Saturday, April 30, 2011

답장: RG2011... 답장: RG09... Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPAC...

 

betul tu kerja kerajaan asyik duduk je. tak macam penjual roti canai. berdiri je.
 
ada sapa2 yang pernah tgk pekerja kaunter di pejabat kerajaan duk berdiri je??
 
nanti kalau aku guna bahasa keras kan marah plk.
 
harap2 tuan mod kerja sendiri. kalau tak terasa hati dia.


보낸 사람: Herry Potter <wiraab@yahoo.com.my>
받는 사람: respeks_group@yahoogroups.com
보낸 시간: 2011년 4월 30일 (토), 6:16:49 PM
제목: Re: RG2011... 답장: RG09... Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPAC...

 

allmark! len mcm je kak sue ni punye komen...yg sy kj gomen ni tk smpat2 nk dduk.. maner plak dtgnya akar dr b**t*t.... x bek la kak sue komen mcm ni....dlu ms sy kj swsta, smpi bekulat kusi sy dduk...hhhahahaha
 

Best Regards

-Pokciks-




From: sue sweet7 <suesweet7@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Saturday, 30 April 2011 12:16:59
Subject: Re: RG2011... 답장: RG09... Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPAC...

 

ini bukan fitnah....ini betul-betul....keja kerajaan ni main banyak....bontot smpi berakar malas nak bangun buat keja.....pekerja swasta lebih berdisiplin dari pekerja sektor kerajaan....

2011/4/29 yusri khatib <yusri762002@yahoo.com>
 

agak2 dia tu bangsa firaun kot. tak nak berkongsi dengan orang lain. kerajaan bukan saja ambik cukai dari sektor swasta. tapi dari petani, nelayan yang jauh lebih miskin dari kamu. nak buat loan?? jgn harap laa mereka ni nak buat loan melainkan cagaran.
 
apa yang kamu nikmati sekarang ni pun adalah hasil dari cukai daripada petani dan nelayan sedangkan mereka bukan berkhidmat macam kamu.


보낸 사람: Ms.Hazlin Khan <Lin_Chomel@yahoo.com>
받는 사람: respeks_group@yahoogroups.com
보낸 시간: 2011년 4월 28일 (목), 4:16:41 PM
제목: Re: RG09... Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPAC...

 

salam..
 
Tuan Moderator....
Saya nak cadangkan tutup jer cite ini.....balik2 asyik nak berbalah..menyalahkan satu sama lain...tabur fitnah sana sini...
orang ni keje xbetol..lembap..org ni banting tulang.....kerana nila setitik, rosak susu sebelanga....habis sumpah seranah semua keluar.....cukai ni bukan swasta je bayar.....tgkla cukai tu untuk apa....
 
saya faham tekanan2 yang diterima baik sektor kerjn ataupun swasta...tp kita semua saling memerlukan..saling bantu membantu antara satu sama lain....lbh baik kita berdoa untuk kebaikan semua, dari marah2 macam ni..
 
sorry.....

From: Anuar Bin Md Tahar - FKT <anuarm@my.beyonics.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thu, April 28, 2011 3:24:47 PM
Subject: RE: RG09... Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPAC...

 

Depa dok naik gaji je yang keje gomen.Cukup masa bila nak niak sekolah atau nak raya mulalah mintak naik gaji tapi keje masih di takuk lama.

 

Lembab.Habis bagi yang sector swasta apa yang kerajaan boleh tolong ? Sedangkan kerajaan dapat hasil pun melalui kutipan cukai sector swasta .

 

CER CITE CER CITE SIKIT . Nak buat pinjaman macam nak mengemis kat bank tapi yang keje gomen blacklist pun boleh ….

 

Siapa nak tolong jawapkan…@ KITE BAKO JE…..he he he

 

Anuar Md Tahar

 

-----Original Message-----
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of ameyxa
Sent: Thursday, April 28, 2011 12:09 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG09... Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPAC...

 

 

sbb gaji kecik lah depa tu dok ambik rasuah...kalo gaji dh lebih buat ape nk ambik duit haram...sendiri duduk...sendiri tauu la......

^^aMeyxA^^

--- On Tue, 4/19/11, Farid <d4rkn3555@yahoo.com> wrote:


From: Farid <d4rkn3555@yahoo.com>
Subject: Re: RG09... Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPAC...
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Date: Tuesday, April 19, 2011, 8:41 PM

 

sokong sgt2.boleh je gaji naik dan mutu perkhidmatan juga patut ditingkatkan.jgn ditakuk yg lama.rasuah skrg ni,mcm dah xde kesedaran.ingatlah sikit,hidup ni bknnye lama.mmg sedap org dok huluq duit.keje biarlah amanah.klu undang2 kata x boleh,jgn hati sendiri kata boleh lps dpt sampul duit tu.jwb sendiri le dan tanggung la dlm kubur nnti.



Sent from my iPhone


On Apr 19, 2011, at 2:53 PM, KAJANG SEL <kipptdoc@yahoo.com> wrote:

 

Jangan gaji sahaja nak tinggi tapi perkhidmatan yang diberikan sangat burok, kakitangan yang tidak berdisiplin dan rasuah hendaklah diambil tindakan segera dengan menamatkan perkhidmatan mereka. Sekarang ni menyeleweng ke, rasuah ke tetap dilindungi sebab itu  kakitangan kerajaan tak ambil kisah dengan kerja mereka.

 


From: SYuN <syamsyun@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, 18 April 2011 17:36:19
Subject: RG09... Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPAC...

 

 

CUEPACS mahu penjawat awam dengan Gred A diberikan gaji lebih tinggi.

 

JOHOR BAHRU: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sudah mengemukakan cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya tidak lagi mengambil penjawat awam berkelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) ke bawah.

 

Cadangan itu selaras dengan tuntutan CUEPACS sebelum ini, yang mahu kerajaan menghapuskan Gred 1 hingga 16 dalam Skim Perkhidmatan Awam bagi membolehkan mereka diberikan gaji lebih tinggi bersesuaian dengan peningkatan kos sara hidup.

 

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, ketika ini 650,000 penjawat awam berada dalam Gred 1 hingga 16 merangkumi pelbagai jawatan membabitkan semua kementerian.

 

"CUEPACS tidak mahu lagi ada kakitangan awam memegang sijil PMR, kita mahu semua Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kita mahu kakitangan dengan Gred A... pemandu sudah ada SPM, banyak jabatan sudah naik taraf gred penjawat awam seperti tukang masak, operator sistem dan operator telefon.

 

"Semua sudah setaraf dan memiliki Gred 17," katanya dalam sidang media selepas mengadakan perjumpaan bagi menerangkan isu semasa CUEPACS bersama penjawat awam Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini, semalam.

 

CUEPACS bulan lalu mengemukakan lima tuntutan baru kepada JPA termasuk penghapusan Gred 1 hingga 16 membolehkan penjawat awam berkenaan terus ditempatkan pada Gred 17 dengan gaji RM820 sebulan ketika ini atau RM920 jika cadangan gaji minimum yang dikemukakan pihaknya kepada JPA pada 1 Julai 2007, dipersetujui kerajaan dalam kajian semula Skim Saraan Malaysia (SSM).

 

Sehubungan itu, katanya, jika cadangan itu diterima JPA, kumpulan pekerja berkenaan akan mendapat suntikan baru apabila meraih pendapatan lebih tinggi berbanding sekarang.

 

Beliau berkata, pada ketika ini penjawat awam Gred 1 hingga 16 mempunyai gaji permulaan kira-kira RM647 dan apabila cadangan berkenaan diluluskan, kumpulan terbabit boleh menerima gaji permulaan dicampur elaun lain kira-kira RM900.

 

"Pendapatan gred pekerja ini di bawah RM3,000 sebulan, ia hanya cukup makan, jika mereka berkhidmat selama 25 tahun baru dapat RM3,000. Jika mereka terus ditempatkan pada Gred 17, gaji permulaan mereka ialah kira-kira RM820 sebulan dan boleh mencapai sehingga RM3,500 sebelum bersara.

 

"Kita tidak mahu terlalu ramai kakitangan kerajaan buat kerja sambilan kerana rakyat dan pelanggan akan mempertikaikannya, kita mahu mereka fokus kepada kerja, kita tidak mahu lihat lagi selepas 'punch card' terus mereka buat kerja sambilan kerana bimbang tidak cukup duit," katanya.

 

Omar berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan tuntutan terbabit dan menjadi hadiah bermakna buat penjawat awam menjelang sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei nanti.

 

Mengenai pekerja kontrak, Omar meminta jabatan kerajaan supaya tidak membuang pekerja terbabit kerana ia sesuatu yang tidak adil kepada mereka yang sebahagian daripada mereka sudah berkhidmat lebih 10 tahun.

 

Katanya, ketika ini terdapat 45,000 kakitangan kontrak yang berkhidmat di semua agensi kerajaan dan ada antara mereka sudah berkhidmat antara 10 hingga 20 tahun.

 

"Saya minta semua agensi kerajaan supaya jangan memberhentikan pekerja kontrak ini, biarlah perkhidmatan mereka terus disambung supaya tidak menjadi beban kepada keluarga, ada suami isteri yang berpisah kerana tidak ada kerja, umur sudah 50 tahun jika berhenti tiada siapa nak ambil bekerja lagi. Pekerja asing pun kita jaga dengan baik, tetapi pekerja tempatan sendiri kita tidak jaga.

 

"Saya juga merayu kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara supaya dapat memberi ruang kepada mereka untuk menyambung kontrak, jika boleh sehingga 58 tahun," katanya.


Sumber : Berita Harian Online

APA PENDAPAT ANDA ?



--
Posted By SYuN to SYAMSYUN84 at 4/19/2011 01:36:00 PM

********************************************************************** CONFIDENTIALITY CAUTION :  This email is intended only for the use of the individual or entity to whom it is addressed and contains information that is confidential and may also be privileged. If you, the reader of this email, are not the intended recipient, you are strictly prohibited from disseminating, distributing, copying, disclosing or in any way use or rely on information contained in this email or any attachment. If you have received this email in error, please notify us immediately by return email and delete the original email including any attachment.  www.beyonics.com **********************************************************************  




--
Sila berkunjung ke...
http://www.hobbykidskiosk.blogspot.com/ pelbagai jenis pakaian untuk bayi dan kanak-kanak.
http://anggunayukiosk.blogspot.com/ pelbagai jenis pakaian wanita
http://serianggunkiosk.blogspot.com/ pelbagai produk penjagaan diri

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment