Wednesday, September 7, 2011

RG2011... Kenapa Susah Betul Nak Tengok Handset Dari Jepun?

 

Ada reader minta aku tolong detailkan pasal handset Jepun ni, jadi aku pun akan cuba lah untuk terangkan sebaik mungkin pada korang pasal handset2 di Jepun ni.

Korang rasa Jepun ni satu je ke syarikat dia yang boleh buat smartphone, itu pun Sony yang ada nama orang putih kat belakang tu, Sony Ericsson?Tak pelik ke barang2 elektrik macam TV, peti ais, DVD player, home theater dan macam2 lagi barang2 dari Jepun yang memang terkenal dengan kualiti dan kecanggihannya dalam alat2 elektronik, tiba2 tak reti buat handset?

Untuk pengetahuan, Jepun merupakan antara pengeluar handset yang ditunggu oleh pakar2 teknologi seluruh dunia. Pengeluar handset Jepun dikenali sebagai sindrom Galapagos. Kenapa Galapagos?Galapagos ialah sebuah pulau di mana pulau tu seperti sebuah taman Lost World di mana apa jua jenis haiwan di situ, konfirm takkan ditemui di tempat lain. Sama la macam handset2 Jepun ni. Kenapa?Kerana Jepun antara negara yang tak gunakan GSM yang digunakan secara global di dunia ni. SIM kad emas korang tu menunjukkan tu ialah GSM. Di Jepun, mereka menggunakan network lain yang dikenali sebagai Hypersim kalau tak silap dan kemungkinan lain Operator Telco diorang, lain network mereka gunakan. Telco yang terbesar ialah NTT DOCOMO dan antara Telco terbesar di Jepun dan pengeluar handset terbesar di Jepun.

Seperti di US, syarikat2 Telco seperti Verizon, Sprint, AT&T, dan macam2 lagi meminta agar syarikat2 smartphone terkemuka seperti Samsung dan HTC membuat smartphone versi syarikat2 itu. Situasi ni sama saperti di Jepun cuma syarikat2 ni mempunyai kontrak dengan NTT Docomo atau syarikat2 lain bahawa semua model yang dicipta mesti ekslusif untuk syarikat itu sahaja. Dengan kata lain, model tu memang boleh dijual di bawah syarikat Telco tu sahaja seperti NTT Docomo.

Aku tengah cerita2 pasal kecanggihan handset Jepun ni mesti kata, "kalau handset diorang canggih sangat, awat dalam drama2 aku tengok ramai je pakai Apple ke, Nokia ke?". Untuk pengetahuan korang, oleh kerana handset2 oversea ni tak memenuhi standard yang biasa ditemui handset2 tempatan ni, maka mereka terpaksa menurunkan harga handset2 antarabangsa ni demi market diorang di Jepun. Oleh kerana Apple dan Nokia ni agak terkenal dan bergaya sikit, maka ia antara pilihan alternatif kepada handset tempatan yang mahal sedikit berbanding handset luar negara. Bapak aku beli iPhone kat Jepun keluar rm800 je kot walaupun matawang Jepun lagi mahal dari Malaysia. Boleh bayangkan murah tak murah handset2 luar negara ni?Bak kata diorang, iPhone ni buat baling anjing je,haha.

Satu lagi yang membuatkan handset2 tempatan ni tak boleh keluar dari Jepun ialah kerana nak convert network dari Hypersim kepada GSM ni mahal kos dia. Ada website tu boleh charge sampai 100 USD kalau nak diorang siap convertkan. Kalau convert kat kedai tak tahu la kan tapi nak cari kedai kat Malaysia ni memang selamat tinggal la handset Jepun korang kalau tak convert awal2 lagi.

Aku memang antara peminat barang2 dari Jepun dan ni antara model yang berjaya menarik minat aku

Untuk pengetahuan korang, Sony Ericsson mempunyai rekod penjualan yang lemah di Jepun sebab diorang asyik fikir market luar negara sampai tak reti nak handle market negara sendiri. Mungkin juga sebab nama mat salleh kat belakang Sony Ericsson tu buat orang takde selera nak beli sebab orang Jepun ni memang sayang barang diorang sendiri.

Ada satu lagi perkara menarik pasal handset Jepun ni. Orang Jepun sangat sukakan handset jenis flip atau clamshell(bentuk lipat2). Lalu orang putih pun buat bentuk baru iaitu slide dan touch screen. Diorang pun kata la handset2 flip ni dah ketinggalan zaman. Brader, tengok sikit model SH-01B macam mana dia flip.Bukan flip 180 darjah bai, tapi 360 darjah bai. Omputeh reti ke buat handset macam tu?Secara teknologinya, model flip ni mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada slide tapi biasa la,orangputeh. Konon handset slide diorang canggih sangat. Tanya diorang, kalau betul handset slide canggih, model slide apa ada kamera sampai 12 Megapixel?Model slide apa boleh rekod video HD?Model slide apa ada processor 1 GHz?Tunjuk handset2 Jepun ni kat diorang, malu diorang beb. Bukan senang nak sumbat segala teknologi masuk dalam model flip sebab dah dari segi teknologinya memang susah. Kalau touchscreen memang lah senang nak sumbat apa pun, bentuk pun tak complicated bai.

Secara politiknya, orang puteh taknak diorang dimalukan dengan teknologi2 superb dari Jepun,hahaha

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE
A bad score is 598. A bad idea is not checking yours, at freecreditscore.com.

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment