Friday, April 29, 2011

RG2011... Re: RG09... SIAPA PILIH PEMIMPIN ROSAK?

 

Salam.....
Masaalah nya kerana yang memilih tidak pandai menilaikan kerana kurang maklumat . Kena ugut dan mcm2 lagi. Masing ada sebab kerana memilih. Sebab itu generasi baru yang terdedah dengan maklumat yang sahih dapat memilih dengan betul. Kadang2 calon baru yang tiada maklumat dan nampak bersih boleh juga dikira tersalah pilih. Insyaalah dimasa akan datang apabila generasi yang buta maklumat sudah tiada baru keadaan boleh  berubah dan kesilapan lampau mungkin dapat dikurang kan...wassalam.


From: amri el wahab . <amriwahab@gmail.com>
To: perisikrakyat@yahoogroups.com; respeks_group@yahoogroups.com; relexjap@yahoogroups.com; penawarku@yahoogroups.com; sahabatinteraktif@yahoogroups.com; ingatan@yahoogroups.com; pakbelang@yahoogroups.com; sedarlah@yahoogroups.com
Sent: Thursday, April 28, 2011 10:24:05
Subject: RG09... SIAPA PILIH PEMIMPIN ROSAK?

 

Dalam pandangan Islam pemimpin yang rosak dan jahat adalah pemimpin yang tidak beriman dan bertaqwa atau ada iman tetapi lemah imannya. Akhlak mereka buruk kerana bersikap rasuah,sombong, takabur, angkuh,bakhil, tamak, hasad dengki dan pendendam.Mereka menyalah guna kuasa dengan sewenang wenangnya.Lagi cerdik dan pintar mereka, lagi hebat putar alam dan kejahatan nya.Lagi nampak  hebat lagi biadab mereka dengan Allah dan lagi hebat lagi zalim nya mereka terhadap rakyat .

Mengapa di kalangan masyarakat Islam orang yang tidak beriman, kafir,rosak akhlak dan jahat boleh terpilih jadi pemimpin? Siapa yang memilih pemimpin yang rosak ? Dalam sistem pilihanraya berdemokrasi rakyat terlibat dalam memilih pemimpin.  Kerana dalam sistem demokrasi, seluruh rakyat termasuk yang tidak beriman, kafir,jahat,buta, tua nyanyuk dan yang  jahil pun di benarkan mengambil bahagian dalam pemilihan pemimpin (melalui sistem pilihanraya).Maka terjadi lah rakyat yang kaki curi memilih pemimpin yang pencuri,yang kaki merompak  memilih pemimpin yang perompak, yang kaki rasuah memilih pemimpin yang  rasuah, yang tidak beriman memilih pemimpin yang tidak beriman, yang kafir sudah tentu memilih pemimpin dari puak kafir.Kadang kadang rakyat yang beriman pun boleh tersalah pilih  kerana terperangkap dengan pujukan bakal pemimpin jahat melalui kempen dan retorik pilihanraya.


Belum pernah terjadi dalam sejarah dunia, di mana mana negara Islam, terpilihnya pemimpin yang paling bertaqwa dalam pilihanraya.Sebenarnya  ideologi demokrasi telah gagal selama lamanya dalam sistemnya untuk mencari pemimpin yang baik.


Kalau ini sudah terjadi maka tertanggunglah di atas bahu ulama ulama untuk menasihati pemimpin pemimpin jahat dan rakyat segera mengubah sikap.Supaya negara dan rakyat selamat dan mereka pun selamat.


Tetapi sekiranya pemimpin pemimpin berdegil setelah di nasihati, atau para ulama, adalah ulama pengampu, tidak buat apa apa, tunggulah mereka semua akan jatuh ke dalam keadaan terhina satu hari nanti.Allah berkuasa melakukannya.







Wallahu'alam.



Salaam & Regards

Amri el Wahab

Visit my Online Shop: http://amri-shoppe.blogspot.com

My Blog:http://fitrahislami.wordpress.comhttp://hembusan-amal.blogspot.com

 



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment