Wednesday, January 4, 2012

Re: RG2011... statement emak amalina

 

Mungkin ibunya ini kurang pengetahuan berkenaan teknologi komunikasi. Apabila gambar dimasukkan ke dalam mana2 sosial web walau mempunyai password sekalipun,gambar boleh tersebar luas di merata dunia..perlu faham konsep pangkalan data teragih dan perlu sentiasa sedar bahawa hacker dan cracker sentiasa aktif setiap saat tanpa jemu. Jika anda mahu gambar hanya utk tatapan peribadi, simpanlah di dalam album di rumah. Tidak perlu dimasukkan ke ruangan Internet. Sebab itu dlm emel saya yg lepas, saya menyatakan bahawa ibu bapa perlu tahu perkembangan teknologi komunikasi. Jangan menidakkan kehadiran teknologi. Jika memandang teknologi sebagai negatif, jangan terus menjauhkan diri dari kewujudannya..anda akan menjadi ibu bapa yg sangat2 rugi.

Kita perlu tahu bahawa Allah tidak menjadikan sesuatu itu dgn sia2. Jika teknologi itu dikatakan mendatangkan negatif, mengapa Allah berikan idea itu kpd manusia? Mengapa Allah menciptakan org kafir sedangkan mereka memusuhi Allah? Kerana Allah ada mengatakan bahawa pada org2 kafir itu ada sesuatu yg kita boleh pelajari.

Secara peribadi, saya agak terkilan dgn jawapan ibu Amalina..kerana jawapan itu lahir dari seorang yang berpendidikan tinggi. Seharusnya dia boleh berdiam diri atau jawapan paling selamat, "no komen." Tetapi bila dia mengakui perkara tersebut, jawapannya itu seperti meludah ke langit dan terpalit ke muka sendiri. Sebagai seorang yg berpendidikan tinggi, seharusnya tahu bahawa kekuatan IQ sahaja tidak mencukupi. Pelajar yg cemerlang adalah yg terbaik IQ, EQ dan SQnya.



From: surinah asan <drsurinah@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, 4 January 2012 4:44 PM
Subject: Re: RG2011... statement emak amalina

 
CUBA KITA FIKIR2KAN
 
Jika itu jawapan seorang ibu, maka ibu itu x faham situasi sebenar, tengok gambar dah tau kan...
ibu redha dan menyumbang kpd apa yg terjadi tetapi itulah acuan ibunya, kita yg dituduh mceroboh ye.  Ibu juga yg rakam gambar ,,, oh pastinya itu kenangan manis dlm hidup...
 
Oooo memg x bertudung, pengakuan bangga ibunya?? apa2 pun patutnya ibu mjadi penasihat yg bijak dan beriman, memberi panduan kpd anak2.  kalau pelajar sekolah johor jaya yg jd mcm tu, bangga kah cgu tu??
 
Peringatan kpd semua ibu2 muslimah, muhasabah diri kita ye, dunia ni Allah yg punya, UK ke US ke, di mana jua pun kita, kita tetap ingat dari mana kita dtg, kemana akan pergi dan kalau Allah nak ambik nyawa kita pinjam ni, x kira masa dan tempat. Selamatkanlah diri dan keluarga kita dari seksa dan azab api neraka.

--- On Wed, 1/4/12, Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com> wrote:

From: Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>
Subject: RG2011... statement emak amalina
To: "matrocke1@gmail.com" <matrocke1@gmail.com>, "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>, "IG" <Idaman_Group@yahoogroups.co.uk>, "pakbelang@yahoogroups.com" <pakbelang@yahoogroups.com>, "chainz_of_frenz@yahoogroups.com" <chainz_of_frenz@yahoogroups.com>, "mahligai@yahoogroups.com" <mahligai@yahoogroups.com>
Date: Wednesday, January 4, 2012, 3:48 PM

 
petikan drp http://www.sinarharian.com.my/. fikir-fikirkan statement emak Amalina ni:
 
"Tidak! Anak saya bukan anak gadis yang liar. Saya tahu dia lebih daripada orang lain. Bukan saja kerana dia anak saya, malah kami berhubung hampir setiap malam. Malah saya juga sudah 13 kali ke sana (United Kingdom), sejak dia menuntut di sana," kata Sabariah kepada Sinar Harian.

Menurutnya, tuduhan kononnya Nur Amalina yang kini berusia 23 tahun tewas dengan kejutan budaya hidup di negara Barat hingga kini tidak lagi bertudung, juga tidak benar.

"Anak saya memang tidak bertudung. Orang hanya tengok gambar dia semasa dia bersekolah menengah. Waktu itu dia memang bertudung ke sekolah," katanya.

 "Saya bukan semata-mata nak membela anak saya. Sebagai ibu, saya juga tentu tak akan terima jika berlaku sesuatu yang tidak baik kepada anak saya. Namun saya tahu dia macam mana. Gambar yang disebar itu, saya sendiri yang rakam sewaktu kami bercuti bersama rakan-rakan anak saya di Paris tiga tahun lalu. Malah seluar yang dia pakai itu, saya sendiri yang beli," kata Penolong Kanan I Sekolah Menengah Kebangsaan Johor Jaya, di sini.

Sabariah berkata, tuduhan konon Nur Amalina sudah berubah hingga mewarnakan rambut, gemar bersosial malah menjalani kehidupan yang liar hanya fitnah pihak tertentu yang sengaja mahu mencemarkan nama baik anaknya.

"Saya sendiri harap penga­jiannya tidak terjejas. Saya pernah menitis air mata sewaktu mengunjunginya di sana apabila melihat dia tekun ulang kaji pelajaran hingga jam 3 pagi di perpustakaan universiti dengan hanya ditemani pengawal keselamatan. Katanya, itu kehidupan yang dia lalui hampir setiap hari," katanya.

Gadis itu dijadual akan menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan Mei tahun depan.

"Kepada pihak yang sewenang-wenang melempar dan menyebar fitnah terhadap anak saya, saya harap mereka boleh fikir dan timbang, bagaimana jika gambar peribadi mereka sendiri, atau anggota keluarga mereka diceroboh, disebar dan difitnah yang bukan-bukan? Saya harap mereka dapat fikir. Itulah perasaan saya sekarang, sangat terkilan," katanya.
 
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment