Thursday, September 22, 2011

RG2011... ~~~Bersyukurlah~~~

 


Dalam  perjalanan  hidup ini terlalu banyak peristiwa yang kita lalui,
apatah  lagi  sekiranya berkesempatan  menjelajah  ke luar negara.
Banyak  yang  dapat  kita lihat dan jadikan  satu  pengalaman juga
sebagai  sandaran  bagi  tujuan  hidup ini, apakah  yang  perlu kita
lakukan  sepanjang hidup  ini sebelum  tiba  masa untuk pergi dari
dunia ini buat selamanya.

Entry kali ini aku berkesempatan mencorekan  setelah  bercuti raya.
Bagi aku setiap kali syawal tiba aku akan bercuti oleh kerana  tiada
lagi kampung halaman untuk pulang beraya. Hari raya  pertama aku
beraya  di Malaysia.  Bagi  aku  kemuncak  kemeriahan   hari  raya
dapat bersolat sunat hari raya bersama umat islam yang lain.

Jam 7.30 am aku sudah berada di mesjid, aku disambut dengan takbir
raya.  Betapa sayunya hati menitis air mata. Hampir satu jam barulah
solat  sunat  bermula.  Ramai  yang  hadhir  sehingga  di perkarangan 
mesjid  penuh.  Apa yang dapat aku lihat hampir separuh warga asing
yang menunaikan solat, dan ada juga warga Malaysia yang memakai
uniform  ketika  bersolat.  Ya!  walaupun  mereka bertugas tapi masih
dapat  menunaikan  solat  hari  raya.  Selepas selesai solat aku terus
menuju  ke pusara,  Keadaan di tanah perkuburan itu agak bersih dari
hari  biasa,  saban minggu aku ke pusara dan seminggu sebelum hari
raya  tiba aku terserempak dengan pekerja Propel sedang membersih-
kan  kawasan  perkuburan.  Hari  ini  aku  dapati  ramai keluarga yang 
menziarahi pusara dengan berpakaian cantik. ( jangan jadikan amalan
ziarah  kubur  hanya pada hari raya, bila-bila masa boleh kita lakukan,
apa  yang di dapati pewaris akan datang sebelum menjelang hari-raya
akan  membersihkan  kubur  dan  membalut  batu  nisan  dengan kain
putih). 

Dari  apa  yang  mahu  aku  perkatakan di sini betapa di Malaysia ini
kita  masih  dapat menunaikan  solat  di mesjid  dengan  selesa  dan
aman  dari ansir-anasir  jahat yang mana  berlaku kekacauan,dilanda
musibah  dan  bermacam-macam  lagi  peristiwa yang mana menjadi 
penghalang. Bersyukur bagi penduduk di Malaysia.

Selagi  Allah swt menyayangi  kita selagi itulah kita dapat rahmat dari-
Nya. Sepanjang penerbangan menuju destinasi, sekiranya di Malaysia
dapat kunjung berkunjung ke rumah teman-teman. Tapi budaya di sini
sehingga  sepanjang  bulan  syawal  masih  dapat  ziarah  rakan-rakan 
dengan menikmati pelbagai juadah yang enak-enak.

Di Malaysia mewah dengan juadah yang di sediakan dari awal ramadan
hinggalah tiba syawal, ada yang sampai berhabisan semata-mata untuk
persedian  hari-raya.  Semuanya  mahu  yang baru bagi sesetengahnya
menganggap  seperti  satu  keperluan  ataupun  kepentingan.  Dan ada 
juga yang membeli kereta baru untuk hari raya. Ini terjadi pada seorang
rakan  aku,  sedangkan kereta beliau masih baik yang hanya beberapa
tahun di beli. ( tidak perlu semuanya perlu di tukar baru)

Mungkin  dalam mengharungi hidup ini kita kira semua insan-insan yang
lain hidup seperti kita yang mampu memiliki apa yang kita mahu. Pernah
satu  ketika  dulu  aku  tulis  sebuah  kisah  benar  tentang  kemiskinan 
sebuah  keluarga  yang  mencari  rezeki  dengan  membongkar sampah-
sampah, tapi apa yang aku dapat maklum balas, ada yang tidak percaya
cerita  aku  itu yang kononnya hanya rekaan semata-mata. Mereka telah
biasa hidup mewah dah tidak pernah buat tinjauan di tempat-tempat yang
tertentu yang mana sepatutnya kita kena peka  dengan keadaan sekitar.

Aku pun tidak salahkan mereka sebab aku punyai rakan yang sentiasa
dipantau oleh keluarga, sehingga ke sekolahpun ada pengawal peribadi
yang mengawal sebab pernah beberapa kali cubaan menculiknya. Satu
ketika  berada  di sebuah pusat  membeli belah beliau hampir di kidnap, 
tetapi bodyguard sempat menembak kaki penculik.(telah pun disiarkan 
melalui groups). Inilah antara mereka yang tidak tahu yang mana masih
ada kemiskinan di persekitaran.

Budaya berbuka puasa di luar sudah menjadi trend, sekiranya berbuka
di hotel-hotel biasanya rm80++. Yang  ada kemampuan tiada masalah
untuk berbuka di sana. Mewah dengan pelbagai makanan. Di restauran
juga telah mengadakan berbuka puasa secara buffet yang mana paling
murah rm35 seorang. Apa yang aku perhatikan banyak makanan  yang
tidak  habis  di makan,  sebelum  berbuka  makanan  penuh  satu meja 
ikut nafsu, tapi akhirnya makanan lebihan banyak yang tertinggal di meja
masing-masing.

Aku telah dijemput oleh sebuah syarikat majlis berbuka puasa bersama
kaki tangan mereka. Apa yang aku perhatikan makanan yang disediakan
lebih mewah dari di Hotel 5/6 bintang. Kambing bakar ada beberapa ekor
yang sedang dipanggang. Yang mana akhirnya banyak makanan yang 
tidak habis. 

Berbuka puasa di mesjid lebih seronok dengan buah kurma dan bubur
lambok kemudian selepas solat terawih ada jamuan moreh, pelbagai
makanan ada, yang mana disediakan oleh penduduk bergilir- gilir dari
hari pertama hinggalah sampai hari akhir. Kini ramadhan telah berlalu
meninggalkan kita semuga bertemu lagi ditahun hadapan sekiranya
diizinkan Allah swt.

Sebagaimana kita mengharapkan kasih sayang dari Allah swt, begitulah
kita  kena  prihatin  dan  perasaan  kasih  sayang  perlu  kita  pupukkan 
sesama  insan,  Hulurkan bantuan seadanya samada harta, tenaga atau
doa-doa kepada mereka. Hanya sampai di sini coretan dari aku, pohon
maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan. Semuga dengan berlalunya
Ramadhan dan datangnya Syawal memberi nafas baru bagi kita semua
melakukan segala ibadah yang baik bagi membaluti zahir dan bathin.

"Berpegang teguhlah dengan tali Allah, dan janganlah kamu berpecah belah" 
(Ali  Imran:103).

--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment