Thursday, January 5, 2012

Re: RG2011... PKPIM: Guna kekerasan canggah tranformasi Najib

 

Korang ni tak tau ker...

Duit buat pwtc tu 110% dtg dari duit poket orang UMNO semuanya.

Tanah itu pun milik umno sepenuhnya...

jadi yg datang menurunkan bendera ditempat umno tu apa hal...

jadi lah seperti umno masjid tanah... robohkan kedai utz Ghani abd rahman dulu..

itu takper... sbb negeri melaka manusia nya ramai kurang ajau...

tak caya pergi ke bukit katil .... ada group macam tu... sebelah jer masjid baru bukit katil tu.

 

------- Original Message -------

Sender : A. Bakar Attan<a.bakar@smebank.com.my>

Date : Jan 05, 2012 09:09 (GMT+07:00)

Title : RE: RG2011... PKPIM: Guna kekerasan canggah tranformasi Najib

 

 

Nak Tanya dua soalan, 

Bendera yang diturunkan hak milik budak adam ke harta milik UMno? Kalu bukan dah berdosa dah usik hak milik orang...tresspassing pun satu kesalahan..

Apa yang students kat u hari ni tak boleh buat sampai nak demo2?  Kalau setakat nak belajar jadi politician dengan berdemo....banyaklah bodohnya....ramai menteri dan orang2 kuat PAS dan DAP yang tak berpolitik masa depa dalam u dulu, la ni dah jadi Politician....

Nak berdemo, kena jahit sejarum dua sebab sondol pintu klinik dah jadi crybaby mengadu satu dunia, fitnah pulak polis....hehe kelakarnya

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of newsfowarder™
Sent: Sunday, 1 January, 2012 2:57 PM
To: Malaysianews
Subject: RG2011... PKPIM: Guna kekerasan canggah tranformasi Najib

PKPIM: Guna kekerasan canggah tranformasi Najib
Posted on Saturday, December 31 @ 21:54:29 PST by paktam
KUALA LUMPUR, : Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengkritik sekeras-kerasnya tindakan pihak keselamatan terhadap mahasiswa yang menyertai himpunan aman di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang ingin menuntut pihak universiti menggugurkan kes Adam Adli dan bantahan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

Presidennya, Ahmad Fahmi Mohd Samudin berkata, PKPIM difahamkan mereka yang terlibat dalam dibelasah dan dipukul sehingga menyebabkan Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), Muhammad Safwan Anang dan beberapa mahasiswa cedera parah dan luka di badan sementara beberapa pimpinan mahasiswa ditahan oleh pihak polis awal pagi tadi.

"PKPIM berpandangan tindakan polis termasuk FRU yang meleraikan mahasiswa secara ganas pada awal pagi ambang tahun baru akan menimbulkan polemik baru yang tidak berkesudahan kerana tindakan seumpama ini tidak bertepatan dengan hasrat transformasi politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merangkumi langkah-langkah mengukuhkan lagi demokrasi yang memberi kebebasan kepada rakyat sesuai dengan tuntutan generasi mahasiswa hari ini," ujarnya dalam satu kenyataan.

Seharusnya, kata beliau sebarang perbezaan pandangan serta kritikan perlu diraikan serta diberikan ruang dengan sebaik-baiknya.

Dalam perkembangan yang berkaitan, ujarnya PKPIM melihat isu itu juga berkait langsung dengan kelulusan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 kerana kandungannya bercanggah dengan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin serta melindungi hak untuk warganegara mengadakan perhimpunan aman.

PKPIM juga, katanya memandang berat serta menolak pemusatan kuasa serta budi bicara untuk polis mengenakan apa-apa sekatan dan syarat tambahan yang difikirkan perlu atau sesuai sepertimana yang terdapat alam Fasal 15, di samping kuasa dalam Fasal 21 yang membolehkan polis untuk menggunakan segala kuasa serta kekerasan untuk menyuraikan sesebuah perhimpunan yang telah terbukti di dalam kejadian yang menimpa mahasiswa di UPSI awal pagi tadi.

"PKPIM merasakan bahawa bahawa tragedi mahasiswa di ambang 2012 ini sekiranya tidak diselesaikan dengan baik akan membuka ruang lebih banyak ruang untuk sebarang penyalahgunaan kuasa atau budi bicara pihak yang berkenaan akibat dari ketiadaan peruntukan yang jelas untuk mengawal serta menghadkan kuasa serta budi bicara pihak polis dalam mengawal serta menyuraikan sesebuah perhimpunan aman pada masa akan datang," katanya lagi.

Justeru, PKPIM mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bertanggungjawab dengan insiden ini dengan tampil memohon maaf dan memberikan penjelasan secara terbuka kepada seluruh mahasiswa dan rakyat demi menjaga kelestarian prinsip demokrasi dan hak-hak asasi manusia.

--



-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM WWW.HARUNYAHYA .COM

join  : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
         : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com
-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.


 

 

BERSIHbe a good ctzen

Mohd Rozali Mohd Nor

( QUALITYCONTROL)

easydail : 5222

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment