Saturday, December 3, 2011

RG2011... BP - Bicara Politik 12 - Hudud dan pakatan rakyat

 


Salam

[33.36] Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.

[24.1] Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).

[24.2] Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.:


WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )
----- Forwarded Message -----
From: halawah shop <mrespeks@gmail.com>
To:
Sent: Thursday, September 29, 2011 11:13 AM
Subject: [UiTM-Melaka] Hudud dan pakatan rakyat



Hudud: Pakatan akui enakmen syariah Kelantan, Terengganu | Print |
Nazri Abdullah & Hazayani Zakaria  

KUALA LUMPUR, 29 Sept: DAP, PKR dan PAS hari ini mengambil pendirian akan mempertahankan segala dasar yang dipersetujui bersama disamping menghormati perbezaan ideologi di antara ketiga-tiga parti khususnya dalam isu hudud.

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, lewat malam tadi, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka mengormati aspirasi PAS mahu melaksanakan hudud disamping menghormati pandangan DAP yang membantahnya ekoran bertentangan dengan perlembagaan.

Kesemua komponen parti katanya memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 sebelum muafakat dalam Pakatan Rakyat wujud.

"Kita mendengar penjelasan Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili kerajaan Kelantan bahawa perlaksaan hudud di negeri itu hanya boleh dibuat dengan pindaan perlembagaan persekutuan.

"Kita tidak boleh menafikan mana-mana hak PAS, DAP dan PKR untuk mengemukakan pandangan termasuk dalam isu syariah.

"Kita jelas menghormati hak dan aspirasi PAS (mahu laksanakan hudud). Cuma dia terikat dengan apa yang kita sebut dasar bersama, semangat perlembagaan dan Buku Jingga," katanya.

Turut serta pada sidang media itu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pengerusi DAP Karpal Singh, Penasihat DAP Lim Kit Siang serta 23 ahli mesyuarat yang lain.

Sebelum ini, semua pimpinan Pakatan Rakyat diarah tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud sehinggalah mencapai pendirian bersama pada mesyuarat malam ini.

Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 9 malam tadi antara lain bagi mencari pendirian bersama berhubung perbezaan pandangan antara ketiga-tiga parti dalam isu hudud.

"Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainan politik Umno BN untuk memecah belahkan kesatuan Pakatan Rakyat," kata Anwar lagi.

Isu hudud telah bergema kembali ekoran cabaran yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Kelantar agar melaksanakan hudud kerana beliau bukan lagi perdana menteri.

Kata Mahathir, pemimpin PAS Kelantan sentiasa menyalahkan beliau apabila tidak melaksanakan undang-undang itu ekoran satu surat amaran yang dikeluarkan semasa beliau menjadi PM lalu.

Mahathir meminta Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz meminta kebenaran dari Datuk Seri Najib untuk berbuat demikian.

Najib pula dalam jawapannya berkata, beliau tidak akan memberikan kebenaran itu walaupun timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yassin berkata sedia untuk berbuat demikian.

Parti MCA dan Gerakan memberikan amaran kepada Umno, mereka akan keluar dari BN jika membenarkan undang-undang Islam itu dilaksanakan.

Ekoran itu, DAP juga membuat kenyataan akan keluar Pakatan Rakyat jika pakatan setuju menjadikan agenda hudud sebagai agenda bersama Pakatan.

Ia terus panas apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyatakan kerelaan jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat kerana tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Nik Aziz berkata demikian mengulas kenyataan Karpal bahawa parti itu tetap menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana ia bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan.
Berikut adalah kenyataan bersama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang diperakui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang dikeluarkan selepas mesyuarat tersebut.
Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama dan Buku Jingga.
Pakatan Rakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi mempertingkatkan daya-saing ekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan menangani kos kehidupan yang semakin menekan.
Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk  pendirian PAS berkenaan hukum syariah.
Mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat. Keadilan dan PAS menghormati perbezaan pendirian oleh DAP dalam perkara ini.
Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainan politik terdesak Umno-Barisan Nasional untuk memecah belahkan kesatuan Pakatan Rakyat . Kita percaya penuh di atas kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilai suasana ini.
Mesyuarat sekali lagi mempertegaskan bahawa muafakat dan objektif utama politik parti-parti komponen PR dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 ini adalah untuk membina kembali asas-asas kenegaraan yang telah dirosakkan oleh Umno-BN, dengan berpandukan prinsip Keadilan Sejagat (Universal Justice), Pentadbiran yang Baik (Good Governance), Kebertanggungjawaban (Accountability), Ketelusan (Transparency), Kompetensi (Competency) bagi mencapai  Kemaslahatan Umum (Public Good) untuk semua rakyat.



=====================================================================================
Oleh Syed Imran
Kecuali  mendiang Tan Sri Wong Pow Nee, setiap seorang ketua menteri Pulau Pinahttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjEBFIoHDihp1EKBGjDeXYXzhJkGY0mdfsZr3AIB7WWDl1d5DDFpO7XdiElLiT75LNCzk9nGmJxeyiaag1n9dlpWdAv4dezj2TPxXBkeQBjlCjmqjzlCRXKe1e51f_qzSh51ror7CXVYOY/ng tidak terlepas daripada dituduh 'anti-Melayu'.

Mendiang Pow Nee yang menerajui pentadbiran Negeri Pulau Pinang sejak Merdeka sehingga pilihan raya umum 1969, terlepas daripada tuduhan itu mungkin kerana sentimen orang Melayu tidak dipengaruhi politik perkauman yang tebal.
 


Rakyat Pulau Pinang memilih Perikatan, iaitu kerjasama tiga buah parti politik yang mewakili kaum Melayu (UMNO), Cina (MCA) dan India (MIC) demi mengekal perpaduan dan kerjasama antara kaum.
Kehidupan orang Melayu ketika itu bukanlah senang dan mereka menghuni kampung-kampung tradisional bukan sahaja di Seberang Perai tetapi di bahagian pulau termasuk dalam kawasan bandar raya George Town. Kemiskinan bukan sahaja menimpa orang Melayu tetapi Cina dan India terutama dalam kawasan bandar dan pinggir kota.  

Walaupun Perikatan menguasai pentadbiran negeri, pihak  yang menguasai Majlis Bandar Raya George Town, iaitu pihak berkuasa tempatan tertua dan pertama di negara ini selepas pilihan raya tempatan diadakan, ialah gabungan dua buah parti politik berhaluan kiri,  Partai Sosialis dan Partai Buruh yang membentuk Barisan Sosialis atau "Socialist Front".

Tiada banyak masalah yang timbul walaupun pentadbiran negeri dan pentadbiran kerajaan tempatan dipegang oleh dua buah gabungan parti politik yang berlainan ideologi. Pentadbiran negeri pimpinan Pow Nee menerajui negeri tanpa membawa banyak perubahan dalam bentuk pembangunan fizikal mahupun sumber manusia yang sekarang disebut sebagai pembangunan insan atau modal insan.

Pulau Pinang mula melihat dan merasai perubahan dalam pembangunan apabila pentadbiran Gerakan pimpinan mendiang Tun Dr Lim Chong Eu mengambil alih pada 1969.  Atas daya usaha allahyarham Tun Abdul Razak, Gerakan membentuk kerajaan campuran dengan UMNO yang kemudiannya berkembang membentuk Barisan Nasional.

Chong Eu membawa perubahan besar kepada ekonomi Pulau Pinang apabila beliau berjaya membawa masuk industri elektronik terutama dari Amerika Syarikat dan Jerman. Zon Perdagangan Bebas dan Zon Industri Bebas wujud membuka beratus ribu peluang pekerjaan dan membawa rahmat bukan sahaja kepada rakyat Pulau Pinang tetapi negeri-negeri di utara Semananjung dan Pantai Timur. 

Berpuluh  ribu anak Melayu dari kampung dan desa di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terenggu dan Pahang berhijrah ke Pulau Pinang untuk bekerja di kilang-kilang elektronik selain anak watan Pulau Pinang.

Berkat usaha  Chong Eu membawa masuk industri elektronik, ramai keluarga Melayu dapat dikeluarkan daripada takrif kemiskinan.

Selain industri elektronik, Chong Eu turut membangun semula industri pelancongan ekoran tindakan kerajaan persekutuan menarik balik taraf pelabuhan bebas Pulau Pinang untuk diberikan kepada Langkawi.  Penarikan taraf pelabuhan bebas itu dilihat sebagai satu tindakan yang bermotifkan politik dan Chong Eu terpaksa bekerja keras untuk memulih industri pelancongan pulau peranginan yang digelar "Mutiara Timur" itu.

Pembangunan pusat-pusat peranginan dan hotel tepi pantai bertaraf antarabangsa berjaya memulih industri pelancongan walaupun Pulau Pinang bukan lagi 'syurga membeli belah' seperti yang wujud semasa bertaraf pelabuhan bebas.

Walaupun Chong Eu berjaya membawa keluar Pulau Pinang daripada kemurungan akibat penarikan balik taraf pelabuhan bebas dan secara tidak langsung membantu beratus ribu anak Melayu yang menganggur bekerja di kilang-kilang elektronik, beliau tidak terlepas daripada tuduhan 'anti-Melayu'. 

Pengganti beliau, Tan Sri Dr Koh Tsu Khoon juga tidak terlepas daripada tuduhan sedemikian walaupun beliau tidak sehebat Chong Eu tetapi sekadar meneruskan dasar pembangunan yang diletak asasnya oleh Chong Eu.

Sekarang, ketua menteri DAP yang mewakili Pakatan Rakyat, Lim Guan Eng pula menghadapi tuduhan 'anti-Melayu'. Tuduhan yang dihadapinya agak unik dan lebih teratur dan dirancang dengan teliti.

Guan Eng  kurang bernasib baik berbanding Chong Eu dan Tsu Khoon kerana dia menghadapi 'bantahan' termasuk secara demonstrasi jalanan oleh kumpulan-kumpulan yang kononnya mewakili badan-badan bukan kerajaan (NGO).  

Penunggang motosikal yang kebanyakannya mewakili penunggang 'kapcai' turut berdemonstrasi menghentam pentadbiran Guan Eng dan mendesak diadakan trek lumba motosikal untuk mereka. demonstrasi mat-mat motor itu sudah tentu diatur dan dirancang oleh pihak tertentu yang disokong oleh kepentingan politik. Bukan mudah untuk mengumpul sebegitu ramai penunggang motosikal berkumpul di satu tempat untuk bermotoikal ke satu tempat lain secara serentak jika tidak dirancang terlebih awal.

Kita ingin tanya penganjur demonstrasi mat motor itu sama ada mereka sedar atau tidak, negeri-negeri lain juga tiada trek lumba motosikal khusus untuk mat-mat motor atau yang disebut polis sebagai samseng jalan raya. 

Selain penunggang motosikal, pengayuh beca pun dijadikan alat untuk golongan tertentu untuk membantah  pentadbiran Guan Eng dengan bermacam tuduhan. Sekali lagi, kita lihat ada perancangan terlebih dahulu untuk mengumpul pengayuh beca berkenaan.   

Sama seperti Chong Eu dan Tsu Khoon, Guan Eng juga dituduh 'anti-Melayu' dan tuduhan yang dihadapinya jauh lebih berat  kerana ia membabitkan dalang yang mewakili parti politik yang ditolak oleh rakyat Pulau Pinang.

Orang Melayu Pulau Pinang harus sedar bahawa mereka akan terus ditadbir oleh seorang ketua menteri bukan Melayu kerana UMNO, melalui presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak, telah memberi jaminan bahawa UMNO tidak akan tuntut jawatan itu walaupun menang besar. Adakah orang Melayu Pulau Pinang akan mengulangi tuduhan 'anti-Melayu' kepada ketua-ketua menteri berikutnya? 

Orang Melayu Pulau Pinang juga harus lihat kehidupan para pemimpin mereka yang sering memperalatkan golongan Melayu bawahan untuk membantah itu dan ini sedangkan mereka menghuni kediaman  mewah, berkereta mewah dan saban tahun bercuti ke luar negara. 

Penunggang motosikal dan pengayuh beca harus bertanya kepada kepimpinan Melayu Pulau Pinang apa yang mereka buat atau usahakan untuk membantu orang Melayu miskin, yang mengangur dan tiada kediaman tetap? 

Jangan terlalu mudah menuduh orang lain sebagai 'anti-Melayu' sedangkan di kalangan orang Melayu sendiri wujud mereka yang tidak memperdulikan untung nasib bangsanya sendiri.
http://kudaranggi.blogspot.com

==================================================================================

Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 15, 2011
PETALING JAYA – Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian menegaskan tidak wujud 180 ahli (PKR) ke-luar parti seperti diumumkan bekas naibnya, Suhaimi Saari.

Menurutnya, setakat ini melalui semakan dilakukan hanya dua orang termasuk Suhaimi yang keluar dari PKR.

"Kita sudah siasat rata-rata mereka yang hadir pada program itu tidak tahu tentang agenda program itu yang mahu peserta hadir untuk keluar parti," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, pihaknya mengetahui sebanyak tiga bas bergerak dari Taman Medan ke Cameron Highlands yang rata-ratanya peserta terdiri daripada golongan belia.

"Program itu pada mulanya diberitahu hanya program riadah, namun bila tiba di sana segala berubah selepas ia dikatakan menjadi medan untuk individu keluar daripada PKR," katanya.
Mengulas lanjut mengenai status jawatan Suhaimi di dalam Cabang PJS, beliau berkata, perkara itu akan dimaklumkan kepada pucuk pimpinan parti.

"Parti tidak pecat dia tetapi dia (Suhaimi) sudah secara rasminya keluar daripada parti dan selepas ini dia tidak mempunyai sebarang urusan dengan PKR,"katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen PJS mendakwa naibnya itu kini sudah dibayar Barisan Nasional (BN) untuk mengerakkan program belia di Selangor.

Katanya, apa yang berlaku tidak menjejaskan Cabang PKR Petaling Jaya Selatan sebaliknya dilihat salah satu percubaan BN untuk mencipta propaganda politiknya.

Akhbar ini semalam menyiarkan mengenai pengumuman bekas Naib Cabang PKR PJS, Suhaimi Saari bahawa 180 ahlinya keluar parti dan menyertai Umno selepas menyerahkan borang keahlian kepada Pemangku Ketua Umno Bahagian PJS, Datuk Raja Hanipuddin Raja Nong Chik dalam satu program di Bentong, semalam.
 
===================================================================================


Fokus IsuPULAU PINANG adalah antara negeri yang cukup mencuri tumpuan mutakhir ini oleh Umno-BN sehttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgel-YoBCekEImEZl1hvACLoyeKpKHY6k-P3TtiuhqXAz8jiPQCFNcLgBqWbq7NUPgN3e7AkwDTykbA9u5byCZx4Q1PltKGA2yP0wItURdzaiqfChZCYqTw7dduKP04QeZ36uCHp1x3puk/s320/May+6+-+Lim+Guan+Eng.giflain PAS di Kelantan kerana ia ditadbir Pakatan Rakyat di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Pelbagai fitnah dilontarkan ke atas kerajaan negeri pimpinan Guan Eng yang kononnya mentadbir dengan mendiskriminasi kaum Melayu, walhal Pulau Pinang adalah negeri yang mengiktiraf peranan Huffaz (ahli tahfiz Al-Quran) dengan membayar elaun golongan ini sejumlah RM500.


Kemelut isu perkauman yang didakyah BN di negeri Pulau Mutiara ini gagal sama sekali mengubah sokongan rakyat kepada pentadbiran Guan Eng.
Guan Eng mampu mentadbir negeri dengan baik hinggakan dapat mengurangkan kadar hutang yang dahulunya dikumpul oleh Gerakan-BN sebelum pilihan raya umum 2008.
Kerajaan negeri Pulau Pinang mendapat pengiktirafan tertinggi di dalam Laporan Audit Negara kerana kedudukan kewangannya yang cemerlang untuk tahun 2010 berbanding tahun 2009.
Penghasilan terkumpul Pulau Pinang meningkat kepada 2.7 peratus, daripada RM1,101.89 juta pada tahun 2009 kepada RM1,131.17 juta dalam tahun 2010.
Simpanan wang terkumpul meningkat sebanyak 6.2 peratus kepada RM572.49 juta meningkat daripada RM538.95 juta pada tahun 2009.
Penghasilan negeri untuk tahun 2010 meningkat sebanyak RM34.19 juta atau 9.1 peratus berbanding tahun 2009 daripada RM376.51 juta kepada RM410.70 juta.
Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan baru-baru ini mendedahkan kumpulan Wang Disatukan mengalami peningkatan berjumlah RM29.28 juta atau 2.7 peratus kepada RM1,131.17 juta berbanding RM1,101.89 juta pada tahun 2009.
Pada pendapat audit, penyata kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada keseluruhannya menunjukkan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan kerajaan negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2010 dan rekod perakaunannya telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini
Pada keseluruhannya, analisis audit mendapati kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada akhir tahun 2010 adalah bertambah baik berbanding tahun 2009.
Pada tahun 2010, Kumpulan wang Disatukan mengalami peningkatan berjumlah RM29.28 juta atau 2.7 peratus kepada RM1,131.17 juta berbanding RM1,101.89 juta pada tahun 2009.
Baki Akaun Hasil Disatukan pada 31 Disember 2010 telah bertambah sejumlah RM33.54 juta atau 6.2 peratus menjadikannya berjumlah RM572.49 juta berbanding sejumlah RM538.95 juta pada tahun 2009.
Hasil yang dikutip pada tahun 2010 telah meningkat sejumlah RM34.19 juta atau 9.1 peratus berbanding tahun 2009 iaitu daripada sejumlah RM376.51 juta menjadi RM410.70 juta.
"Kedudukan aset yang terdiri daripada wang tunai dan pelaburan pula telah meningkat sejumlah RM29.28 juta atau 2.7 peratus menjadi RM1.13 bilion pada tahun 2010 berbanding RM1.10 bilion pada tahun 2009," kata Laporan yang disediakan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang baru-baru ini.
Dalam laporan itu, Ketua Audit Negara turut mengesyorkan kerajaan pimpinan Guan Eng memastikan hasil yang dikutip diakaunkan ke akaun yang betul dan terus berusaha untuk menambahkan hasil dan mengekalkan perbelanjaan secara berhemat bagi memastikan kedudukan kewangannya bertambah baik.
"Kerajaan negeri juga disarankan membuat analisis pelaburan dengan lebih baik bagi meningkatkan pulangan dividen terhadap pelaburan. Di samping itu, Kerajaan negeri disyor meneruskan usaha untuk mengutip tunggakan hasil yang berjumlah RM78.78 juta pada akhir tahun 2010 terdiri daripada cukai tanah, bayaran balik pinjaman penuntut, ansuran atau sewa rumah dan kedai serta hasil-hasil lain," katanya.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang dari semasa ke semasa menerima pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan bagi membiayai projek pembangunannya. Semua pinjaman yang diterima pada tahun 2010 untuk projek tertentu telah dipindahkan ke Akaun Kumpulan Wang Pembangunan sebelum diagihkan.
Pada akhir tahun 2010, baki hutang Kerajaan Negeri adalah berjumlah RM687.79 juta berbanding sejumlah RM683.75 juta pada tahun 2009, iaitu meningkat sejumlah RM4.04 juta atau 0.6 peratus.
Peningkatan hutang ini adalah disebabkan pinjaman baru dengan Kerajaan Persekutuan bagi membiayai projek bekalan air yang berjumlah RM4.24 juta untuk projek pembesaran Empangan Mengkuang dan projek Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang bagi membina Indoor Archade and Seafood Centre di Batu Kawan berjumlah RM1.56 juta.
Pada tahun 2010, jumlah bayaran balik pinjaman Perumahan Awam Kos Rendah yang dibuat oleh kerajaan negeri ialah RM2.95 juta (pokok dan faedah).
Analisis Audit mendapati Kerajaan Negeri telah menangguhkan bayaran balik pinjaman Projek Bekalan Air berjumlah RM160.14 juta kerana menunggu penyelesaian isu pengambilalihan pengurusan perkhidmatan air di semua negeri oleh Kerajaan Persekutuan melalui penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
'Trend' baki hutang bagi tahun 2006 hingga 2010 menunjukkan hutang Kerajaan Negeri dari Kerajaan Persekutuan terus meningkat disebabkan ada pinjaman baru diterima pada tahun-tahun tersebut.
Kedudukan baki pinjaman projek majlis perbandaran untuk pembetungan najis sejumlah RM1.33 juta tidak berubah sejak tahun 2004 kerana Kerajaan Persekutuan telah memberi kelulusan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menghentikan bayaran balik pinjaman bagi projek tersebut berikutan dengan pengambilalihan oleh Indah Water Konsortium.
Pajakan Empangan Teluk Bahang adalah terdiri daripada pinjaman Kerajaan Negeri daripada Kerajaan Persekutuan untuk pembinaan Empangan Teluk Bahang dan kerja-kerja berkaitan penyaluran air mentah ke empangan tersebut.
Pembinaan Empangan Teluk Bahang melibatkan penggunaan tanah Kerajaan Negeri.
Justeru, bagi memastikan fungsi empangan dapat dilaksanakan dengan efisien, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd.
(PBAPP) perlu membayar balik pinjaman berdasarkan kepada perjanjian pajakan yang ditandatangani antara Kerajaan Negeri dan PBAPP.
Pada tahun 2010, PBAPP menangguhkan pembayaran pajakan berjumlah RM6.10 juta kerana ia adalah sebahagian daripada proses migrasi dan penstrukturan semula Industri Perkhidmatan Air Negara yang melibatkan 4 pihak, iaitu Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), SPAN dan PBAPP.
Berdasarkan kepada perjanjian dan persetujuan proses migrasi tersebut, PAAB akan menyelaras baki pinjaman Projek Bekalan Air Kerajaan Negeri yang berjumlah RM655.25 juta bersama pajakan aset-aset air Negeri yang mempunyai nilai setara.
PBAPP akan membuat bayaran balik pinjaman kepada PAAB dalam tempoh 45 tahun, sekali gus mengurangkan kos perbelanjaan serta memperbaiki aliran tunai PBAPP. Sehingga 31 Mac 2011, kerajaan negeri masih menunggu keputusan migrasi ini yang akan diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan.
Pelaburan adalah pegangan ekuiti dalam badan berkanun, saham dalam syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan saham dalam syarikat berkaitan kerajaan serta syarikat-syarikat lain.
Ini termasuk modal pelaburan melalui Pengurus Dana yang dilantik oleh kerajaan negeri. Pada tahun 2010, pelaburan kerajaan kegeri berjumlah RM238.67 juta berbanding RM237.67 juta pada tahun 2009 iaitu meningkat sejumlah RM1 juta atau 0.4 peratus.
Pelaburan ini terdiri daripada RM40.59 juta pelaburan saham melalui pengurus portfolio, pelaburan saham Maxis Berhad berjumlah RM25.25 juta dan pelaburan ekuiti Kerajaan Negeri dalam PBA Holdings Berhad berjumlah RM172.83 juta.
Bagi pelaburan melalui pengurus portfolio, nilai pasaran pelaburan adalah berjumlah RM44.13 juta iaitu RM3.54 juta atau 8.7 peratus lebih tinggi dari nilai kos pelaburan yang berjumlah RM40.59 juta.
Trend pelaburan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2006 hingga 2010 menunjukkan peningkatan sejumlah RM7.20 juta atau 3.1 peratus dalam tempoh 5 tahun.



Kelantan, Pulau Pinang wajar saling belajar


Penulis Tamu
Oleh Dinsman
BERITA Harakahdaily akhir Oktober melaporkan ucapan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat di Pulau Phttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEikunKOaF9el8p1uT-AfkwEHKJX7OsnHy8eQNzOfqViUG4yE-72okSlhzR1dbVUfJJFRHWObDbzc2OVFveYVuouq55eUkP9IVlBfQCGtbGpEfHG9M7Gu4pL0yiuiLlPpMdHduRGjgshcyg/s320/nik+azizi+mkn+2inang, mengingatkan saya kepada tulisan kolum ini pertengahan 2008 lalu mengenai andaian kalau Tok Guru menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.
 
Sekadar andaian sahaja. Untuk melihat kualiti kepemimpinan TG Nik Aziz apakah hanya sesuai untuk negeri seperti Kelantan yang penduduknya lebih 90 peratus beragama Islam, ataupun sesuai juga untuk negeri yang majoriti penduduknya bukan beragama Islam seperti Pulau Pinang
 


Andaian itu dibuat tentulah terbit daripada keyakinan saya terhadap kepemimpinan TG Nik Aziz yang berasaskan pada tuntutan al-Quran dan Sunnah; dan bahawa kebijaksanaan al-Quran dan Sunnah itu bukan sahaja terbatas kepada umat Islam, tetapi meluas kepada umat manusia seluruhnya, termasuk juga bukan Islam.
Berita Harakahdaily yang saya maksudkan itu bertajuk "Semuanya selamat apabila al- Quran disanjung", ditulis Mohd Sabri Said, pemberita Harakah Pulau Pinang.
Ia melaporkan: Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Maipp) memberi perhatian terhadap usaha melahirkan para huffaz di kalangan muallaf.
TG Nik Aziz berkata demikian dalam ucaptama majlis pengiktirafan Al-Hafiz dan Ijtimak Al-Huffaz Negeri Pulau Pinang, yang turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
TG Nik Aziz juga dilaporkan berkata: Pulau Pinang boleh dijadikan contoh terbaik pelaksanaan program seumpama itu memandangkan golongan muallaf yang ramai, sekali gus memberikan semangat untuk mereka mempelajari Al-Quran dengan betul, lancar dan tertib.
Paling menarik bagi saya ialah apabila Tok Guru menegaskan bahawa Islam didatangkan untuk semua kaum, maka al- Quran perlulah dibawa kepada pengetahuan masyarakat bukan Islam, selari dengan konsep dakwah Rasulullah s.a.w.
TG Nik Aziz juga mengulangi pandangan yang selalu dikemukakannya bahawa al-Quran patut diterjemahkan ke semua bidang termasuk kenegaraan dan pemerintahan, agar negara berada dalam rahmat Allah SWT. Negara akan aman, sejahtera serta berada dalam limpah ruah keberkatan yang tiada tolok bandingnya.
"Bila al-Quran disanjung, semuanya selamat. Tiada lagi gejala rasuah yang merosakan negara. Kekacauan tidak akan berlaku kerana manusia memahami isi kandungannya," kata TG Nik Aziz.
Kita mengharapkan kehadiran Menteri Besar Kelantan dalam majlis rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu akan merapatkan lagi hubungan antara dua ketua pentadbir negeri yang berbeza keturunan dan agama, tetapi berkongsi banyak persamaan dalam perjuangan untuk pemerintahan yang adil, berkebajikan dan tiada rasuah.
Rasanya belum pernah kita mendengar seorang ketua pentadbir bukan Islam seperti Lim Guan Eng yang selalu berkata bahawa beliau mencontohi pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz dan bersetuju dengan prinsip amar makruf nahyi mungkar yang diajar Islam.
Maka saya rasa tidak salahlah kalau dalam perkara tertentu pihak kerajaan Nik Aziz pula mencontohi aspek-aspek kebaikan yang terdapat dalam amalan pentadbiran pimpinan Lim Guan Eng, yang belum dicapai pentadbiran negeri Kelantan.
Misalnya dalam urusan kewangan, khasnya soal bayaran yang perlu dibuat oleh pihak kerajaan negeri kepada pihak kontraktor atau kepada mana-mana jua pihak yang perlu dibayarnya. Pengalaman saya sendiri dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sangat mengkagumkan. Bayaran dibuat dalam tempoh seminggu sahaja.
Dan apabila saya nyatakan penghargaan kepada seorang pegawai kewangannya, dia menyatakan bahawa itu memang sudah menjadi amalan biasa mereka, dan pada ketika itu mereka dalam proses untuk mempercepatkan lagi bayaran kepada tempoh tiga atau empat hari sahaja. Itu pengalaman saya pada bulan September 2009.
Apa pun, bayaran dibuat dalam tempoh satu minggu, itu sudah cukup memuaskan. Jauh lebih memuaskan daripada kebiasaan yang saya alami dengan pihak (tertentu) pentadbiran di negeri Kelantan. Tanpa menafikan ada juga berlaku pembayaran dibuat dalam tempoh kurang seminggu.
Memang saya difahamkan negeri Kelantan mempunyai peraturan dan permasalahannya yang tersendiri dalam hal urusan kewangan, yang agak berbeza daripada negeri-negeri lain. Namun walaupun begitu saya fikir sepatutnya masih ada ruang untuk memperbaikinya.
Urusan kewangan Islam itu bukanlah selesai dan sempurna apabila riba berjaya dihapuskan sahaja. Tetapi ada banyak permasalahan lain yang perlu diperhatikan. Dalam soal tempoh membuat bayaran kepada pihak yang perlu dibayar, misalnya, adalah satu perkara yang sangat penting.
Melambatkan bayaran akan memberi atau menimbulkan banyak implikasi yang kurang berkebajikan, malah berkemungkinan akan memudaratkan pihak yang menunggu bayaran tersebut.
Alangkah baik dan indahnya sistem kewangan Islam itu, kalaulah urusan pembayarannya dapat diefisyenkan sepertimana dalam pentadbiran di negeri Pulau Pinang.
Itu sekadar satu contoh sahaja. Saya fikir tidak ada salahnya kalau apa-apa yang baik dibuat oleh salah satu negeri Pakatan Rakyat itu dicontohi negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain. Kita saling belajar dan saling mencontohi. Sepertimana Lim Guan Eng tidak segan silu mengakui dia mencontohi Umar Abdul Aziz!


=======================================================================================


Oleh  Litmohd
Hari raya ketiga korban pada hari ini iaitu 12 Zulhijjah 1432H bersamaan 8 November 2011, penulis meronda sekitar banhttp://michelleeuperio.theworldrace.org/blogphotos/theworldrace/michelleeuperio/NasiKandar.jpgdar bagi mendapatkan sarapan untuk anak-anak yang pulang bercuti.
Kedai keempat barulah dapat membeli makanan yang dihajati dek orang yang ramai di semua premis sarapam pagi. Lebih sejam masa diambil untuk mencari sarapan pagi itu bagi penulis yang mendiami di pusat Bandar ini di kira terlalu lama.



Memang budaya orang Melayu jika sudah tiga hari kedai bercuti tiada nasi kandar dan roti canai, apabila buka sahaja, berpusulah pelanggan di semua premis.
Biarpun makanan berisiko seperti roti canai, orang sanggup menunggunya, termasuklah penulis. Di Perlis, roti canai telah mencecah RM0.80 sekeping. Di Kuala Lumpur sudah tentulah RM1.00 sebagai mengiring kenaikan harga semua barang-barang.
Situasi seperti ini, penulis rasa wujud di seluruh negara di ketika cuti perayaan. Orang ramai sanggup menunggu dan makan dengan selesa. Pastinya ia adalah suatu fenomena yang di kehendaki oleh Umno-BN kerana ia menggambarkan Malaysia yang aman damai dan rakyat masih mempunyai banyak wang untuk berbelanja.  
Dek budaya seronok dan makan orang Melayu, apa sahaja isu yang didedahkan oleh media massa tidaklah diendahkan sangat oleh warga penduduk. Isu-isu seperti korupsi, ketirisan wang rakyat, gejala sosial dan jenayah,  kurang diambil peduli atau mereka sudah lali dengan isu-isu sedemikian.
Perkataan 'biasalah' , 'sama saja siapa perintah' , 'kalau hang dok di atas pun..'  atau 'kalau aku pun dalam keadaan macam tu..'  Itulah ungkapan-ungkapan yang biasa kita dengar.
Biarpun sebuah akhbar di muka hadapannya memaparkan berita dua bayi baru lahir dijumpai terbuang di Nilai dan di Petaling Jaya dengan gambar seorang bayi yang dijumpai itu masih hidup.
Itulah antara berita pagi yang sempat dilayar oleh mata penulis  ketika memerhati secara rambang tajuk-tajuk berita di beberapa buah akhbar sementara menanti makanan yang diminta.
Memang benar, berita buang bayi sudah menjadi berita lumrah di Malaysia, dan ia sudah  tidak lagi direspon oleh rakyat. Apakah ia merupakan petanda bala' dari Allah sudah ke tahap maksimum!
Di ketika saat yang celaru seperti ini juga Umno tetap menolak Hudud sebagai jalan penyelesaian ke atas gejolok  umat ini  dengan memberi pelbagai helah.
Bukankah bayi-bayi  yang dibuang itu hasil dari penzinaan yang berleluasa. Peliknya biarpun bayi itu dibuang di sungai atau di parit atau disembunyikan ia tetap akan dijumpai oleh manusia. Bukankah Allah SWT  mahu manusia menyaksikan  di hadapan mata kepala mereka sendiri hasil perbuatan mungkar yang dilakukan oleh manusia dan hasil kerana tidak mahu melaksanakan hukum Allah.
Kita boleh merujuk balik kajian yang dibuat badan-badan yang berautoriti, angka-angka yang begitu menakut kan bersabit penglibatan remaja di dalam seks bebas, gejala porno, anak yang tidak sah taraf termasuklah bayi yang dibuang sehingga terwujud pula sekolah remaja mengandung di  Melaka itu yang majoritinya adalah orang Melayu Islam.
Rakyat yang sudah lali dengan kebobrokkan dan kepincangan sosial di dalam negara baru-baru ini dikejutkan pula dengan laporan Audit Negara yang mendedahkan berlakunya penyelewengan, pembaziran dan  ketirisan wang rakyat berbiilion ringgit serta peningkatan hutang yang serius. Ia  menggambarkan betapa kepincangan tadbir urus kewangan oleh kerajaan pusat sudah ditahap membimbangkan.
Laporan Audit ini mengesahkan betapa amalan korupsi dan kronism yang sentiasa menjadi buah mulut rakyat memang mempunyai asasnya.
Di saat genting seperti ini yang menggambarkan betapa isu sosial dan pengurusan di dalam Negara sudah di tahap meruncing Umno masih menggunakan hujah akal untuk menolak perlaksanaan dasar Islam secara menyeluruh sebagai jalan penyelesaian kehidupan umat.
Di saat PAS sedang menerangkan (berdakwah) kepada rakan-rakan bukan Islam samada di dalam Pakatan Rakyat atau di luar tentang kebaikan peraturan Islam, Umno memintasnya dengan mengatakan ia belum sesuai dan pelbagai lagi hujah akal.
Jelas, Umno sebenarnya menjadi penghalang perlaksanaan sistem Islam, biarpun  mendakwa mereka parti yang memperjuangkan Islam.
Biarpun telah berkuasa dan menerajui negara lebih 50 tahun, namun Umno gagal memberi gambaran Islam yang sebenar kepada rakan-rakan bukan Islamnya di dalam BN sehingga mencetuskan keraguan melampau malah penentangan terhadap Islam seperti dilakukan oleh pemimpin rakan Cina mereka, Chua Soi Lek.
Umno usah merasa memadai dengan perlaksanaan sistem Islam dari aspek-aspek tertentu sahaja seperti zakat, takaful, perbankan Islam, haji dan sebagainya kerana dilihat ia boleh menjana keuntungan.
Umno hendaklah yakin bahawa perlaksanaan apa sahaja dasar Islam termasuk Hudud tetap akan memberi keuntungan dan kebaikan kepada seluruh manusia kerana Islam adalah sistem cara hidup yang diturunkan dari langit oleh Allah SWT yang mencipta manusia dan segala isi makhlukNya.
Di saat Umno menuduh PAS menggunakan agama untuk berpolitik, Umno sendiri banyak terperangkap oleh agenda-agenda politik yang menjadi darah dagingnya. Kes Aziz Bari sudah cukup menjelaskan siapa yang bermain politik.
Malah agenda politik Umno terserlah di dalam isu-isu penguatkuasaan bersabit agama dan kepentingan rakyat terutama di Selangor dan Pulau Pinang yang menjadi target  rampasan kuasa mereka.
Akibat agenda politik keterlaluan dan tidak 'smart' Umno juga tewas untuk mempolitikkan isu ceramah Mat Sabu biarpun seluruh jentera terutama media dikerah 24 jam untuk membenamkan PAS atas anggapan liar PAS sudah jadi komunis.
Justeru tidak memadai di saat rakyat dan negara sedang berdepan dengan hentaman gejolok, ombak, badai dan gelora yang berkesinambungan, tiba-tiba pilihanraya mahu diadakan hanya semata-mata terpampang gambar di muka hadapan akhbar pengampunya, Perdana Menteri dan isteri sedang bertawaf di Kaabah.
Usahlah kerana politik, kouta tambahan untuk jemaah haji dibolot habis, sehingga mengambil hak ramai jemaah lain yang sekian lama sabar menanti dan ikhlas untuk menunaikan ibadah rukun ke lima itu.
Media massa talibarut dan pengampu Umno perlu ingat bahawa akan tiba masanya rakyat yang semakin bermaklumat dan cerdik terutama golongan muda  akan menolak secara total cara mereka menghidangkan maklumat untuk rakyat.
Apakah Umno-BN akan menggunakan apa cara sekalipun  seperti pernah diucapkan oleh Perdana Menteri terutama sebagai strategi mereka untuk merampas kembali negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat, yang merupakan negeri-negeri yang sangat strategik buat negara kita.
Ingat, biarpun di dalam keadaan tidak selesa, Umno boleh melakukan apa sahaja hatta secara tidak demokratik dan membelakangkan perlembagaan seperti mana pernah mereka lalukan di dalam drama 'coup de tat'  Negeri Perak dari Pakatan Rakyat tempoh hari.




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment