Thursday, April 28, 2011

RG09... [::::: Aku Budak Trolak :::::] Rasuah dan Jabatan Pengangkutan Jalan

 

Hari ini dalam saluran siber, tertera "Rasuah Di Kalangan JPJ Rendah, Kata Timbalan KP JPJ". Sudah cukup mendetik hati ini untuk meneliti setiap perinciannya.

Seingat di fikiran ini, pernah terdengar di corong telinga, orang sering berkata "Polis tak apa la... kena JPJ... nayya!!!"

Ayat itu sudah cukup menggambarkan betapa ketegasan pihak berkuasa dalam menguatkuasakan undang-undang pengangkutan di negara kita.

Di sebalik itu dapat juga dinilai bahawa betapa lemahnya pasukan penguatkuasaan undang-undang di Malaysia terutama pasukan Polis DiRaja Malaysia.

Kalau diimbas kembali, orang ramai akan menjadi gerun ketika memandu apabila melihat sahaja kenderaan penguatkuasa yang berwarana putih. Walaupun ketika itu pada diri tiada sebarang kesalahan yang boleh disabitkan. Perasaan gerun itu automatik akan terasa.

Pernah juga terlihat di kaca mata ini, bagaimana ketegasan pegawau-pegawai JPJ ini ketika bertugas. Di sebuah pekan kecil di daerah Perak Tengah, seorang gadis yang ditahan oleh penguatkuasa putih ketika itu, menangis teresak-esak sambil menandatangani surat saman yang diserahkan. Jika dilihat raut wajah gadis tersebut dah tentu cair ketegasan. Namun demi menjaga kredibiliti penguatkuasaan, tugas tetap tugas.

Tapi hari ini ceritanya lain... Penyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Pengarah Ketua Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ismail Ahmad telah menggambarkan sesuatu. Sekarang pasukan JPJ bukan macam dulu. Sudah ada titik-titik hitam dalam organisasi tersebut.

Maka akan termeterilah dalam jiwa masyarakat bahawa JPJ juga boleh kita suap. Penyataan yang diberi telah mendedahkan segala-galanya. Mungkin dalam kalangan rakyat biasa memberi satu perspektif ruang kecil yang menyerlahkan peluang dan ruang. Tapi, dalam kalangan mereka yang mempunyai wang atau diistilah sebagai "jerung" sudah pasti memberi satu kaedah untuk menyelamatkan diri.

Rasuah Di Kalangan JPJ Rendah, Kata Timbalan KP JPJ

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Kes rasuah di kalangan anggota dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah rendah, kata Timbalan Ketua Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad.

Beliau berkata ini kerana wujudnya kesedaran awal di kalangan anggota dan pegawai melalui pendekatan seperti kursus-kursus jati diri yang kerap diadakan.

"Selain itu jika terdapat sebarang aduan atau laporan daripada orang awam, unit 'Inspektorat' yang memang ditugaskan untuk memantau keadaan rasuah di kalangan anggota JPJ akan terus membuat siasatan tanpa melengah-lengahkan masa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutup Kursus Pemantapan dan Integriti Kesatuan dalam Perkhidmatan Awam di Pusat Belia Antarabangsa di sini Rabu.

Ismail berkata bila sesuatu aduan diterima dan laporan siasatan dilihat cenderung ke arah wujudnya kegiatan rasuah, unit itu akan menghantar laporan siasatan kepada pihak pengurusan secepat mungkin untuk tindakan selanjutnya.

"Jika ada bukti, tindakan tatatertib akan dikenakan selain kita juga meminta kerjasama dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk menyiasat," katanya.

Beliau berkata bagaimanapun setakat ini tiada banyak kes rasuah yang dilaporkan berlaku di kalangan anggota dan pegawai JPJ dan jika ada pun hanya kes terpencil.

Sementara itu, Ismail berkata jumlah anggota dan pegawai JPJ kini ialah 7,300 orang termasuk 4,500 anggota penguatkuasa.

Terdahulu seramai 70 penguatkuasa JPJ dari seluruh negara yang terlibat dalam kursus pemantapan itu menerima sijil penghargaan daripada Ismail.



-- BERNAMA



--
Dicatat Oleh IlyTrolak ke ::::: Aku Budak Trolak ::::: di 4/27/2011 11:18:00 PM

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment