1] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 3444 (Kitab Ahadits al-Anbiya', Bab firman Allah berkenaan Maryam…). Namun, tentu sahaja sebelum sesuatu sumpah itu dapat memiliki authority seumpama di atas, orang yang bersumpah dan orang yang mendengar sumpah perlu mengetahui hukum dan adab-adab bersumpah di dalam Islam. Jika tidak, dibimbangi sumpah akan menjadi alat mainan sehingga ia hilang authority yang sepatutnya ia miliki. Oleh itu marilah kita mengkaji dan mendalami "sumpah" di dalam Islam. Erti Sumpah. Sumpah dalam bahasa Arab ialah al-Aiman (الأيمان) yang merupakan jamak dari perkataan al-Yamin (اليمين). Pada dasarnya ia bererti tangan kerana untuk bersumpah, masyarakat Arab lazimnya mengangkat tangan kanan mereka. [2] Juga, apabila mereka saling bersumpah, masing-masing memukul tangan kanannya dengan tangan kanan orang yang bersumpah. [3]Adapun dari sudut istilah, ia bererti menguatkan perkara yang disumpah dengan mengemukakan sesuatu yang agung secara khusus. --- On Thu, 4/28/11, ieda <ida.astelehealth@yahoo.com> wrote:
|
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment