Friday, December 16, 2011

RG2011... ~~~Hati Yang Penuh Syuku-Mp 3~~~

 


Kisah berlaku di sebuah wilayah negeri China seorang lelaki pulang dari kerja
pada waktu senja, dalam perjalanan ia mendengar tangisan yang memecah
kesunyian senja yang sedang berlabuh. Kelihatan rumput bergerak-gerak, lantas
lelaki itu menuju untuk melihat. Rupanya ada bayi di situ yang telah ditinggalkan.
Lantas ia membawa pulang.

Kebetulan pasangan suami isteri tidak mempunyi anak, yang mana mereka
mengambil keputusan untuk membela bayi perempuan itu. Mereka membela
dengan penuh kasih sayang. Bayi semakin membesar, kedua suami isteri
merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan putri mereka. Setelah berjumpa
doktor barulah mereka tahu bahawa puteri mereka cacat dan juga ada masalah
dengan pertuturan dan pendengaran.

Mereka tetap memberi pelajaran kepada puteri itu, puteri seorang anak yang bijak.
Sehinggalah berjaya dan dapat memasuki universiti. Dengan ini memerlukan kos
yang tinggi. Kedua ibu bapa putri terpaksa bekerja lebih, terutama siayah bekerja
lebih masa. 

Semasa tahun dua di universiti, satu hari ayah putri keluar bekerja dan tidak 
pulang, rupanya telah kemalangan dan meninggal dunia. Betapa sedihnya 
puteri dan ibunya. Puteri mengambil keputusan untuk berhenti belajar kerana
tiada wang. Tetapi dalam bersedih siibu memujuk puteri supaya meneruskan
pelajaran yang mana setiap bulan akan mengirimkan wang. Ibunya juga meminta
sepanjang belajar jangan pulang dan seharuskan menumpukan pada pelajaran.

Hari berganti hari, dari bulan ke tahun, yang mana puteri telah berjaya mendapat
ijazah dengan cemerlang. Maka segera pulang untuk menemui ibu yang dirindui.
Setiba di rumah, puteri mengetuk berulangkali pintu rumahnya yang tertutup
rapat, Datang jiran memberi tahu sesuatu yang tidak diduga terasa hiba dan pilu.
hancur luluh hatinya mendengar ibu telah meninggal dunia.

"Nak, ibumu setahun yang lalu telah meninggal dunia. Maafkan kami tidak beri
tahu kerana ibumu meminta kami bersumpah untuk merahsiakannya. Semua wang
simpanan ibumu telah diserahkan pada kami untuk dikirimkan kepadamu setiap
bulan dan meminta kami membalas surat-suratmu. Dan masih ada satu rahsia
besar yang kedua ibu bapamu merahsiakan darimu. Walaupun kamu bukan anak
kandung mereka, yang mana sejak lahir kamu cacat, akan tetapi mereka terlalu
menyayangimu melebihi segalanya.

Apabila mengetahui tentang semua cerita, puteri bagai kena histeria, terlau duka
menanggis semahunya. Lantas ke makam kedua orang tuanya, lantas bersujud
dan mendoakan kebahagian mereka sambil air mata bercucuran. Dan demi 
mengenang dan mencurahkan rasa syukur yang terlalu atas kasih sayang dan 
pengorbanan maka lahirlah sebuah puisi yang sangat menyentuh jiwa

Terjemahan  puisi tersebut selengkapnya adalah :

"Gan En De Xin"
(Hati yang Penuh Syukur)

Aku datang secara kebetulan seperti sebutir debu
Siapa yang mengetahui… saat aku begitu lemah
Entah dari mana aku datang… dan di manakah cintaku berada
Siapa… yang akan menyapaku di kemudian hari
Walaupun dunia ini begitu luas
Tetapi perjalanan ini begitu berat untuk dilalui
Begitu banyak penderitaann terasa mendera
Berapa banyak cinta… yang masih kumiliki
Berapa banyak tetes air mata yg masih kupunyai
Biarkanlah Tuhan mengetahui …Aku tak akan pernah mengaku kalah
Aku bersyukur ada engkau Ibu yang menemaniku sepanjang hidup ku
Hingga membuat ku mampu menjadi diri sendiri
Aku bersyukur … aku berterima kasih pada keadaan ku ini
Dalam duka dan bahagia aku tetap bersyukur

Akhirnya puisi ini dijadikan sebuah lagu dan dinyanyikan oleh penyanyi
terkenal Ou Yang Fei Fei. Juga lagu ini menjaga tema bagi mengutip dana 
yang mana akan disumbangkan untuk kebajikan kepada yang memerlukan
dan untuk dana korban bencana alam. Yaaa...setiap insan perlu bersyukur
dengan nilmatNya. Dan bantuan disalurkan kepada yang memerlukan 
kerana masih ramai di luar sana yang masih memerlukan....

Lagu ihsan: Saipudin Harun

Lirik Lagu Ou Yang Fei Fei 欧阳菲菲 - Gan En De Xin 感恩的心 Lyrics

我來自偶然 像一顆塵土

wo lai zi ou ran xiang yi ke chen tu

有誰看出我的脆弱

you shei kan chu wo de cui ruo

我來自何方 我情歸何處

wo lai zi he fang wo qing gui he chu

誰在下一刻呼喚我

shei zai xia yi ke hu huan wo

天地雖寬 這條路卻難走

tian di sui kuan zhe tiao lu que nan zuo

我看遍這人間坎坷辛苦

wo kan bian zhe ren jian kan ke xin ku

我還有多少愛 我還有多少淚

lyricsalls.blogspot.com

wo hai you duo shao ai wo hai you dou shao lei

要蒼天知道 我不認輸

yao cang tian zhi dao wo bu ren shu

感恩的心 感謝有你

gan en de xin gan xie you ni

伴我一生讓我有勇氣做我自己

ban wo yi shen rang wo you yong xi zuo wo zi ji

感恩的心 感謝命運

gan en de xin gan xie ming yun

花開花落 我一樣會珍惜

hua kai hua luo wo yi yang hui zhen xi

 
--

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you. 
Your choices are yours alone. They are as much 
a part of you as every breath you will take, 
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices, 
and you will manage your life.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment