Thursday, April 28, 2011

RG2011... RE: RG09... Nasi Lemak 50 sen

 

takde keje lain gomen ni
gua skolahrendah sampai la ke U dulu ari ari makan nasik lemak, alhamdulillah
sampai skarang sihat, badan tak gemuk ,maintain 70kg.
 
pelik..baru skang ni nasik lemak tak elok plak?


--- On Wed, 27/4/11, ndee06 <ndee06@yahoo.com> wrote:

From: ndee06 <ndee06@yahoo.com>
Subject: RE: RG09... Nasi Lemak 50 sen
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Wednesday, 27 April, 2011, 11:40

 
Alahai..dp sebok nk bcerita hal remeh psl nsi lemak 50sen, lbh baik berbincang ttg pjualan nasi lemak di kantin skolah yg mlibatkn anak2 kita. Mmg nasi lemak itu khasiatnyr baik, tp diambil dlm kadar yg sederhana. Bknnye di larang terus pjualannye, tp dihadkan. Mmg dah bzaman kita dihidangkan dgn nasi lemak dp dulu..tp toksahlah dibandingkan dulu dgn skg. Kita yg kena open minded terima apa yg mbawa kbaikan. Aku tak rasa isu ini remeh. Hal ni mlibatkan pjualan makanan tak bkhasiat di kantin skolah..sbb tu dibincangkan skali isu nasi lemak ni.

Sent from my HTC



From: Azwan Muhamad <azwandengkil@yahoo.com>
Sent: Wednesday, 27 April 2011 10:12 AM
To: Respeks <respeks_group@yahoogroups.com>
Cc: mahligai@yahoogroups.com; Idaman_Group@yahoogroups.co.uk
Subject: RG09... Nasi Lemak 50 sen

 
Assalamualaikum WBT,

Kisah nasi lemak semakin hangat diperkatakan hingga mengheret Timbalan Perdana Menteri untuk mengulas isu berkenaan. Aduuuhai.. Jadi isu nasional lak nasi lemak ni. Sedangkan isu ini boleh bincang secara internal je. Hasil perbincangan terus je keluarkan pekeliling ke setiap sekolah yang akan mengeluarkan arahan kepada peniaga di kantin.

Secara peribadi aku berpendapat nasi lemak yang dijual di kantin sekolah tidak terlalu berbahaya sehingga menjejaskan kesihatan murid-murid. Setakat nasi lemak di kantin sekolah berapa banyak sangat la santan digunakan pun.

Sejak dari zaman nenek aku meniaga di kantin sekolah yang mana mak aku bersekolah pada waktu itu nasi lemak sudah ada dikantin (sekitar tahun 60-an) hingga la kini, dan nasi lemak itu sendiri sudah jadi trade-mark bagi Malaysia dan baru kini ke Kementerian Kesihatan perasan yang nasi lemak ni berbahaya. Eh, berbahaya ke? Selama dah berpuluh-puluh tahun tak sibuk pula pasal nasi lemak ni. Huh... Macam takde keje lain nampaknya.

Daripada sibuk membicarakan hal nasi lemak di kantin sekolah ada baiknya jika kita ulas isu perkataan Nasi Lemak 50 sen yang digunakan dalam filem tempatan yang dilakonkan oleh pelakon seperti gambar di atas yang mana segan silu dan sensitiviti masyarakat kita ni semakin hilang dan pudar. Hal-hal yang merujuk kepada anggota badan wanita pun dengan selamba je boleh dilepaskan tanpa ditapis. Open minded la sangat ye.. Hairan.. hairan..


Gambar yang dimaksudkan ada disini
 
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment