Friday, December 23, 2011

Re: RG2011... Re: Tun Mahathir: Jawapan Bertulis Kepada Anwar. Contoh Surat World Bank.

 

Mereka itu sebenarnya bodoh sombong. Nak beli kereta pun kena berhutang. Inikan pula nak bangunkan negara. Tapi semua nak murah dan free. manusia oh manusia.

2011/12/23 sharifah hamidah <sharidah78@yahoo.com>
 


Mereka tidak memahami beza nya hutang IMF dan bank dunia....

 
From: Zahar Han <azhalita2000@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Friday, December 23, 2011 11:09 AM
Subject: Re: RG2011... Re: Tun Mahathir: Jawapan Bertulis Kepada Anwar. Contoh Surat World Bank.

 
Salam,
Kepada semua yang ingin tahu perkara sebenar pergilah ke laman web aidc.news dan bacalah kenyataan Tun M.
Itupun kalau berminat untuk mengetahui kebenaran. Kalau tidak mahu, ketahuilah keegoan itu adalah nafsu yg membutakan minda kita.
Wassalam
 

<FONT face="comic sans ms"><FONT style="BACKGROUND-COLOR: #ffff00" color=#0000ff>Az<FONT style="BACKGROUND-COLOR: #a0ff40">ha</FONT><FONT style="BACKGROUND-COLOR: #ffffbf">ri</FONT></FONT></FONT>

From: newsfowarder™ <3@pendekarblogger.com>
To: MalaysiaNews@yahoogroups.com
Cc: red ha <bushwalker1212003@yahoo.com>; chainz_of_frenz@yahoogroups.com; zas62000@yahoo.com.sg; ziee_lipan@yahoo.com; angahku_01@yahoo.com; eena_sp@yahoo.com; respeks_group@yahoogroups.com; rozi_amiruddin@yahoo.com; roslan.salleh@yahoo.com.my; Idaman_Group@yahoogroups.co.uk; ingatan@yahoogroups.com; orang_pulau27@yahoo.com; pakbelang@yahoogroups.com; penawarku@yahoogroups.com; PerisikRakyat@yahoogroups.com; pak_ngah50an@yahoo.com; poji2ya@gmail.com; shreddervirtuoso@gmail.com; nazacomp@gmail.com; mahligai@yahoogroups.com; matobosa@yahoo.com; hamden yahaya <mrlabiu@yahoo.com>
Sent: Thursday, December 22, 2011 8:45 PM
Subject: RG2011... Re: Tun Mahathir: Jawapan Bertulis Kepada Anwar. Contoh Surat World Bank.

aku dah ckp dah...

mamat mamu penang nih elok nyoyot lolipop jer

buang mase layan...die bukan tau ape pun.

On 12/22/2011 3:55 PM, red ha wrote:
woii  .. hahahaha...wakakakakaka.. hahahhaha.. huhuhuhu.. serius!!  aku tgh gelak kaw2 ni bace KETELUSAN pembongkaran mamat munafik nizam pinang nih .. apekejadah loan 1993?.. isu nya dana pinjaman pasal krisis 1998!.. hahahahahaha.... hahahhaha
 
Go To HELL with OTHER ARAB countries
Support our brothers at Palestine
~ ViVa Palestina ~

 


From: nizam penang <nizam_bgchik@yahoo.com>
To: "MalaysiaNews@yahoogroups.com" <MalaysiaNews@yahoogroups.com>
Cc: "chainz_of_frenz@yahoogroups.com" <chainz_of_frenz@yahoogroups.com>; "zas62000@yahoo.com.sg" <zas62000@yahoo.com.sg>; "ziee_lipan@yahoo.com" <ziee_lipan@yahoo.com>; "angahku_01@yahoo.com" <angahku_01@yahoo.com>; "eena_sp@yahoo.com" <eena_sp@yahoo.com>; red ha <bushwalker1212003@yahoo.com>; "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>; "rozi_amiruddin@yahoo.com" <rozi_amiruddin@yahoo.com>; "roslan.salleh@yahoo.com.my" <roslan.salleh@yahoo.com.my>; "Idaman_Group@yahoogroups.co.uk" <Idaman_Group@yahoogroups.co.uk>; "ingatan@yahoogroups.com" <ingatan@yahoogroups.com>; "orang_pulau27@yahoo.com" <orang_pulau27@yahoo.com>; "pakbelang@yahoogroups.com" <pakbelang@yahoogroups.com>; "penawarku@yahoogroups.com" <penawarku@yahoogroups.com>; "PerisikRakyat@yahoogroups.com" <PerisikRakyat@yahoogroups.com>; "pak_ngah50an@yahoo.com" <pak_ngah50an@yahoo.com>; "poji2ya@gmail.com" <poji2ya@gmail.com>; "3@pendekarblogger.com" <3@pendekarblogger.com>; "shreddervirtuoso@gmail.com" <shreddervirtuoso@gmail.com>; "nazacomp@gmail.com" <nazacomp@gmail.com>; "mahligai@yahoogroups.com" <mahligai@yahoogroups.com>; "matobosa@yahoo.com" <matobosa@yahoo.com>; hamden yahaya <mrlabiu@yahoo.com>
Sent: Thursday, December 22, 2011 9:38 AM
Subject: Re: [MalaysiaNews] Re: Tun Mahathir: Jawapan Bertulis Kepada Anwar. Contoh Surat World Bank.

 

 
1. Dalam dakwaan yang dibuat oleh Anwar seperti yang disiarkan oleh MalaysiaKini, Anwar membuat beberapa dakwaan yang bercanggah ataupun menipu.


2. Lihat kepada kenyataan beliau yang ditanda dengan warna merah. dalam kenyataan pertama, beliau mengatakan :-

"pada tahun 1993, beliau menulis kepada bank dunia atas kapasitinya sebagai menteri kewangan untuk MENOLAK bantuan kewangan."

3. Tetapi melalui laman web bank dunia, Malaysia ada membuat beberapa pinjaman pada tahun 1993. rujuk gambar di bawah. lihat tarikh yg bertanda merah. Tarikh kelulusan di sini adalah pada 16 Mac 1993 dan 14 December 1993.



4. Kalau beliau menulis untuk menolak bantuan kewangan pada tahun 1993, kenapa bank dunia beri pinjaman seperti yang tertera di atas ? Bank dunia saje saje ke nak bagi duit ?
5. Kalau dilihat pada perjanjian yang ditandatangani pada December 1993 pula, jelas tertera perkataan Minister of Finance sebagai borrower dan Treasury di bahagian alamat. Rujuk gambar di bawah.



6. Siapa Menteri Kewangan pada tahun 1993. Bukankah Anwar Ibrahim ? Ini bermakna Anwar Ibrahim menipu dalam kenyataan beliau bahawa beliau menolak bantuan kewangan.

7. Dalam kenyataan kedua beliau Anwar berkata :-

"Pada 1999, Mahathir menulis KEMBALI kepada Bank Dunia merayu untu dana dan pinjaman"

8. Kenyataan Anwar ini seolah-olah, selepas 1993 tahun yang beliau kononnya menulis untuk menolak bantuan kewangan, Tiada sebarang bantuan kewangan atau permohonan yang dibuat sehinggalah pada tahun 1999, selepas Anwar di buang, barulah kononnya Mahathir menulis kembali untuk meminta bantuan. Kononnya, zaman dia jadi menteri kewangan, dia tak minta bantuan bank dunia lah, Cuma lepas dia tak jadi menteri kewangan, barulah Mahathir minta balik bantuan bank dunia.

9. Kalau kita lihat data dari bank dunia, siapa yg buat pinjaman ni ? rujuk gambar dibawah.



10. Pada tahun 1992, 1993, 1994 dan 1998 ada pinjaman kepada bank dunia dibuat oleh Malaysia. Siapa Menteri Kewangan pada tahun-tahun tersebut ? Bukan Anwar ke ?

11. Sekali lagi Anwar menipu dalam kenyataanya.

12. Perhatikan juga kod pada institusi pinjaman di bawah bank dunia ini. Kod nya adalah IBRD yang bermakna International Bank Reconstruction and Development. Kod institusi yang sama digunakan pada tahun 1973 lagi (rujuk data paling atas) iaitu pada 16 Januari 1973. Kod yang sama juga dibuat untuk pinjaman pada tahun 1992, 1993,1994,1998 dan 1999. Ini menunjukkan pinjaman yang dibuat ini adalah pinjaman-pinjaman biasa yang dibuat oleh negara semenjak dahulu lagi dan bukannya pinjaman pakej khas dari IMF/Bank Dunia untuk atasi krisis ekonomi 1997 spt yg diberi kepada Indonesia, Korea, Thailan dan lain-lain.

13. Anwar Ibrahim dan penipuan tidak dapat dipisahkan.

From: Pendekar Blogger <pendekarbloggerz@gmail.com>
To: malaysianews <malaysianews@yahoogroups.com>
Cc: "chainz_of_frenz@yahoogroups.com" <chainz_of_frenz@yahoogroups.com>; "zas62000@yahoo.com.sg" <zas62000@yahoo.com.sg>; "ziee_lipan@yahoo.com" <ziee_lipan@yahoo.com>; "angahku_01@yahoo.com" <angahku_01@yahoo.com>; "eena_sp@yahoo.com" <eena_sp@yahoo.com>; red ha <bushwalker1212003@yahoo.com>; "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>; "rozi_amiruddin@yahoo.com" <rozi_amiruddin@yahoo.com>; "roslan.salleh@yahoo.com.my" <roslan.salleh@yahoo.com.my>; "Idaman_Group@yahoogroups.co.uk" <Idaman_Group@yahoogroups.co.uk>; "ingatan@yahoogroups.com" <ingatan@yahoogroups.com>; "orang_pulau27@yahoo.com" <orang_pulau27@yahoo.com>; "pakbelang@yahoogroups.com" <pakbelang@yahoogroups.com>; "penawarku@yahoogroups.com" <penawarku@yahoogroups.com>; "PerisikRakyat@yahoogroups.com" <PerisikRakyat@yahoogroups.com>; "pak_ngah50an@yahoo.com" <pak_ngah50an@yahoo.com>; "poji2ya@gmail.com" <poji2ya@gmail.com>; "3@pendekarblogger.com" <3@pendekarblogger.com>; "shreddervirtuoso@gmail.com" <shreddervirtuoso@gmail.com>; "nazacomp@gmail.com" <nazacomp@gmail.com>; "mahligai@yahoogroups.com" <mahligai@yahoogroups.com>; "matobosa@yahoo.com" <matobosa@yahoo.com>; hamden yahaya <mrlabiu@yahoo.com>
Sent: Thursday, December 22, 2011 9:27 AM
Subject: [MalaysiaNews] Re: Tun Mahathir: Jawapan Bertulis Kepada Anwar. Contoh Surat World Bank.

 

Jawapan Bertulis Anwar Ibrahim Kpd Chedet.

by Anwar Ibrahim
Saya mengucapkan terima kasih kepada Tun Mahathir Mohamad yang akhirnya mengaku[1] bahawa pentadbiran beliau memang ada mengambil pinjaman dari Bank Dunia yang ditandatangani pada 31 Mac 1999 semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Ini bertentangan dengan penafian beliau sehari sebelum itu kononnya beliau tidak mengambil sebarang pinjaman Bank Dunia.
Malangnya, adalah mendukacitakan apabila beliau masih meneruskan pembohongan untuk mengabui mata rakyat. Beliau menulis kononnya "rundingan terakhir dibuat dalam tahun 1997 untuk mendapatkan pinjaman Bank Dunia" dengan niat menyabitkan Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan permohonan pinjaman tersebut.
Hakikatnya adalah berbeza dan ini disahkan oleh dokumen-dokumen Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia. Saya rujuk rentetan peristiwa dan dokumen-dokumen berikut untuk membuktikan bahawa permohonan untuk pinjaman sebanyak USD404 juta dari Bank Dunia dibuat atas arahan Tun Mahathir Mohamad sendiri:
1) Dokumen Bank Dunia (Laporan Awal Permohonan Pinjaman PID6999 yang disertakan bersama) pada halaman 2 perenggan terakhir menyebut:
"In view of these circumstances in July 1998, the Government announced a National Economic Recovery Plan to bring the economy back on a positive growth path. One of the six strategic objectives of the National Economic Recovery Plan is to continue the country's equity and socio-economic agenda which had been instrumental during the past two decades, in maintaining social stability in the country. In line with this objective, the Government has proposed a plan of action to mitigate the adverse social impacts of the crisis which threaten to reverse the gains made in the past.The Government has approached the Bank for help in strengthening this plan and implementing it through a Social Protection Project"
Dokumen Bank Dunia itu menjelaskan tujuan permohonan pinjaman yang dibuat iaitu untuk membiayai Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (National Economic Recovery Plan, NERP) yang diumumkan di dalam bulan Julai 1998. Permohonan juga dibuat oleh Kerajaan Malaysia, bukannya ditawarkan oleh Bank Dunia seperti yang didakwa Tun Mahathir.
2) NERP diumumkan dan ditadbir sepenuhnya oleh National Economic Action Council (NEAC) atau Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). NEAC dipengerusikan oleh Tun Mahathir Mohamad sendiri. Perjalanan seharian NEAC diputuskan oleh Pengarah Eksekutif NEAC iaitu Tun Daim Zainuddin, Menteri Tugas-tugas Khas yang dilantik oleh Tun Mahathir Mohamad. Setiausaha NEAC adalah Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang bertanggungjawab penuh kepada Tun Mahathir Mohamad ketika itu.
3) Maka, jelas terbukti bahawa permohonan mendapatkan bantuan kewangan dari Bank Dunia dibuat oleh NEAC bagi pihak Kerajaan Malaysia untuk membiayai NERP yang dilancarkan dalam bulan Julai 1998. NEAC dikawal sepenuhnya oleh Tun Mahathir Mohamad.
4) Ini bertepatan dengan jadual kelulusan pinjaman dari Bank Dunia seperti yang termaktub di dalamLaporan Penilaian Permohonan Pinjaman (Project Appraisal Document 18855-MA yang disertakan bersama) mukasurat 29. Ia menyebut tarikh-tarikh penting seperti berikut:
  1. Permohonan mula-mula diterima dari Kerajaan Malaysia pada 26 Julai 1998
  2. Pasukan penilai dari Bank Dunia berlepas ke Malaysia pada 30 November 1998
  3. Rundingan hanya bermula 1 Februari 1999
5) Bukan sahaja permohonan dibuat oleh NEAC mengikut arahan Tun Mahathir Mohamad, malah kesemua proses rundingan berlaku selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim sudah pun dipenjarakan.
Saya percaya Tun Mahathir Mohamad akan mencari alasan baru untuk menerangkan perkara ini walaupun ia sudah jelas terbukti, sebagaimana beliau akhirnya mengaku beliau ada mengambil pinjaman Bank Dunia (walaupun menafikannya sebelum itu).
Saya juga menasihatkan Tun Mahathir Mohamad agar tidak begitu ghairah mencabar orang lain bersumpah di atas al-Quran dalam hal ini, kerana jika polemik cabar-mencabar untuk bersumpah ini melarat kepada isu-isu yang membabitkan keluarga beliau, sukar untuk beliau menafikannya.
Contohnya, adalah lebih berguna sekiranya beliau bersumpah di atas al-Quran bahawa anak beliau, Mirzan Mahathir tidak membeli pegangan besar di dalam konglomerat arak terbesar di rantau ini iaitu San Miguel kerana soal keluarga pembesar negara beragama Islam menguasai perniagaan arak adalah soal yang sensitif bagi masyarakat beragama Islam di Malaysia. Tambahan pula, bila konglomerat yang sama ingin menguasai perniagaan hiliran milik ExxonMobil Malaysia yang melibatkan ribuan rakyat Malaysia beragama Islam yang tidak sanggup dibayar gaji dari wang yang terlibat dengan arak.
Jika beliau bersungguh-sungguh untuk bersumpah di atas al-Quran, bersumpahlah menafikan perkara ini terlebih dahulu.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
20 DISEMBER 2011


2011/12/21 nizam penang <nizam_bgchik@yahoo.com>




1- Sempena hari kelahiran Ayahanda Tun Mahathir semalam pada 20 December, Tun telah menjawap dengan perinci mengenai tipu muslihat Anwar yang cuba bermati-matian dan berhempas pulas untuk spinning isu bahawa kononnya Tun yang menulis surat merayu dan meminta bantuan Bank Dunia semasa krisis matawang dunia melanda Malaysia pada 1997-1998.

2- Sebelum ini, Anwar cuba membuang stigma bahawa beliau sebagai "Agen Yahudi & Amerika" yang cuba merosak ekonomi negara dengan bantuan sekutu beliau George Soros untuk mengambilalih ekonomi Malaysia dan memburukan Tun. Untuk itu Anwar berhempas pulas menafikannya sempena menjelang PRU13 nanti. Bukti bohong Anwar di sini >.

Tun kerana dipihak yang benar terus menjawap apabila ditanya mengenainya bahawa tuduhan Anwar adalah satu pembohongan dan Tun mengajak Anwar bersumpah didalam Masjid dan meminta tunjukan bukti yang sahih dari Anwar.

"Saya minta dia (Anwar) tunjukan surat itu kalau dia ada, saya yang menolak Bank Dunia...Bank Dunia nak sangat bagi kepada  kita...kalau mereka beri kepada kitamaka kita akan menjadi hamba kepada mereka"

"Suruh Datuk Seri Anwar bersumpah dalam masjid dan junjung Al Quran , saya pun sanggup junjung Al Quran dalam masjid bersama-sama dengannnya"

– Herdik Tun kepada Anwar dan videonya di sini>


3- Tidak puas hati, Anwar melalui budak-budak ingus PKR telah merekacipta cerita dan terus memutar kitar yang kononnya mereka ada 3 dokumen sahih mengenai tuduhan Anwar itu. Ikuti gempaq budak-budak PKR di sini > dan putar-kitar lidah rasmi PKR di sini >

"Saya (ketika itu) baru saja kecam World Bank, lepas tu nak minta duit kat dia buat apa? Bodohlah saya" – jawapan ringkas Tun secara logikanya.

4- Kita ikuti jawapan bertulis Tun Mahathir didalam blog semalam 20 December bersempena tarikh lahir beliau.


....start..Jawapan bertulis Tun terhadap tohmahan Anwar dari CheDet......

1. Tuduhan bahawa saya menulis kepada Bank Dunia meminta pinjaman adalah tidak berasas. Tetapi Malaysia telah meminjam  'project loan' dari Bank Dunia sejak 1958.

2. Rundingan terakhir untuk pinjaman yang dibuat pada tahun 1997. Ini adalah untuk projek-projek berikut:

a) Sektor Pendidikan USD244 juta
b) Sektor Sosial USD60 juta
c) Sektor Teknikal USD100 juta

3. Krisis mata wang juga bermula pada tahun 1997. Seperti kebiasaannya, pinjaman tidak diluluskan sehingga 1999 setelah krisis tamat. Urutan biasa untuk permohonan pinjaman yang dibuat, diikuti dengan rundingan. Kelulusan akan diberikan oleh pihak bank kemudian.

4. Bank Dunia mahu Malaysia meminta pinjaman bagi menyelesaikan krisis seperti negara-negara lain yang terjejas oleh perdagangan mata wang. Memang diketahui Malaysia enggan untuk mendapatkan bantuan  IMF atau Bank Dunia kerana. Sebaliknya, pada tahun 1998 Malaysia memperkenalkan kawalan mata wang Malaysia yang membantu pemulihan ekonomi.

5. Pada bulan Jun 1998 (sebelum kawalan mata wang dan Anwar masih Menteri Kewangan)pinjaman bagi USD 300 juta telah ditandatangani dengan Bank Dunia untuk;

a) Kumpulan Wang Program Makanan

b) Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi

c) Program Mikro Kredit

6. Pada 31 Mac 1999 pinjaman sebanyak USD 100 juta telah ditandatangani bagi Bantuan Teknikal dan untuk mengatasi masalah Y2K. Walau bagaimanapun, pinjaman ini telah dihentikan selepas dikeluarkan sebanyak USD 11,94 juta.

7. Daripada USD 244 juta Projek Pendidikan yang telah diluluskan pada bulan Mac 1999,pembayaran telah diperintahkan supaya berhenti selepas USD 216.7 telah dikeluarkan.

8. Pinjaman Sektor Sosial USD 60 juta, yang diluluskan pada bulan Mac 1999, hanya USD 600,000 telah dikeluarkan sebelum ia berhenti.

9. Oleh kerana seluruh dunia tahu Anwar seperti laporan di dalam akhbar dan majalah asing berhasrat melaksanakan dasar IMF tanpa pinjaman IMF. Beliau menaikkan kadar faedah, mengurangkan tempoh untuk mengisytiharkan pinjaman tidak berbayar dari 6 bulan hingga 3 bulan, peruntukan bajet dikurangkan kepada kementerian untuk mencapai lebihan belanjawan dan sebagainya.

10. Walaupun beliau tidak menentang (dasar) kawalan mata wang, Gabenor dan Timbalan Gabenor Bank Negara yang dilantik olehnya enggan untuk melaksanakan dasar dan meletak jawatan. Tan Sri Zeti kemudiannya dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia.

11. Seperti yang dinyatakan di atas, Malaysia berhenti berunding mengeluarkan pinjaman dengan Bank Dunia pada tahun 1997 dan Jun 1998. Ini tidak menghalang Malaysia pulih daripada krisis.

12. Saya tidak pernah menulis surat atau secara permintaan lisan untuk memohon pinjaman dari Bank Dunia. Jika Anwar boleh menunjukkan bukti bahawa saya telah lakukan, maka hendaklah dia (tunjukkan bukti itu). Gagal (berbuat demikian) dia perlu bersumpah Al-Quran di dalam masjid bahawa dia tahu apa yang dikatakannya itu adalah tidak benar. Saya bersedia untuk bersumpah bahawa saya tidak pernah meminta pinjaman dari Bank Dunia.

....tamat..
terjemahan oleh AgendaDaily dari CheDet >.


Di bawah diperturunkan satu sample surat yang diselongkar dari website World Bank.
Surat World Bank kepada Anwar 
pada tahun 28 Oktober 1992.

Ia membuktikan kata-kata Tun bahawa pinjaman dari World Bank adalah proses berterusan semenjak 1958 untuk 'projek loan' dan ia amat berbeza sekali dengan 'package ransangan ekonomi yang disediakan oleh IMF' yang diterima Anwar dan ditolak oleh Tun.










--


pendekarblogger
-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.HARUNYAHYA .COM
join  : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
         : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com

-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.








--
More story log on to
http://www.bazookapenaka.com




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment