Friday, December 23, 2011

Re: RG2011... apa yg dia cari sebenarnya

 

Salam semua,
Nak tanya rakan2 lelaki dlm RG nie la..dlm memilih bakal isteri adakah rupa paras yg menjadi ukuran utama..
bukan apa umur saya nie dah nak masuk 35 dan dah 2 kali dikecewakan..rasa sedih dan kecewa hanya allah yg tahu..
Sabtu lepas (17/12)saya dapat kad kahwin dari si dia...bukan tak boleh terima kenyataan tapi saya berasa sangat2 kecewa,sedih & terkilan sebab cuma diberitahu seminggu sebelum majlis dan saya adalah org terakhir yg tahu dgn alasan dia berat hati nak bagitau..untung ada FB..saya boleh tau perempuan pilihan dia..memang ..orgnya putih & cantik kalau nak dibandingkan dgn saya..bukan nak minta simpati  cuma saya rasa lega bila dapat luahkan perasaan kat sini...saya namakan si dia sebagai "A"..kenal dia hampir 3 tahun melalui internet (sebab saya nie jenis tak bersosial lepas keje terus balik umah.malam memang tak keluar kecuali dgn family dan betul2 ada hal aje) orangnya baik. saya memang tak tau langsung yg dia dah berkahwin sbb kat profile dia letak status bujang..hujung bulan 8 tahun lepas (bulan puasa) dia baru cerita yg dia sebenarnya dah kahwin dan mempunyai 5 org anak.isterinya meninggal dunia 15 hari puasa akibat breast cancer..saya boleh terima kenyataan tu cuma sedikit rasa bersalah sbb merasakan saya nie dah menganggu rumahtangga org lain.saya dapat rasakan bagaimana perasaan isteri dia...lepas hubungan kami jadi lebih rapat & saya juga kenal anak2nya..boleh kata setiap minggu kami bertemu..cuma beberapa bulan kebelakangan nie dia byk mendiamkan diri..rupa2nya dia dah bertemu yg lain..dalam saya sedih2 sebab dah lama tak jumpa dia rupanya dia bertunang....lepas tu fitting baju kahwin....kecewa & sedih hanya allah yg tau....selama nie saya sentiasa ternanti-nanti panggilan & sms dari dia..bila nak keluar dgn dia...sekarang semua tu hanya tinggal kenangan...memang susah untuk lupakan dia dlm tempoh seminggu...makin saya cuba lupakan makin kuat pula teringatkan dia..teringatkan anak2 dia yg comel tu..teringatkan kenangan2 bersama dia..makin dekat tarik pernikahan dia makin berdebar-debar pulak rasa hati (mcm saya pulak yg jadi pengantin pompuan nya)... tau nak ckp mcm mana..semua tu hanya tinggal kenangan yg terindah untuk saya...saya doakan semoga dia berbahagia bersama isteri tercinta hingga ke akhir hayat......rupanya perit bila kita putus cinta ni yer.....yg menjadi persoalan adalah adakah rupa yg menjadi pilihan utama????
 
 
 
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
 
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment