Saturday, December 3, 2011

Re: RG2011... Respons RG: Konferens Negara Islam (Dunia Menuju Khilafah)

 

Kpd royhann aiye,


Kalau setakat memberi jawapan yang sarkastik, dan menjawab soalan dengan tuduhan keji dengan melabel penyoal dengan label "jahil", saya kira tak perlulah awak teruskan diskusi. untuk para pembaca lain sila rujuk laman web ini http://siasahharokiah.wordpress.com/sejarah-perlantikan-khulafa-al-rasyidin/ (sedikit sebanyak memberikan gambaran asas perlantikan khalifah yang empat bersandarkan rujukan)

Kesimpulannya ialah Rasulullah tidak melantik sesiapa untuk mewarisi kepimpinan umat Islam. Perlantikan khalifah yang empat selepas nabi semuanya berbeza cara mengikut kesesuaian dan maslahat pada masa tersebut.Tidak wujud satu bentuk majlis syura yang formal seperti apa yang disimpulkan secara simplistik oleh royhann. apa yang wujud ialah penerapan konsep syura iaitu musyawarah (bermesyuarat). 

Adalah ditekankan bahawa pengajaran dari sirah itu ialah, pemilihan itu berbeza dari segi kaedahnya kerana tuntutan keadaan semasa yang berbeza. Jadi, dalam konteks kita pada zaman ini, terpulanglah pada umat ini mengikut konsensus ramai memilih jalan terbaik dan paling aman dalam memilih pemimpin. Tidakkah apabila diminta pendapat ramai dalam bentuk undian untuk memilih pemimpin itu sudah menepati asas konsep syura?

dan royhann, Kalau setakat nak jadi sarkastik, saya pun boleh: Harapan supaya royhann boleh sekurang-kurangnya membaca link yang diberi, fahami dengan baik, sekiranya tercapai oleh akalmu, sekiranya tidak, maka rujuklah kepada yang mampu, dan jangan sekadar berhujah dengan baki ilmu silibus sejarah sekolah rendah dulu yang mungkin kebanyakannya pun telah luput dari ingatan. dan saya telah sekurang-kurangnya membawa rujukan saya berkenaan tiada satu bentuk formal majlis syura dalam pemilihan khalifah yang empat, apa pula rujukan kamu? 


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment