Monday, December 19, 2011

RG2011... Fw: Pinjaman Bank : Syarat Makin Susah Bermula 1 Januari 2012

 



----- Original Message -----

----- Original Message -----
 
betul2...saya sokong......klu org kerja suwasta punya susah......tp gov senanga jer...bak kate org ...yg senang tu lah tak kekal....berhutang sane sini.....last2 muflis
 
 
From: Khairani Darus <kbdarus@yahoo.com>
 
 
rasanya yg  senang sgt dpt loan bank tanpa byk kerenah, ialah staf kerajaan. yg kerja swasta, confirm bank mntak pelbagai dokumen.
 
yg keje gomen, tunjuk je staf kad, bank terus lelap mata dan lulus loan.
 
sebab tu ramai yg keje gomen, bila dh tolak semua loan pnjman, akhir wang baki tuk belanja tak smpai Rm500.00
 
pelbagai loan koperasi stf gomen leh dpat dlm tempoh 1 mggu je.
ramai juga staf gomen yg berusia bwh 35, tapi dh muflis,.
 
 
From: Zack Karin zackkarin78@yahoo.com
 
 
ada pro & kon. jika kita lihat secara kasar, memang bagus BNM memperketatkan syarat2 pinjaman bank tapi secara tidak langsung sudah tentu ada pihak yg akan mengambil kesempatan atas dasar ini, umpamanya ALONG akan memudahkan lagi syarat2 pinjaman yg mereka tawarkan kpd orang ramai. Orang ramai yg tidak mempunyai pilihan teraksa membuat pinjaman dari CETI HARAM ini kerana terdesak utk menggunakan wang. FIKIR-FIKIRKAN...
 
 
From: Aziz Daud azizgeoexpro@gmail.com
 

Seelok2nya 1 sen pun jgn buat pinjaman dgn mane2 bank ckp ke x ckp terimalah yg seadanya lagi bagus.
 
 
----- Original Message -----
 
 
ketaTkan peraturan ka?.tapi untuk membeli rumah dan kereta tetap memerlukan pinjaman..kekadang pinjaman dan faedah yang di kenakan sama banyak..kenapa BNM xnak kaji jumlah pinjaman dan faedah pinjaman..RASA2 JIKA UNTUK PINJAMAN PERUMAHAN FAEDAHNYA SAMA BANYK DENGAN PINJAMAN..mahu ka tak jadi kena la ambil pinjaman jugak..terpaksa terima juga la faedah pinjaman walaupun dh terpaksa meminjam dari bank..jika tak pinjam xda rumah laa..ketatkan pinjaman atau longarkan pinjamn tapi faedah pinjaman tetap sama..
bukan tk patot untuk feadah pinjaman tapi keterlaluan yang menguntungkan 1 pihak..membebankan 1 pihak iaitu pengguna yang tiada pilihan..
 
 
From: sharul amen othertune@yahoo.com
 
 
masalah setiap org adalah lain2.. org buat loan semuanya bersebab.. x semua org kt mesia ni hidup sng..
 
 
mohd fairul ab wahid <fairulabwahid@gmail.com>
 
 
Bgs gak kdg2 BNM wt mcm tu.. sbb sometimes kita akan over budjet. mcm bile jdi benda yang tidak dijangkakan...
Tpi still sempat utk lock price utk wat loan rumah lg.. :-)
 
 
amir jamal <savy2000@gmail.com>
 
Syarat Makin Susah Bermula 1 Januari 2012
 
Ada yang di sini baru atau telah hantar permohonan pinjaman bank? Nampaknya anda mungkin "sedikit sahaja bernasib baik", kerana bermula awal tahun 2012,pinjaman bank akan mula diperketatkan dalam erti lain, makin sukar untuk mendapatkan pinjaman bank. 
 
Berkuat kuasa 1 Januari 2012
Bank perlu beri maklumat terperinci pinjaman
Ambil kira pendapatan bersih
 
KUALA LUMPUR: Institusi kewangan tempatan akan membuat penilaian lebih ketat terhadap kemampuan pembayaran balik individu yang memohon mendapatkan pinjaman bank, berkuat kuasa 1 Januari depan. Di bawah garis panduan baru Bank Negara Malaysia, institusi kewangan kini perlu mengambil kira pendapatan bersih, iaitu selepas ditolak potongan wajib seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), potongan cukai berjadual (PCB) serta semua tanggungan hutang lain ketika menilai kemampuan pemohon membayar balik pinjaman.
 
Sebelum ini institusi kewangan hanya mengambil kira jumlah pendapatan kasar. (Sumber : Berita Harian)
 
Antara garis panduan terbaru Bank Negara Malaysia kepada semua intitusi kewangan di Malaysia, suapaya hanya menawarkan pinjaman bank kepada yang benar-benar layak sahaja, antaranya ialah :
 
Pihak bank mesti pastikan pemohon pinjaman bank benar-benar faham dan jelas tentang jumlah bayaran balik yang perlu diselesaikan peminjam, jumlah kos kadar faedah yang akan ditanggung sepanjang tempoh pembiayaan, risiko pinjaman bank, serta kesan kenaikan kadar faedah terhadap pembiayaan yang diambil sehingga peminjam benar-benar yakin dengan keputusan yang dibuatnya
 
Manakala institusi kewangan mesti memberikan maklumat terperinci mengenai produk pembiayaan yang dimohon
 
Garis panduan ini baru oleh Bank Negara ini tertakluk kepada :
 
Semua permohonan baru yang dibuat oleh individu dan pemilik tunggal perniagaan untuk produk pinjaman perumahan
 
 
Kad kredit dan kad caj
 
Pinjaman peribadi termasuk overdraf
 
Pembiayaan untuk beli saham kecuali pembiayaan margin saham yang tertakluk kepada peraturan Bursa Malaysia
 
Dan kalau sebelum ini kita banyak melihat pinjaman kereta mampu melangkaui lebih 9 tahun, bermula awal tahun 2011 tiada lagi pinjaman kereta melebihi 9 tahun dan 9 tahun adalah tempoh pinjaman maksimum yang dibenarkan. Nampaknya hanya angka 9 tahun yang mampu dipertahankan untuk pinjaman kereta, menampakkan itu sahaja kemampuan kebanyakan rakyat Malaysia membeli kereta-kereta yang ada di Malaysia sekarang, baik kereta Nasional mahupun kereta import.
 
Bagi kami langkah Bank Negara kali ini, kami agak bersetuju walaupun kami tahu ianya memang pahit untuk ditelan kerana sekarang ini :
 
Kadar NPL makin meruncing
 
Kebanyakan pinjaman peribadi contohnya digunakan dengan sewenang-wenangnya untuk "tujuan-tujuan yang tidak berfaedah". Tidak perlu kami huraikan, kami rasa anda-anda semua lebih mengetahuinya
 
Diharapkan apabila kemudahan kredit dikurangkan, sekurang-kurangnya harga rumah akan jatuh sedikit demi sedikit dan kembali ke paras yang munasabah walaupun hakikatnya kelompok daripada REDHA tidak akan mudah "merestuinya"
 
 
Pinjaman Bank Diperketatkan. Langkah Kerajaan?
 
Tetapi langkah sendirian Bank Negara tidak cukup selagi tiada kerjasama daripada pihak kerajaan kerana, ketahuilah rakyat Malaysia sekarang ini menanggung :
 
Hutang kereta = 9 tahun? Betapa makin tak mampunya rakyat Malaysia
Hutang rumah = 30 tahun ? Betapa makin tak mampunya rakyat Malaysia. Penyelesaiannya, skim rumah pertamaku? Erm….
Hutang Kahwin =Biar papa asal bergaya?
Hutang kredit kad = Anda tanggung sendiri
 
Kita ambil secara majoritinya dengan mengenepikan golongan miniroti yang boros berbelanja. Okey…..yang menyebabkan rakyat Malaysia buat pinjaman bank ini semua, sebab majoriti pendapatan rakyat Malaysia tidak setara ataupun setimpal dengan kos sara hidup di Malaysia.
 
Hutang paling besar rakyat Malaysia datang daripada pinjaman perumahan & pinjaman kereta. Rumah di Malaysia sekarang memang sudah melampau-lampau mahalnya dan begitu juga harga kereta di Malaysia, sedangkan zaman sekarang rumah dan kereta satu kemestian.
 
Dan……kita sebenarnya sekarang ini berada dalam "kesenangan" yang
 
Pinjaman bank : Kepincangan sistem kewangan moden hari ini :
 
Disebalik garis panduan terbaru Bank Negara ini, golongan yang pasti akan terkesan adalah golongan pertengahan dan juga pendapatan yang "suam-suam kuku sahaja". Golongan yang kaya-raya tidak terkesan pun. Malah suka atau tidak, hakikatnya mereka sering diberikan layanan "kelas pertama" oleh pihak bank untuk buat pinjaman bank.
 
Golongan berpendapatan rendah : Jumlah pinjaman lebih kecil dengan kadar yang lebih tinggi
 
Golongan kaya : Jumlah pinjaman lebih besar dengan kadar yang lebih rendah. Yang pastinya, pinjaman bank untuk mereka lebih mudah untuk diluluskan
 
Walaubagaimanapun, kalau disebabkan pelaksanaan syarat baru pinjaman bankini menyebabkan ramai orang tak mampu nak meminjam disebabkan kurang mampu untuk membayar hutang. Dengan tidak memberikan memberi pinjaman bank kepada golongan ini, bermakna mereka sebenarnya telah dijauhkan daripada masalah yang boleh timbul akibat tak bayar hutang. Adakah ini sesuatu yang baik kepada golongan ini?
 
Okey, kami berikan contoh. Katakan :
 
Sebelum syarat baru pinjaman bank dilaksanakan, hutang boleh dinilai sehingga 70% daripada pendapatan isi rumah
 
Selepas syarat baru pinjaman bank dilaksanakan, katakan jumlah hutang terhadap pendapatan isi rumah dikurangkan kepada 50%.
 
Ini bagus, kerana jumlah pembayaran bagi sesuatu hutang yang ditanggung sudah dikurangkan.
 
Sekiranya kalau terjadi musibah yang tidak disangka (masalah tak dapat gaji, kena buang kerja atau ditipu
 
sehingga mengalami kerugian yang banyak), anda kurang merasakan beban tersebut.
 
Semestinya, Bank Negara Malaysia (BNM) merangka & melaksanakan garis panduan seperti ini ada sebab musababnya daripada segi makro-ekonominya di Malaysia
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

1 comment:

  1. Setuju sesangat..yg penjawat awam ni la punca dan penyebab bank negara terpaksa ketatkan syarat sbab depa ni kalu buat loan mmg tak hengat donia! loan pulak boleh smpai 20- 30 tahun kejadah ape..apa dalil kuat fakta aku ni?? hellooo..sebelum ni pun kami ni kerja swasta mmg susah nak buat loan kereta atau personal..so dah terang2 bukan sektor swasta yg buat hal! Sy just nak share pengalaman sy yg agak kelakar dgn semua bank di Malaysia ni,
    Ok, terus terang gaji basic aku RM3,+++. Masa habis belajar dulu mula2 nak buat loan keta bank reject mentah2 sebab alasannya:
    1. Masih muda utk memiliki kereta (padahal aku amik civic 2005 RM 60k je)
    2. Tak layak sebab cik tak pernah ada hutang dgn bank so kami tak tahu payment history cik (ni aku cita kat opah aku mengguling2 dia gelak)
    3. Cik umur baru 27 sepatutnya kena mulakan dgn keta nasional spti wira, waja atau persona.

    Semua di atas datang dari bank kaler "merah + putih + sotong"

    Ok, nak di jadikan cite loan aku lepas jugak masa tu 2011..dan sekrg ni dah setahun aku pakai Civic tu pusing satu donia dah..payment mmg before due date la..
    So skrg ni sy nak kawin (gatal) so commitment tu dah lain..sy pun jual la Civic sy ni dgn CASH tau..CASH!!!
    Pada suatu hari..sy pun pi la survey persona elegance harga RM38k..nak tau apa pulak jawapan badut2 tu merejectkan loan sy ni?
    1. Cik betul ke ni dari pakai HONDA nak tukar pakai PERSONA? Tak logik..(wei, duit tu duit aku suka hati aku la nak pakai keta kebal pun..)
    2. Cik tak layak sebab RM38k tak berpadanan dgn gaji cik, nanti dah kawin tanggungan isteri, anak, bil api, bil air dan lain2 barangan makin naik. (kalau macam tu bini aku period, pesal ko tak kira sekali pampers wanita tu bulan2 berapa tolak gaji)
    3. Dah masuk 13x dari bulan August sampai la hari ni loan aku nak beli Persona cabuk di reject. ni la kisah paling kelakar selama aku penah hidup dan merantau negara org pun tak mcm ni...

    ReplyDelete